You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM SEKOLAH BIL.

2_ 2017

Tarikh : 09 JULAI 2017 (AHAD)


Masa : 01:45 02.40 petang.
Tempat : Bilik Mesyuarat SK
Pengerusi :
Kehadiran : 31 orang.

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI.


1.1 Majlis dimulakan dengan membaca Umul Kitab Al-Fatihah.
1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU.


2.1 Dicadang untuk disahkan oleh Nor Afni binti Cik Sulaiman.
2.2 Disokong untuk pengesahan oleh Habibah binti Jailani.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT.


-TIADA-

4.0 UCAPAN ENCIK HAMDAN BIN YUSOFF (GURU BESAR).


4.1 Ucapan terima kasih kepada semua guru yang telah memberikan komitmen yang baik
terhadap program sekolah.
4.2 Beliau berharap agar semua guru dapat meningkatkan lagi pencapaian sekolah melalui
pertandingan-pertandingan di peringkat zon dan MSSD.

5.0 LAPORAN POST-MOTERM KEGIATAN KOKURIKULUM PERTENGAHAN TAHUN.

5.1 Encik Razizi bin Che Man menjelaskan bahawa post-mortem ini diadakan bertujuan menganalisis
kekuattan, mengenal pasti kelemahan dan puncanya untuk menentukan strategi penambahbaikan
bagi penggal kedua, khususnya dari aspek kehadiran murid dan pencapaian prestasi sukan dan
permainan.
5.2 Laporan daripada guru penasihat:-
i. Kelab/Persatuan BM, BI, Sains & Maths, Komputer, Rukun Negara, Doktor Muda dan PI/B.Arab
ii.Unit Beruniform - Pengakap, BSMM, Puteri Islam, Tunas Puteri dan TKRS
iii.Sukan/Permainan - Bola jaring, bola sepak, bola tampar, bola baling, sepak takraw dan olahraga.

1
5.3 Berkuatkuasa selepas cuti nanti, kegiatan kokurikulum akan diadakan mengikut giliran seperti
yang berikut.
BIL 1.30 2.30 petang 2.30 3.30 petang
1 Kelab dan Persatuan Sukan dan Permainan
2 Unit Beruniform Sukan dan Permainan
3 Unit Beruniform Kelab dan Persatuan

5.4 Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Ia bertujuan menyediakan
pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani
dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif dalam diri murid.
5.5 Keselamatan murid perlu diutamakan sama ada sewaktu di kelas, padang mahupun gelanggang
permainan.Pastikan guru bertugas ada bersama dengan murid-murid yang terlibat.
5.6 Setiap persatuan, unit beruniform & kelab/permainan mesti ada TOV/target.
5.7 Semua guru penasihat yang menghadiri kursus dikehendaki menyediakan minit curai dan serahkan
satu salinan untuk difailkan.
5.8 Semua guru penasihat dikehendaki memastikan peratus kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum
mencapai tahap yang optimum.
5.9 Pastikan semua murid yang menyertai pertandingan diperingkat zon dan MSSD diberikan sijil
penyertaan khususnya murid-murid tahun enam.
5.10 Semua guru penasihat juga dikehendaki menghantar semula Buku Laporan Aktiviti unit masing-
masing kepada PKKO untuk disemak selepas aktiviti dijalankan.

6.0 HAL-HAL LAIN.

6.1 Kejohanan sukan tahunan sekolah ditunda selepas peperiksaan USSR.


6.2 Beberapa perubahan guru penasihat akan dibuat bagi menggantikan guru-guru yang telah
bertukar dan akan dimaklumkan pada minggu depan.

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Encik Razizi bin Che Man selaku pengerusi mesyuarat.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 02.40 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

........................................... .................................
(MOHD SABRI BIN NORDIN) ( RAZIZI BIN CHE MAN )
Setiausaha.
Tarikh : 11 JULAI 2017 Tarikh :
2

You might also like