You are on page 1of 13

PERSARAAN

1. Pemilihan Faedah Persaraan

1.1 Pilihan Untuk Perjawatan Pencen Atau Mencarum Kepada Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja [ KWSP ]

1.1.1 Pemilihan

Kakitangan yang baru dilantik ke perkhidmatan sektor awam hendaklah,


sebelum disahkan dalam jawatannya, diberi opsyen sama ada memilih skim
pencen atau skim KWSP. Kakitangan yang telah meletakkan jawatan
daripada perkhidmatan sebelumnya dan dilantik semula oleh Pihak Berkuasa
Melantik yang berlainan pada atau selepas 12 Disember 2001 diberi peluang
untuk memilih KWSP sebelum disahkan dalam jawatan (Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 15/2001).

1.2 Kakitangan Yang Layak Diberi Opsyen

1.2.1. Kakitangan yang di lantik secara tetap mulai tarikh pekeliling dikuatkuasakan
seperti berikut:

(i) Yang di lantik kali pertama;


(ii) Yang di lantik kali kedua dan seterusnya setelah meletakkan jawatan
daripada perkhidmatan sebelumnya. Ini termasuklah mereka yang
telah diberi pelepasan dengan izin; dan
(iii) Kakitangan yang belum pernah membuat opsyen mengikut
peruntukan Seksyen 6A(i) Akta 227 atau Akta 239 dalam
perkhidmatan sebelumnya.

1.3 Tawaran Opsyen

1.3.1 Sebelum seseorang kakitangan diperakukan untuk pengesahan dalam


jawatan, Ketua Jawatan hendaklah memberitahu kakitangan berkenaan
supaya membuat pilihan sama ada memilih skim pencen atau skim KWSP;

Buku Panduan Staf Persaraan


1.3.2 Borang opsyen yang telah diisi oleh kakitangan yang berkenaan hendaklah
dikemukakan melalui Ketua Jabatan bersama-sama dengan perakuan
pengesahan dalam jawatan kepada Jawatankuasa Pengesahan Jawatan
yang berkenaan;

1.3.3 Surat pengesahan dalam jawatan yang dikeluarkan hendaklah menyatakan


opsyen yang telah dibuat oleh kakitangan berkenaan;

1.3.4 Selepas seseorang kakitangan disahkan jawatan, Ketua Jabatan hendaklah


mencatatkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan mengenai opsyen yang telah
dibuat oleh kakitangan berkenaan;

1.3.5 Opsyen tersebut adalah muktamad.

2 Perletakan Ke Dalam Perjawatan Berpencen

2.1 Seseorang kakitangan tetap yang telah disahkan dalam jawatan akan ditimbangkan
untuk diletakkan ke dalam perjawatan berpencen [ diberi taraf berpencen ] setelah
berkhidmat selama tidak kurang daripada 3 tahun dalam perkhidmatan yang boleh
diambilkira sebagaimana yang diterangkan di perenggan 3 di bawah;

2.2 Kakitangan kakitangan yang telah diberi taraf berpencen pada atau sebelum
1.7.1977 yang menerima tangga gaji bersih baharu adalah disifatkan sebagai telah
diletakkan ke dalam perjawatan berpencen.

2.3 Urusan meletakkan kakitangan-kakitangan ke dalam perjawatan berpencen akan


dimulakan oleh pihak Pendaftar lebih kurang 6 bulan sebelum tarikh kakitangan yang
berkaitan layak diletakkan ke dalam perjawatan berpencen;

2.4 Jabatan Perkhidmatan Awam [ Bahagian Pencen ] adalah Pihak Berkuasa


meluluskan perletakan kakitangan ke dalam perjawatan berpencen;

2.5 Setelah Jabatan Perkhidmatan Awam meluluskan seseorang kakitangan diletakkan ke


dalam perjawatan berpencen pihak Pendaftar akan;

2.5.1. Mendaftarkan kakitangan berkenaan dengan Tabung Faedah Persaraan


Badan-Badan Berkanun.

Buku Panduan Staf Persaraan


2.5.2. Memberitahu Bendahari untuk memberhentikan caruman kepada Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja.

3. Tempoh Perkhidmatan Yang Boleh Diambilkira Untuk Tujuan Pencen

3.1. Seseorang kakitangan yang mempunyai perkhidmatan lepas sebelum berkhidmat


dengan Universiti yang boleh diambilkira hendaklah menyampaikan kepada Pendaftar
Penyata Perkhidmatan dan Penyata Cuti yang telah disahkan oleh majikannya atau
majikan-majikannya yang lepas.

3.2. Seseorang kakitangan di bawah tangga gaji bersih baharu akan layak memohon
diambilkira tempoh-tempoh perkhidmatan mereka dengan Kerajaan atau Badan
Berkanun / Kuasa Tempatan, tertakluk kepada syarat-syarat di perenggan
perenggan kecil 1.1. dan 4.2 ;

3.3. Tempoh-tempoh perkhidmatan yang berikut tidak akan diambilkira:

3.3.1. Sebarang tempoh cuti tanpa gaji melainkan yang diluluskan atas sebab-
sebab dasar awam dan tempoh latihan dalam mana kakitangan berkenaan
hanya dibayar elaun.

3.3.2. Tempoh-tempoh perkhidmatan lepas yang terputus disebabkan oleh:

[I] Penamatan perkhidmatan atas sebab-sebab tatatertib atau


pembuangan kerja ;

[ ii ] Perletakan jawatan oleh seseorang kakitangan untuk memegang


sesuatu jawatan lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran
bertulis untuk dilepaskan oleh majikan berkenaan, melainkan dalam
keadaan di mana sebelum 15.1.1975, perletakan jawatan itu adalah
diperlukan sebagai amalan biasa bagi seseorang kakitangan yang
menerima sesuatu jawatan baru;

[ iii ] Penamatan kerana kegagalan untuk disahkan dalam jawatan;

Buku Panduan Staf Persaraan


[ iv] Perletakan jawatan oleh seseorang kakitangan tetap untuk
melanjutkan pelajaran melainkan bagi kes-kes di mana pihak
berkuasa tertentu telah memberi kebenaran secara bertulis; dan

[v] Perletakan jawatan atau peninggalan jawatan oleh seseorang


kakitangan untuk memasuki sektor swasta atau lain-lain tujuan
persendirian.

[ vi ] Sebarang tempoh perkhidmatan lepas dengan Kerajan atau Badan


Berkanun / Kuasa Tempatan yang telah diberi faedah persaraan
kecuali bagi kes-kes yang dibenarkan oleh pihak berkuasa tertentu.

3.3.3. Bagi maksud perenggan 3, perkhidmatan sementara dan perkidmatan tetap


tidak akan dibezakan.

3.3.4. Jika apa-apa tempoh perkhidmatan seseorang kakitangan diambil sebagai


perkhidmatan untuk maksud pencen mengikut peruntukan-peruntukan di
bawah perenggan 1,2, dan 3 kakitangan itu akan disifatkan menerima apa-
apa faedah pencen, ganjaran atau lain-lain faedah yang mungkin di terima
kepadanya di bawah sebarang undang-undang yang dipakai bagi tempoh
perkhidmatan yang berkenaan.

4. Tempoh Perkhidmatan Yang Boleh Dicantumkan

4.1. Bagi maksud perenggan 3.3.3. dan 3.3.4. perkhidmatan seseorang kakitangan
dengan Kerajaan atau Badan Berkanun / Kuasa Tempatan yang terputus kerana
pemansuhan jawatan atau penggantungan kerja secara sementara, bukan
disebabkan salahlaku atau tindakan meninggalkan jawatan oleh kakitangan itu sendiri
atau perletakan jawatan atas sebab-sebab selain daripada yang dinyatakan di
perenggan-perenggan kecil 4.2., 4.2.1. ,4.2.2., 4.2.3., 4.2.4, dan 4.2.5. berikut, boleh
dicantumkan;

4.2. Perkhidmatan lepas yang boleh dicantumkan itu adalah termasuk:

4.2.1. Perkhidmatan seseorang kakitangan sementara yang terputus selama sehari


sebagai syarat untuk perlantikan ke dalam perjawatan tetap selepas
1.1.1949, tetapi tidak termasuk perkhidmatan yang diputuskan sebagai syarat
penyerapan Kerani Sementara ke dalam perkhidmatan tetap iaitu bagi

Buku Panduan Staf Persaraan


mereka yang memilih gaji tetap [ stationary salary ] di bawah Laporan Al-Bakri
dan juga mereka yang memilih opsyen B dalam tahun 1969;

4.2.2. Perletakan jawatan oleh seseorang kakitangan tetap untuk dilantik ke


jawatan-jawatan sementara dan kemudian mereka diberi taraf berpencen;

4.2.3. Perkhidmatan seseorang kakitangan wanita tetap sebelum 1.1.1969 yang


telah terputus kerana mereka dikehendaki bersara atas sebab-sebab
perkahwinan dengan syarat mereka memulangkan semua ganjaran yang
telah dibayar;

4.2.4. Perletakan jawatan oleh seseorang kakitangan wanita tetap untuk mengikuti
suaminya yang ditugaskan oleh Kerajaan di luar negeri atau yang mengikuti
kursus latihan yang diluluskan di luar negeri; dan

4.2.5. Bagi seseorang guru sekolah atau seseorang yang dahulunya guru sekolah
mubaligh, dengan syarat dalam tempoh-tempoh perkhidmatan berkenaan
beliau mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Guru atau
Tabung Simpanan Sekolah Mubaligh atau lain-lain Tabung Simpanan
Pekerja, adalah seperti berikut:

[I] Perkhidmatan lepas sebagai guru di sesebuah Sekolah Mubaligh


yang terputus kerana perletakan jawatan untuk menerima perlantikan
sebagai guru sekolah dalam Perkhidmatan Pelajaran Kerajaan;

[ ii ] Perkhidmatan lepas sebagai guru sekolah dalam perkhidmatan


perguruan yang disatukan putus kerana perletakan jawatan untuk
menerima perlantikan sebagai guru sekolah sesebuah Sekolah
Mubaligh atau ke dalam Perkhidmatan Perguruan Yang Disatukan;
dan

[ iii ] Perkhidmatan lepas dalam Perkhidmatan Pelajaran Kerajaan yang


terputus kerana perletakan jawatan untuk bertukar dari sesebuah
sekolah ke sekolah yang lain di bawah perkhidmatan yang sama
atau menerima perlantikan Kerajaan.

Buku Panduan Staf Persaraan


5. Caruman Kepada Kumpulan wang Simpanan Pekerja [ Bagi Kakitangan Yang Memilih
Pencen ]

5.1. Sehingga seseorang kakitangan itu diletakkan ke dalam jawatan berpencen, ia adalah
dikehendaki mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang ditubuhkan
dibawah peruntukan Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951. Kadar-kadar
adalah seperti yang ditetapkan oleh peruntukan tersebut. Pihak majikan boleh
dikehendaki mencarum kepada tabung tersebut atas kadar tertentu daripada gaji
bulanan. Caruman kepada tabung tersebut akan diberhentikan mulai daripada tarikh
kakitangan berkenaan diletakkan ke dalam perjawatan berpencen. Tindakan
memberhentikan caruman akan dilakukan oleh pihak Pendaftar setelah menerima
maklumat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam [ Bahagian Pencen ] seperti
dinyatakan di perenggan kecil 2.5.2. Kakitangan yang memilih untuk mencarum
kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja [ KWSP ] seperti dinyatakan di
perenggan 1.1.1. akan terus mencarum kepada KWSP hingga kakitangan berkenaan
bersara.

FAEDAH FAEDAH PERSARAAN

6. Taraf Berpencen

6.1. Tertakluk kepada perenggan 1.1.1 seseorang kakitangan tetap yang telah memilih
skim pencen adalah layak ditimbangkan untuk diberi taraf berpencen.

7. Keadaan-Keadaan Yang Membenarkan Pengurniaan

7.1. Kakitangan-kakitangan yang telah mencapai umur wajib 55/56 tahun;

7.2. Kakitangan-kakitangan telah mencapai umur 40 tahun boleh memohon untuk bersara
cara pilihan.

7.3. Atas bukti-bukti perubatan yang dapat diterima oleh Universiti bahawa kakitangan
berkenaan tidak lagi berkeupayaan untuk meneruskan tugasnya disebabkan oleh
kecacatan fikiran atau anggotanya yang dijangka berkekalan;

7.4. Atas pemansuhan jawatannya;

Buku Panduan Staf Persaraan


7.5. Kerana penamatan perkhidmatannya atas kepentingan awam;

7.6. Atas persaraan pilihan untuk tujuan membolehkan organisasi Jabatan di mana ia
bekerja diperbaiki dan yang demikian boleh menambah kecekapan atau menjimatkan
perbelanjaan;

7.7. Kerana kepentingan negara atas kehendak Kerajaan;

7.8. Persaraan setelah dilantik untuk berkhidmat dalam pertubuhan perniagaan atau
pertubuhan antarabangsa [ AKTA 239 ]

8. Faedah-faedah

8.1. Seseorang kakitangan yang telah bersara mengikut salah satu daripada syarat-syarat
diperenggan 2. di atas adalah layak dikurniakan pencen dan ganjaran.

9. Faktor Pencen

9.1. Seseorang kakitangan yang telah diberi taraf berpencen adalah layak dikurniakan
pencen yang dikira berdasarkan faktor 1/ 600 x gaji hakiki bulanan yang akhir diterima
x jumlah genapnya bulanan perkhidmatan yang boleh dimasukira, tertakluk kepada
maksimum sebanyak daripada gaji yang akhir diterimanya.

10. Faktor Ganjaran

10.1. Seseorang kakitangan yang telah diberi taraf berpencen adalah layak dikurniakan
ganjaran yang dikira berdasarkan faktor 7.5% x gaji hakiki bulanan yang akhir
diterima x jumlah genapnya bulanan perkhidmatan yang boleh dimasukira.

11. Opsyen Bagi Kakitangan Berpencen Apabila Bersara

11.1. Seseorang kakitangan berpencen yang telah dilantik ke dalam perkhidmatan sebelum
15 Januari 1975 serta telah mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan atau lain-
lain Tabung Wang Pekerja apabila hendak bersara boleh memilih supaya pencen dan
ganjarannya dikira berdasarkan:-

11.1.1. Menerima sepenuhnya pencen dan ganjaran yang layak dikurniakan bagi
keseluruhan tempoh perkhidmatan yang dimasukira termasuk apa-apa

Buku Panduan Staf Persaraan


tempoh sepanjang mana ia mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan
atau lain-lain Tabung Wang Pekerja dengan syarat apa-apa caruman yang
dibuat oleh majikan sepanjang tempoh perkhidmatannya yang boleh
dimasukira kepada Kumpulan Wang Simpanan atau lain-lain Tabung Wang
Pekerja beserta dengan faedah yang terakhir hendaklah dibayar balik kepada
kerajaan; atau

11.1.2. Melepaskan sebahagian daripada pencen dan ganjaran untuknya sepanjang


tempoh perkhidmatannya yang dimasukira di tolak dengan apa-apa tempoh
sepanjang mana mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan atau lain-lain
Tabung Wang Pekerja dan mengekalkan sepenuhnya kredit simpanan
Kumpulan Wang Simpanan atau lain-lain Tabung Wang Pekerja.

11.2. Seseorang kakitangan yang memilih untuk mengekalkan kesemua kredit


simpanannya, pencennya akan dikira berasaskan jumlah bulannya (tempoh)
perkhidmatan yang boleh dimasukira ditolak tempoh perkhidmatan dalam mana ia
mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan atau lain-lain Tabung Wang Pekerja
[tertakluk kepada maksimum tidak melebihi tiga ratus (300) bulan perkhidmatan].
Ganjarannya pula dikira berdasarkan jumlah bulannya (tempoh) perkhidmatan yang
boleh dimasukira dengan ditolak tempoh dalam mana ia mencarum Kumpulan Wang
Simpanan atau lain-lain Tabung Wang Pekerja;

11.3. Seseorang kakitangan yang telah dilantik ke dalam perkhidmatan pada atau selepas
15.1.1975 tidak layak diberi kemudahan opsyen di bawah perenggan ini.

12. Faedah-faedah Ansilari

12.1. Pencen hilangupaya merupakan faedah tambahan yang diberikan kepada seseorang
kakitangan berpencen yang dikehendaki bersara atas sebab kesihatan akibat
daripada kecederaan yang dialami semasa menjalankan tugas rasmi atau penyakit
yang dihidapinya kerana kakitangan tersebut telah terdedah kepada bahaya tertentu
semasa menjalankan tugas rasminya atau kemalangan dalam perjalanan. Dengan
syarat kecederaan atau penyakit bukan disebabkan kecuaian atau salahlaku
kakitangan tersebut. Pencen hilabgupaya dibayar mengikut kadar iaitu pecahan
daripada gaji akhir hakikinya seperti berikut:-

Buku Panduan Staf Persaraan


Kadar Hilangupaya Sekiranya Bencana, Kemalangan atau Penyakit Berlaku Di Luar Kawasan
Keselamatan

Darjah Kecacatan Kadar Yang Boleh Dibayar

tercacat sedikit satu per dua belas(1/12) daripada gajinya


tercacat satu perenam (1/6) daripada gajinya
tercacat pada matanya satu perempat (1/4) daripada gajinya
musnah sama sekali satu pertiga (1/3) daripada gajinya

Kadar Hilangupaya Sekiranya Bencana, Kemalangan atau Penyakit Berlaku Di Kawasan


Keselamatan

Darjah Kecacatan Kadar Yang Boleh Dibayar

tercacat sedikit satu perlapan (1/8) daripada gajinya


tercacat satu perempat (1/4) daripada gajinya
tercacat pada matanya tiga perlapan (3/8) daripada gajinya
musnah sama sekali setengah (1/2) daripada gajinya

12.2. Pencen Tanggungan merupakan suatu faedah persaraan tambahan yang diberikan
kepada orang-orang tanggungan pesara atau kakitangan yang meninggal dunia
akibat daripada kecederaan yang dialami semasa menjalankan tugas rasmi atau
penyakit yang dihidapi atau kemalangan dalam perjalanan dengan syarat kakitangan
tersebut telah meninggal dunia di dalam salah satu sebab yang dinyatakan di atas,
dan kematian pesara atau kakitangan tersebut telah berlaku dalam satu tahun dari
tarikh ia mula mengalami kecederaan atau menghidapi penyakit tersebut. Pencen
tanggungan dibayar mengikut kadar iaitu pecahan daripada gaji akhir hakiki.

Buku Panduan Staf Persaraan


Kadar Pencen Tanggungan Sekiranya Bencana, Kemalangan atau Penyakit Berlaku Di
Luar Kawasan Keselamatan

Bil Keterangan Balu Anak(tiap-tiap Ibu/Bapa


seorang)

a. Jika layak dibayar kepada balu, 1/6 x gaji 1/48 x gaji 1/12 x gaji
anak dan ibu/bapa

b. Jika hanya layak dibayar kepada 1/6 x gaji - 1/12 x gaji


balu dan ibu/bapa sahaja

c. Jika hanya layak dibayar kepada - 1/24 x gaji 1/6 x gaji


anak dan ibu/bapa sahaja

d. Jika hanya layak dibayar kepada - - 1/6 x gaji


ibu/bapa sahaja

e. Jika hanya layak dibayar kepada - 1/24 x gaji -


anak sahaja

Kadar Pencen Tanggungan Sekiranya Bencana, Kemalangan atau Penyakit Berlaku Di


Kawasan Keselamatan

Bil. Keterangan Balu Anak (tiap-tiap Ibu/Bapa


seorang)

a. Jika layak dibayar kepada balu, 1/4 x gaji 1/24 x gaji 1/8 x gaji
anak dan ibu/bapa

b. Jika hanya layak dibayar kepada 1/4 x gaji - 1/8 x gaji


balu dan ibu/bapa sahaja

c. Jika hanya layak dibayar kepada - 1/12 x gaji 1/4 x gaji


anak dan ibu/bapa sahaja

Buku Panduan Staf Persaraan


Bil. Keterangan Balu Anak (tiap-tiap Ibu/Bapa
seorang)

d. Jika hanya layak dibayar kepada - - 1/4 x gaji


ibu/bapa sahaja

e. Jika hanya layak dibayar kepada - 1/12 x gaji -


anak sahaja

13. Faedah-faedah Mati Dalam Perkhidmatan

13.1. Seseorang kakitangan yang telah disahkan dalam jawatan dan kemudiannya
meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan sebelum diletak ke dalam perjawatan
berpencen dianggap/disifatkan sebagai telah diletakkan di dalam perjawatan
berpencen sehari sebelum meninggal dunia. Balu, atau balu-balu, duda dan/atau
anak-anak kecilnya boleh dikurniakan pencen terbitan tidak kurang daripada 1/5 gaji
akhir bulanan. Orang-orang tanggungan tersebut boleh juga dikurniakan ganjaran
yang dikira mengikut kadar yang disebutkan di perenggan 10.1. Berkenaan caruman
majikan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lain-lain Tabung Wang
Pekerja termasuk faedahnya hendaklah dibayar balik kepada Kerajaan;

13.2. Pengurniaan pencen terbitan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang sama
seperti pengurniaan pencen terbitan di bawah Skim Pencen Keluarga sebagaimana
yang diterangkan di perenggan 14.

14. Skim Pencen Keluarga

14.1. Balu atau balu-balu, duda dan/atau anak-anak di bawah umur 21 tahun seseorang
kakitangan berpencen yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan setelah
disahkan dalam jawatan boleh dikurniakan pencen terbitan yang jumlahnya tidak
kurang 1/5 gaji akhir atau tidak melebihi dari 1/2 gaji akhir;

14.2. Pencen terbitan ini boleh dibayar selama tempoh tidak melebihi daripada 12 tahun
mulai daripada tarikh kematian kakitangan berkenaan kepada balu atau balu-balu,
duda dan/atau anak-anak dibawah 21 tahun. Bayaran Pencen Terbitan adalah

Buku Panduan Staf Persaraan


diteruskan kepada tanggungan (balu/duda/anak) selepas 12 tahun daripada tarikh
kematian dalam perkhidmatan atau tarikh persaraan sekiranya perkahwinan berlaku
didalam perkhidmatan dan bermastautin di Malaysia. Bayaran selepas tempoh 12
tahun ini dibuat pada kadar 70 %.

15. Syarat-syarat Pembayaran

15.1. Pencen Terbitan boleh dibayar kepada :

15.1.1. Balu atau duda selagi tidak berkahwin semula;

15.1.2. Anak-anak yang belum berkahwin;

15.1.3. Duda/balu/anak-anak yang bermastautin di Malaysia hasil daripada


perkahwinan dengan kakitangan semasa ia masih berkhidmat untuk
pembayaran selepas12 tahun. Jika perkahwinan berlaku selepas bersara,
bayaran pencen terbitan adalah dihentikan selepas 12 tahun dari tarikh
persaraan gemulah;

15.1.4. Anak-anak yang berumur kurang daripada 21 tahun tetapi boleh dilanjutkan
jika anak-anak tersebut melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi
sehingga ijazah pertama sahaja;

15.1.5. Anak-anak yang cacat seumur hidup dengan syarat dibuktikan yang dia tidak
berupaya menyara hidupnya sendiri.

15.2. Balu, atau balu-balu, duda dan/atau anak-anak kecil kakitangan juga layak
dikurniakan ganjaran terbitan. Jika tidak ada orang tanggungan, wakil dirinya di sisi
undang-undang boleh ditimbangkan untuk dikurniakan ganjaran terbitan sahaja;

15.3. Apabila seseorang pesara meninggal dunia, pencen perkhidmatannya akan


digantikan dengan pencen terbitan yang akan dibayar kepada balu atau balu-balu,
duda dan/atau anak kecilnya;

15.4. Kadar pembayaran pencen terbitan tersebut adalah bergantung kepada masa
berlakunya kematian pesara. Jika kematian berlaku dalam tempoh 12 tahun
selepas bersara, kadarnya adalah bersamaan dengan jumlah pencen perkhidmatan

Buku Panduan Staf Persaraan


yang pernah diterima oleh pesara berkenaan. Kadar tersebut hanyalah terpakai bagi
baki tempoh 12 tahun tersebut dan selepas daripada tempoh 12 tahun, pencen
terbitan disusutkan kepada 70%. Jika kematian pesara berlaku selepas 12 tahun
daripada tempoh persaraannya, kadar pencen terbitan yang akan dibayar adalah
bersamaan dengan 70% daripada jumlah pencen perkhidmatannya yang telah
dibayar kepada pesara berkenaan.

Buku Panduan Staf Persaraan

You might also like