You are on page 1of 4

KATA HUBUNG

1. Apabila

Ayat contoh:
a Semua murid berdiri tegak apabila bendera Malaysia dinaikkan. ,
b. Apabila hujan reda,perlawanan itu pun disambung semula. ,

2. Atau ,

Ayat contoh:
a. Kamu suka minum teh atau kopi? ?
b. Gadis itu kehilangan rantai atau cincin? ?

3. Dan

Ayat contoh:
a. Ali dan Muthu bermain badminton di situ.
b. Saya membasuh muka dan menggosok gigi.

4. Jikalau/jika/kalau

Ayat contoh:
a. Jikalau kamu belajar dengan bersungguh-sungguh tentu kamu akan berjaya.
,
b. Jikalau kamu gagal,cubalah lagi. ,

5.Kecuali/melainkan /

Ayat contoh:
a. Seng Chong suka makan semua jenis buah-buahan teempatan kecuali langsat.
,
b. Semua orang hendak pergi kecuali Ahmad. ,

6.Lalu

Ayat contoh:
a. Dia mengambil galah lalu menjolok buah mangga itu. ,
b. Dia masuk ke dalam bilik itu lalu memasang lampu. ,

7.Sebab/kerana

Ayat contoh:
a. Adik saya menangis sebab perutnya lapar. ( ) , ( )
b. Anjing itu mati sebab dilanggar lori. ,

8.Sebelum ...

Ayat contoh:
a. Kerja kamu mestilah siap sebelum pukul 5.00 petang. 5.00
b. Sebelum menjawab,dia menjawab soalan-soalan dengan teliti. ,

9.Tetapi

Ayat contoh:
a. Pokok mangga itu sudah besar tetapi masih belum berbuah. ,
b. Dia ingin membeli sebuah rumah tetapi tidak mampu. ,
10.Sambil ... ...

Ayat contoh:
a. Abang mendengar muzik sambil menulis surat. ,
b. Sambil berbual-bual,mereka bergurau senda. ,

11.Supaya/agar ,

Ayat contoh:
a.Bacalah dengan kuat supaya dapat didengar oleh semua murid. ,
b. Dia membubuh baja agar pokok itu cepat membesar. ,

12.Setelah/selepas...

Ayat contoh:
a. Selepas membuat eksperimen,perbincangan pun diadakan. ,
b. Dia berasa letih selepas sibuk bekerja sepanjang hari.

13.Sungguhpun/walaupun

Ayat contoh:
aSungguhpun cuaca kurang baik,pertandingan itu tidak ditangguhkan.
,
b. Dia tidak berputus asa walaupun dia sudah gagal. ,

14.Sejak/semenjak

Ayat contoh:
a.Sejak bangunan yang baru didirikan,murid di sekolah itu bertambah ramai.
,
b. Semenjak diberi nasihat,sikapnya telah berubah. ,

15.Serta

Ayat contoh:
a. Mereka minum teh serta makan nasi lemak.
b. Orang itu tamak serta kedekut.

16.Hingga/sehingga ,

Ayat contoh:
a. Dia memalu ular itu hingga mati.
b. Kami akan menunggu di sini sehingga dia datang.

17.Sementara ...

Ayat contoh:
a. Mereka berbual-bual di situ sementara menunggu hujan reda. ,
b. Kami menyajikan makanan di atas meja sementara menunggu tetamu datang.

18.Manakala ...

Ayat contoh:
a. Dia rajin manakala adiknya malas. ,
b. Gajah hidup di darat manakala ikan hidup di dalam air. ,
19.Tentang

Ayat contoh:
a. Mereka sedang berbincang tentang hal yang amat penting. ()
b. Beliau akan bercakap tentang kemajuan sekolah ini.

20.Yang

Ayat contoh:
a. Pemuda yang berjaja buah-buahan itu sangat rajin.
b. Dia mendapat hadiah yang istimewa.

21.Lagi ...

Ayat contoh:
a. Murid itu bijak lagi rajin.
b. Istana itu besar lagi cantik.

22.Selain

Ayat contoh:
a. Selain menternak ayam,Puan Wong jiga menanam sayur-sayuran. ,
b. Selain menjemput saudara mara,dia juga menjemput semua kawannya.
,

23.Maka

Ayat contoh:
a. Disebabkan kesombongannya ,maka dia dibenci orang. ,
b.Dengan keberanian pemuda itu maka budak yang hampir mati lemas itu diselamatkan.

24.Malah/malahan ;;

Ayat contoh:
a Selepas makan ubat,pesakit itu tidak sembuh,malah keadaannya bertambah tenat.
, ,
b. Dia bukan sahaja bijak,malahan rajin pula. , !

25.Sedangkan

Ayat contoh:
a Bagaimana pencuri memasuki rumah,sedangkan pintu rumahnya dikunci.
,?
b. Wai Kong tidak mahu makan ubat,sedangkan dia belum sembuh lagi. ,

26.Bahawa

Ayat contoh:
a. Budak itu menyatakan bahawa krluarganya miskin.
b. Kami mengetahui bahawa dia berbohong.

27.Bahkan ;

Ayat contoh:
a.Bukan kami sahaja ,bahkan murid yang terbijak pun tidak dapat menjawab soalan itu.
,!
b.Datuk saya bukan sahaja tidak tahu menulis,bahkan tidak tahu membaca.
,!

28.Selagi

Ayat contoh:
a. Kanak-kanak itu dibenarkan masuk sekolah rendah,selagi umurnya belum cukup enam tahun.
,
b.Talian telefon di rumahnya tidak akan disambung semula selagi bil telefonnya belum dibayar.
,

29Asalkan ......

Ayat contoh:
a Kanak-kanak boleh masuk ke kawasan itu asalkan diringi oleh orang dewasa.
1 ( ) ,
b.Kamu boleh meminjan buku itu asalkan tidak mengotorkannya.
,

30.Padahal/walhal

Ayat contoh:
a. Mengapa dia hendak membeli pakaian yang mahal-mahal walhal dia bukan orang kaya.
,
b. Kami ingat dia lembap walhal dia murid yang amat bijak. ,

Kata Hubung Berpasangan


Contoh Ayat Contoh
(a)Baik... mahupun -----Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.
(b)Baik...baik----- Baik Daud baik adiknya sama-sama pintar.
(c)bukan sahaja... malah---- Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
(d)entah... entah---- Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
(e)Jangan... pun---- Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
(f)Kian ...kian ----Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
(g)Sama ada... ataupun---- Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
(h)semakin...semakin ----Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.
(i)sungguhpun...tetapi ----Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.
(j)walaupun...namun ----Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.

You might also like