You are on page 1of 5

Permainan congkak secara asasnya melibatkan pengiraan mudah.

Mereka yang cekap mencongak


mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.

Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan
congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau
tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang
ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan
lebanya 18 cm.

Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan
permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah
dibiarkan kosong.

Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah
congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke
rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang
kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain.
Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan
selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan
meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan
buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan
pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang
sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap
kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.

Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang
sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di
sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".

Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:

1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-
dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah
satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke
rumah dan kampung lawan.
2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung
kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu
jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang
setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung
tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah
terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan
mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah
terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan
pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada
dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah
congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini
tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga
pihak lawan mengaku kalah.
Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki
buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah
kampung terbakar terbanyak dikira kalah.

Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar
dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan dua orang atau
lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau
ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini
dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang di serambi
rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan
lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang
dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara
sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang
mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang
lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Selambut atau juga dikenali sebagai Batu Seremban atau Serembat ialah
sejenis permainan tradisional yang dimainkan diMalaysia. Selambut adalah sebutan di sebelah utara
dan pantai timur Semenanjung, manakala di pantai barat semenanjung permainan ini dikenali
sebagai Seremban. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau
secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang.
Permainan selambut cuma memerlukan beberapa biji buah. Guli kaca, biji getah, anak batu kerikil
atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasa digunakan, lazimnya sebanyak lima biji. Selain
itu, karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga, pasir dan sebagainya juga digunakan.
Permainan ini sering dimainkan di waktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah, di taman atau
di mana sahaja yang terdapat permukaan yang rata dan bersih. Para pemain duduk di atas lantai,
dan bermain mengikut giliran.

Permainan batu seremban mempunyai cara bermainnya yang tersendiri. Seperti permainan yang lain,
batu seremban juga ada peringkatnya yang digelar sebagai buah. Keseluruhannya, batu seremban
mempunyai lapan peringkat yang perlu dilalui oleh pemain sebelum dikira sebagai pemenang.

Buah Satu:

*Kesemua buah hendaklah diselerakkan, dimana kedudukan semua buah tidak menyentuh antara
satu sama lain.

*Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
*Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.

*Proses ini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.

Buah Dua:

*Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.

*Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.

*Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Buah Tiga:

*Buah tiga ada sedikit perbezaan.

*Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.

*Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat:

*Buah ibu akan dilambungkan ke udara.

*Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai
dengan serentak.

Buah Lima:

*Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.

*Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai
dengan serentak.

*Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang
ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan
disambut.

Buah Enam:

*Pada peringkat yang keenam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan.

*Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.
*Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah
yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Buah Tujuh:

*Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.

*Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.

*Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.

*Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.

*Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.

*Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

Buah Lapan:

*Campakkan kelima-lima batu di atas lantai.

*Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas.

*Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain.

*Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain dengan sekali gus

Timbang:

*Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia haruslah timbang untuk
mendapat mata.

*Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan.

*Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan.

*Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula.

*Tangkap batu seremban yang ada di tangan

Batu yang dapat ditangkap = 1 mata

Batu yang dijatuhkan = 0 mata

Selepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu Satu.
Tamat Permainan:

Dalam bila-bila masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain ini haruslah
memberikan gilirannya kepada ahli yang lain.

Jika ahlinya gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain itu akan kembali kepada peringkat
yang tidak diselesaikan bermula daripada permulaan peringkat itu.

You might also like