You are on page 1of 12

PEPERIKSAAN BULAN OGOS TAHUN 2017

BAHASA MALAYSIA TAHUN 5


(KERTAS 1)
Nama :
Kelas:..

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 12 4 Tudung saji itu digantung


__________ dinding
Isi tempat kosong dengan jawapan bersebelahan dengan bilik emak.
yang paling sesuai.
A di
B pada
C dalam
1 Walaupun Cikgu Jamal dan D dengan
isterinya telah lanjut usia, namun
__________ masih aktif
berpersatuan. Soalan 5 berdasarkan gambar di
A ia bawah.
B dia
C beliau
D mereka

2 Ibu __________ kelapa untuk


mendapatkan santannya.
A memicit
B melenyek
C memerah
D mendidih

5 Penari tarian zapin itu menari


3 Buah pisang yang masih dengan __________ sehingga
mengkal sungguh __________ dinobatkan johan dalam
rasanya. pertandingan kebudayaan
A kelat tersebut.
B enak A kelam-kabut
C manis B mundar-mandir
D masam C huyung-hayang
D lemah-gemalai

1
6 __________ Rina untuk 9 Perkataan berlawanan
melanjutkan pelajaran ke berdasarkan gambar di atas
menara gading masih belum ialah __________
diketahui keputusannya. A duka
A Pemohon B sedih
B Memohon C kecewa
C Pohonkan D gembira
D Permohonan

10 Jay mengopek kelapa dengan


7 Hanisah gemar melihat fesyen- menggunakan
fesyen terkini kerana minatnya se________________ parang.
untuk menjadi seorang A bilah
___________. B pucuk
A seniwati C tangkai
B pramugari D buah
C peragawati
D olahragawati
Soalan 11 berdasarkan gambar di
bawah.
8 Bandaraya Kuala Lumpur adalah
antara bandar raya yang
__________ sibuk __________.
A terlalu ... sekali
B paling ... sekali
C sangat ... sekali
D terpaling ... sekali

Soalan 9 berdasarkan gambar di


bawah.

11 Hamidun jatuh __________


apabila terpijak kulit pisang.

A tersandung
B terjelepok
C tersembam
D tertiarap

2
12 Keris itu diwarisi oleh keluarga Tok Dalang secara __________

A ipar-duai
B suku-sakat
C turun-temurun
D anak-beranak

13 Pilih maksud peribahasa yang betul.

A Kera sumbang maksudnya membuat kerja dengan pantas.


B Buah tangan maksudnya lari lintang pukang kerana ketakutan.
C Air tangan maksudnya masakan yang dimasak oleh seseorang.
D Buah fikiran maksudnya membawa sesuatu ketika menziarah.

Soalan 14 hingga 15

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

14 Tendangan yang dilakukan oleh Khalid menembusi gawang gol.

A Khalid berjaya menyepak bola itu ke dalam pintu gol.


B Bola sepakan Khalid berjaya melepasi palang gol
C Sepakan Khalid menyebabkan bola menembusi jaring.
D Khalid menendang pintu gol pihak lawan.

15 Ketupat palas dan rendang tok yang dibuat oleh Nenek Tijah ini enak
sungguh, kata Aznita kepada Amira.

A Aznita dan Amira memuji keenakan ketupat palas dan rendang tok
yang dibuat oleh Nenek Tijah.
B Aznita dan Amira diberitahu tentang kepandaian NenekTijah
membuat ketupat palas dan rendang tok yang enak.
C Nenek Tijah memberitahu Aznita dan Amira tentang keenakan
ketupat palas dan rendang tok yang dimasaknya.
D Aznita telah memberitahu Amira tentang keenakan ketupat palas dan
rendang tok yang dibuat oleh Nenek Tijah.

3
Soalan 16

Pilih ayat yang betul.

16 A Beberapa buah rumah telah ranap dijilat api.


B Semua orang murid mesti mematuhi peraturan sekolah.
C Separuh daripada kek itu dimakan oleh adik.
D Kedua anaknya telah pulang ke tanah air.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Di Malaysia, betik dijual secara meluas sepanjang tahun. Permintaan betik


di pasaran tempatan dijangka akan terus meningkat. Betik menjadi buah
tempatan yang paling tinggi nilai eksportnya. Pasaran tempatan pula banyak
menawarkan betik. Betik eksotik dan betik sekaki mudah ditanam dan akan
berbunga tiga hingga empat bulan selepas ditanam. Kutipan hasil pula akan
dibuat dalam masa sembilan bulan selepas penanamannya.

Pasaran betik Malaysia pada masa ini hanyalah di Singapura, Hong Kong,
Timur Tengah dan Eropah. Walau bagaimanapun, pasaran eksport dijangka
dapat diperluas ke China, Amerika, Jepun, Australia, New Zealand dan Rusia.
Dalam usaha untuk mencapai hasrat ini, kerajaan akan meningkatkan aktiviti
promosinya dengan lebih meluas.Penyelidikan dan pembangunan untuk
menghasilkan betik yang lebih berkualiti akanditeruskan dari semasa ke semasa.
Buah ini kaya dengan vitamin C dan vitamin A.

Buah betik banyak khasiat. Antaranya termsuklah sebagai ubat sembelit,


mengubati sakit otot, merawat masalah kulit seperti jerawat, mengubati tumit
pecah dan mencegah terjadi batu dalam pun dikencing.

Buah yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. Betik yang
masak juga boleh dijadikan jem, jus, perisa untuk aiskrim dan puding, halwa dan
sos. Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai
sayur.

4
17 Berapa lamakah betik mula mengeluarkan hasil selepas ditanam?

A Tiga bulan
B Empat bulan
C Sembilan bulan
D Sepuluh bulan

18 Betik telah dieksport ke negara-negara berikut kecuali....


A Singapura
B Hong Kong
C China
D Eropah

19 Mengapakah penyelidikan dan pembangunan terhadap betik perlu dilakukan?


A Meningkatkan umur betik
B Meningkatkan jualan betik
C Meningkatkan pokok betik
D Meningkatkan kualiti betik

20 Betik boleh didapati sepanjang tahun kerana..........


A betik bukan buah bermusim.
B betik ditanam sepanjang tahun.
C betik dipromosi sepanjang tahun.
D betik di eksport ke luar negara.

5
BAHAGIAN B
(30 markah)

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberi.

berbagai berkenal-kenalan berlumba-lumba ziarah-menziarahi


sesawang berhempas-pulas berbagai-bagai pepenjuru

Minggu Cergas Cerdas telah memberikan kesedaran kepada warga sekolah


tentang kepentingan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian. Selain bersuka ria, warga
sekolah turut bersukan, beriadah dan melakukan ______________ aktiviti fizikal.
Aktiviti gotong-royong yang turut dijalankan dapat menceriakan kawasan
persekitaran dengan penanaman pokok bunga yang berwarna-warni. Poster tentang
kesihatan turut terpampang pada ______________ tertentu di kawasan sekolah.
Acara sukaneka bukan sahaja membolehkan warga sekolah mengeluarkan peluh,
malahan mereka dapat ______________ antara satu sama lain. Guru Besar telah
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang ______________ menjayakan
Minggu Cergas Cerdas ini.

[4 markah]

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:
______________________________________________________________
______________________________________________________________
Jawapan: Lebih kurang setengah jam lagi kita akan sampai di perkampungan
itu.
(2 markah)

6
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

____________________________________________________________
____________________________________________________________
[ 2 markah ]

a) Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

____________________________________________________________
____________________________________________________________
[ 2 markah ]

7
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Ayam Kampung Organik

Ayam kampung organik ialah ayam kampung yang diternak dengan cara semula jadi. Ayam-
ayam ini diternak di kawasan hijau serta di kawasan yang airnya tidak tercemar.

Ayam kampung organik diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan
antioksida dan antikanser. Antaranya termasuklah halia, kunyit, daun pandan dan limau
purut. Makanan ini dapat meningkatkan daya tahan ayam-ayam tersebut daripada serangan
penyakit dan proses penuaan. Selain itu, ayam-ayam ini juga tidak menerima sebarang
suntikan antibiotik untuk tujuan tumbesaran.

Ayam kampung organik ini juga dibiarkan lepas bebas dengan memakan apa-apa
saja bijirin, dedaun dan juga serangga. Menerusi cara ini, ayam-ayam ini mampu
menghasilakan daging yang berprotien tinggi. Ayam kampung ini boleh hidup antara lapan
hingga sepuluh tahun sekiranya dibiarkan lepas bebas. Jika diternak secara kurungan pula,
ayam-ayam ini hanya boleh hidup antara empat hingga lima tahun.

Ayam kampung organik mempunyai rasa yang sangat berbeza berbanding dengan
ayam kampung biasa. Dagingnya lebih pejal lembut dan pejal.

1. Bagaimanakah ayam kampung diternak?


______________________________________________________________
______________________________________________________________
(1 markah)

2. Apakah manfaat sekiranya ayam kampung diberi makan makanan ekstrak


herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(2 markah)

8
3. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan.

Ayam kampung organik menerima


suntikan antibiotik untuk tujuan
tumbesaran.

Ayam kampung ini boleh hidup antara


lapan hingga sepuluh tahun sekiranya betul
dibiarkan lepas bebas.

Ayam kampung organaik yang diternak


secara kurungan hanya boleh hidup salah
antara lapan hingga sepuluh tahun.

Ayam kampung organik mempunyai rasa


yang sangat berbeza berbanding dengan
ayam kampung biasa.
[2 markah]

9
Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Danial membaca brosur dan rencana yang diberikan oleh abangnya tentang seni
pertukangan logam.

Seni kraf logam

Seni kraf logam satu daripada cabang kesenian orang melayu yang amat
terkenal. Kemahiran pertukangan logam seperti emas, perak dan tembaga
dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman.

Orang melayu menghasilkan banyak alat yang diperbuat daripada logam.


Seni ukiran pada alat logam yang dihasilkan oleh tukang Melayu dapat dilihat
ada senjata tradisional, peralatan rumah dan perhiasan diri.

Peralatan yang dibuat daripada logam yang berukir masih digunakan


sehingga kini. Dahulu, kegunaan peralatan yang diperbuat daripada perak, emas
dan tembaga hanya terhad kepada golongan istana. Kini peralatan tersebut
dapat dimiliki dan digunakan oleh sesiapa sahaja yang berkemampuan.

(diubah suai daripada majalah Dewan Budaya, Januari 2012)

1. Apakah rencana yang dibaca oleh Danial?


______________________________________________________________
______________________________________________________________
(1 markah)

2. Berikan tiga jenis pertukangan logam yang amat terkenal dalam kesenian
orang Melayu.
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(2 markah)

10
3. Pada zaman dahulu, siapakah yang selalu mengunakan peralatan logam?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(2 markah)

4. Pada pendapat kamu, ramalkan perkembangan seni kraf logam pada masa
akan datang.
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(3 markah)

Soalan 25
Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tokoh Sepanjang Zaman

Sejarah merakam jasamu


Kerana dikau tokoh terbilang
Khidmatmu sepanjang zaman
Untuk anak watan

Dunia Pendidikan kaupacu


Ke persada dunia
Jadilah murid gemilang
Minda kelas pertama

Dikau pejuang bangsa


Bahasa melayu wadah pembelajaran
Menapak dari tadika
Meniti ke Menara gading

Tinta emas melakar


Dikau penulis tersohor
Novel, cerpen dan puisi
Cintamu pada dunia persuratan Melayu
Takkan terpadam

Namamu terukir indah


Awang Had
11bin Salleh
1. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan Menara gading?
______________________________________________________________
[ 1 markah ]

2. Awang Had Salleh merupakan seorang penulis yang tersohor. Berpandukan


teks tersebut, berikan tiga jenis penulisan yang telah dihasilkan oleh beliau?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
[ 2 markah ]

3. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang


salah. berdasarkan sajak tersebut.

Awang Had Salleh merupakan seorang kartunis yang terkenal di


negara kita.
Awang Had Salleh banyak memberi sumbangan dalam dunia
persuratan Melayu

Sejarah merakam jasamu


Kerana dikau tokoh terbilang
Khidmatmu sepanjang zaman
Untuk anak watan

4. Terangkan maksud baris-baris sajak pada rangkap pertama sajaknya?


______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(3 markah)

12

You might also like