You are on page 1of 10

Jawab semua soalan di bawah. Pilih satu jawapan yang betul sahaja.

1. Maksud sejarah yang paling tepat ialah


A. Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau
B. Sejarah ialah peristiwa yang akan berlaku
C. Sejarah ialah cerita dongeng yang berlaku pada waktu lampau
D. Sejarah ialah cerita yang menarik untuk dibaca

2. Sumber pertama boleh didapati dalam bentuk


A. Buku
B. Ucapan
C. Akhbar
D. Batu bersurat

3. Muzium berperanan sebagai


A. Tempat bersiar-siar sambil membeli barang purba
B. Tempat menyimpan dan memelihara bahan-bahan bersejarah
C. Tempat orang ramai berkumpul dan menjual barang-barang bersejarah
D. Tempat untuk orang ramai mendapatkan maklumat tentang suatu tempat

4. Mengapakah sejarah penting dalam kehidupan kita?


A. Mengetahui cerita seseorang
B. Boleh menjadi iktibar dan pelajaran
C. Melahirkan masyarakat yang suka membaca
D. Bersemangat untuk berperang dengan orang lain

5. Apakah maksud biodata diri?


A. Pengenalan diri seseorang
B. Dokumen berkaitan orang lain
C. Keterangan tentang diri dan keluarga
D. Profil yang mengandungi maklumat tentang diri kita

6.
Apakah maksud Sijil Kelahiran?

A. Sijil lahir yang mengandungi keterangan mengenai butir-butir kelahiran.


B. Sijil yang dikeluarkan untuk tujuan pembaziran.
C. Sijil lahir yang mengandungi maklumat mengenai sekolah.
D. Sijil penghargaan kepada individu.

7. Mengapakah sijil kelahiran penting bagi setiap penduduk di Malaysia?

A. Mendapat pengesahan warganegara ketika membuat kad pengenalan.


B. Supaya saya tahu saya rakyat Malaysia.
C. Kerana kerajaan mewajibkannya kepada setiap orang.
D. Ibu bapa saya ingin memperkenalkan diri saya kepada orang.

8. Keluarga asas terdiri daripada


A. datuk, nenek dan sepupu
B. ibu saudara, abang dan kakak
C. ayah, ibu, datuk, nenek dan cucu
D. ayah, ibu dan anak-anak

9. Bagaimanakah kita menunjukkan rasa hormat kepada ahli keluarga?


A. Menggunakan kata panggilan yang sesuai dalam keluarga
B. Meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka
C. Mengambil barang kepunyaan keluarga sesuka hati
D. Tidak mahu mendengar nasihat daripada ahli keluarga

10. Masyarakat India memanggil abang dengan panggilan,,

A. Akka D. Appa
B. Annan
C. Amma
11. Apakah adab ketika hendak makan?
A. Bersalam
B. Tunduk
C. Berdoa
D. Bertanya khabar

12. Siapakah yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi sekolah?


A. Guru
B. Murid
C. Kerani
D. Guru Besar

13. Nyatakan kepentingan struktur organisasi sekolah.

A. Menambahkan beban guru sekolah.


B. Bertanggungjawab memastikan sekolah berada dalam keadaan terurus.
C. Memudahkan kerja murid.
D. Mengelakkan histeria dalam kalangan murid

14. Berikan maksud Cogan Kata.

A. Sifat-sifat atau ciri-ciri yang terdapat pada seseorang atau sesuatu yang berbeza
daripada yang lain.
B. Ungkapan ringkas yang menjadi pegangan bersama.
C. Wawasan atau pandangan jauh.
D. Langkah untuk mencapai visi.

15. Antara berikut, manakah menunjukkan sikap murid yang bertanggungjawab?


I Mematuhi disiplin sekolah
II Bermain semasa guru sedang mengajar
III Membuang sampah di kawasan sekolah
IV Menggunakan kemudahan sekolah dengan baik
A I dan II C I dan III
B II dan III D I dan IV

16. Bagaimanakah caranya untuk menjadikan sekolah kita bersih dan ceria?
A. Membuang sampah merata-rata
B. Mencantas pokok dan memetik bunga sesuka hati
C. Bersama-sama menanam pokok bunga di sekolah
D. Menconteng dinding sekolah
17. Alamat tempat tinggal dapat menunjukkan
A. saiz rumah seseorang
B. taraf hidup seseorang
C. lokasi tempat tinggal seseorang
D. bilangan ahli keluarga seseorang
18. Pernyataan di bawah menunjukkan keistimewaan kawasan setempat, kecuali

A. mempunyai kemudahan asas yang mencukupi


B. mempunyai pemandangan semulajadi yang indah
C. dikelilingi oleh kawasan kilang yang pesat membangun
D. kawasan yang mempunyai nilai sejarah yang menjadi sebutan hingga
kini

19. Mengapakah kita perlu menjaga dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat
tinggal?
A. Mengharapkan pujian orang lain
B. Untuk memenangi pertandingan yang dianjurkan
C. Untuk menjamin kesihatan dan keselesaan hidup
D. Menggalakkan golongan remaja melepak di kawasan tersebut

20. Bagaimanakah Pasir Salak mendapat nama?


A. Daripada JWW Birch ketika mandi.
B. Dari pasir di tepi sungai Perak yang dipenuhi kulit buah salak.
C. Kebangkitan orang Melayu menentang penjajah British yang memandai-mandai
mengutip cukai mengikut peraturan mereka.
D. Daripada buku teks sejarah Tahun 4.

21. Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Air Batu?


A. Zaman ketika bumi ditimpa hujan berterusan
B. Zaman ketika permukaan bumi dilitupi oleh air batu
C. Zaman ketika bumi dilanda kemarau yang panjang
D. Zaman gelap di mana cahaya matahari tidak dapat menembusi bumi

22. Manakah antara berikut merupakan kepulauan Melayu?


I Tanah Melayu III Afrika
II Sumatera IV Asia
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV
23. Berikut adalah faktor-faktor menyebabkan terbentuknya benua dan lautan kecuali
A. kejadian banjir
B. pencairan air batu
C. pergerakan glasier
D. kenaikan paras air laut

24. Terdapat ___________ lautan yang terbentuk akibat pergerakan glasier pada Zaman Air
Batu
A. lima
B. enam
C. tujuh
D. lapan

25. Antara berikut yang manakah merupakan lokasi terawal masyarakat Zaman Paleolitik?
I Tingkayu, Sabah III Kota Tampan, Perak
II Gua Niah, Sarawak IV Gua Cha, Kelantan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

26 . Anting anting digunakan sebagai alat _________ bagi masyarakat Neolitik.


A. Pemburuan
B. Hasil jualan
C. Perhiasan diri
D. Upacara agama

27. Masyarakat kerajaan Melayu awal bijak memanfaatkan laut . Apakah kegiatan ekonomi
yang mereka jalankan?
I Memungut hasil hutan
II Membuat perahu dan kapal layar
III Memungut hasil laut
IV Mengutip cukai dagangan
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

28.
Nama Melaka diperoleh sempena nama
pokok pertama yang tumbuh di dunia yang
dikenali dengan nama pokok malaka.

Apakah sumber yang menerangkan asal usul nama Melaka tersebut?

A. Sejarah Melayu
B. Pedagang India
C. Mitos Hindu
D. Catatan pedagang Cina

29. Kerajaan Kedah Tua merupakan pengeluar _________ yang merupakan barang dagangan
utama.

A. Hasil hutan
B. Lada hitam
C. Kayu gaharu
D. Padi

30. Beliung ditemui pada zaman Neolitik

Selain digunakan untuk menggali tanah, beliung juga digunakan untuk


A. Mengetam kayu
B. Memburu binatang
C. Meleperkan kayu
D. Bercucuk tanam

31. Mengapakah masyarakat zaman prasejarah memilih gua sebagai penempatan?

I Mengelakkan ancaman binatang buas.


II Mendapat sumber air di dalam gua
III Berlindung daripada cuaca panas dan hujan
IV struktur gua yang kukuh dan selamat
I, II dan III
I, II dan IV
I,III dan IV
II,III dan IV

Zaman neolitik
32.
Zaman
prasejarah Zaman logam

Apakah persamaan aktiviti kedua-dua zaman prasejarah di atas?

I menternak binatang
II Berdagang secara tukar barang
IIIMengusahakan perlombongan
IV Mengusahakan pertanian ladang
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
33. Antara berikut,yang manakah ciri-ciri tokoh terbilang?

I Tidak menghormati orang lain


II Panas baran
III Berpengaruh
IV Boleh dicontohi
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

34. Apakah nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh masyarakat kita pada hari ini?

I Hormat-menghormati antara satu sama lain.


II Tidak menghormati antara satu sama lain.
III Sering bergaduh
IV Menuntut ilmu
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

35. Parameswara telah meninggalkan Temasik


setelah membunuh Temagi

Mengapakah Parameswara bertindak sedemikian?

A. Siam ingin menuntut ganti rugi


B. Siam ingin menuntut bela
C. Siam ingin menabalkan Parameswara menjadi raja temasik
D. Siam meminta ufti

36. Parameswara telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan ______________

A. India
B. China
C. Jawa
D. Palembang

37. Sultan _____________ sanggup menyamar menjadi rakyat biasa bagi menangkap
penjenayah.
A. Mansur Syah
B. Mahmud Shah
C. Alauddin Riayat Shah
D. Muzaffar Shah

38. Mengapakah Parameswara terpaksa terpaksa meninggalkan Palembang?

A. Gagal menawa Majapahit


B. Diburu oleh tentera Majapahit
C. Ingin membuka kerajaan di Temasik
D. Kecewa kerana tidak ditabal sebagai sultan

39. Dari manakah Parameswara memulakan perjalanan ke Melaka?

A. Bentan
B. Temasik
C. Riau
D. Johor

40. Mengapakah Tun Perak mengarahkan pengikutnya membawa keluarga untuk berjuang
menentang Siam?

A. Menambahkan bilangan tenteranya


B. Pasukan tentera wanita menjadi pemanah tepat.
C. Menaikkan semangat tenteranya untuk berjuang.
D. Penyamaran dilaku oleh kanak-kanak.
Bahagian B ( 20 Markah )
Jawab semua soalan.
a) Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Sayang menyayangi Anak-anak hormat Rajah salasilah maruah

1. Keluarga asas terdiri daripada ibu, ayah dan _____________________.

2. _____________________ antara satu sama lain di dalam keluarga amat penting


untuk membina keluarga yang bahagia.

3. Sikap ____________________ perlu ada dalam diri setiap ahli keluarga kerana
ia dapat mengelak daripada berlakunya perselisihan faham.

4. Kita mesti menjaga __________________ keluarga supaya nama baik keluarga


tidak tercemar.

5. ____________________ keluarga adalah sebuah rajah yang menerangkan asal


usul sebuah keluarga

b) Tandakan ( ) pada pernyataan yang menunjukkan peristiwa sejarah dan


Tandakan (X ) pada pernyataan yang bukan menunjukkan peristiwa sejarah.

1. Saya mula memasuki Tahun Satu semasa umur saya tujuh tahun.
2. Setiap hujung minggu saya dan kakak akan pergi ke perpustakaan.

3. Saya pernah berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia dua tahun yang lalu.
4. Saya selalu mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan.
5. Negara kita mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

You might also like