You are on page 1of 7

KHUTBAH JUMAAT

B@g@a@mbz@oy@B
( 14 Mac 2003 / 12 Zulhijjah 1423H )

.

:


.

.







.

.



.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar


takwa dan bersyukur atas segala rahmat dan nikmat yang dikurniakan
oleh Allah kepada kita semua. Semoga dengan rahmat Allah itu kita
semua akan terus hidup dalam suasana negara kita yang aman dan
makmur. Mudah-mudahan denagan segala kelebihan nikmat dari Allah,
kita semaua tetap teguh dan kuat sebagai muslim yang taat dan bertakwa
kepadaNya.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Sebagaimana kita sedia maklum bahawa negara kita telah dipilih


sebagai tuan rumah bagi persidangan Pergerakan Negara-Negara
berkecuali atau NAM pada kali ini. Pemilihan ini dibuat
berasaskan kepada rekod kejayaan serta keupayaan negara kita

1
dalam mengendalikan serta melaksanakan tanggungjawab yang
berat seumpama ini. Sesungguhnya pemilihan ini adalah
merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan yang paling
bermakna bagi negara kita .

Muslimin yang dirahmati Allah,

Untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut kita juga sedia


maklum bahawa kerajaan telah membuat persediaan yang
secukupnya untuk memastikan persidangan tersebut berjalan
dengan aman dan selamat ini kerana kita percaya bahawa
kerajaan kita berkemampuan untuk berbuat sedemikian. Namun
demikian, kita sebagai rakyat Malaysia khususnya yang
beragama Islam tidak seharusnya memandang sepi terhadap
peristiwa bersejarah ini dengan tidak menyumbang apa-apa
untuk kebaikan negara kita.

Kehadiran dan kedatangan para peserta Persidangan Pergerakan


Negara-Negara Berkecuali atau NAM, serta keberadaan mereka
disini, bila kita nilai dari sudut Islam, mereka adalah tetamu-
tetamu kita. Oleh itu, sebagai tuan rumah, Islam mewajibkan
supaya kita menghormati tetamu itu dengan selayaknya.
Firman Allah:

(Maksudnya : Nabi Lut berkata : sesungguhnya mereka itu


tetamuku . Maka janganlah kamu memberi malu kepadaku).

Manakala Rasulullah S.a.w. pula dalam sebuah hadisnya yang


panjang, antara lain Baginda bersabda:




@H@ba@a@I@@@@@@@@@@@@@@

2
Maksudnya :

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari


Akhirat, maka muliakanlah (hormatilah) tetamunya.
(Hadis Riwayat Ash-Syaikhani )

Berdasarkan maksud Al Quran dan hadis di atas, jelaslah kepada


kita bahawa, sebagai umat Islam kita telah diajar oleh agama
kita supaya menghormati tetamu.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Pada masa ini , imej umat Islam telah digambarkan di peringkat


dunia dengan imej yang buruk. Umat Islam telah di label
sebagai pengganas yang suka melakukan pelbagai kerusakan ,
bersikap bengis dan sebagainya. Oleh itu, kita hendaklah
mengambil kesempatan serta peluang semasa kehadiran tetamu
dari pelbagai negara, agama dan budaya ini dengan
memperlihatkan hakikat mulia akhlak islam yang sebenarnya,
terutamanya dalam melayani dan berinteraksi dengan para
tetamu tersebut.

Untuk memenuhi kehendak hadis yang telah dibacakan sebentar


tadi, kita uma islam hendaklah sentiasa menjaga akhlak kita
terhadap para tetamu yang hadir. Di antara aspek yang perlu
diutamakan ialah ;
(i) Menggunakan bahasa percakapan yang baik, lembut
serta bersopan santun, kerana dengan bahasa yang baik
akan memikat hati yang mendengar dan akan
menyerlahkan keindahan islam.Allah berfirman :

(Maksudnya : Dan ucapkanlah kata -kata yang baik


kepada manusia ).

3
(ii) kita hendaklah selalu menunjukan tingkahlaku serta
perbuatan yang mulia. Umpamanya, dengan mengamalkan sikap
suka tolong menolong dan bersedia memberikan bantuan serta
menunjuk jalan bagi memudahkan para tetamu di dalam
berurusan. Ini sesuai dengan firman Allah SWT di dalam Surah
Al-Kahfi ayat 110 :

( : ) "...

Maksudnya :

" Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan
dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh...
." ( Surah Al-Kahfi : Ayat 110 ).

(iii) Selaku umat Islam kita juga hendaklah menunjukan


perwatakan muka yang manis dan sentiasa memberikan senyum
kerana dengan perbuatan yang sedemikian akan menambat hati
dan perasaan senang untuk para tetamu berintraksi dengan kita.
Ini sesuai dengan apa yang pernah dipesan oleh Rasululllah saw.
bahawasanya,"Senyum itu adalah merupakan suatu
sedekah".

Muslimin yang dirahmati Allah,

Selain daripada tiga pekara yang wajid kita laksanakan terhadap


tetamu kita juga hendaklah sentiasa menjaga emosi. Kita tahu
bahawa tetamu-tetamu kita datang dari pelbagai negara. Oleh itu
kita sepatutnya menjaga emosi kita supaya apa yang kita
lakukan tidak membawa kepada rosaknya hubungan peribadi
dan juga hubungan peringkat negara. Kadang-kadang
disebabkan emosi yang tidak terkawal, memburukan hubungan
peribadi kita dengan para tetamu kita. Sekiranya perkara

4
seumpama ini dibiarkan tanpa dikawal, maka dikuatiri akan
merosakkan hubungan negara kita dengan negara-negara lain.

Mengawal emosi kita adalah sangat penting terutama dalam


menhadapi cabaran- cabaran yang berterusan kepada kita umat
islam. Pada hari ini negara kita telah memperlihatkan
kemantangan kita dalam mengurus komflit dalam negara dan
antarabangsa. Oleh sebad itu kita rakyat Malaysia seharusnya
bijak dan mencontohi kepimpiman kita apabila kita
mengendalikan emosi kita.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Negara kita dengan tegas dan berani memperjuangan keamanan


dunia dan menentang apa jua bentuk kekerasan, keganasan dan
peperangan. Ini semua dilakukan selaras dengan kehendak islam
dan demi kebahagian manusia seluruhnya. Oleh itu, kita rakyat
Malaysia khasnya umat islam hendaklah bersatu dan berpadu
menyokong usaha kerajaan kita memperjuangkan keamanan ini
dan berdiri teguh bersamanya.

Kita sedar bahawa dalam suasana keamanan dunia yang tidak


terjamin dan kemungkinan perang boleh berlaku, khususnya di
Iraq maka sekali lagi kita umat islam malayisa dingatkan agar
lebih bijaksana dalam menangani isu tersebut. In penting agar
tindakan kita tidak akan merugikan kita dan negara kita.

Kita percaya, dalam keadaan marah, simpati dan kecewa


mungkin ada pihak -pihak yang tidak bertangggungjawab cuba
" menangguk di air keroh" dengan mengambil tindakan
sendirian dan tidak bijak . Maka jika ini berlaku , yang akan
ruginya ialah diri sendiri, keluarga , bangsa dan negara.

Oleh itu kita umat islam mesti mempunyai keyakinan dan


pendirian yang jelas dengan tidak terpengaruh kepada dorongan
hawa nafsu sebaliknya patuh kepada keputusan yang di buat
oleh kerajaan kerana tindakan dan pendirian kerajaan

5
berasaskan maklumat dan fakta yang benar , tepat serta
bijaksana.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Dari penjelasan-penjelasan yang telah disampaikan, nyatalah


kepada kita bahawa betapa pentingnya kita menghormati tetamu
dan menjaga emosi supaya keindahan Islam tergambar dalam
penghayatan peribadi kita umat islam. Dengan itu, baik secara
sedar atau tidak ia akan dapat mengikis fikiran negatif terhadap
Islam dan umat Islam seluruhnya.

Akhirnya khutbah pada hari ini menyeru dan mengajak kita


semua supaya bersatu hati ke arah melakukan perkara-perkara
yang mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan negara.
Marilah sama-sama kita berdoa kehadrat Allah swt., semoga
negara kita dan seluruh dunia ini sentiasa kekal dalam keamanan
dan terhindar dari berlaku sebarang kekacauan dan peperangan
yang , boleh menyebabkan kemusnahan sesebuah negara dan
kematian manusia yang tidak berdosa.








.





.

6
7

You might also like