You are on page 1of 61

TEMA 1 : MASYARAKAT

SOALAN 1 : MASYARAKAT FEUDAL ENGLAND DAN JEPUN


MEMPUNYAI CORAK KEHIDUPAN YANG UNIK
PADA ABAD KE-16 DAN 17. BANDINGKAN.

PENGENALAN
Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu
tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu
adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki. Negara Jepun dan England
mengamalkan sistem feudal pada abad ke 16 dan 17 . Pemerintah Jepun pada abad ke 17
berada di bawah kekuasaan Keshogunan Tokugawa. Di England pula berada di bawah
pemerintahan monarki baru. Amalan sistem feudal di kedua-dua pemerintahan ini
mempunyai keunikan tersendiri.

ISI-ISI PENTING
Dalam susun lapis masyarakat feudal di England dan Jepun pada abad ke 17, raja mempunyai
kedudukan yang tertinggi. Raja pada masa itu sangat dihormati dan merupakan lambang
perpaduan. Raja juga sering dikaitkan dengan agama dan kepercayaan. Raja England
merupakan ketua gereja Kristian. Manakala Maharaja Jepun merupakan Tuhan Matahari.
Malahan pada masa itu, Raja England merupakan pemerintah berkuasa mutlak. Sebaliknya
Maharaja Jepun hanya memerintah dari segi teori sahaja. Hal ini kerana Maharaja Jepun telah
menyerahkan tanggungjawab memerintah kepada Shogun sejak tahun 1192. Menjelang abad
ke-17, Shogun Tokugawa memerintah Jepun bagi pihak Maharaja. Maharaja tinggal terpencil
dan terpisah di Kyoto dengan dikelilingi oleh pegawai istana.
Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan pembesar. Golongan bangsawan di
England dikenali sebagai Lord. Di negara Jepun, pembesar dikenali sebagai Daimyo.
Kedudukan bangsawan di England terbahagi kepada beberapa lapisan seperti bangsawan
kelas pertama, bangsawan kelas kedua dan bangsawan kelas ketiga. Pembahagian berkaitan
dengan keluasan tanah yang dimiliki.
Manakala di negara Jepun terdapat seorang ketua Daimyo yang dikenali sebagai Shogun.
Daimyo-daimyo pula dibahagi kepada 3 golongan iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan
Daimyo Tozama. Daimyo Fudai merupakan ahli keluarga Tokugawa dan sekutunya. Mereka
membantu Tokugawa menguasai pemerintahan dan dikurniakan tanah di bahagian tengah dan
utara Honshu. Daimyo Shimpan dikenali sebagai rumah bersaudara yang terdiri daripada
saudara-mara keluarga Tokugawa. Daimyo Tuzama pula dikenali sebagai Daimyo luar di
mana mereka merupakan musuh Shogun Tokugawa yang terdiri daripada suku-suku Barat.
Mereka juga dilarang mengumpul kekayaan demi mengelakkan mereka menjadi terlalu kuat
dan mengancam kedudukan Shogun. Oleh itu sistem pembesar feudal di Jepun sangat
berbeza dengan sistem pembesar feudal di England.

1
Di negara Jepun, Daimyo memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam bidang
pentadbiran. Golongan Daimyo menguasai dan mentadbir daerah-daerah yang diberikan oleh
Shogun kepada mereka. Manakala kedudukan bangsawan di England mengalami
kemerosotan dengan kemunculan monarki baru. Raja monarki baru mampu mengawal
golongan bangsawan. Hal ini kerana mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada
ketenteraan yang dibekalkan bangsawan kerana raja mempunyai tentera upahan. Namun
begitu Raja masih lagi memerlukan sokongan golongan bangsawan . Raja telah memberi
gelaran-gelaran kepada golongan bangsawan seperti Lord , Earl dan Duke justeru kesetiaan
bangsawan terhadap raja dapat dikekalkan. Di Jepun pula, Shogun telah memberi tanah
kepada daimyo untuk mendapatkan sokongan dan kesetiaan.
Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan ketenteraan. Di England golongan tentera
dikenali sebagai Knight. Di Jepun golongan tentera dikenali sebagai Samurai. Knight dan
Samurai ini berkhidmat kepada pembesar. Golongan Knight di England mempunyai hak
untuk mengutip cukai daripada penduduk di bawah penguasaan mereka. Sebaliknya golongan
Samurai Jepun tidak mempunyai tanah. Oleh itu, kekayaan golongan Knight diukur
berdasarkan jumlah tanah yang dimiliki tetapi kekayaan golongan samurai diukur
berdasarkan jumlah beras yang dimiliki. Satu lagi perbezaan antara Knight dan Samurai ialah
golongan Knight di England adalah buta huruf dan hanya menawarkan perkhidmatan mereka
dalam bidang ketenteraan. Sebaliknya golongan Samurai merupakan golongan yang paling
berpendidikan dalam sistem feudal. Pemilikan ilmu dianggap perkara mulia dalam kalangan
pahlawadi Jepun. Semasa zaman keamanan Tokugawa, Samurai melibatkan diri dalam
aktiviti kesenian seperti tarian Kabuki.
Masyarakat petani merupakan golongan yang penting dalam sistem feudal di Jepun dan
England. Di England golongan petani dikenali sebagai Freeman dan Villein, manakala
golongan petani Jepun dikenali sebagai Nomin. Di England golongan petani tidak
mempunyai tanah dan hanya mengusahakan tanah milik tuan tanah. Sebagai balasannya ,
tuan tanah akan memberi mereka perlindungan dan jaminan keselamatan. Sebaliknya petani
di Jepun mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam kalangan rakyat jelata. Mereka
memiliki tanah sendiri . Golongan petani akan membayar sewa kepada tuan tanah dengan
menyerahkan sebahagian daripada hasil pertanian. Di samping itu, petani juga diperlukan
untuk menawarkan khidmat buruh kepada tuan tanah. Manakala petani di Jepun terpaksa
membayar cukai yang tinggi. Kebiasaannya petani Jepun menyerahkan 50% daripada hasil
keluaran sebagai cukai tahunan kepada daimyo. Petani juga memberi beras kepada Samurai
untuk mendapat jaminan keselamatan.

KESIMPULAN
Terdapat perbezaan dan persamaan dalam sistem feudal yang menjadi amalan di Jepun dan
England. Kedua-dua sistem feudal mempunyai keunikan masing-masing.

2
SOALAN 2 : BANDINGKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL DI
ENGLAND DAN JEPUN PADA ABAD KE-16 DAN 17

PENGENALAN :
Sistem Feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu
tertentu dan kedudukannya adalah mengikut kelas bersusun lapis mengikut hieraki.
Masyarakat feudal adalah masyarakat yang tinggal dalam sesuatu komuniti dan terikat
dengan aturan yang ditetapkan oleh pemerintah ke atas golongan yang diperintah. Kedua-dua
golongan ini hidup berdasarkan keturunan dan saling memerlukan antara satu sama lain.
Masyarakat feudal di England memperlihatkan Raja mempunyai kuasa mutlak dan berada di
kedudukan teratas, diikuti oleh Count (Bangsawan) , Lord (Tuan Tanah) , Manor dan Serf
(Petani) manakala masyarakat feudal di Jepun meletakkan Maharaja pada kedudukan
tertinggi dan mempunyai kuasa yang tidak terbatas dan mewakilkan kuasa baginda kepada
keluarga Syogun dan dibantu oleg Daimyo serta Samurai. Jelasnya, terdapat beberapa
perbandingan ciri antara masyarakat feudal England dan Jepun pada abad ke-16 dan 17.

ISI-ISI PENTING
ENGLAND JEPUN
1. Kedudukan Raja 1. Kedudukan Maharaja

Munculnya sistem pemerintahan Maharaja dianggap sebagai pemerintah


monarki mutlak di England pada keduniaan dan kerohanian. Maharaja
abad ke-16 dan 17. Raja Jepun dikaitkan dengan unsur ketuhanan
mempunyai kuasa mutlak dalam yang bertujuan meningkatkan dan
bidang pentadbiran, perundangan menguatkan kedudukan maharaja serta
dan kehakiman. Raja juga menanam kesetiaan rakyat kepada
mempunyai kedudukan tertinggi maharaja.
dalam susun lapis masyarakat. Maharaja berperanan sebagai ketua
Seseorang raja mengambil agama dan ketua negara. Tetapi,
langkah seperti yang dilakukan Maharaja tidak mempunyai kuasa
oleh Raja Henry VII untuk pemerintahan di bawah Shogun
mengukuhkan kedudukannya . Tokugawa. Maharaja tinggal terpencil
Keadaan politik tidak stabil. dan terpisah di Kyoto dengan di kelilingi
Pemerintahan pusat yang lemah oleh pegawai istana ( Kuge )
menyebabkan. peperangan sering
berlaku antara wilayah.
Kedudukan raja lemah
(pemerintah pusat) kerana
berkongsi kuasa dengan golongan
pembesar. Golongan pembesar
pula sering menentang raja.

3
2. Kedudukan Bangsawan
2.
Pengaruh dan kekuasaan golongan2. 2. Kedudukan Shogun.
bangsawan merosot menjelang
Shogun merupakan golongan bangsawan.
abad ke-16 dan 17. Kedudukan
Kuasa pemerintah yang sebenar berada di
raja semakin kukuh ekoran
tangan Shogun Tokugawa. Shogun
perkembangan pesat yang berlaku
menjalankan tugas atas nama maharaja
dalam bidang ekonomi.
Penglibatan raja dalam bidang melalui dasar pecah dan perintah. Hal ini
ekonomi kapitalis mengukuhkan dilakukan supaya kedudukan Shogun
kedudukan dan pengaruhnya. terjamin.
Perkembangan ini menyebabkan
raja England dapat mengawal Shogun telah membahagikan kawasan
golongan bangsawan. Pegawai- pemerintahan berdasarkan golongan
pegawai pentadbir muncul apabila bangsawan atau Daimyo yang menyokong
berlaku kemerosotan pengaruh dan menentangnya. Daimyo yang
bangsawan . menyokong Shogun akan diberi tanah
Mereka menerima gaji daripada manakala bangsawan yang menentangnya
raja kerana membantu ditempatkan di kawasan yang akan dikawal
mengendalikan pemerintahan dan oleh sekutu Tokugawa. Kerajaan Tokugawa
pentadbiran. Mereka juga terdiri ini di kenali sebagai Kerajan Bakufu
daripada rakyat biasa yang (ketenteraan) yang berpusat di Edo.
mempunyai kebolehan dan
kewibawaan dalan pentadbiran .

3. Kedudukan Knight
3. Kedudukan Samurai
Golongan Knight memainkan
peranan dalam bidang ketenteraan. Samurai merupakan kelas pahlawan
Tanggungjawab mereka adalah (tentera). Mereka mempunyai kedudukan
mempertahankan raja dan istemewa iaitu mempunyai nama keluarga
golongan bangsawan daripada dan mempunyai dua bilah pedang. Samurai
ancaman musuh. Mereka berfungsi untuk menjaga keamanan Negara
menerima ganjaran dalam bentuk dan keselamatan shogun serta daimyo.
tanah dan harta benda daripada Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja
raja dan golongan bangsawan .
lain.
Jumlah golongan Samurai kira-kira
Menjelang abad ke-16 dan 17
400, 000 orang iaitu kira-kira 6% daripada
peranan dan kedudukan mereka
jumlah penduduk Jepun. Golongan samurai
mula berubah kerana
terbahagi kepada taraf tinggi, sederhana dan
pemerintahan England tidak perlu
rendah. Samurai bertaraf tinggi tidak ramai
lagi bergantung kepada khidmat
bilangannya dan dibenarkan memiliki
mereka untuk mempertahankan
tanah, Samurai bersederhana merupakan

4
negara daripada ancaman musuh . Samurai berkuda manakala kelas rendah
Raja menubuhkan pasukan tentera adalah Samurai berjalan kaki.
yang berada di bawah kawalan dan
penguasaan sendiri.4.
Perkembangan ini menyebabkan
pasukan tentera tidak didominasi
oleh golongan Knight sahaja
malah golongan petani dan rakyat
biasa juga boleh direkrut untuk
berkhidmat dalam pasukan tentera.

4. Kewajipan Peribadi
4. Kewajipan Peribadi
Wujud hubungan peribadi antara
Lord (tuan tanah) dan Vassal Dalam masyarakat feudal, wujud
(penyewa tanah). Hubungan antara hubungan peribadi antara Shogun dan
Daimyo. Shogun menyerahkan tanah
kedua pihak tersebut adalah
kepada golongan Daimyo yang setia
berdasarkan kepada ikatan kepadanya. Sebagai balasan, Daimyo
perjanjian (kontrak). Satu pihak akan membantu shogun dalam
memberi perlindungan manakala pentadbiran dan ketenteraan.
satu lagi menawarkan Dalam hal ini, kedua-dua pihak saling
perkhidmatan tentera . bertanggungjawab terhadap kepentingan
Berlaku perubahan dalam bersama, iaitu satu pihak memberikan
hubungan antara raja dengan perlindungan manakala satu pihak lagi
menawarkan perkhidmatan dalam
golongan bangsawan pada abad
pentadbiran dan ketenteraan.
ke16 dan 17. Kedudukan raja yang
semakin kukuh menyebabkan raja
tidak perlu lagi bergantung kepada
golongan bangsawan bagi
mendapatkan bantuan
ketenteraan .

5. Mobiliti Sosial
5. Mobiliti Sosial

Masyarakat feudal pada Zaman Masyarakat feudal di Jepun pada abad ke


Pertengahan merupakan 16 dan ke 17 terdiri daripada beberapa
masyarakat yang bersusun lapis. lapisan. Setiap lapisan dalam masyarakat
Setiap lapisan mempunyai feudal mempunyai kedudukan ekonomi,
kedudukan ekonomi , politik , dan sosial dan politik yang berlainan.
sosial yang berlainan. Perubahan Kedudukan dan status masyarakat
ditentukan berdasarkan keturunan dan
dalam kedudukan sosial dan status
sistem kelas. Dalam hal ini, perubahan
masyarakat jarang berlaku. Setiap status dan mobilitI sosial dalam masyarakat
golongan harus melaksanakan feudal di Jepun yang berlaku. Umpamanya,
peranan dan tanggungjawab yang golongan pedagang merupakan golongan

5
telah ditetapkan. yang di pandang rendah dan tidak berlaku
Perubahan dalam bidang politik , mobiliti sosial.
ekonomi dan sosial yang berlaku
pada abad ke-16 dan 17,
mewujudkan mobiliti sosial dalam
masyarakat. Perkembangan ini
menyebabkan struktur susun lapis
masyarakat turut mengalami
perubahan. Jawatan-jawatan
penting dalam kerajaan yang
dimonopoli oleh golongan
bangsawan kini disandang oleh
rakyat biasa. Ini menyebabkan
muncul golongan pertengahan dan
kelas menengah dalam
masyarakat .
6. Ekonomi
6. Pemilikan Tanah.
Masyarakat bergantung kepada
Zaman keshogunan Tokugawa , wilayah
tanah dan tinggal dalam komuniti
di serahkan kepada vassal yang setia
kampung yang dikenali sebagai
kepada shogun. Selain itu, Shogun
manor. Kegiatan ekonomi
memberikan tanah kepada tuan tanah
bergantong kepada aktiviti
(Daimyo ) yang setia kepadanya.
pertanian. Manor menjadi asas
Daimyo yang setia akan mengawasi
ekonomi feudalisme kerana manor
gerak geri Daimyo yang di ragui
yang menghasilkan makanan
kesetiannya.
untuk semua lapisan masyarakat
termasuk raja.
Tokugawa Ieyasu mengambil langkah
Kegiatan perdagangan tidak
untuk merampas tanah daripada daimyo
meluas kerana manor tidak
yang menentang pemerintahannya.
menjalankan perdagangan dengan
Tanah-tanah yang di rampas diserahkan
manor yang lain sebaliknya
kepada tentera dan tuan tanah yang setia
mereka menghasilkan barangan
kepadanya. Shogun melantik pegawai-
untuk keperluan sendiri.
pegawai untuk mentadbir dan
perkembangan ekonomi terhad
menguruskan tanah miliknya. Pegawai
dan perniagaan dkendalikan secara
yang menguruskan tanah itu dikenali
sistem barter.
sebagai Gundai dan Daskan.

7. Agama
7. Agama

6
Feudalisme di Jepun dipengaruhi agama
Gereja Katolik merupakan Buddha. Pada zaman Kamakura,
institusi yang berkuasa, mereka kemerosotan kerajaan pusat dan
memiliki sebahagian besar tanah. kekacauan menyebabkan rakyat
Institusi gereja mengongkong mempercayai agama Buddha untuk
kehidupan masyarakat pada zaman menjamin keselamatan mereka.
feudal. Pahlawan-pahlawan juga mula mendapat
ketenangan dengan melakukan meditasi
Pengaruh gereja Khatolik
kepada agama Buddha yang dikenali
merangkumi seluruh kehidupan
sebagai Zen.
masyarakat. Gereja menekankan
aspek kerohanian (keagamaan)
dan kurang menekankan aspek
duniawi.

KESIMPULAN

Masyarakat feudal England dan Jepun mempunyai ciri-ciri tersendiri yang merangkumi aspek
sosial,ekonomi dan politik. Dalam konteks ini, di England satu pihak menawarkan
perlindungan manakala satu pihak lagi menawarkan perkhidmatan. Manakala masyarakat
feudal Jepun lebih ketat kerana pembahagian golongan masyarakat berdasarkan pekerjaan
yang diwarisi. Malah kedudukan masyarakat Jepun diperkukuhkan semasa pemerintahan
Meiji dan dianggap sebagai Raja Berpelembagaan. Maharaja dihormati dan sistem ini kekal
sehingga hari ini.

Nota tambahan : Perbezaan Feudalisme di England dan Jepun


Feudalisme England dan Jepun berbeza dari segi etika.
Kesetiaan dalam tamadun England berasaskan perundangan atau perjanjian bertulis
sebaliknya dalam feudalisme di Jepun, kesetiaan berasaskan kepada etika dan budi
pekerti.
Dalam feudalisme Jepun,wanita boleh mewarisi harta dan mempunyai kedudukan
dalam masyarakat.
Selain itu wanita harus mempunyai sifat keberanian, tabah dan kesetiaan seperti
lelaki.
Pahlawan Jepun menunjukkan minat yang tinggi dalam kesarjanaan dan seni.
Dalam pada itu, pahlawan England adalah buta mereka hanya dikehendaki untuk
berkhidmat sebagai pahlawan.
Pemilikan ilmu tidak dianggap sebagai perkara yang mulia dalam alangan pahlawan
di England
Sebahagian daripada ciri-ciri masyarakat Jepun yang masih wujud hari ini ialah
warisan zaman Kamakura. Hal ini termasuklah penekanan kepada
kesetiaan,berani,berjimat cermat dan seni mempertahankan diri.

7
Tindakan membunuh diri dianggap tindakan yang mulia apabila seseorang itu didapati
bersalah. Ia dianggap jalan keluar yang mulia.
Feudalisme Jepun dipengaruhi oleh agama Buddha manakala feudalisme di England
dipengaruhi agama Kristian. Pada zaman Kamakura, kemerosotan kerajaan pusat dan
kekacauan menyebabkan rakyat mempercayai agama Buddha untuk menjamin
keselamatan mereka.Pahlawan-pahlawan juga mula mendapat ketenangan dengan
melakukan meditasi kepada agama Buddha yang dikenali sebagai Zen.

SOALAN 3. : HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN MASYARAKAT


INDUSTRI DI ENGLAND DAN JERMAN PADA ABAD
KE-18 DAN 19.

PENDAHULUAN
Menjelang abad ke-18 hingga abad ke-19 , tercetus revolusi yang dikenali sebagai
Revolusi Perindustrian di England dan kemudiannya di Jerman.
Revolusi Perindustrian menyebabkan England dan Jerman mengalami perubahan
daripada negara pertanian kepada negara berasaskan perindustrian.
Revolusi ini menyebabkan jentera digunakan secara meluas dalam sektor perkilangan.
Perkembangan ini juga menyebabkan berlakunya peningkatan dalam pengeluaran dan
pertumbuhan ekonomi yang pesat.

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND


1] Pertambahan penduduk

Pertambahan penduduk menyebabkan wujudnya bekalan tenaga buruh yang


mencukupi untuk sektor perkilangan.
Pertambahan penduduk mewujudkan pasaran bagi barangan keluaran kilang-kilang
perindustrian.
Penghijrahan pekerja dari Ireland dan Scotland menyebabkan terdapat tenaga kerja
yang ramai untuk bekerja di sektor perkilangan.

2] Kekayaan bahan mentah

Terdapat bekalan bahan mentah seperti arang batu dan bijih besi di England.
Bekalan arang batu yang banyak terdapat di New Castle dan Wales.
Penguasaan tanah-tanah jajahan di Asia dan Afrika turut menjamin bekalan bahan
mentah yang mencukupi dan berterusan untuk kilang-kilang perindustrian di England.

3] Kemajuan pengangkutan

8
Kemajuan dalam bidang pengangkutan membantu dalam pengagihan barang-barang
ke seluruh negara.
Penggunaan kenderaan berkuasa wap membantu perkembangan sistem pengangkutan
seperti kereta api dan kapal laut.

4] Perkembangan merkantilisme

Menjelang abad ke16 dan abad ke17, muncul kegiatan ekonomi merkantilisme di
England.
Perkembangan merkantilisme menyediakan kekayaan dan modal untuk
mempelopori Revolusi Perindustrian.
Sistem merkantilisme menekankan pemberian latihan kemahiran untuk pekerja-
pekerja menerusi ` Dasar Perantis `. Dasar ini menyediakan ramai tenaga kerja
yang mahir untuk berkhidmat dalam sektor perindustrian.

5] Modal mencukupi

Terdapat modal yang mencukupi untuk pelaburan dalam sektor perindustrian di


England.
England memiliki modal yang banyak yang dipusatkan di Bank of England.
Kemunculan institusi perbankan menyebabkan terdapat kemudahan pinjaman bagi
membiayai projek-projek perindustrian.

6] Iklim yang sesuai untuk perindustrian

Iklim yang sesuai meransang pertumbuhan sektor perindustrian.


Perkembangan perusahaan kapas di Lancashire disebabkan oleh keadaan iklim yang
sesuai.
Iklim lembap sesuai untuk menjalankan kegiatan memintal dan air yang mencukupi
untuk membasuh, meluntur dan mencelup bulu yang digunakan dalam industri tekstil.

7] Kemajuan sains dan teknologi

Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi menyebabkan beberapa rekaan
dan ciptaan baharu ditemui.
Penciptaan mesin-mesin baru menggalakkan perkembangan perindustrian di England.
Paten diberikan kepada pencipta bagi menggelakkan orang lain meniru hasil ciptaan
mereka.
Perkembangan ini menggalakkan orang ramai mencipta mesin-mesin baharu bagi
kegunaan perindustrian.

8] Kestabilan politik di England

9
Kestabilan politik turut menyumbang kepada pertumbuhan sektor perindustrian di
England.
Pada masa itu, England tidak terlibat dalam peperangan dengan negara lain.
Keadaan ini memberi ruang kepada masyarakat di England untuk menghasilkan
ciptaan-ciptaan baharu.

9] Semangat keusahawanan

Semangat keusahawanan dalam kalangan tokoh-tokoh perindustrian membantu


pertumbuhan industri di England.
Semangat ini melahirkan tokoh-tokoh yang kreatif dan inovatif seperti James Watt
dan Matthew Boulton.
Tokoh-tokoh ini terlibat dalam penciptaan mesin-mesin baharu dan menubuhkan
syarikatsyarikat bagi memasarkan engin tersebut.
Kemunculan golongan usahawan merupakan faktor yang menggalakkan
perkembangan sektor perindustrian di England.

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN

1] Penyatuan Jerman

Penyatuan Jerman pada 1871 oleh Otto von Bismark telah meletakkan asas yang
kukuh bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Selepas penyatuan,
Jerman muncul sebagai sebuah negara perindustrian yang unggul di Eropah.
Penyatuan Jerman ini telah membawa kepada kemajuan sistem pengangkutan dan
perhubungan , kemajuan dalam ekonomi dan kestabilan politik. Keadaan ini telah
meransang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Selepas tahun 1878,
kerajaan mengamalkan dasar memberi perlindungan kepada sektor perindustrian.

2] Kemajuan Pertanian

Kemajuan dalam bidang pertanian meletakkan asas bagi pertumbuhan sektor


perindustrian di Jerman.
Selepas penyatuan Jerman, sektor pertanian mula mengalami kemajuan dan
berkembang dengan pesat melalui penerbitan karya mengenai teknologi pertanian
seperti Introduction to the Knowledge of English Agriculture- Principle of Rational
Agriculture pada tahun 1789 oleh Albrecht Thaer. Justus von Liebig menjalankan
kajian tentang penggunaan kimia bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
Penggunaan teknologi moden dan kaedah saintifik telah menyebabkan berlaku
peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.
Kerajaan turut memberi sumbangan dalam memajukan bidang pertanian melalui
penubuhan sekolah pertanian dan universiti.
Institusi ini telah menjalankan kajian dalam bidang pertanian dan menawarkan mata
pelajaran yang berkaitan dengan bidang pertanian.

10
Sebelum Perang Dunia Pertama terdapat lebih kurang 2000 buah sekolah pertanian di
seluruh Jerman. Antara 1905 hingga 1912, Jerman mendahului negara-negara lain
dalam pengeluaran hasil pertanian.

3] Kemajuan dalam bidang Penyelidikan

Kemajuan dalam bidang penyelidikan meransang pertumbuhan sektor perindustrian di


Jerman. Banyak makmal penyelidikan telah dibina oleh syarikat kimia dan elektrik di
Jerman bagi membolehkan ahli-ahli Kimia dan Fizik menjalankan kajian dan
penyelidikan.
Penyelidikan ini telah menyebabkan Jerman berjaya mencipta pelbagai peralatan dan
inovasi baharu. Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman muncul sebagai
pemimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik pada akhir abad ke-19.

4] Penubuhan Koperasi

Koperasi memainkan peranan dalam perkembangan sektor perindustrian di Jerman


dengan memberikan bantuan kewangan kepada penduduk untuk melibatkan diri
dalam perindustrian.
Kesatuan kredit juga ditubuhkan di seluruh Jerman bagi meransang pertumbuhan
sektor perindustrian dan memberi bantuan kewangan kepada penduduk bandar seperti
Kesatuan Kredit Schulze Delitzsch. Menjelang tahun 1911, terdapat lebih kurang
25000 buah kesatuan kredit di seluruh Jerman.
Institusi koperasi dan kesatuan kredit memainkan peranan dalam pertumbuhan sektor
perindustrian di Jerman.

5] Penghapusan Sistem Guild

Penghapusan sistem guild juga menjadi salah satu faktor yang mendorong
perkembangan industri di Jerman. Sebelum penyatuan Jerman, seseorang yang
ingin terlibat dalam bidang perindustrian perlu mempunyai pengalaman dalam
guild selama beberapa tahun. Ia merupakan syarat wajib. Sistem ini menjadi
penghalang kepada perkembangan perindustrian di Jerman.
Pada tahun 1811, kerajaan bertindak menghapuskan monopoli dan keistimewaan
guild melalui Peraturan 1811. Penghapusan ini telah menjadi asas bagi
pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.

6] Penghijrahan penduduk ke bandar

Penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar membantu perkembangan


sektor perindustrian di Jerman. Sebelum penyatuan Jerman, tiga perempat daripada
penduduk Jerman tinggal menetap di luar bandar.

11
Pada tahun 1871, terdapat 8 buah bandar di Jerman dengan bilangan penduduk
seramai 100 ribu orang. Selepas penyatuan Jerman, proses pembandaran berkembang
dengan pesat dan membawa kemunculan bandar baharu di seluruh negara seperti
kawasan Ruhr, Saxony, Silesia dan Berlin.
Pertumbuhan bandar baharu dan peningkatan penduduk menyebabkan industri
berkembang pesat di Jerman.

7] Kekayaan bahan mentah

Perkembangan sektor perindustrian di Jerman juga disebabkan oleh kekayaan sumber


bahan mentahnya seperti arang batu, bijih besi, dan bijih timah.
Kawasan perlombongan arang batu dan bijih besi yang terkenal di Jerman ialah
lembah Ruhr, Lorainne dan Silesia. Sumber galian ini merupakan sumber utama
dalam menggerakkan sektor perindustrian di Jerman. Pada tahun 1875, Jerman
mengeluarkan 25 juta tan arang batu dan telah meningkat kepada 287 juta tan pada
tahun 1913.
Pada tahun 1872, Jerman telah mengeksport bekalan bijih besi bernilai 1.92 juta tan
ke negara Eropah. Menjelang tahun 1910, pengeluaran bijih besi mencecah sehingga
14.7 juta tan.
Di samping itu, bahan kimia seperti garam kalium ditemui dalam kuantiti yang besar
di Jerman.Menjelang tahun 1871, Jerman menghasilkan 375000 tan garam kalium dan
meningkat kepada 3.5 juta tan pada tahun 1901.
Antara tahun 1863 hingga 1865, seramai 120000 orang bekerja dalam industri
perlombongan di Jerman dan terus meningkat kepada 570000 orang pada tahun 1906.

8] Kemajuan industri perkapalan.

Perkembangan pesat sektor perindustrian disebabkan oleh kemajuan dalam


industri perkapalan. Industri perkapalan Jerman terletak di Breman, Hamburg,
Stettin, Danzig dan Elby.
Selepas tahun 1880, berlaku peningkatan yang amat ketara dalam pembinaan
kapal wap di Jerman dan ini membolehkan jumlah muatan barangan yang
diangkut dapat ditingkat.

9] Kemajuan sistem pengangkutan

Perkembangan Revolusi Perindustrian disebabkan oleh kemajuan dalam bidang


komunikasi dan pengangkutan. Kerajaan membangunkan perkhidmatan kereta api
untuk menggalakkan pertumbuhan industri. Bagi memajukan perkhidmatan kereta

12
api, kerajaan mengambil langkah dengan mengurangkan kadar bayaran dan tarif
perkhidmatan kereta api.
Landasan kereta api dibangunkan bagi memudahkan pergerakan tentera dalam
mengawal keamanan negara. Selepas tahun 1879, kerajaan membeli landasan kereta
api yang dimiliki oleh pihak swasta.

10] Galakan Kerajaan

Pertumbuhan pesat dalam sektor perindustrian juga disebabkan galakan yang


diberikan oleh kerajaan. Kerajaan Jerman mengamalkan dasar memberi
perlindungan kepada sektor perindustrian mulai tahun 1879.
Dasar ini menyebabkan berlaku pertumbuhan pesat industri antara tahun 1872
hingga 1910 dan sekali gus menyebabkan hasil pengeluaran sektor perindustrian
di Jerman meningkat.
Kerajaan juga menyediakan perkhidmatan kereta api yang murah bagi meransang
pertumbuhan industri. Sistem pengangkutan yang efisien menyebabkan hasil
pengeluaran industri dapat di eksport ke negara-negara lain di Eropah.

11] Penubuhan Kartel

Kartel adalah sebuah persatuan yang berperanan untuk menyelaras pengurusan


industri di Jerman seperti mengawal bekalan dan harga barangan bagi menjamin
keuntungan. Anggota kartel akan mengadakan perjanjian bagi menentukan harga
barangan yang dipasarkan.
Pertubuhan ini memainkan peranan penting dalam mengawal pasaran dan kewangan
industri Jerman.

12] Kemunculan Bank

Kemunculan institusi perbankan memberi sumbangan yang besar dalam


perkembangan sektor perindustrian di Jerman. Kerajaan menubuhkan bank dengan
menyediakan pinjaman jangka panjang bagi meransang pertumbuhan sektor
perindustrian di Jerman.
Menjelang pertengahan abad ke-19 Joint Stock Bank ditubuhkan di Jerman dengan
memberi bantuan modal kepada pengusaha-pengusaha industri.
Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh gabungan empat buah bank utama yang
terdiri daripada Disconta Geseilsehaft of Stuttgart (1851), Deutsche Bank (1870),
Darmstadter Bank (1870), dan Dresdener Bank (1872).
Bank-bank ini berperanan menggalakkan penggabungan perniagaan, memberi
bantuan modal kepada pengusaha industri, menggalakkan pertumbuhan industri
perlombongan, dan membangunkan sistem pengangkutan darat dan laut.

Kesimpulan

13
Terdapat beberapa faktor perkembangan Revolusi Perindustrian di England dan
Jerman.
Revolusi ini menyebabkan berlakunya pertumbuhan ekonomi yang pesat serta
kemunculan golongan kelas pekerja dan golongan pertengahan.
Revolusi ini juga membawa perubahan yang ketara dalam bidang sosial dan politik.

SOALAN 4 : HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND


DAN JERMAN PADA ABAD KE 18 HINGGA 19.

PENGENALAN
Masyarakat industri muncul selepas tercetusnya Revolusi Perindustrian di England
pada abad ke 18.
Masyarakat industri menggantikan masyarakat agraria yang muncul pada zaman
praindustri.
Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor
perindustrian
Masyarakat ini terlibat dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan
menggunakan mesin dan dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung
kepada pengeluaran secara besar-besaran.

ISI-ISI PENTING

CIRI-CIRI MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND PADA ABAD KE 18 DAN 19

i) Kegiatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi masyarakat industri tertumpu kepada pengeluaran barangan
secara besar-besaran
Mereka bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan
punca pendapatan untuk menyara kehidupan
Masyarakat mempunyai kemahiran dalam pengendalian mesin yang digunakan
secara meluas hingga membawa kepada pengeluaran barangan secara besar-
besaran
Barangan ini akan dipasarkan di peringakat domestik dan antarabangsa
Pada peringkat awal, masyarakat industri di Englang bekerja di kilang-kilang
tekstil
Ekonomi masyarakat industri juga tertumpu dalam sektor perlombongan. Bekalan
arang batu dan bijih besi yang banyak di New Castle dan Wales menyumbang
kepada perkembangan industri besi dan keluli.

14
ii) Pengkhususan kerja
Penggunaan mesin secara meluas telah menyebabkan berlakunya pengkhususan
pekerjaan.
Pekerja-pekerja hanya perlu melakukan sebahagian kerja untuk menghasilkan
barangan.
Keadaan ini membolehkan kos operasi dapat dikurangkan dan pengeluaran dapat
ditingkatkan.

iii) Kemunculan kelas


Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan pekerja menerima pendapatan
yang tinggi dan ini membawa kepada kemunculan kelas iaitu kelas pekerja dan
kelas kapitalis
Golongan pekerja atau golongan proletariat merujuk kepada buruh yang
diperlukan untuk mengendalikan mesin-mesin seperti mesin menenun, memintal
dan bekerja di lombong.
Kelas kapitalis pula merupakan pemilik kilang, tuan tanah dan juga pengusaha
lombong yang kebiasaanya menindas kelas pekerja untuk meraih keuntungan
yang banyak.
Campurtangan kerajaan menyebabkan kebajikan pekerja ini terjamin dan ini
membawa kepada kemunculan golongan profesional daripada kalangan kelas
pekerja.

iv) Mobiliti Sosial


Pengkhususan kerja dalam bidang perkilangan membawa kepada pengeluaran
produk secara besar-besaran
Peningkatan dalam pengeluaran akan dapat meningkatkan pendapatan pekerja.
Taraf hidup golongan pekerja bertambah baik kerana mendapat pendapatan yang
tinggi.
Situasi ini membawa kepada kemunculan golongan kelas menengah dalam
masyarakat yang berjuang untuk kepentingan diri dan juga hak golongan pekerja.
Mobiliti sosial berlaku kerana kejayaan seseorang individu bukan ditentukan oleh
status keturunan tetapi kerana bakat dan kekayaan yang dimiliki.

v) Urbanisasi
Masyarakat industri merupakan masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dan
bekerja di sektor perkilangan
Revolusi Perindustrian yang berlaku telah menyebabkan ramai penduduk luar
bandar berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang.
Keadaan ini membawa kepada proses urbanisasi atau proses menjadi bandar
khususnya di kawasan perindustrian.
Pertambahan penduduk secara mendadak berlaku di bandar dan ini
mengakibatkan kesesakan di kawasan bandar perindustrian.
Antara bandar perindustrian yang mengalami proses urbanisasi di England ialah
Manchester, Leeds, Liverpool dan Lyons.

15
vi) Perkembangan Sains dan Teknologi
Masyarakat industri merupakan masyarakat yang mempunyai pengetahuan dalam
bidang sains dan teknologi.
Mereka menerapkan pengetahuan dan teknologi baharu yang mereka peroleh
dalam pertumbuhan sektor perindustrian.
Perkembangan ini membawa kepada lahirnya golongan saintis yang
menghasilkan mesin baru bagi kegunaan perindustrian.
Antara saintis yang terkenal ialah Thomas Newcomen dan James Watt yang telah
menghasilkan mesin berkuasa wap

KESIMPULAN
Masyarakat industri di England cukup mahir dalam pelbagai bidang khususnya bidang
pertanian sehingga berjaya menyumbang kepada Revolusi Perindustrian.
Perkembangan Revolusi Perindustrian di England telah membawa kepada
kemunculan England sebagai kuasa imperialis pada akhir abad ke 19

CIRI-CIRI MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN PADA ABAD KE 18 DAN 19

ISI-ISI PENTING

PENGENALAN
Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor
perindustrian
Masyarakat ini terlibat dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan
menggunakan mesin
Masyarakat ini dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada
pengeluaran secara besar-besaran
Revolusi perindustrian di Jerman berlaku pada tahap kedua di Eropah iaitu
selepas Revolusi Perindustrian di England
Untuk memajukan perindustrian, kerajaan Jerman telah memberi banyak modal
dalam memajukan kemudahan infrastruktur seperti pengangkutan dan
komunikasi.

i) Kegiatan Ekonomi

Penggunaan teknologi moden dan kaedah saintifik menyebabkan peningkatan


dalam pengeluaran hasil pertanian
Contohnya masalah pembajakan tanah dapat diatasi apabila traktor dicipta bagi
menggantikan kuda.
Masalah kesuburan tanah diatasi apabila formula untuk menghasilkan baja tiruan
ditemui.
Ini menyebabkan hasil pengeluaran pertanian meningkat seperti oat, gandum dan
ubi kentang

16
Aktiviti juga tertumpu dalam bidang perindustrian terutamanya apabila berlaku
pertambahan pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia
barat Jerman
Arangbatu dan bijih besi merupakan galian utama
Jerman mengeluarkan 25 juta tan arang batu dan galian ini meningkat kepada 287
tan pada tahun 1913.
Pengeluaran bijih besi juga meningkat daripada 1.5 juta pada tahun 1871 kepada
8.5 juta tan pada tahun 1900.
Muncul pengusaha terkenal seperti Alfred Krupp yang mengeluarkan barangan alat
ganti dan peralatan besi.
Kemajuan dalam industri kulit menyebabkan Jerman mengambilalih tempat
England dalam industri kulit pada tahun 1870-1914
Keadaan ini menyebabkan berlaku perubahan dalam kehidupan masyarakt kepada
gaya hidup yang lebih mewah
Pembangunan industri tekstil tertumpu di wilayah Rhineland, Saxony danSilesia.
Berlin pula menjadi bandar pengeluar mesin-mesin tekstil
Ciptaan baharu mulai berkembang di Jerman. Antaranya Syarikat Siemen dan
Martin telah meningkatkan pengeluaran keluli pada tahun 1886 daripada 0.9 juta
tan kepada 13.6 juta tan.
Ini membawa kepada kemunculan kejuruteraan elektrik di Jerman. Syarikat kimia
dan elektrik Jerman menjadi perintis kepada pembangunan kimia dan elektrik.

ii) Kemunculan kelas


Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas iaitu kelas kapitalis dan kelas
pekerja
Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang dan pengusaha lombong seperti
Alfred Krupp, Siemens dan Martin
Kelas pekerja pula terdiri daripada buruh dan pekerja kilang di kilang tekstil,
Kimia dan Kejuruteraan elektrik.

iii)Perkembangan Sains dan Teknologi

Teknologi yang digunakan di Jerman terdiri daripada pelbagai bahan, sumber dan
bentuk
Kemajuan dalam teknik penyelidikan membolehkan Jerman menghasilkan pelbagai
ciptaan baru yang membantu kelahiran industri berskala besar.
Syarikat Kimia dan elektrik Jerman memonopoli penubuhan makmal-makmal
penyelidikan yang lengkap dengan ahli-ahli Kimia dan Fizik terlatih daripada
universiti
Perkembangan ini menyebabkan Jerman berjaya mencipta pelbagai peralatan dan
inovasi baru
Beberapa syarikat dan perbadanan Jerman telah memberi sumbangan besar
mencipta teknik baru dengan menjalinkan teori penyelidikan saintifik dengan
amalan kerja biasa di kilang
Menjelang abad ke 19, industri kimia dan elektrik Jerman telah memimpin dunia.

17
iv)Kemajuan kewangan

Industri industri di Jerman didominasi oleh pelaburan bank dan syarikat insurans
Perkembangan sistem perbankan di Jerman menggalakkan pertumbuhan
perdagangan dan perniagaan di Jerman.
Pada tahun 1840an Bank of Prusia menjalankan perniagaan perbankan sebagai
joint stock dalam pengeluaran kredit dan menyediakan pelaburan kapital.
Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank, iaitu gabungan 4 buah bank
utama iaitu Disconto Gesellschaft of Stuttgart, Deutsche Bank, Dammstadter Bank
dan Dresdener Bank.
Bantuan modal mempercepatkan perkembangan industri di Jerman pada tahun
1870an.
Hal ini menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, keluli,
kapas dan kain bulu serta kemajuan sistem pengangkutan darat dan laut.

v) Kemajuan sistem pengangkutan

Pembinaan jalan kereta api dibina dengan pesat pada tahun 1870 hasil
pembangunan industri besi dan keluli.
Firma Jerman di Bersiq menjadi pengeluar utama kereta api di Jerman.
Kerajaan juga menyediakan kadar perkhidmatan kereta api yang murah untuk
menghantar besi jerman ke negara Eropah.
Pada tahun 1713, eksport besi dan keluli Jerman bernilai 100 juta pound sterling.

vi)Perluasan perdagangan antarabangsa

Perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman menyaksikan pertambahan


dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan
mendapatkan sumber bahan mentah
Perindustrian di Jerman telah berkembang kepada 243.8 peratus dari tahun 1887
hingga 1912
Masalah pasaran dan bahan mentah menyebabkan Jerman terpaksa meluaskan
tanah jajahan
Jerman dapat menguasai kawasan di Pasifik iaitu New Guinea, Kepulauan
Carolina dan juga meluaskan perdagangan dengan China

KESIMPULAN

Masyarakat Jerman merupakan masyarakat yang gigih berusaha dalam


memajukan ekonomi mereka

Perkembangan perindustrian di Jerman membawa kepada kemunculan Jerman


sebagai kuasa imperialis untuk mendapatkan lebih banyak bahan mentah.

TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

18
SOALAN 5 : BINCANGKAN KEDUDUKAN DAN PERANAN PEMBESAR
DI CHINA DAN RUSIA PADA ABAD KE-16 HINGGA ABAD
KE-20.

PENDAHULUAN

Golongan pembesar juga dikenali sebagai golongan pentadbir yang berperanan dalam
melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran yang diarahkan oleh maharaja atau raja. Secara
amnya , pembesar dapat dibahagikan kepada kepada tiga kategori bergantung kepada liokasi
dan kepentingannya ,peringkat pusat ,peringkat wilayah dan peringkat daerah. Kebiasaanya
individu yang dilantik sebagai pembesar merupakan individu yang mendapat kepercayaan
pemerintah dan sentiasa memberi kesetiaan yang tidak berbelah bagi.

ISI-ISI PENTING

CHINA RUSIA
Pembesar China Pembesar Rusia
Raja atau maharaja membahagikan
tiga fasa pentadbiran iaitu pentadbiran 1. Golongan Boyar
awam, pentadbiran ketenteraan dan Golongan bangsawan yang menjadi tuan-tuan
pentadbiran tempatan di bawah badan tanah
pengawas bagi memastikan keamanan Berperanan seperti raja-raja kecil yang
dan ketenteraman negara. memerintah di kawasan tanah kepunyaan
mereka.
Undang-undang tahun 1649, golongan Boyar
1. Pentadbiran Pusat terbahagi kepada berkuasa ke atas golongan petani. Petani-
beberapa unit atau institusi iaitu : petani dianggap sebagai abdikepada Boyar
i. Sekretariat Agung buat selama-lamanya. Mereka juga
membantu Maharaja dalam menyelia menjadikan tanah-tanah feudal sebagai tanah
dan menyelaras enam badan kepunyaan peribadi mereka.
kementerian dalam pentadbiran pusat Tsar Peter 1 telah mengurangkan kuasa
ii. Majlis Tertinggi dan Censorate atau golongan Boyar.
Lembaga Penapis
menjadi badan penasihat terpenting 2. Membantu raja dalam bidang pentadbiran
kepada maharaja . di peringkat pusat
Majlis ini dibahagikan kepada enam Era kekuasaan Moscow dan Dinasti Romanov
kementerian . Setiap kementerian ,pembesar menganggotai tiga institusi utama
dikawal oleh seorang pegawai kanan iaitu Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi.
yang dikenali Shangschu. Shangschu Duma golongan bangsawan paling kanan
akan dibantu oleh beberapa pegawai yang bertanggungjawab dalam hal ehwal

19
rendah dalam setiap urusan pentadbiran khususnya membuat dan
berdasarkan kementeriannya. Enam meluluskan sesuatu termasuk dalam bidang
kementerian tersebut ialah kehakiman
Kementerian Personal, Kementerian Zemskii Sabor- badan penasihat tetapi
Kewangan, Kementerian Adat , kuasanya lebih rendah daripada Duma dan
Kementerian Perang , Kementerian dianggotai oleh 40 hingga 50 golongan
Keadilan dan Kementerian Kerja bangsawan
Raya. Prikazi- golongan bangsawan dalam jabatan-
Terdapat Lembaga Penapis atau jabatan tertentu yang melaksanakan dasar
Censorate yang menjadi mata dan yang diluluskan oleh Duma.
telinga maharaja. Fungsi Censorate Walaupun Duma dan Zemskii Sabor
adalah memaklumkan segala aktiviti merupakan institusi penting dalam
pembesar-pembesar China kepada pentadbira, namun kuasa sebenar terletak di
maharaja supaya maharaja dapat tangan raja.
mengambil tindakan yang sewajarnya.

2. Pentadbiran Wilayah Zaman Peter The Great


Pembesar wilayah dibantu oleh Majlis Senat telah menggantikan peranan
pembesar tempatan yang dikenali Duma dan Zemskii Sabor .
Mengenepikan peranan institusi dan ahli
sebagai Gentry yang menjaga
gereja dalam pemerintahan . Holy Synod
wilayahnya.
Mereka membantu secara sukarela telah mengambil alih peranan Patriach (Ketua
sebagai orang perantaraan antara Gereja)
pembesar dengan rakyat jelata di
kawasan mereka. Zaman Tsar Alexander II
Memiliki tentera sendiri dan Zemstvo iaitu Majlis Perundangan
bertanggungjawab menyediakan Tempatan .ditubuhkan pada tahun 1864 yang
bantuan ketenteraan kepada dianggotai oleh golongan bangsawan (tuan
pemerintah pusat . tanah)
Pentadbiran wilayah juga diuruskan Zemstvo berperanan sebagai pemungut cukai
oleh pegawai-pegawai pengawas di kawasan masing-masing ,melaksanakan
kerajaan. kuasa tempatan spt menyediakan kemudahan
Tugas utama ialah mengawasi aktiviti asas , memberi bantuan kepada golongan
semua peringkat pentadbiran dan miskin dan menjaga kesihatan awam
mendakwa pegawai-pegawai yang Zaman Tsar Alexander 1 Jawatankuasa
menyeleweng serta mencadangkan Tidak Rasmi dibentuk sebagai penasihat Raja
perubahan dalam operasi kerajaan. dalam hal ehwal dasar negara.
Zaman Dinasti Ching , Gabenor Zaman Tzar Nicholas II Duma
dilantik sebagai pentadbir wilayah. dikembalikan dan berfungsi sebagai Parlimen
Gabenor berfungsi untuk menjaga Rendah dan pemilihan keahliannya
urusan pentadbiran wilayah , menjaga berdasarkan suara undian terbanyak dan
keamanan dan ketenteraan serta bukan dilantik oleh Tsar.
mengutip cukai untuk dihantar kepada
menerintahan pusat. 3. Pentadbiran peringkat wilayah
Namun kuasa Gabenor tertakluk Gabenor atau naib gabenor yang dilantik oleh

20
kepada adat istiadat dan tradisi kerajaan pusat bertanggungjawab dalam hal
wilayah yang telah ditetapkan dalam ehwal pentadbiran daerah masing-masing.
dikri diraja.
Pegawai-pegawai daerah yang dilantik
oleh maharaja ialah Bendahari dan 4. Pentadbiran kampung
Hakim akan membantu Gabenor Komun atau mir atu Majlis Kampung
dalam menjalankan tugasnya dipertanggungjawabkan menguruskan soal
. pentadbiran termasuk
3. Ketua pasukan tentera memungut cukai dan menentukan jenis
Maharaja bergantung kepada ketua tanaman yang diusahakan oleh petani,
angkatan tentera untuk memulihkan mengagihkan tanah pertaniah ,melatih
kemanan dan kestabilan politik. generasi muda dalam kalangan petani sebagai
Ketua tentera mendapat kedudukan tentera kerahan,
istimewa dalam sistem pentadbiran di mengelak pengaruh negatif dalam kalangan
China. penduduk luar bandar dan menjadi mata dan
Sebagai buktinya, maharaja mewujudkan telinga kerajaan pusat.
Jabatan Perang. 5. Tsar membentuk polis Rahsia bagi mengawal
sebarang penyebaran propaganda yang
4. Pembesar wilayah juga dilantik dalam negatif dan mengawal jalan keluar masuk
kalangan bijak pandai (gentry) yang telah empayar Rusia.
lulus pendidikan Confucius. 6. Menjelang abad ke 20, berlaku perubahan dari
Keistimewaan pembesar wilayah: segi perlantikan pembesar.
Dibenarkan mengubah dasar yang
dibentuk oleh pemerintah pusat dengan Individu yang dilantik kini
kebenaran adat istiadat dan keadaan mempunyai latar belakang
setempat. pendidikan yang tinggi.
Diberi kebebasan bertindak dalam hal-hal Secara tidak langsung akan
yang berkaitan dengan adat istiadat meningkatkan kredibiliti
tempatan dan menjalankan perintah pemerintahan Tsar.
mahajara. Cth. Sergie Witte yang merupakan
Dianggap sebagai pemerintah separuh graduan dalam bidang matematik
merdeka. dilantik sebagai menteri kewangan
Bebas ditukarkan dari satu tempat ke satu bertanggungjawab memajukan sektor
tempat yang lain di seluruh empayar atas perindustrian Rusia
arahan maharaja.
Menjaga keamanan dan ketenteraman di
wilayah-wilayah masing-masing.
Menghantar hasil, cukai atau wang kepada
kerajaan pusat.

KESIMPULAN

21
Kesimpulannya, kewujudan birokrasi dalam pentadbiran kerajaan monarki Rusia ini
menggambarkan hasrat Tsar atau Tsarina untuk mewujudkan pentadbiran yang cekap dan
sistematik sekaligus dapat mengukuhkan kekuasaannya. Namun begitu, akibat perubahan
senario politik, golongan ini menerima kesan daripada Revolusi Bolshevik yang membawa
kejatuhan kerajaan monarki Rusia. Di China , Revolusi 1911 telah menamatkan
pemerintahan Dinasti Ching dan menamatkan kuasa maharaja serta seterusnya kerajaan
feudal . Penamatan pemerintahan beraja juga menghapuskan sistem pembesar di China dan
digantikan dengan Republik.

SOALAN 6 : HURAIKAN PERALIHAN SISTEM BERAJA MUTLAK KEPADA

RAJA BERPERLEMBAGAAN DI ENGLAND ABAD KE-16 -18M.

PENDAHULUAN

Sistem pemerintahan monarki mutlak semasa pemerintahan dinasti Tudor melahirkan


kestabilan politik di England.
Kewibawaan raja-raja merupakan faktor utama sistem pemerintahan monarki mutlak
dapat dipertahankan. Raja-raja Dinasti Tudor berjaya mengawal House of Common
dan House of Lords dengan berkesan.
Namun, semasa pemerintahan raja-raja daripada dinasti Stuart berlaku ketegangan
antara pemerintah dan parlimen yang akhirnya membawa kepada kemunculan
pemerintahan raja berperlembagaan di England.

ISI-ISI PENTING

1. PEMERINTAHAN BERAJA MUTLAK DINASTI TUDOR


Magna Carta
- Raja-raja dinasti Tudor menjalankan pemerintahan berasaskan prinsip dalam
Magna Carta; piagam politik yang diperkenalkan sejak zaman pertengahan bagi
membatasi kuasa raja. Pemerintahan berlandaskan prinsip ini menyebabkan
sistem pemerintahan monarki mutlak dapat dipertahankan.
Kejayaan mengawal Parlimen
- Raja-raja Dinasti Tudor berjaya mengawal parlimen England yang terdiri
daripada Dewan Rakyat (House of Common) dan Dewan Bangsawan (House
of Lords).
- Dewan Bangsawan dianggotai golongan tuan tanah yang kaya, biskop dan
anggota kerabat diraja. Dewan ini mempunyai pengaruh dalam politik kerana
mendapat sokongan daripada raja.
- Dewan Rakyat dianggotai oleh orang kebanyakan yang terdiri daripada
pahlawan, orang kaya dan peguam.
- Pada abad ke-17, golongan tuan tanah dan borjuis mendominasi Dewan
Rakyat. Mereka mempertikaikan kedudukan dan pengaruh golongan
bangsawan dalam Dewan Bangsawan.

22
- Namun, raja-raja dinasti Tudor menggunakan kebijaksanaan bagi meredakan
pergeseran antara anggota kedua-dua dewan.

2. PEMERINTAHAN BERAJA MUTLAK DINASTI STUART


Pemerintahan raja-raja Stuart terpaksa berhadapan dengan penentangan ahli-ahli
Parlimen dan isu agama/ kebangkitan golongan Puritan (golongan yang tidak
berpuas hati dengan gereja Anglican dan ingin membersihkan amalan agama di
England daripada pengaruh gereja Katolik Rom).

Raja James 1
- Raja James I dan anaknya Charles I tidak memahami tradisi politik England
dan berpegang kuat kepada doktrin kuasa suci raja. Baginda menegaskan
kedudukan raja mengatasi segala undang-undang yang digubal manusia. Hal ini
bermakna semua institusi pemerintahan diwujudkan untuk berkhidmat kepada
raja bukannya berkongsi kekuasaan dengan raja.
- Krisis antara Raja James I dengan parlimen meruncing ekoran isu pengenalan
cukai oleh James I tanpa persetujuan parlimen. Baginda berpendapat, sebagai
seorang raja, baginda mempunyai hak dan kuasa dalam soal pungutan cukai
dan kewangan.
- Ahli parlimen menuduh baginda menjalankan pemerintahan tanpa mengikut
perlembagaan dan membelakangkan parlimen. James I bertindak membubarkan
parlimen dan keadaan politik di England semakin bercelaru dengan
kematiannya.

Raja Charles 1
- Semasa Charles I, hubungan antara parlimen dengan raja semakin tegang.
Memandangkan beliau sukar mendapat peruntukan daripada Parlimen, baginda
telah memaksa rakyat memberikan sagu hati kepadanya dan sesiapa yang
enggan akan dipenjarakan.
- Rasa tidak puas hati terhadap penggunaan kuasa mutlak raja telah dibuat secara
rasmi pada 1628 apabila parlimen mengemukakan Petition of Right kepada
Charles I. Pengisytiharan Hak ini melarang raja daripada menggunakan
angkatan tentera diraja demi kepentingan sendiri, rakyat tidak boleh
dipenjarakan tanpa sebab dan raja tidak dibenarkan memungut cukai tanpa
kebenaran Parlimen.
- Ketegangan dengan parlimen menyebabkan Raja Charles I menangkap
pemimpin-pemimpin parlimen dan tindakan ini akhirnya mencetuskan Perang
Saudara antara penyokong raja dan penyokong Parlimen.

3. PEMERINTAHAN REPUBLIK

Oliver Cromwell
- Kemenangan akhirnya berpihak kepada parlimen di bawah pimpinan Oliver
Cromwell. Kemenangan ini menyebabkan Raja Charles I kehilangan kuasa dan
dijatuhi hukuman pancung. Pemerintahan Cromwell bercorak kediktatoran
tentera dan banyak kejayaan dicapai dalam perdagangan dan dasar luar. Setelah
kematiannya, pemerintahan diktator diteruskan oleh anaknya Richard
Cromwell. Tidak sampai setahun memerintah Richard meletakkan jawatan.

23
4. PEMERINTAHAN RAJA BERPERLEMBAGAAN DINASTI STUART

Charles II
- Pemulihan sistem monarki di England dilakukan berasaskan kompromi dan
persefahaman antara raja dan parlimen. Pada peringkat awal, Raja Charles
II cuba melaksanakan dasar yang tidak mencetuskan perasaan tidak puas hati
parlimen. Sekali lagi, soal agama menjadi punca pertelagahan antara raja dan
parlimen.
- Raja Charles II memansuhkan undang-undang yang menyekat penganut
Katolik melakukan amalan tradisi mazhab mereka. Perisytiharan itu juga
menandakan tiada lagi sekatan kepada golongan Katolik untuk menjawat
jawatan dalam perkhidmatan awam dan pasukan keselamatan.
- Parlimen bertindak balas meluluskan akta melarang orang Katolik memegang
jawatan dalam perkhidmatan awam. Parlimen turut meluluskan undang2
berhubung hak asasi manusia (Habeas Corpus Act) yang menyekat raja
memenjarakan tahanan politik sesuka hati.
James II
- Kematian Charles II digantikan dengan adiknya James II yang
berkecenderungan memulihkan kembali doktrin kuasa suci raja. Tentangan
terhadap James II semakin terbuka apabila baginda menjalankan dasar agama
yang lebih condong kepada mazhab Katolik sementelah baginda juga penganut
mazhab Katolik.
Mary dan William of Orange
- Raja James II akhirnya disingkirkan daripada takhta dan Mary II dan suaminya
William of Orange dijemput dari Belanda dan ditabalkan sebagai pemerintah
melalui peristiwa Revolusi Cemerlang.

5. REVOLUSI CEMERLANG
Revolusi Cemerlang membawa kepada pengisytiharan undang-undang yang
memberi kebebasan beragama kepada golongan puritan.
Undang2 Pengisytiharan Hak menetapkan :
- Raja Berperlembagaan di England memeintah berdasarkan peruntukan yang
diluluskan parlimen dan tidak lagi mempunyai kuasa autokratik. Raja tidak
boleh memanshkan undang2 yang telah diluluskan oleh parlimen. Raja tidak
dibenar campur tangan dalam urusan mahkamah dan penguatkuasaan undang-
undang.
- Kedudukan parlimen menjadi semakin kuat apabila Act Settlement 1701
diluluskan yang menetapkan hanya raja yang bermazhab protestant layak
menjadi raja. Raja juga bertanggungjawab kepada parlimen sebagai institusi
yang mewakili rakyat dan mempunyai keutuhan dalam legislatif dan eksekutif.
- Dalam menjalankan pemerintahan, raja tertakluk kepada perlembagaan dan
dibatasi oleh undang-undang bagi membenarkan tindakan yang diambil oleh
raja.

KESIMPULAN

24
Kesimpulannya, perkembangan pemerintahan raja berperlembagaan di England dari
abad ke16 hingga 18M adalah berkisar pada kuasa raja yang membelakangkan
parlimen dan isu keagamaan. Pengamalan sistem raja berperlembagaan di England
masih terus diamalkan sehingga ke hari ini.

SOALAN 7 : HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DILAKSANAKAN OLEH


RAJA LOUIS XIV (1643 1715) UNTUK MENGUKUHKAN SISTEM
PEMERINTAHAN BERAJA MUTLAK DI PERANCIS DARI TAHUN
1643 HINGGA 1715.

PENGENALAN

1. Raja Louis XlV dilantik menjadi pemerintah Perancis pada 1643. Terkenal dengan gelaran
Grand Monarch.
2. Memerintah selama 72 tahun dan menjalankan pemerintahan secara berkuasa mutlak.
3. Baginda telah membuat reformasi dalam dasar negara sehingga Perancis muncul sebagai
kuasa yang kuat pada masa itu.
4. Terdapat pelbagai langkah yang dilakukan oleh Raja Louis XIV meliputi aspek dasar
ekonomi, ketenteraan, agama dan luar negara

ISI-ISI PENTING

1. Langkah mengukuhkan dasar dalam negara

Menyusun semula pentadbiran negara. Di peringkat pusat, diperkenalkan empat majlis


utama iaitu Majlis Negara, Majlis Despatches, Majlis Kewangan dan Majlis Privy
Peranan empat majlis utama adalah seperti di bawah
1. Majlis Negara - menguruskan hal ehwal luar negara
2.. Majlis Despatches menguruskan semua hal ehwal tempatan kecuali kewangan
3. Majlis Kewangan- Percukaian, tarif, perbelanjaan dan pendapatan Negara
4. Majlis Privy menguruskan pentadbiran keadilan
Di peringkat pusat baginda melantik menteri-menteri yang berkebolehan untuk
menjalankan pentadbiran seperti Colbert (Menteri Kewangan), Louvois (Menteri
Peperangan),dan Vauban (Menteri Ketenteraan).Di peringkat Provinci pula, baginda telah

25
mendapatkan khidmat daripada pegawai-pegawai yang berkebolehan bagi melaksanakan
dasar-dasar diraja
Melalui dasar-dasar Colbert, Perancis menjadi Negara Industri dan kuasa ketenteraan
yang kuat di Eropah. Zaman Louis XlV dianggap zaman keemasan bagi kesusasteraan
Perancis dengan lahirnya tokoh-tokoh seni tersohor seperti Racine dan Moliere.
Dasar dalam Negara Raja Louis ini telah mengukuhkan kekuasaan monarki di
Perancis sehingga 1715.

2. Langkah Ketenteraan

Menghapuskan dominasi golongan bangsawan dalam bidang ketenteraan dan


meletakkan angkatan tentera di bawah kawalan baginda.

Melantik pegawai-pegawai berasaskan merit. Bagi menarik kesetiaan golongan


tentera, baginda bertindak merekrut anggota tentera dan menyediakan kemudahan seperti
perumahan dan bekalan makanan
Kesannya Perancis muncul pasukan tentera terkuat di Eropah pada masa itu dan
kedudukan raja semakin kukuh .
3. Langkah mengukuhkan Dasar Luar Negara

Raja Louis XlV telah melancarkan dasar perluasan kuasa dan berjaya meluasakan
kuasa Perancis sehingga ke sempadan Sg Rhine
Baginda menguasai wilayah-wilayah yang diperintah oleh Putera-putera Jerman, Negara
Spanish,Netherlands dan United Province
Usaha raja Louis ini telah meningkatkan kekuatan dan sokongan rakyat terhadap
pemerintahan beraja mutlak di Perancis.

4. Langkah bidang Ekonomi

Raja Louis XlV melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme bagi mengukuhkan


negaranya.
Antara pembaharuan yang dilakukan Colbert ialah memulakan industry baharu,
memansuhkan tarif tempatan, mengurangkan kadar bunga ke atas hutang kerajaan,
mengawal upah dan mengawal harga barangan.
Colbert telah membina gudang senjata Toulan, mengadakan perhentian dagang di India,
Senegar dan Madagascar bagi menggalakkan perdagangan luar
Baginda juga mengenakan pelbagai sekatan bagi meningkatkan industri tempatan seperti
mengenakan bayaran tarif yang tinggi kepada kapal asing yang menggunakan pelabuhan

26
Perancis dan memberikan bantuan kewangan kepada industri perkapalan Perancis yang
menjalankan perdagangan.

5.Langkah bidang Keagamaan

Raja Louis XlV memaksa golongan bukan katolik (Huguenot) menerima agama Katolik
Pada tahun 1685, baginda telah membatalkan Edict of Nante yang member kebebasan
beragama kepada golongan Huguenot. Kesanya ialah seramai 200 000 orang Huguenot
meninggalkan Perancis
Langkah raja Louis ini telah mendapat sokongan daripada rakyat dan seterusnya
mengukuhkan kedudukannya.

6. Langkah dalam perundangan


Dalam pemerintahan berkuasa mutlak di Perancis raja berkuasa menggubal dan
membatalkan undang-undang.
Segala titah perintah raja dianggap undang-undang dan raja dikatakan mempunyai
imuniti dari segi perundangan.

KESIMPULAN

1.Raja Louis XlV berjaya mengukuhkan kedudukan dengan melakukan pelbagai


pembaharuan.
2. Kesannya, Perancis muncul sebagai sebuah Negara yang kuat dan berpengaruh di Eropah

SOALAN 8 : PENGASINGAN KUASA DAN AMALAN DEMOKRASI MERUPAKAN


CIRI UTAMA NEGARA PEMERINTAHAN PERSEKUTUAN
AMERIKA SYARIKAT PADA ABAD KE-19. BINCANGKAN.

PENGENALAN

Istilah Persekutuan berasal dari perkataan Greek iaitu foedus yang membawa
maksud perjanjian
Persekutuan merupakan gabungan beberapa buah negeri atau wilayah yang
dahulunya bebas tetapi kemudian menjadi negara Bersekutu di bawah satu
Perlembagaan pusat.
Sistem pemerintahan kerajaan persekutuan bermaksud pembahagian kuasa antara
kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Contohnya Amerika Syarikat .

27
Selepas kemerdekaan, Perlembagaan baharu untuk Amerika Syarikat telah digubal
pada 1789.
Perlembagaan ini memperuntukan penubuhan sebuah kerajaan persekutuan yang
bercirikan pembahagian kuasa dan berasaskan pemerintahan demokrasi.

ISI-ISI PENTING

1 Wujud pembahagian kuasa yang jelas antara kerajaan pusat dengan kerajaan
wilayah
Kuasa autonomi kepada kerajaan tempatan yang bersifat liberal . Hal-hal tempatan
terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing.contohnya
kerajaan tempatan, perhutanan dan sungai .

Memberi kuasa dan kekuatan yang sebenar kepada kerajaan pusat. Kerajaan pusat
menguasai perkara-perkara penting seperti dasar luar negeri , pertahanan , cukai
dan mata wang.

Negara Amerika Syarikat memberikan kebebasan kepada setiap peringkat


pentadbiran atas kuasa yang diperuntukkan

2 Pemerintahan Persekutuan Amerika Syarikat mempunyai tiga cabang


pentadbiran utama
Badan Eksekutif, badan Kehakiman, badan Legislatif
Setiap badan mempunyai pengagihan kuasa yang tersendiri dan tidak berlaku
pertindahan kuasa

Badan Eksekutif diketuai oleh seorang Presiden yang dipilh melalui pilihanraya..
Presiden boleh dilantik semula untuk penggal kedua selama empat tahun selepas
tamat tempoh.
Semua undang-undang yang diluluskan oleh Kongres mesti ditandatangani oleh
Presiden
Presiden boleh menolak daripada menandatangani sesuatu undang-undang.
Presiden merupakan Ketua Turus Angkatan Tentera
Keistimewaan presiden ialah boleh membatalkan undang undang dengan kuasa
veto dan boleh mengawasi Kongres.

4. Wujud Badan Perundangan dalam Persekutuan Amerika syarikat


Badan perundangan Amerika Syarikat dikenali sebagai Kongres dan ahlinya turut
dipilih melalui piliharaya.
Peranannya menggubal undang-undang adalah tugas utama Kongres
Kongres terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Senat
Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Senat dipilih oleh rakyat. Setiap negeri akan
memilih dua ahli Dewan Senat dan memilih ahli Dewan Rakyat mengikut jumlah
penduduknya.
28
Perlaksanaan sistem ini di Amerika Syarikat mengambarkan satu kuasa
mengawasi kuasa lain.

5. Wujudnya Badan Kehakiman


Badan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain
Ia merupakan badan yang bebas dan tidak menerima campur tangan daripada ahli-
ahli kongres.
Mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap presiden dan ahli-ahli kongres
sekiranya mereka melanggar perlembangaan.
Bukti kebebasan dan ketelusan badan ini ialah jika Presiden dan ahli Kongres
melanggar perlembagaan.

6. Pemerintahan dan amalan demokrasi


Pembentukan Amerika Syarikat adalah berasaskan amalan demokrasi
Dibuktikan melalui pelaksanaan pilihan raya umum bagi memilih Presiden dan
ahli- ahli Kongres
Parti Republikan dan Federealis telah bertanding untuk memilih presiden
Amalan demokrasi membolehkan pemindahan kuasa secara aman

KESIMPULAN

Perlembagaan Amerika Syarikat telah menggariskan secara terperinci badan-


badan yang memerintah Amerika Syarikat.
Sistem persekutuan juga memperuntukkan kuasa kepada Presiden membatalkan
undang undang dengan menggunakan kuasa veto dan boleh mengawasi
Kongres
Kerajaan persekutuan Amerika Syarikat menjadi sebuah negara yang berjaya
serta dapat mengawal kedudukan ekonomi dan politik antarabangsa.

(Jawapan yang memenuhi kehendak soalan ini mesti merangkumi aspek


pembahagian kuasa dan pemerintahan demokrasi)

TEMA 3 : KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN

SOALAN 9 : BINCANGKAN SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI JEPUN DAN

JERMAN PADA ABAD KE-16 HINGGA ABAD KE-18

PENDAHULUAN

29
Menjelang abad ke-16, sistem ekonomi feudalisme berkembang di Jepun manakala
Jerman pada abad ke 16 hingga 18 merupakan negara moden yang tetap mewarisi
ciri-ciri feudalisme dalam sistem ekonominya
Sistem ekonomi ini merujuk kepada kegiatan ekonomi yang dikuasai oleh golongan
bangsawan yang bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi
golongan tersebut
Pelbagai kegiatan dijalankan dalam sistem ekonomi feudalisme di Jepun dan Jerman

ISI-ISI PENTING
FEUDALISME DI JEPUN FEUDALISME DI JERMAN
1. Ekonomi Pertanian 1. Ekonomi Pertanian
70% hasil pertanian Pertanian masih menjadi
merupakan sumber pendapatn sumber ekonomi utama pada
ekonomi Jepun abad 16
Tanaman yang ditanam ialah Tanah dimiliki oleh golongan
padi, buah-buahan, gandum, bangsawan. Petani masih
barli, dan sayur-sayuran dikongkong oleh tuan tanah
Tanaman komersial yang Mengamalkan kaedah primitif
diusahakan ialah kapas dan Mengamalkan sistem tiga
teh bidang pertanian (tanah
Kaedah penanaman masih ditanam dengan tanaman
gunakan sistem pengairan dari bijirin)
sungai atau anak sungai bagi Peralatan daripada kayu,sabit
mengekalkan kesuburan tanah dan binatang ternakan untuk
Penanaman dua tanaman menggembur tanah
semusim dengan Petani dibebani cukai tanah
menggunakan kaedah dan tidak bebas lekukan
penanaman bertingkat pekerjaan lain spt memburu,
dilaksanakan bagi mrngatasi memotong kayu
masalah kekurangan tanah Abad ke-17, nasib golongan
Golongan daimyo amat petani mula mendapat
berpengaruh dan tidak terikat perhatian pemerintah dengan
dengan syogun. Mereka juga menyediakan kemudahan
bebas menekan petani system saliran, pengecualian
cukai selama 10 tahun,
menggabungkan tanah-tanah
pertanian yang diusahakan dan
galakkan pembukaan tanah-
tanah baru
2. Perusahaan tempatan 2. Ekonomi Perindustrian
Perusahaan berasaskan Industri tekstil diusahakan secara
pengeluaran daerah dan besar-besaran utk pasaran dalaman
pemasaran antara daerah dan dieksport.
Cth: kain kapas di Kinai, Mengusahakan perusahaan sutera dan
pengeluaran ulat sutera dan tidak bergantung kepada kain import
alat tenunan di Fukushima dan dari Asia

30
Yamanashi, pengeluaran gula
Tenaga kerja kilang terdiri daripada
di pasarkan ke seluruh Jepun golongan tentera bagi menampung
Barang tembikar di Seto keperluan pekerja serf yang mendapat
Muncul golongan tukang- kebenaran tuannya
tukang mahir yang Berkembang di desa dan
menghasilkan kraf tangan mengeluarkan pakaian berasaskan
bermutu seperti barang perak, kain bulu dan linen
tembaga, tembikar, lukisan Masyarakat Bandar gunakan mesin
dan ukuran utk mewarnakan dan memutihkan
kain
Industri kraftangan berkembang di
pedalaman Jerman (Bohemia dan
Chemnitz)
Dimonopoli oleh kaum wanita dalam
penenunan kain dan bekerja sebagai
pemintal benang di rumah.
3. Perikanan 3. Institusi Kewangan
Kegiatan yang menjadi Bank-bank Jerman banyak
sumber kedua kepada menyumbang bantuan kewangan atau
ekonomi Jepun dan menjadi modal perdagangan kepada pedagang
sumber penting dalam diet Jerman untuk berdagang dengan
harian masyarakatnya Sepanyol
Kedudukan Jepun yang Hasilnya, barangan buatan kilang
terletak di persimpangan arus Jerman dapat diperdagangkan di
hitam yang panas dan sejuk Lisbon dan Sevile
menjadikan perairan Jepun Ini membantu perkembangan
kaya dengan ikan ekonomi di Frankfurt pada abad ke-18
Penangkapan ikan pesisir dalam bidang perdagangan dan
pantai telah dijalankan sejak perbankan
zaman berzaman
4. Perlombongan
Berkembang sejajar dengan
pertambahan pengeluaran
emas,perak dan tembaga
Membawa kepada
perkembangan bandar dikenali
sebagai Osaka

5. Perdagangan 5. Perdagangan
Menjalinkan hubungan Perkembangan perdgangan
perdagangan dengan Portugal antrabangsa, perniagaan dan
Jepun mula menerima perusahaan mengukuhkan
teknologi Barat spt teknologi kedudukan golongan borjois.
kapal, teknik perang, Mereka menubuhkan pelbagai
pensenjataan,kesenian dan bentuk orgnisasi perniagaan
agama Kristian baru.
Hideyoshi mengutamakan Mereka juga memegang
pembinaan senapang dan jawatan dalam pentadbiran
meriam dalam menjamin dan mempunyai pengaruh

31
persaiangan politiknya dengan besar dalam ekonomi sehingga
daimyo kerajaan bergantung kepada
Hubungan perdagangan ini mereka dari segi kewangan.
telah mendedahkan Jepun Organisasi perniagaan
dengan dunia luar. tradisional seperti persatuan
Perkembangan perdagangan tukang atau guild tidak lagi
telah membawa kepada berperanan penting.
kewujudan persatuan za yang
mengawal dan memonopoli
pengeluaran dan pemasaran
barangan.
Oda Nabugnaga telah
memecahkan monopoli za
bagi membolehkan
perdagangan berkembang
bebas tanpa ada sekatan

KESIMPULAN
Sistem ekonomi feudalisme di Jepun dan Jerman berkembang dalam pelbagai sektor
untuk memenuhi permintaan dalam dan luar negara yang akhirnya membawa kepada
berlakunya perdagangan bebas

SOALAN 10 : BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG


PERKEMBANGAN KAPITALISME DI AMERIKA SYARIKAT
PADA ABAD KE-18 DAN 19.

PENDAHULUAN
Menjelang pertengahan abad ke-19, sistem ekonomi kapitalisme berkembang pesat di
Amerika Syarikat. Perkembangan sistem ekonomi ini menyebabkan berlaku
pertumbuhan pesat dalam sektor perindustrian. Terdapat beberapa faktor yang
mendorong perkembangan ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat.

ISI-ISI PENTING
(a) Kekayaan sumber asli
Amerika Syarikat merupakan negara yang mempunyai kekayaan sumber alam seperti
arang batu, besi, keluli dan minyak. Menjelang tahun 1913, Amerika Syarikat menjadi
pengeluar arang batu utama di dunia. Kekayaan sumber asli mendorong
perkembangan kapitalisme di Amerika Syarikat.

32
(b) Tenaga buruh yang ramai
Amerika Syarikat juga mempunyai bekalan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh
yang ramai merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di Amerika Syarikat..
Bekalan tenaga buruh yang ramai menyediakan permintaan untuk hasil keluaran
negara.
(c) Imigrasi buruh
Kehadiran buruh luar dan perpindahan buruh dalam negara menyediakan bekalan
tenaga buruh yang mencukupi..Undang-undang Buruh Kontrak menggalakkan
kedatangan buruh ke Amerika Syarikat. Perkembangan ini menyebabkan kemasukan
ramai buruh dari China untuk bekerja dalam industri pembinaan landasan kereta api.
(d) Kemajuan teknologi
Kemajuan dalam bidang teknologi menyebabkan muncul banyak ciptaan baharu di
Amerika Syarikat.Perkembangan ini menyebabkan muncul pencipta-pencipta terkenal
di Amerika Syarikat.Antara pencipta yang terkenal ialah Thomas Alva Edison
(elektrik), Henry Ford (kereta) dan Graham Bell (telefon). Pada tahun 1900, syarikat
pengeluar kereta di Amerika Syarikat mengeluarkan 40 000 buah kereta.
(e) Teknik pemasaran
Perkembangan kapitalisme didorong oleh perkembangan teknik pemasaran baru di
Amerika Syarikat. Syarikat penghantaran melalui pos seperti Roebuck and Company
dan Montgomery Ward telah ditubuhkan.Teknik pemasaran baru diperkenalkan
kerana kemajuan dalam sistem pos dan jalan kereta api.Perkembangan teknik
pemasaran baru menyebabkan barangan dapat dihantar dengan cepat.
(f) Kemunculan gedung perniagaan besar
Selain itu, muncul gedung-gedung perniagaan besar yang menawarkan pelbagai jenis
barangan dan perkhidmatan di bawah satu bumbung. Antara gedung perniagaan yang
terkenal di Amerika Syarikat ialah Macy, Filene dan Marshall Field.
(g) Sistem pengiklanan
Dalam pada itu, muncul sistem pengiklanan untuk mempromosikan barangan yang
dihasilkan oleh industri. Agensi pengiklanan yang terawal di Amerika Syarikat
ditubuhkan oleh Francis Wayland Oyer.Ekspo perdagangan juga diadakan untuk
memasarkan barangan yang dihasilkan oleh kilang. Dalam ekspo perdagangan banyak
barangan baharu diperkenalkan kepada pengguna.
(h) Pengangkutan jalan air
Sungai merupakan jalan pengangkutan utama untuk menggerakkan barangan.
Pengenalan kapal wap merancakkan perkembangan ekonomi Amerika Syarikat. Pada
tahun 1807, kapal wap Robert Fulton melakukan pelayaran pertama di Sungai
Hudson. Kapal wap mengangkut barangan dan manusia dengan cepat dan cekap.
(i) Pembinaan terusan

33
Terusan muncul sebagai kaedah pengangkutan utama kepada penduduk Amerika
Syarikat.Terusan didapati lebih cekap untuk menggerakkan barangan berat
berbanding dengan jalan raya. Antara terusan terkemuka di Amerika Syarikat ialah
Terusan Erie di New York.

KESIMPULAN
Faktor-faktor tersebut mendorong perkembangan ekonomi kapitalisme di Amerika
Syarikat. Kegiatan ekonomi kapitalisme menyebabkan perkembangan pesat dalam
sektor perindustrian di negara tersebut.

SOALAN 11 : PERKEMBANGAN PERINDUSTRIAN DI JEPUN PADA ABAD KE 19


DIPENGARUHI OLEH PELBAGAI FAKTOR. BINCANGKAN.

PENDAHULUAN
Menjelang zaman Meiji, berlaku perkembangan yang pesat dalam sektor
perindustrian Jepun.
Para pemimpin Meiji telah meletakkan asas bagi perkembngan sektor
perindustrian di negara tersebut.
Terdapat beberapa faktor yang mendirong perkembangan sektor perindustrian
di Jepun.

ISI-ISI PENTING

1. Dasar kerajaan Meiji


a. Kerajaan Meiji mengambil langkah-langkah untuk memajukan sektor
perindustrian

34
b. Kerajaan member bantuan modal, latihan dan khidmat nasihat kepada
pengusaha-pengusaha industri
c. Di samping itu, kerajaan juga mengadakan bengkel mengenai teknologi dalam
sektor perindustrian
d. Kerajaan mengadakan khidmat nasihat daripada pakar-pakar luar Negara
untuk memodenkan perindustrian

2. Kemajuan dalam pengangkutan


a. Pemimpin-pemimpin kerajaan mengambil langkah-langkah untuk memajukan
sektor pengangkutan
b. Pada tahun 1880, seramai 3 juta penumpang telah diangkut melalui landasan
kereta api yang menghubungkan laluan Tokyo- Yokohama
c. Kemajuan dalam bidang pengangkutan mendorong pertumbuhan sektor
perindusrtian di Jepun

3. Kemajuan dalam telegraf


a. Kemajuan dalam sistem perhubungan mendorong pertumbuhan sektor
perindustrian
b. Kerajaan mengambil langkah-langkah untuk membangunkan perkhidmatan
telegraf
c. Perbelanjaan yang besar dikeluarkan untuk membina stesen-stesen telegraf
dan talian telegraf di seluruh negara
d. Kemajuan sistem telegraf membantu pembangunan sektor perindustrian dan
proses medenisasi di Jepun

4. Perkembangan sektor pertanian


a. Perkembangan pesat dalam sektor pertanian merangsang pertumbuhan dalam
sektor perindustrian
b. Kerajaan mengambil pelbagai langkah-langkah untuk membangunkan sektor
perindustrian
c. Pelajar-pelajar dihantar ke luar negeri untuk mempelajari teknik baharu dalam
bidang pertanian
d. Selain itu, kerajaan juga mengimport biji benih baharu serta menggunakan
baja kimia secara ekstensif untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian
e. Kemajuan pesat dalam sektor pertanian mendorong pertumbuhan sektor
perindustrian di negarar tersebut.

5. Dasar kewangan yang teratur


a. Perkembangan sektor perindustrian disebabkan oleh pengurusan sistem
kewangan yang teratur
b. Mata wang dan institusi perbankan ditubuhkan ekoran perkembangan pesat
dalam bidang ekonomi
c. Pada tahun 1873, bank negara ditubuhkan berasaskan model bank di Amerika
Syarikat
d. Pada tahun 1880, bank Yokohama Speice muncul sebagai bank asing utama di
Jepun
e. Kemunculan bank membantu pertumbuhan sektor perindustrian di Jepun

35
6. Kemunculan pengusaha baharu
a. Perkembangan sektor perindustrian didorong oleh kemunculan pengusaha-
pengusaha baharu yang kaya-raya
b. Menjelang awal abad ke 20, terdapat empat buah keluarga yang menguasai
sektor perindustrian di Jepun
c. Keluarga tersebut menjadi penaung kepada perkembangan sektor perindustrian
di Jepun

KESIMPULAN
Jepun telah mengambil langkah-langkah bagi memajukan sektor perindustrian
Perkembangan tersebut menyebabkan Jepun muncul sebagai sebuah negara industri
dalam tempoh masa yang singkat.

SOALAN 12 : PENYATUAN JERMAN PADA TAHUN 1870 TELAH MEMBAWA


KEPADA PERKEMBANGAN PERINDUSTRIAN DI NEGARA
TERSEBUT PADA ABAD 19 . BINCANGKAN.

PENDAHULUAN

Perkembangan sektor perindustrian di Eropah dapat dikesan pada penghujung abad ke 19.
Antara negara Eropah yang memberi tumpuan dalam bidang perindustrian ialah Jerman.
Penyatuan Jerman pada tahun 1870 merupakan faktor utama yang telah meransang kekuatan,
nasionalisasi kepada syarikat milik negara dan seterusnya membawa kepada pertumbuhan
ekonomi yang semakin pesat. Jerman telah muncul sebagai sebuah negara yang disegani.

ISI-ISI PENTING

Penyatuan Jerman

Penyatuan ini menyebabkan wujud keseragaman dari segi mata wang , sistem
percukaian, sistem timbangan dan sistem perundangan.
Selain itu, perkhidmatan pengangkutan dan komunikasi diletakkan di bawah bidang
kuasa kerajaan pusat.

36
Perkembangan ini melahirkan suasana yang amat kondusif untuk merangsang
pertumbuhan industri di Jerman.

Terdapat faktor faktor lain yang menggalakkan perkembangan industri di Jerman.

Pemansuhan Sistem Guild pada tahun 1871

Sistem Guild menghendaki seseorang memperolehi kemahiran daripada Guild


sebelum menjalankan perdagangan . Sistem ini menjadi penghalang kepada
pertumbuhan industri Jerman sebelum tahun 1871.
Dengan penghapusan Sistem Guild ,perkembangan perdagangan bersemarak semula
yang menggalakkan perkembangan industri Jerman.

Penubuhan Kesatuan Kredit

Kesatuan kredit berfungsi memberi bantuan kewangan kepada pengusaha-pengusaha


industri. Lebih 20 000 kesatuan kredit di Jerman pada akhir abad ke 19

Penubuhan Kartel

Matlamat penubuhan kartel adalah untuk menguasai bekalan dan mengawal


harga jualan bagi barangan keluaran serta menjamin keuntungan dalam
industri.
Institusi ini memainkan peranan dalam mengawal kewangan dan pasaran
barangan. Terdapat kira-kira 2100 kartel di Jerman pada awal tahun 1800 yang
terlibat dalam perindustrian arang batu dan keluli.

Kekayaan Hasil Bumi

Bekalan arang batu dan besi banyak merangsang pertumbuhan perindustrian di


Jerman.
Menjelang tahun 1875 , jerman mengeluarkan 25 juta tan arang batu. Pada
tahun 1913, pengeluaran arang batu di Jerman meningkat kepad 287 juta tan.

Campur tangan kerajaan dalam industri

Kerajaan Jerman mengamalkan dasar memberi perlindungan kepada sector


perindustrian sejak tahun 1879.
Kerajaan juga menyediakan kadar pengangkutan keretapi yang murah.

37
Perlaksanaan dasar ini membantu meningkatkan hasil pengeluaran sektor
perindustrian di Jerman.

Pertambahan Penduduk

Pertambahan penduduk berlaku akibat perpindahan penduduk dari dari luar


bandar ke kawasan bandar.
Pertambahan penduduk di kawasan bandar turut membantu pertumbuhan
sektor perindustrian di Jerman.

Perkembangan Industri Perkapalan

Selepas tahun 1880, berlaku peningkatan dalam pembinaan kapal-kapal wap .


Industri pembinaan kapal tertumpu di Hamburg, Stettin, Danzig,Bremen dan
Elby.
Pembinaan kapal-kapal wap meningkatkan pertumbuhan industri kerana
barang-barang dapat dihantar dengan cepat.

Kemunculan Bank

Kemunculan industri perbankan membantu peningkatan dalam sector


perindustrian.
Menjelang pertengahan abad ke-19, muncul Bank Joint Stock baharu di
Jerman . Bank-bank ini memberi modal kepada pengusaha-pengusaha yang
erlibat dalam bidang perindustrian.

Kesimpulan

Perkembangan pesat dalam bidang perindustrian di Jerman bermula selepas penyatuan


negara tersebut.Perkembangan ini menyebabkan muncul revolusi dalam bidang
perindustrian di Jerman.

SOALAN 13 : HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG


PERKEMBANGAN GERAKAN INTELEKTUAL DI EROPAH
PADA ABAD KE-18.

PENGENALAN

38
Menjelang abad ke-18, muncul zaman yang dikenali sebagai Enlightment atau
Zaman Pencerahan.
Zaman ini menyaksikan kemunculan gerakan intelektual yang dipelopori oleh
pemikir-pemikir dalam bidang politik, ekonomi dan social. contohnya John
Locke, Voltaire, Montesquieu dan Adam Smith.
Terdapat beberapa faktor yang mendorong perkembangan Gerakan Intelektual di
Eropah.

ISI-ISI PENTING
a) Pengaruh Renaisans
Gerakan Renaisans telah melahirkan semangat ingin tahu dan pemikiran kritikal
dalam kalangan masyarakat. Hasilnya berlaku kemajuan yang pesat dalam ilmu
pengetahuan, sains, seni lukis, seni bina dan sebagainya.
perkembangan ini melahirkan masyarakat yang bersedia untuk menghadapi
perubahan yang lebih besar.

b) Pengaruh reformasi
Gerakan reformasi turut memainkan peranan dalam perkembangan gerakan
intelektual di Eropah.
Gerakan ini menyebabkan wujud institusi yang mempunyai kuasa autonomi dan
bebas daripada pengaruh gereja. Hal ini membolehkan idea baru seperti
rasionalisme berkembang sekali gus meletakkan asas bagi kelahiran revolusi di
Eropah.

c) Pengaruh ahli falsafah.


Golongan ahli falsafah turut memainkan peranan dalam perkembangan gerakan
intelektual di Eropah.
Golongan ini terdedah kapada pemikiran kritis dan memiliki semangat ingin tahu
yang kuat. Mereka member penekanan kepada pemikiran yang bersifat
rasionalistik dan saintifik.
Perkembangan ini menyebabkan lahir pemikir-pemikir dalam pelbagai bidang
ilmu.

d) Revolusi Sains
Revolusi sains menyebabkan penekanan terhadap ilmu dan akal yang membawa
kepada kemunculan idea-idea baharu serta penyelidikan bercorak saintifik.
Keadaan ini melahirkan ramai tokoh saintis yang terkenal seperti francis Bacon,
Spinoza, John Locke dan Isaac Newton.

e) Penerokaan dan Penjelajahan


Kegiatan ini menyebabkan lahir keinginan yang kuat dalam kalangan orang
Eropah untuk memperolehi idea dan maklumat tentang bangsa dan budaya lain.
Perkembangan ini melahirkan corak pemikiran baharu yang berasaskan empiris
dan sebab musabab.

39
f) Peranan kelas pertengahan
Golongan terpelajar dari kelas pertengahan mula meninggalkan tabiat lama yang
tidak sesuai dengan zaman baharu.
Mereka terdedah dengan perkembanagn semasa melalui surat khabar dan majalah.
perkembangan ini menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap kamus,
ensiklopedia dan karya pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.

KESIMPULAN
Perkembangan ini menjadiakan Eropah sebagai sebuah temapt yang penuh dengan
idea-idea baharu sekali gus menjadi asas bagi perkembangan Gerakan Intelektual
di Eropah pada abad ke-18.

SOALAN 14 : NILAIKAN SUMBANGAN JEAN - JACQUES ROUSSEAU DALAM


PERKEMBANGAN INTELEKTUAL DI EROPAH DALAM ABAD
KE-18.

PENDAHULUAN

Latar belakang era Enlightenment iaitu gerakan budaya intelektual yang berusaha
untuk menggembleng kuasa mereformasikan masyarakat dan pengetahuan.
Kemunculan tokoh Enlightenment seperti Rousseau yang dilahirkan di Geneva
dan mempelajari sastera purba Greek dan Rom.

ISI ISI PENTING: SUMBANGAN ROUSSEAU

1. Karya Emile
Rousseau menekankan pentingnya pendidikan awal kepada kanak-kanak bagi
meransang pemikiran mereka.
Menekankan perkara yang baik dan mampu memupuk minat serta diikuti dengan
aktiviti yang spontan.
Pengaruh masyarakat harus dihindarkan daripada seseorang kanak-kanak supaya
mereka boleh hidup secara semula jadi dan membesar dengan bebas daripada
pengaruh negatif.
Ibu bapa dan guru harus peka dengan perkembangan kanak-kanak dan diharapkan
dapat menyediakan pengalaman berdasarkan masa yang sesuai.
Impak :
- Penerimaan terhadap karya beliau mengubah hala tuju pemerintahan Perancis
kepada kewajaran mendidik kanak-kanak ke arah pendidikan awal yang bermoral
dan bersesuaian dengan nilai-nilai kemanusiaan. Jika sebelum ini kanak-kanak
lebih dididik ke arah ketenteraan, masyarakat beralih kepada pendidikan yang
sewajarnya seperti pelaksanaan undang-undang kerajaan Perancis mewajibkan

40
kanak-kanak diberikan pelajaran seawal usia enam tahun dan larangan kanak-
kanak dijadikan buruh di sektor pekerjaaan dan perindustrian.

2. Karya The Social Contract


Membicarakan teori politik yang agak bertentangan dengan sistem politik yang
dipraktikkan oleh kerajaan Perancis.
Mengharapkan akan wujud sebuah kerajaan yang bertanggungjawab terhadap
rakyat terutama dalam aspek keselamatan dan kebajikan.
Rosseau berpandangan hubungan hubungan antara kerajaan dengan rakyat ibarat
suatu kontrak.
Impak :
- Rosseau membuka minda masyarakat Perancis tentang proses menghasilkan
warganegara yang baik boleh dilakukan dengan memperbaiki hubungan di
antara pemerintah dan rakyat. Perpaduan sesebuah negara itu datang daripada
persetujuan bersama yang dikenali sebagai kehendak kebangsaan.

3. Karya Discourse on the Origin of Inequality


Menggambarkan perkembangan tamadun yang merosakkan kebahagiaan semula
jadi kebebasan manusia dengan mencipta ketidaksamaan dalam aspek kekayaan,
kekuasaan dan keistimewaan sosial.
Impak :
- Beliau menegaskan hakikat kehidupan manusia primitif sebenarnya sama
kerana setiap individu adalah bebas namun apabila masyarakat semakin moden
ahli-ahli yang kuat dan pintar akan memperolehi kelebihan daripada saudara-
saudara mereka yang lemah.

4. Karya Discourse on the Arts and Sciences


Karya ini mengharumkan nama Rousseau
Membicarakan tentang aspek seni dan sains.
Berusaha menghubungkaitkan kedua-dua bidang ini dengan aspek moral.
Kemajuan bidang seni dan sains tidak mampu menyumbang kepada pemurnian
moral individu, sosial dan perkembangan politik.
Amat mengagumi pemikiran Bacon, Newton dan mahukan masyarakat
memberikan perhatian kepada memperbaiki tingkah laku dan akhlak berbanding
memajukan bidang sains dan seni.
Mendakwa bahawa Mesir Purba mula runtuh setelah faksafah dan seninya
berkembang maju.

Impak :
- Mengambil iktibar Greek purba yang mengalami nasib yang sama walaupun
asalnya Greek purba sangat mementingkan nilai keberanian tetapi apabila
sains dan seni mula berkembang, masyarakatnya menjadi masyarakat yang
berasaskan kemewahan dan keseronokkan. Di samping itu, beliau menyokong
Sparta yang mengetepikan artis dan para saintis.

41
KESIMPULAN

Idea-idea Rosseau melalui karyanya banyak memberikan impak yang besar kepada
masyarakat Eropah.
Mempengaruhi pemikiran tokoh-tokoh zaman seterusnya ke arah pembentukan atau
kemerdekaan Amerika Syarikat.Rosseau seolah menongkah arus pemikiran pada
zaman tersebut yang begitu mengagungkan kegiatan seni dan ilmu sains. Beliau
berpendapat bahawa kemajuan sains tidak mendorong kepada pembinaan dan
pemurnian moral, individu, sosial dan tahap politik.

SOALAN 15 : KARYA-KARYA CHARLES LOUIS MONTESQUIEU TELAH


MEMBAWA BANYAK PERUBAHAN KEPADA LANDSKAP
POLITIK DI EROPAH PADA ABAD KE-19. BINCANGKAN.

PENGENALAN

Zaman Pencerahan (Enlinghtenment) (1650-1800 M) adalah satu gerakan intelektual


yang berlaku di Eropah selepas Renaisans dan Reformasi .Enlightenment bererti
Zaman Kesedaran iaitu semangat kepercayaan dan pegangan manusia adalah kritikal
dan berasaskan sebab-musabab dan keadah-kaedah saintifik.
Zaman ini mewakili suatu gerakan menuju masyarakat yang lebih terbuka, mengarah
untuk kebahagiaan individu, perlembagaan, toleransi, fikiran yang tidak dikongkong
dan suatu masyarakat yang bedasarkan undang-undang. Antara ahli-ahli falsafah yang
berpengaruh ialah Charles Louis Montesquieu (1689-1755)

Atau:
Latar belakang Charles Louis Montesquie, dilahirkan di Chateau de la Brede, barat daya
Perancis pada 18 Januari 1689. Lulusan undang-undang dari Universiti Bordeaux dan Berjaya
jadi peguam pada 1708. Beliau merupakan tokoh pemikir politik Perancis dan banyak
memberi sumbangan dan idea semasa Zaman Pencerahan. Pada tahun 1716, Montesquieu
dilantik sbg Presiden Parlimen Bordeaux menggantikan bapa saudaranya.
Idea beliau melalui buku yang terkenal ialah Spirit of the Laws yang diterbitkan pada tahun
1748 telah membawa perubahan yang besar kepada lanskap politik dunia pada abad ke 19.
Karya lain ialah The Considerations on the Causes of the Grandeur and Decadence of the
Romans (1734) dan Letters Persanes (1721)

ISI-ISI PENTING

The Spirit of Laws mengetengahkan 2 idea utama iaitu pertama bentuk kerajaan yang
berbeza-beza mengikut iklim dan keadaan.
Contohnya despotisme (pemerintahan mutlak) hanya sesuai untuk empayar yang besar dalam
iklim panas dan demokrasi hanya akan berfungsi dalam negara kota kecil.
42
Doktrin yang kedua ialah menentang pemerintahan mutlak di Perancis iaitu pembahagian dan
imbangan kuasa.Menurut beliau pemerintahan mutlak menyekat kebebasan hak asasi rakyat.
Doktrin yang terkenal ialah doktrin pembahagian kuasa . Menurut beliau kuasa perlu
dibahagikan antara raja, bangsawan, bandar dan gereja. Beliau menegaskan perlu ada
pemisahan antara pembentuk undang-undang /perundangan (eksekutif), Pelaksana keputusan
perwakilan rakyat (cabinet) dan penghukum / pelanggar undang-undang /kehakiman
(judiciary)
Bila ketiga-tiga jentera ini menjalankan tugas secara berasingan, maka rakyat akan memiliki
kebebasan.

Buku The Consideration on the Causes of the Grandeur and Decadence of the Romans
pula memaparkan sejarah kebangkitan, kegemilangan dan kejatuan kerajaan Rom.
Beliau menyatakan dengan memahami kegemilangan dan kejatuhan sesebuah empayar,
sesorang perlu memahami masyarakatnya terlebih dahulu dan boleh dijadikan iktibar untuk
sesebuah negara. Kemerosotan moral dalam anggota masyarakat membawa kepada kejatuhan
empayar Rom 2 Karya Letters Persanes pula mengkritik masyarakat Perancis khususnya
kerana kemerosotan moral pada penghujung zaman pemerintahan Raja Louis XIV dan Louis
XV.

Kesan kepada perubahan lanskap politik Eropah/dunia:-

Menamatkan pemerintahan mutlak di Perancis apabila berlakunya Revolusi Perancis


pada 1789.
Revolusi ini menamatkan pemerintahan feudal dan digantikan pemerintahan yang
mendokong kedaulatan rakyat (Prinsip rakyat harus memerintah sendiri), kebebasan
(kebebasan daripada kerajaan mutlak termasuk penangkapan dan pemenjaraan yang
tidak adil) dan persamaan (hak yang sama kepada setiap individu dalam segala
bidang.
Muncul pemerintah enlightened despot iaitu raja-raja memerintah dengan penuh
kesedaran dan mempraktikan undang-undang yang tegas.
Selain itu, berlakunya pemusatan kuasa dalam pemerintahan iaitu keistimewaan yang
dimiliki oleh provinsi (wilayah ) dihapuskan
Berlaku perubahan dalam jentera pentadbiran iaitu pemerintah membina jentera
pentadbiran sebuah Negara moden yang berfungsi tanpa campur tangan raja. Raja-raja
juga bertindak menggantikan pegawai-pegawai kerajaan di peringkat pusat, provinsi
dan tempatan. Perlantikan mereka berasaskan teori-toeri politik oleh golongan
intelektual.
Perubahan sistem percukaian iaitu raja menghapuskan imuniti yang dinikmati oleh
golongan bangsawan dan cukai ditaksir dan dibayar mengikut kemampuan pembayar.
Doktrin beliau mengenai pengasingan kuasa amat berpengaruh terhadap bangsa
Amerika dan beberapa negara lain sehinggakan penggubalan Perlembagaan Amerika
Syarikat pada tahun 1787 berdasarkan idea beliau.

43
KESIMPULAN

Charles Louis Montesquieu telah banyak memberikan sumbangan kepada Perancis


khususnya iaitu dengan meletakkan asas bagi kemunculan revolusi di Perancis dan mengubah
secara drastik lanskap politik, ekonomi dan sosial di Eropah apabila idea beliau tersebar ke
Negara-negara lain di benua Eropah. Idea dan doktrin beliau mempunyai pengaruh dalam
penggubalan perlembagaan di dunia hari ini.

TEMA 4 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

SOALAN 16 : BINCANGKAN ISU YANG MENCETUSKAN REAKSI


MASYARAKAT CHINA TERHADAP PERLUASAN
KUASA BARAT PADA AWAL ABAD KE-19.

PENGENALAN

Menjelang pertengahan abad ke-19, China berdepan dengan dasar penjajahan dan
imperialisme Barat. China memandang rendah orang Barat dan tidak mahu
mengadakan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan kuasa Barat atas dasar
persamaan taraf.
China juga sentiasa curiga terhadap kehadiran kuasa Barat.
Terdapat beberapa isu yang mengeruhkan hubungan antara China dengan Barat
sehingga mencetuskan reaksi terhadap kemaraan kuasa Barat.

ISI-ISI PENTING

1. Isu perdagangan
Pedagang Barat khususnya British tidak berpuas hati dengan dasar tutup pintu/dasar
pemencilan/dasar isolasi yang diamalkan oleh China. Ini adalah kerana pemerintah
China mengenakan pelbagai peraturan ke atas pedagang Barat. Antara peraturan
tersebut ialah;
- pedagang Barat hanya boleh berdagang di Canton.
- Pedagang Barat hanya boleh berurus niaga dengan pedagang China yang dikenali
sebagai Co-hong.
- Mereka tidak dibenarkan membawa wanita atau keluarga dan dilarang berkahwin
dengan wanita tempatan.
- Kapal perang dan senjata dari Barat tidak dibenarkan masuk.
- Pedagang Barat dibenarkan berdagang menggunakan wang emas dan perak
sahaja.

44
Pemerintah dinasti Ching bimbang penentang mereka iaitu penyokong Ming akan
mendapatkan bantuan dan sokongan daripada pedagang Barat.

2. Isu candu
Pedagang British tidah berpuas hati kerana peraturan yang dikenakan menguntungkan
China. Mereka gagal menjadikan China sebagai pasaran barangan keluaran kilang
mereka dan mereka juga gagal mendapatkan teh dan sutera China yang mendapat
permintaan yang tinggi di Eropah.
Pedagang Barat mencari jalan untuk menembusi pasaran China dengan membawa
masuk candu. Candu mendapat sambutan daripada masyarakat China. Jumlah
perdagangan candu melebihi perdagangan teh dan sutera China. Ekonomi China
terjejas sehingga Maharaja Tao Kuang mengharamkan perniagaan candu.
Lin Tsi Hsu dilantik sebagai Pesuruhjaya Canton bagi memastikan candu tidak
diniagakan. Berlaku insiden yang tegang antara beliau dengan Penguasa Perniagaan
British di Canton iaitu Kapten Charles Elliot sehingga berakhir dengan Perang Candu
I (Perang Inggeris-China I)

3. Isu perundangan
Berlaku ketegangan hubungan China-Barat berpunca daripada pertentangan konsep
undang-undang.
Mengikut prinsip keadilan China, seseorang yang dituduh melakukan jenayah,
dianggap bersalah sehinggalah kebenaran dapat dibuktikan. Manakala mengikut
prinsip keadilan Barat, seseorang yang dituduh melakukan kesalahan dianggap tidak
bersalah sehinggalah kesalahan dapat dibuktikan dengan jelas.
Mengikut falsafah undang-undang China, hukuman adalah tanggungjawab kumpulan.
Manakala mengikut undang-undang Barat, hukuman adalah tanggungjawab individu.
Orang Barat menganggap undang-undang China tidak adil dan amat kejam.

4. Isu penyebaran agama Kristian dan teknologi Barat


Mubaligh Kristian telah berjaya menyebarkan agama Kristian dalam kalangan
masyarakat China. Kebudayaan masyarakat dan tradisi nenek moyang China, ajaran
Confucius dan Taoisme mulai terancam menyebabkan sebilangan masyarakat tidak
berpuas hati.
Oleh itu sebahagian masyarakat telah bertindak dengan membunuh paderi, rahib dan
pegawai Barat di Tientsin, dan membakar gereja.
Teknologi Barat yang dibawa oleh pedagang Barat telah mengancam guna tenaga di
China sehingga berlaku peningkatan pengangguran. Contohnya di dalam teknologi
perlombongan.

5. Isu petempatan orang asing


Kemasukan pedagang asing menyebabkan munculnya petempatan asing di sekitar
pelabuhan. Petempatan ini dibahagikan mengikut negara pedagang seperti Britain,
Perancis, Jerman, Jepun, dan Rusia. Petempatan asing ini mempunyai sistem
tersendiri iaitu bebas dari kawalan China. Orang asing yang tinggal di petempatan
tersebut hanya perlu membayar pajakan kepada pemerintah China. Pemilikan
petempatan oleh orang asing ini dianggap satu bentuk pencerobohan yang tidak
disukai oleh orang China.

KESIMPULAN

45
Isu yang timbul tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati yang menebal di
kedua-dua belah pihak. Ketegangan yang timbul kemudiannya telah mencetuskan
Perang Inggeris-China atau Perang Candu I. Perang Candu I tersebut telah
meninggalkan kesan yang mendalam dalam bidang politik dan ekonomi. Antaranya
ialah dasar tutup pintu China telah dapat ditamatkan. Kedaulatan negara dan ekonomi
China telah terjejas sehingga mencetuskan pelbagai reaksi terhadap perluasan kuasa
Barat.

SOALAN 17 : ANALISIS REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN CHINA


TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT SELEPAS PERANG
PADA ABAD KE-19

Kehendak soalan : Soalan di atas adalah soalan tahap analisis. Calon perlu
memecahkan sesuatu kepada bahagian-bahagian dan jelaskan bahagian-bahagian itu.
Jangka masa jawapan ialah selepas tahun 1860 sehingga 1899. Ini melibatkan 3 reaksi
dari negara China
BARATiaituSELEPAS
Gerakan Menguatkan
PERANG PADADiri(1860),
ABADGerakan
KE-19. Islah (1898) dan
Pemberontakan Boxer (1899)

PENGENALAN

Menjelang pertengahan abad ke 19, dasar isolasi (dasar tutup pintu) kerajaan China
mengalami perubahan. Reaksi masyarakat China terhadap kuasa Barat bermula
selepas China kalah dalam Perang Candu Pertama pada tahun 1839 -1842 dan Perang
Candu Kedua tahun 1856-1860. Kesan peperangan inilah yang mempengaruhi reaksi
masyarakat China terhadap kuasa Barat .

Terdapat pelbagai reaksi yang dilaksanakan oleh masyarakat China selepas perang
pada abad ke 19.

ISI-ISI PENTING

A.GERAKAN MENGUATKAN DIRI


(RANCANGAN MEMODENKAN NEGARA CHINA)
- Oleh Feng Kuei-Fen

46
- Tujuan membendung kemaraan dan penguasaan kuasa barat dan menghalang
pemberontakan dalaman
- Kerajaan China pada 1860-an terpaksa menghadapi pencerobohan kuasa-kuasa
asing serta pemberontakan di dalam negeri. Kerajaan pusat dan pegawai-pegawai
di peringkat wilayah ingin menguatkan negara dengan meminjam unsur-unsur
tamadun Barat.

Langkah-langkah Gerakan Menguatkan Diri

i. Bidang ketenteraan :
- Diwujudkan perusahaan ketenteraan (kilang untuk membuat senjata di Nanking pd
1867): pendidikan ketenteraan diperkenalkan akademi tentera dan angkatan laut
di Tientsin pd 1880-an; Lembaga Hal Ehwal Angkatan laut ditubuhkan pada
1880 dan sebagainya.

ii. Bidang ekonomi :


- menggalakkan penubuhan industri kecil
- perusahaan tekstil (kilang kapas di Shanghai 1878)
- membuka lombong arang batu (Kaiping 1876)
- meluaskan kawasan pertanian dan meningkatkan hasil pertanian
- kerajaan menyelia usaha-usaha yg dijalankan oleh para saudagar

iii. Bidang komunikasi


- Membina jalan keretapi (Kaiping-Tientsin pd 1888)
- Membangunkan sistem perhubungan telefon dan pos

iii. Bidang pendidikan :


- Maktab bahasa ditubuhkan untuk mengajar bahasa dan pengetahuan Barat - untuk
pembelajaran bahasa asing serta pengajian-pengajian Barat
-Para pelajar dihantar ke seberang laut untuk. mempelajari teknologi (ke England,
Amerika dan Perancis).

iv. Bidang diplomatik :


- Diasaskan oleh pejabat luar (Tsungli Yamen pd 1861); kuasa-kuasa asing
dibenarkan membuka kedutaan di Peking dan kedutaan China pula dibuka di
negara-negara luar (yang pertamanya di London)
- Penubuhan Pejabat Perwakilan Asing

47
Kejayaan langkah-langkah itu adalah terbatas. Peminjaman sains dan
teknologi Barat tidak disertai oleh penggunaan institusi dan nilai Barat. Di
samping itu terdapat tentangan daripada pegawai-pegawai-sarjana tradisional.
Kerajaan Ching terlampau longgar pada masa itu tiada pihak yg dapat
menyelaraskan berbagai perancangan. Desakan kuasa-kuasa Barat untuk
berbagai jenis keistimewaan (perbelanjaan perang dan gantirugi) melemahkan
kedudukan Kerajaan Ching. Gerakan memperkuatkan diri (GMD) ini merosot
menjelang tahun 1895.

B. GERAKAN ISLAH 1898

Gerakan ini diketuai oleh Kang Yu-Wei; tujuannya ialah untuk mengubah institusi
sosial dan politik China berasaskan model Barat (kerana kegagalan gerakan
memperkuatkan diri) dan merasakan bahawa China sudah jauh ketinggalan dan
kedudukan ini boleh mengancam kedudukan China.
Ajaran Kung Fu-tze ditafsirkan semula oleh KangYu-wei untuk menyokong islah
yg radikal (misalnya, Kang cuba memperkenalkan sistem beraja berasaskan
perlembagaan). Terdapat percubaan juga untuk menyusun semula kerajaan untuk
menghapuskan rasuah dan meminda sistem peperiksaan.
Lebih daripada 110 dikri dikeluarkan sepanjang pembaharuan ini. Antara
dikri yang dikeluarkan merangkumi perkara seperti berikut :

i) Pendidikan
Sebelum ini, sistem peperiksaan awam di China hanya menekankan aspek yang
berkaitan dengan fahaman Confucianisme sahaja. Oleh yang demikian,
Kang Yu-wei berpendapat bahawa sistem ujian yang hasilnya dijadikan dasar
pemilihan pejabat-pejabat istana perlu diubah dengan menggantikan The Eight-
Leeged Essay d a l a m p e p e r i k s a a n a w a m kepada esei berkenaan
tentang isu-isu semasa. Selain daripada itu, terdapat juga cadanganuntuk
menubuhkan Universiti Kemaharajaan di Peking dan Sekolah Moden
di Wilayah yang akan mengajar pengajaran China dan Barat. Dari segi
pendidikan perubatan pula,sebuah sekolah perubatan di bawah
Universiti Kemaharajaan telah dicadangkan untuk dibina.

ii) Pentadbiran Kerajaan


K a n g Yu We i b e r p e n d a p a t b a h a w a s i s t e m p e m e r i n t a h a n y a n g b
e r c o r a k m o n a r k i berperlembagaan perlu diwujudkan bagi menggantikan
sistem monarki feudal iaitu dalam erti kata lain, Kang Yu-wei menyarankan agar
maharaja berkongsi kuasa dengan Dewan P e r w a k i l a n d a n m e w u j u d k a n
monarki berperlembagaan di China. Usaha ini adalah
bertujuan untuk menyesuaikan pentadbiran Barat dengan sistem pentadbiran

48
China
kuno.S e l a i n i t u , t e r d a p a t j u g a t i n d a k a n a g r e s i f u n t u k m e n g h a p u
s k a n b a d a n k e r a j a a n d a n jawatan-jawatan yang tidak mempunyai fungsi
atau kurang berfungsi tetapi diberikan gaji yang dikenali sebagai Sinecure.
Antara jawatan yang tidak menjalankan tugas sebenar dan tidak penting
termasuklah, Gabenor di Hupeh, Kwantung dan Yunnan serta jawatan Pengarah
Urusan bagi Sungai Kuning, Penjaga (intendants) Circuit untuk
mengangkut bijirin dan penjaga garam. Selain itu, menyarankan pembentukan
kerajaan progresif, memajukan pentadbiran dengan lebih cekap, menghapuskan
gaya kerja yang lembap dan menyusun prosedur kerja baru untuk urusan
pentadbiran kerajaan.

iii) Ekonomi
Dikri ini juga mengandungi usul yang bertujuan untuk menyerapkan prinsip
kapitalisme dalam ekonomi iaitu sistem yang berteraskan modal sebagai elemen
utama. Kepelbagaian akitiviti ekonomi dalam bidang perkilangan, perbankan dan
kapitalisme. Pembaharuan ini juga telah mengeluarkan saranan untuk pembinaan
jalan kereta api dan pembangunan bidang pertanian.

Gerakan Islah 1898 juga gagal kerana terlampau radikal, golongan elit di
China masih konservatif dan tidak menerima islah-islah yg bertentangan dgn
amalan tradisional. Termasuk tentangan daripada Maharani Dowager.
Kelemahan pemimpin gerakan juga punca kegagalan gerakan ini.

C. PEMBERONTAKAN BOXER (1899)


(REAKSI BERSENJATA)

Sentimen anti-asing dalam kalangan orang China wujud selepas negara China
kalah dalam peperangan dengan kuasa-kuasa Barat. Reaksi masyarakat
tempatan China dapat kita lihat melalui pemberontakan ini. Pemberontakan ini
bertujuan menghalau orang asing dari China dan membunuh orang China yang
beragama Kristian. Anggota Gerakan Boxer menganggap orang asing
bertanggungjawab terhadap keruntuhan Kerajaan Manchu. Mereka juga
menganggap orang asing sebagai punca kepada segala kepincangan yang
berlaku dalam bidang ekonomi, politik dan sosial di China. Gerakan Boxer
berasal daripada sebuah kongsi gelap China yang dikenali sebagai I Ho Chuan
(Persatuan Tinju Keadilan dan Keharmonian)

Tindakan kuasa - kuasa Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan konsesi


menyebabkan wujudnya kebimbangan masyarakat China bahawa Negara
China akan dibelah bahagikan sesama kuasa Barat. Lantaran menjatuhkan
maruah dan mencemarkan kedaulatan negara. Mereka perlu menamatkan hak
wilayah asingan yang diberikan kepada kuasa barat.

49
Penyebaran agama kristian mencemaskan golongan konservatif yang
menganggap ajaran kristian bertentangan dengan ajaran Confucianisme,
Buddhisme, dan Taoisme yang diamalkan sejak turun- temurun. Mubaligh
Kristian juga campur tangan dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan orang
Cina yang bukan beragama Kristian. Mereka juga memperjuangkan hak-hak
istimewa bagi penganut- penganut agama kristian. Sikap mubaligh kristian
yang campur tangan dalam hal ehwal tempatan telah menimbulkan kemarahan
orang Cina. Sikap Orang Cina yang beragama Kristian. Orang Cina yang
memeluk agama Kristian telah menimbulkan permusuhan dengan orang Cina
yang bukan Kristian.

Pasaran tempatan dikuasai oleh orang asing kerana barangan buatan Barat
lebih murah dan bermutu tinggi berbanding barangan tempatan. Kemasukan
pelabur asing telah menyebabkan pengusaha tempatan hilang sumber
pendapatan. Bilangan penduduk yang menganggur meningkat. Kemelesetan
ekonomi dan pengangguran memberi impak negatif kepada China.
Kemerosotan taraf hidup akibat penguasaan ekonomi China oleh orang asing
telah menyebabkan ramai petani dan penganggur menyertai Gerakan Boxer.
Malangnya Gerakan Boxer ditumpaskan oleh pasukan tentera bersekutu yang
terdiri daripada Britain, Perancis dan Rusia

KESIMPULAN

Kesimpulannya negara China telah membuktikan kesungguhan untuk menghalang


kemaraan kuasa Barat yang semakin besar dengan memodenkan negara namun tidak
mencapai tahap yang diimpikan. Halangan ini disebabkan pemodenan ini tidak dibuat
secara menyeluruh dan tidak mendapat sambutan di peringkat tertinggi. Langkah
terdesak yang dilakukan ialah secara kekerasan untuk mengusir keluar kuasa Barat
tetapi gagal. Negara China tidak dapat menghalang lagi penguasaan kuasa Barat dan
hal ini telah mengubah landskap politik China menjelang abad ke 20.

SOALAN 18 : SEJAUH MANAKAH PENDIDIKAN BARAT TELAH MEMBAWA


KEPADA TERCETUSNYA NASIONALISME DI INDIA PADA
ABAD KE-19

PENGENALAN

Kesedaran kebangsaan atau nasionalisme bermaksud semangat cinta akan negara dan
ingin membebaskan tanah air daripada penguasaan dan cengkaman kuasa asing
Di India,kesedaran kebangsaan dapat dikesan sebelum 1857 lagi melalui pertubuhan-
pertubuhan sosio agama

50
Namun ramai sarjana berpendapat bahawa Dahagi India 1857 menandakan permulaan
kesedaran kebangsaan rakyat di India
Terdapat pelbagai faktor dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan rakyat di
India pada abad ke-19
Faktor utamanya ialah pendidikan Barat.

ISI-ISI PENTING

Pendidikan Barat
Faktor utama
Mula diperkenalkan pada tahun 1854
Matlamat utama kerajaan British memperkenalkan pendidikan barat adalah untuk
melahirkan tenaga kerja yang murah dan ingin memupuk kesetiaan rakyat
Menjelang 1858,tiga buah universiti didirikan iaitu di Calcutta,Madras dan Bombay
Universiti-universiti ini didirikan mengikut model Universiti London
Sukatan pelajarannya merangkumi mata pelajaran Sejarah,Falsafah Politik,Undang-
undang dan Kesusasteraan Barat
Kesannya,lahir ramai golongan cerdik pandai dalam kalangan rakyat India yang
menjadi peguam,doktor,guru dan kerani
Golongan berpendidikan barat juga terdedah dengan pandangan pemikir-pemikir
barat seperti John Locke,Rousseau,Mazzini dan Thomas Paine
Konsep-konsep kebebasan,demokrasi,persamaan dan hak asasi individu yang
dikemukakan oleh tokoh-tokoh tersebut berjaya mempengaruhi mereka
Pendidikan barat juga telah menyedarkan mereka tentang penindasan British
Antara tokoh-tokoh berpendidikan barat ialah Raja Ram Mohan Roy,W.C.Banarjee
dan Surendranath Banarjee
Mereka menjadi pelopor gerakan kesedaran kebangsaan di India

Bahasa Inggeris:
Antara faktor lain yang turut membangkitkan kesedaran kebangsaan rakyat di India
Bahasa Inggeris digunakan sebagai medium perantaraan di sekolah-sekolah
Bahasa Inggeris bertindak sebagai alat perpaduan yang menyatukan orang India
Ini kerana,India mempunyai lebih kurang 600 bahasa daerah yang menjadi
penghalang untuk memupuk persefahaman antara rakyat di India.

Diskriminasi dalam perkhidmatan awam:


Faktor lain yang turut menyumbang dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan
Amalan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan terpelajar di India
Akta Piagam 1833 dan Akta Perkhidmatan Awam 1861 menyatakan bahawa orang
India tidak dihalang memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
Namun,kerajaan British tidak menguatkuasakan janji-janji dalam akta tersebut

51
Peperiksaan yang diadakan seolah-olah sengaja menghalang penyertaan rakyat India
dalam perkhidmatan awam
Pada tahun 1878,had umur dikurangkan untuk menyertai perkhidmatan awam
daripada 22 tahun kepada 19 tahun
Langkah ini menghalang pelajar-pelajar yang sedang menuntut di universiti
menduduki peperiksaan ini
Bagi rakyat India,ini merupakan percubaan untuk menghalang mereka memegang
jawatan tinggi dalam kerajaan
Perasaan tidak puas hati ini akhirnya membangkitkan kesedaran kebangsaan.

Perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan:


Faktor lain yang membangkitkan kesedaran kebangsaan rakyat di India
Pembinaan jalan raya,landasan kereta api dan sistem pos menyatukan orang India
Peningkatan mobiliti penduduk dari satu tempat ke satu tempat menjadi semakin
cepat
Hubungan juga dapat dirapatkan
Idea-idea nasionalisme dapat disebarkan dengan pantas.

Peranan Akhbar:
Turut membangkitkan kesedaran kebangsaan
Akhbar-akhbar yang diterbitkan ialah Bengal Gazette 1780,Madras Courier
1785,Bombay Gazette 1789
Akhbar-akhbar ini berperanan sebagai medium untuk menyuarakan pandangan rakyat
Akhbar-akhbar lain seperti Kesari,The Maratha,Amrit Bazar Patrika dan Patriot pula
berani mengkritik dasar yang diamalkan oleh British
Akhbar-akhbar ini juga menyebarkan idea mengenai pemerintahan sendiri dan amalan
demokrasi
Akhirnya timbul kesedaran politik dalam kalangan rakyat India.

Kajian terhadap keagungan silam:


Faktor lain yang juga menyumbang dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan
Kajian terhadap keagungan silam dilakukan oleh golongan cendiakawan India
Fokus kajian mengenai zaman kegemilangan Asoka dan Chandragupta
Kajian juga dijalankan tentang kemajuan yang dicapai oleh masyarakat India dalam
bidang astronomi,sains,falsafah,matematik,perubatan dan kesenian
Sarjana-sarjana Barat seperti Sir William Jones,Max Muller dan Monier William turut
mengkaji peradaban India
Sir William Jones menterjemahkan karya Sakuntala yang dihasilkan oleh Kalidasa ke
dalam Bahasa Inggeris
Kajian terhadap keagungan silam telah membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam
kalangan rakyat India.

Peranan Kesusasteraan:
Novel,esei,lagu-lagu patriotik dan sajak juga berperanan membangkitkan kesedaran
kebangsaan

52
Karya-karya tersebut dimuatkan di akhbar-akhbar yang akhirnya tersebar ke seluruh
India
Tokoh-tokoh kesusasteraan yang terlibat termasuklah Bankim Chandra Chatterjee dan
Rabindranath.

Dasar ekonomi British:


Turut melahirkan sentimen anti British dan kesedaran kebangsaan
Dasar ekonomi British bagi memenuhi kepentingan sektor perindustrian di England
British tidak menggalakkan perkembangan industri tekstil dan perkilangan tempatan
Perusahaan-perusahaan tenpatan dikawal
Monopoli perdagangan garam oleh British menjejaskan pendapatan penduduk
tempatan
Diskriminasi dalam bidang ekonomi telah membangkitkan kesedaran kebangsaan .
Penindasan terhadap buruh-buruh India di seberang laut:
British menggalakkan penghijrahan rakyat India ke kawasan lain dalam empayar
British
Mereka bekerja sebagai buruh dan menerima layanan yang buruk
Kebajikan dan hak asasi buruh-buruh Indiadi seberang laut tidak dipedulikan
Buruh-buruh ditindas,dikenakan pelbagai undang-undangdan cukai
yangmembebankan oleh kerajaan British
Ini melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan nasionalis India
Pemimpin-pemin liberal di India juga mengkritik dasar pentadbiran British.

Gerakan Reformasi Sosio agama:


Muncul pertubuhan-pertubuhan agama seperti Brahmo Samaj,Brahma Samaj,Arya
Samaj,Pertubuhan Ramakrishna dan Persatuan Teosofika
Pertubuhan agama menjadi asas bagi kebangkitan nasionalisme dan kemunculan
parti-parti politik di India
Antaranya Persatuan Reformasi Keagamaan yang ditubuhkan oleh penganut agama
Zoroastrian pada tahun 1851
Kemudiannya muncul pula persatuan-persatuan sosioagama yang telah
membangkitkan semangat kebangsaan
Semangat kebangsaan ini meletakkan asas bagi kemunculan organisasi politik yang
terbesar di India iaitu Parti Kongres India pada tahun 1885.

Dasar Pentadbiran Lytton dan Akta Ilbert 1883


Dasar pentadbiran Lord Lytton dan Akta Ilbert juga merupakan faktor yang
membangkitkan kesedaran kebangsaan
Lord Lytton memperkenalkan pelbagai akta seperti Akta Senjata dan Akta Akhbar
Vernakular
Akta Akhbar Vernakular melarang penerbitan rencana dan artikel yang anti Inggeris
Manakala Akta Ilbert merancakkan lagi sentimen anti Inggeris apabila kuasa
diberikan kepada hakim-hakim berketurunan India untuk mengadili dan menjatuhkan
hukuman terhadap orang Inggeris
Akta ini ditentang oleh golongan Anglo-India.

KESIMPULAN

53
Pelbagai faktor membangkitkan kesedaran kebangsaan rakyat di India pada abad ke-
19
Pendidikan barat merupakan faktor utama yang membangkitkan kesedaran
kebangsaan di India
Kemuncak kepada kebangkitan ini ialah kemunculan Kongres Kebangsaan India pada
tahun 1885
Kongres ini berjaya menyatukan golongan nasionalis bagi mengatur gerakan
menentang British di India
Perjuang Kongres berhasil apabila India mencapai kemerdekaan pada 15 Ogos 1947.

SOALAN 19: PERANG DUNIA PERTAMA TELAH MENINGGALKAN KESAN


DALAM BIDANG POLITIK DAN SOSIAL KEPADA DUNIA.
BINCANGKAN.

PENGENALAN

Perang Dunia Pertama tercetus antara tahun 1914 hingga 1918 yang hanya melibatkan
negara-negara Eropah.
Pihak yang terlibat dalam perang ini ialah Triple Alliance (Perikatan Kuasa Tengah)
yang dianggotai oleh Jerman, Austria-Hungary dan Itali, dan Triple Entente (Pakatan
Bertiga) yang dianggotai oleh Rusia, Perancis dan Britain.
Terdapat pelbagai kesan yang dapat kita lihat khususnya dalam bidang politik dan
sosial.

ISI-ISI PENTING

KESAN POLITIK

1. Keruntuhan pemerintahan monarki


Perang ini menamatkan sistem beraja di benua Eropah, khususnya di Jerman, Rusia
dan Turki.
Tahun 1925, Khalifah Turki Uthmaniyyah turun takhta selepas kepimpinan diambil
alih Turki Muda ekoran kekalahan Turki dalam Perang Dunia Pertama.
Perkembangan ini meruntuhkan empayar Turki yang meliputi sebahagian daripada
Eropah seperti Bulgaria.
Perang ini juga menyebabkan sistem beraja di Jerman tamat.
Dalam keadaan ekonomi dan sosial yang tenat dan keadaan perang yang tidak
menentu, Kaiser William II bersedia turun takhta dan mendapat suaka politik di
Belanda.
Empayar Austria-Hungary turut mengalami kemusnahan apabila Dinasti Habsburg
tamat.
Berlaku pemberontakan yang dicetuskan oleh bangsa-bangsa yang pernah dikuasai
seperti Pole, Slovak, Czech dan Finn.

54
Di Rusia, perang ini menamatkan pemerintahan Tsar yang memerintah Rusia selama
400 tahun.
Pada peringkat awal perang, Rusia sentiasa dikalahkan oleh Jerman yang
membuktikan kelemahan kerajaan Tsar.
Selepas Perjanjian Brest Litovsk, Rusia hilang suku wilayahnya di Eropah kepada
Jerman dan tiga suku sumber arang batu dan beri turut diserah.
Tsar Nicolas II terpaksa menyerah kuasa kepada kerajaan sementara dan keluarganya
dibunuh.

2. Kemunculan negara-negara baharu.


Perjanjian Versailles telah mengubah peta Eropah dan banyak negara-negara baharu
muncul.
Keruntuhan empayar Rusia membentuk Poland, Finland, Estonia, Latvia dan
Lithuania.
Pemberontakan di Austria oleh penduduk bangsa asing melahirkan Hungary, Romania
dan Yugoslavia.
Perpecahan empayar Turki Uthmaniyyah membebaskan banyak kawasan dibawah
pengaruhnya seperti Syria, Lebanon dan Iraq.

3. Kebangkitan ideologi baharu seperti Demokrasi dan Sosialisme.


Di Turki, sebuah kerajaan republik diasaskan di bawah kepimpinan Mustafa Kamal
Ataturk pada tahun 1923.
Selepas Kaiser William II dibuang negeri, Parti Sosialis Demokrat di bawah pimpinan
Griendrich Ebertt telah membentuk Republik Weimer sebuah kerajaan demokratik
tetapi masih menggunakan khidmat golongan tentera.
Kerajaan-kerajaan republik muncul di negara-negara baharu seperti Czechoslovakia,
Poland, Latvia dan sebagainya.
Austria juga menjadi sebuah republik apabila pemerintahan Habsburg dihapuskan.
Di Rusia, parti-parti politik ditubuhkan.
Golongan pekerja menubuhkan Parti Buruh Demokratik Sosial yang kemudian
dikenali sebagai Parti Komunis.
Parti ini berpecah kepada dua.
Golongan Bolsheviks yang dipimpin oleh Vladimir Lenin mencetuskan revolusi yang
mengasaskan kerajaan komunis yang pertama.

4. Kehilangan kekuasaan Jerman.


Jerman kehilangan wilayah dan jajahan takluknya.
Wilayah Alsace dan Lorainne diserah kepada Perancis.
Wilayah Euphen dan Malmedy diserah kepada Belgium.
Wilayah Saar yang kaya dengan arang batu di serah kepada Perancis.
Wilayah ini diletakkan di bawah pengawasan Liga Bangsa bagi tempoh 15 tahun.
Perancis dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan di daerah ini.
Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati Jerman.
Jerman juga perlu mengiktiraf kemerdekaan Belgium, Poland dan Czechoslovakia.

55
Jerman juga hilang tanah jajahannya di Afrika dan Asia kepada pihak pemenang.
Cameron dan Togoland diserah kepada Britain dan Perancis.

5. Penubuhan Liga Bangsa.


Liga Bangsa ditubuhkan pada tahun 1819.
Tujuan penubuhannya adalah untuk menjaga keamanan serta mengelak daripada
berlakunya peperangan.
Liga Bangsa berpusat di Geneva.
Disertai oleh kebanyakan negara Eropah kecuali Rusia.
Amerika Syarikat juga tidak menyertainya.
Liga Bangsa diharapkan dapat menyelesaikan masalah antara negara melalui
mesyuarat dan perundingan.
Namun demikian, Liga Bangsa gagal menyekat peperangan.
KESAN SOSIAL

6. Korban nyawa dan kecederaan.


Perang ini banyak mengorbankan nyawa. Kira-kira 8.5 juta tentera terkorban dan 12.5
juta orang awam terkorban.
Dari segi harta benda pula, peperangan ini mengakibatkan kemusnahan yang bernilai
AS $36 760 juta.
Britain kehilangan 750 000 rakyatnya iaitu 9% daripada jumlah penduduk lelakinya
yang berumur 45 tahun ke bawah.
Bilangan yang cedera dianggarkan berjumlah 2 juta orang.
Lebih kurang 1.4 juta rakyat Perancis terkorban dan 3.5 juta orang cedera.
Angka ini melibatkan hampir 10% jumlah rakyat lelakinya yang cergas dan ini
merupakan satu kehilangan besar kepada Perancis. Tambahan pula, Perancis
mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang rendah.

7. Pencemaran udara / bumi.


Pencemaran udara dan bumi turut berlaku kesan penggunaan senjata kimia yang
meluas dalam pertempuran sengit di Marne dan Somme.

KESIMPULAN:

Kesimpulannya, kesan-kesan Perang Dunia Pertama mendorong tercetusnya Perang


Dunia Kedua.
Hubungan antarabangsa masih renggang selepas perang.
Jerman berasa tidak puas hati terhadap Perjanjian Versailles kerana perjanjian ini
dianggap tidak adil dan telah menjejaskan maruah serta kedaulatan negara Jerman.
Itali juga tidak puas hati kerana tidak diberikan tanah jajahan walaupun berda dalam
kumpulan menang.
Liga Bangsa juga gagal menyekat pencerobohan Jerman ke atas Austria, Jepun ke atas
China dan Itali ke atas Abyssina.
Keadaan ini mendorong kebangkitan pemerintahan diktator di Jerman dan Itali yang
mencetuskan Perang Dunia Kedua.

56
SOALAN 20 : TERANGKAN PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT DAN
UNITED KINGDOM DALAM NORTH ATLANTIC TREATY
ORGANIZATION (NATO)

PENGENALAN

Latarbelakang NATO

NATO (North Atlantic Treaty Organization) merujuk Pertubuhan Perjanjian Atlantik


Utara
ditubuhkan pada 4 April 1949
ibu pejabat pertubuhan terletak di Paris
sebuah pakatan bercorak ketenteraan yang menekankan sistem pertahanan bersama
antara negara anggota.
12 buah negara yang terlibat sahaja pada awalnya
Amerika Syarikat ditonjolkan sebagai satu kuasa besar berperanan utama untuk
mempertahankan keselamatan di Eropah Barat dan membendung pengaruh komunis
yang disebarkan oleh Soviet Union

ISI-ISI PENTING

United Kingdom (Britain) - peranan utama dalam proese pembentukan NATO


Rujukan - daripada koleksi surat-surat peribadi Ernest Bevin, Setiausaha Luar Britain
dari tahun 1946 hingga 1951dan hasil dokumen oleh Foreign Office
United Kingdom menyusun strategi dengan mengetengahkan peranan Amerika
Syarikat dalam proses penubuhan NATO
United Kingdom berjaya tidak menonjolkan peranan walaupun British peranan
utama (key player) dalam proses pembentukan
United Kingdom diterajui Parti Buruh menyusun strategi memastikan
pertubuhan antarabangsa akan disertai Amerika Syarikat
Pengalaman United Kingdom pertubuhan tanpa Amerika Syarikat tidak berkesan
seperti Liga Bangsa
Presiden Hurry S. Trumen (Britain) belum bersedia menghadapi ancaman Soviet
Union di Eropah
Perancangan melibatkan Amerika Syarikat dalam soal keselamatan - tepat dengan
perkembangan politik antarabangsa dan kewujudan NATO
Perang Dingin menyebabkan hubungan Amerika Syarikat dan United Kingdom
lebih akrab
Kedua-dua kuasa besar - mempunyai hubungan dalam bentuk bilateral seperti
perundingan diplomatik, kerjasama ketenteraan dan perisikan
Soviet Union memberi satu persepsi NATO ialah Amerika Syarikat dan
Amerika Syarikat ialah NATO
NATO - didominasikan oleh Amerika Syarikat berbandingkan negara-negara lain

KESIMPULAN

57
NATO dan Amerika Syarikat komitmen sebagai kunci kesinambungan, keutuhan
dan kestabilan NATO - sebuah institusi
Peranan kedua-duanya memelihara kemanan dan keselamatan dunia secara praktikal
bukan di Eropah sahaja, malah di seluruh dunia.

SOALAN 21 : HURAIKAN SUMBANGAN PERTUBUHAN BANGSA-


BANGSA BERSATU (PBB) DALAM MEMELIHARA
KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT
DUNIA

PENDAHULUAN
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan pada bulan Oktober 1945.
Matlamat utama penubuhannya adalah untuk memelihara keamanan dan
keselamatan sejagat.
PBB juga memainkan peranan dalam penyelesaian konflik antarabangsa secara
aman tanpa menggunakan kekerasan.
Sejak awal penubuhannya hingga ke hari ini, PBB telah memberi sumbangan yang
amat besar dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia.

ISI-ISI PENTING

(a) Kemerdekaan wilayah jajahan


PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah
jajahan,
PBB diamanahkan untuk mentadbir wilayah jajahan dan harus memastikan penduduk
wilayah mendapat layanan yangsama, mendapat perlindungan daripada keganasan
dan menggalakkan pemerintahan sendiri.
Pada tahun 1947 sebanyak 74 buah negara menghadapi masalah kemerdekaan, Pada
tahun 1956 terdapat55 buah negara dan pada tahun 1960 PBB meluluskan
pengisytiharan kemerdekaan wilayah dan penduduk negara jajahan.

(b) Masalah pelarian


PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah pelarian.
Bagi menangani masalah ini, PBB mengadakan rundingan diplomat bagi
menempatkan pelarian ke negara-negara tertentu.

58
Pada 1952 UNHCR ditubuhkan bagi menangani masalah pelarian dengan lebih
berkesan.

(c) Hak asasi sejagat


Pada tahun 1948, PBB megubal Pengisytiharan Hak Asasi Sejagat.
Perjanjian berhubung dengan hak asasi sejagat diluluskan oleh PBB pada tahun 1966.

(d) Menangani konflik antarabangsa


PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik secara aman.
Pada tahun 1948 Majlis Keselamatan mengundurkan tentera Soviet Union dari utara
Iran.
Pada tahun 1956, Majlis Keselamatan berjaya menyelesaikan krisis Terusan Suez.

(e) Membantu negara mangsa perang


PBB memberi bantuan kepada negara-negara yang menjadi mangsa perang menerusi
Program Bantuan dan Pembangunan Semula PBB.
Dalam konteks ini, PBB memberi bantuan khidmat kebajikan bagi memastikan kualiti
kehidupan rakyat di negara tersebut terpelihara.
Antara agensi PBB yang memainkan peranan dalam menyalurkan bantuan kepada
mangsa peperangan ialah FAO, UNICEF dan WHO.

(f) Membangunkan negara-negara mundur


PBB menyediakan pinjaman untuk pemabangunan negara-negara mundur.
International Development Association (IDA) ditubuhkan untuk membiayai projek
yang memberi sumbangan kepada kemajuan wilayah.

(g) Mengatasi perlumbaan senjata


PBB mengambil langkah menyekat penggunaan senjata nuclear dan senjata kimia
yang meninggalkan kesan buruk terhadap mangsa perang.
Sebagai contoh, PBB berjaya mempengaruhi Soviet Union dan Amerika syarikat agar
mengundur peluru berpandu masing-masing dalam krisis di Cuba.

KESIMPULAN
PBB berjaya mempertahankan keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia dengan
berkesan.
PBB juga mengambil langkah-langkah bagi menangani konflik yang melibatkan
negara-negara anggota.

59
60
61

You might also like