Professional Documents
Culture Documents
TUGASAN PROJEK
Objektif Projek :
1. Menganalisis model pembinaan kurikulum menggunakan Thinking Maps yang sesuai untuk menghasilkan carta alir
pembentukan KSSR yang berteraskan elemen FPK.
2. Menganalisis hubung kait elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dengan aspirasi murid dan aspirasi sistem.
3. Melaksanakan proses penyelesaian masalah dengan meneliti program atau inisiatif semasa dalam usaha untuk mencapai
aspirasi murid dan aspirasi sistem berasaskan senario/kes yang disediakan.
Tugasan Projek
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengenal pasti kemahiran dan kompetensi yang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang membolehkan murid Malaysia bersaing pada peringkat antarabangsa. Bagi mencapai
hasrat tersebut, kurikulum kebangsaan digubal untuk melahirkan murid Malaysia yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat
ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, penyayang, patriotik, serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi, dan bekerja
dalam pasukan dengan berkesan. (Kemenjadian murid ini digabungkan dalam enam aspirasi murid yang diperihalkan dalam
Bab 2.) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang akan
diwujudkan mencerminkan kemahiran dan kompetensi ini.
( Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025)
Namun hasrat murni ini menghadapi cabaran berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh IDEAS (Institute of Democracy and
Economic Affairs) pada 2013 mendapati ribuan pelajar telah meninggalkan sistem pendidikan sebelum mencapai pendidikan
menengah. Majoriti pelajar tersebut datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah ini tentunya menjejaskan usaha
mereka untuk meningkatkan status sosio-ekonomi masing-masing. Isu keciciran ini boleh menjejaskan pencapaian aspirasi
pendidikan negara melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 - 2025).
Berdasarkan kajian kes Dropping-out of school in Malaysia: What we know and what needs to be done oleh IDEAS (Institute
of Democracy and Economic Affairs) pada 2013, mendapati ribuan pelajar telah meninggalkan sistem pendidikan sebelum
mencapai pendidikan menengah. Majoriti pelajar yang terlibat dalam keciciran tersebut datangnya daripada keluarga yang
berpendapatan rendah.
Anda dikehendaki mengenal pasti masalah keciciran ini dan sejauh mana isu tersebut menjejaskan pencapaian aspirasi
pendidikan negara.
Setelah meneliti pelbagai program atau inisiatif yang dikemukakan oleh KPM, pilih satu program / inisiatif yang menurut
pandangan anda boleh membantu mengatasi masalah keciciran tersebut. Huraikan hujah-hujah yang menjadi asas kepada
pemilihan dan keberkesanan program / inisiatif tersebut.
2. Penulisan Esei
Kefahaman yang menyeluruh terhadap topik perbincangan.
Justifikasi dan menilai program atau inisiatif yang dikemukakan oleh KPM, untuk membantu mengatasi masalah
keciciran.
Penilaian daripada perspektif yang pelbagai (pembacaan, pengalaman, perbincangan dan maklum balas).
Format dan organisasi esei yang jelas dan koheren.
Rujukan daripada sumber akademik yang pelbagai dan ilmiah.
Penulisan esei menggunakan bahasa standard dan struktur penulisan yang mantap.
Perkembangan hujah yang analitikal dan matang.
Kriteria Pemarkahan
Kerja Kursus ini akan diperiksa berdasarkan Kriteria Pemarkahan Tugasan PDPLI (Tugasan Pengurusan Grafik dan Bertulis)
yang dilampirkan.
Pencapaian KRITERIA
SKALA
Penguasaan Isi Kandungan
Menunjukkan penguasaan isi kandungan yang jitu, relevan dan terperinci terhadap model pembinaan
kurikulum dan KSSR.
Menunjukkan kefahaman yang cemerlang tentang konsep, teori dan prinsip yang relevan terhadap model
pembinaan kurikulum dan KSSR.
Menunjukkan perkaitan yang cemerlang antara konsep, teori dan prinsip sesuai dengan tugasan terhadap
model pembinaan kurikulum dan KSSR.
SKALA
KRITERIA