You are on page 1of 2

PRAKTIKUM

JURNAL

Bilangan Jurnal : Pertama MINGGU


Tarikh Peristiwa / Kejadian : 4 Julai 2017
1
Tajuk : Murid Kurang Memberi Tumpuan Dalam Sesi Pengajaran dan Pembelajaran


1. ISU YANG DIFOKUSKAN:
Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 2 Vairam. Saya mendapati
ketika set induksi dijalankan, tumpuan pelajar adalah baik, namun setelah sesi pengajaran dan
pembelajaran berjalan selama 25 minit, saya mendapati murid mulai hilang tumpuan dan berasa
bosan terhadap pengajaran yang saya sampaikan. Terdapat seramai hampir 5 orang murid telah
dikenal pasti tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap sesi pengajaran saya pada hari
tersebut.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU):
Punca murid tidak dapat memberi tumpuan yang lama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
hasil daripada analisis terhadap isu yang telah saya kenal pasti ialah cara pengendalian sesi
pengajaran dan pembelajaran yang tidak dapat menarik perhatian. Seterusnya, gaya pengajaran
yang digunakan kurang menarik serta pengajaran terlalu berfokuskan kepada guru. Kesan terhadap
isu yang berlaku ini, murid hilang tumpuan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan
menyebabkan mereka tidak dapat menguasai pengajaran yang disampaikan secara sempurna.
Mahupun, menjejaskan minat mereka untuk menguasai ilmu baru.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS):
Menurut Arend (2001), telah menyatakan bahawa guru-guru pada era teknologi maklumat
mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dalam proses pengajaran dan berperanan untuk
membentuk yang akan diterima oleh pelajar.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH:
Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya
mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :-
I. Mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi unsur
kecindahan.
II. Menghasilkan alat bantu mengajar yang lebih menarik perhatian murid.
III. Menggunakan video animasi yang canggih dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN: 1 Minggu



PRAKTIKUM


6. TINDAKAN SUSULAN:
Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu mendapatkan bahan berbentuk video animasi serta
unsur kecindahan yang berkaitan dengan pengajaran topik yang saya ingin ajar. Selepas itu, saya
akan menghasilkan alat bantu mengajar yang lebih menarik perhatian murid dengan mengandungi
video animasi tersebut.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN: 11 Julai 2017

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN:
Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya
kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui peningkatan bilangan murid
yang memberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, selain itu, didapati seramai 90%
murid dapat menjawab dengan betul semua latihan yang diberikan.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA):
Saya berasa puas hati dengan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah saya
sampaikan dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang telah saya hasilkan. Pendekatan ini
mampu menarik serta mengekalkan minat pelajar terhadap pengajaran yang saya sampaikan.

RUJUKAN
Arends, R.I. (2001). Exploring Teaching: An Introduction to Education. New York:
Mc Graw-Hill Companies.
Arends, R.I. (2001). Classroom Instruction and Management. New York: McGraw Hill, Inc.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama: _____________________ Nama: _____________________
Tarikh: _____________________ Tarikh: _____________________

You might also like