You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

KALI KEEMPAT 2016

SMK JUBLI PERAK SULTAN HAJI AHMAD SHAH , KUALA TAHAN

TARIKH 4 November 2016

MASA : 3.00 PETANG

TEMPAT : BILIK GERAKAN SMK JPSHAS , KUALA TAHAN

KEHADIRAN :
Osman b Lah
Razmi bin Omar
Rosiah binti Awang Ngah
Abu Zahid bin Awang Besari
Norsyahida binti Zulkifli
Rahimah binti Sabtu
Lily Fairuz binti Ismail
Mohd Ridzuan bin Abd Rahim
Haryati binti Mohd Khonopiah
Haslindah binti Nursan
Mohd Zulkalnain bin Abdullah
Nik Asrul bin Nik Yusoff
Muhd Faez bin Hanafi
Norfadzlan bin Zakaria
Mohd Nazarul Hazwan bin Abdul Razak
Mohd Fadhli bin Mat Husain
Siti Asadihah binti Abdullah
Rosilawati binti Jaapar
Norhasikin binti Ahmad
Mashaini binti Che Mat
Siti Asiah binti Mat Zin
Nor Hazwani binti Hashim
Nor Faizahaishah binti Othaman
Anis Farhana binti Abdul Malek
Nordalillah binti Sharifuddin
Mohammad Mahsal bin Ibrahim
Mohd Irwan bin Abdul Rahman
Mohd Izzul bin Amiruddin
Mohd Razis bin Abd Rahman
Mohd Arifuddin bin Awang
Mohd Azri bin Said
Suzilawati binti Jusoh
Najihah binti Zainal Abidin
Norhidayah binti Jusoh
1.0 Aluan pengerusi (EN OSMAN BIN LAH)

1.1 Tuan pengetua memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al- Fatihah. Beliau
memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat adalah untuk membuat Post Mortem mengenai
PBS.
1.2 Beliau berharap mesyuarat kali keempat ini berjalan lancar dan laporan setiap jawatankuasa
dapat dibentangkan dengan jayanya.
1.3 Mesyuarat kali keempat ini dihadiri semua guru dan sebagai mesyuarat terakhir PBS untuk
tahun 2016.
Makluman : semua guru

2.0 Pengesahan minit Mesyuarat keempat PN. MASHAINI BINTI CHE MAT
2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan memohon ahli mesyuarat untuk
membuat semakan dan mengemukakan cadangan minit mesyuarat tersebut diterima dan
disahkan.
2.2 Cikgu Rahimah mencadangkan minit mesyuarat tersebut diterima dan disahkan
2.3 Cikgu Lily menyokong.
2.4 Minit mesyuarat yang diadakan pada 4 November 2016 telah disahkan tanpa sebarang
pindaan.
Makluman : semua guru

3.0 Post Mortem Pelaksanaan PBS - EN. RAZMI BIN OMAR


3.1 Cikgu Razmi bin Omar memulakan post mortem dengan membentangkan jumlah akhir pelajar
tingkatan 1, 2 dan 3.
3.2 Setiap guru matapelajaran telah memberikan analisis masing-masing. Analisis tersebut
dibentangkan oleh ketua panitia.
3.3 Cikgu Irwan membentangkan analisis PAJSK. Pentaksiran PAJSK pelajar telah siap. Data PAJSK
dimasukkan secara online.
3.4 Cikgu Mashaini memaklumkan bahawa, beliau berharap guru-guru tingkatan tetap terus
berusaha membantu Cikgu Irwan untuk memasukkan pentaksiran PAJSK pelajar.
3.5 Cikgu Nazarul membentangkan pelaporan PPSi. Pentaksiran PPSi telah siap dijalankan. PPSi
juga perlu diisi secara online.
3.6 Cikgu Razmi meminta semua guru yang memasukkan Pentaksiran matapelajaran masing-
masing di PC yang disediakan di bilik guru.

Tindakan : Semua Guru


4.0 Tindakan Susulan dan Penambahbaikan Pelaksanaan PBS - EN. RAZMI BIN OMAR
4.1 Mengenai kemasukan Perekodan offline PBS, Cikgu Razmi meminta agar, guru-guru
berkenaan perlulah segera berbuat demikian. Ini dapat memastikan pentaksiran pelajar dapat
disiapkan sebelum cuti akhir tahun.
4.2 Guru-guru tingkatan yang diberi tanggungjawab untuk memasukkan pentaksiran PAJSK
diharap berusaha meneruskan proses kemasukkan PAJSK tersebut.
4.3 Cikgu Azri mencadangkan agar mesyuarat agung PIBG yang pertama nanti, diharap pihak
pengurusan membentangkan kepentingan PBS kepada Ibu bapa dan penjaga. Ini
memandangkan masih ramai ibu bapa dan penjaga yang belum kenal apa itu PBS.

Makluman : Semua guru

5.0 Perancangan PBS tahun hadapan ENCIK RAZMI BIN OMAR


5.1 Papan kenyataan PBS perlu dikemaskini. Kenyataan ini adalah respon dari permintaan Cikgu
Rahimah. Papan kenyataan terletak di hadapan bilik galeri sekolah.
5.2 Cikgu Razmi menyatakan bahawa, pada tahun hadapan diharap perekodan PBS berjalan
lancar dan Cetakan sijil untuk keputusan PBS dapat disiapkan sebelum cuti sekolah bermula.
5.3 Cikgu Razmi meminta semua guru terutama yang bakal mengajar tingkatan 1 akan bersedia
menjalani PBS berikutan pengenalan KSSM untuk 2017.

6.0 Hal-hal lain.


6.1.1 Tiada

7.0 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1700.

Disediakan oleh Di semak oleh

(PUAN MASHAINI BINTI CHE MAT) ( )


S/U PBS SMKJPSHAS Pengetua SMKJPSHAS

You might also like