You are on page 1of 16

Cadangan Jawapan Kbat Kertas 3

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK PERPADUAN KAUM

Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harus ditangani untuk
membentuk perpaduan kaum di negara kita. Pihak kerajaan mempunyai peranan dalam
merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaan mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat
kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia amat dialu-alukan. Menurut
Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Semasa
kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, sarwajagat negara kita yang tediri daripada
pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan mengitimkan
hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang.
Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di
Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata
pepatah bersatu teguh, bercerai roboh.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap
kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk
semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap
mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negatif
masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu
masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar
untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti
gotong royongyang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut
supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan
dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam
diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu
padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.

Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari Keluarga, semangat
muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan.Agenda program ini
bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung sikap diskriminasi. Serentak
dengan itu, menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat
berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai
contoh, sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan
Hari Keluarga. Di samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untuk
kakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan kaum di
Malysia boleh direalisasikan dengan program Hari keluarga yang berpotensi untuk
memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita.

Seiring dengan itu, sistem pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang pintas untuk
merealisasikan hasrat ini. Pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mewujudkan perpaduan kaun. Selain itu, sekolah wawasan yang
menempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan
sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepat proses perpaduan kaum. Sebagai contoh,
aktiviti kumpulan yang dijalankan dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat sekolah.
Selain itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai bahasa
perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi
antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa. Izharnya, memang tidak boleh kita
nafikan bahwa sistem pendidikan negara kita menjadi pemangkin dalam proses memperkasa
hubungan sesama kaum.

Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan salah satu
langkahh dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita dalam mencapai
perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yakni Melayu, Cina dan India.
Rakyat boleh mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek pemakanan, pemakaian, dan
peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum lain. Sebagai contoh, semakin ramai wanita
bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis
dan kuliah-kuliah. Makanan India seperti roti canai dan tose juga semakin diminati oleh kaum
yang lain. Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat
menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan
kaum dalam negara.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur
17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN
sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja
daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul
kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan
tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang
dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan
peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.
Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah negara
perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak harus bergerak
sederap, seia sekata dalam iltizam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara bak
kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Perpaduan kaum
merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke
arah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai
dalam pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi Wawasan 2020.

(a) Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin


kedaulatan negara ( 5markah)
Cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin kedaulatan negara ialah ancaman anasir-
anasir luar yang cemburu dengan keharmonian negara Malaysia . Seterusnya , cabaran dalam
mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia . Selanjutnya , cabaran bagi memupuk nilai-nilai
patriotisme dalam diri generasi muda agar kedaulatan negara terjamin . Selain itu , cabaran
untuk memastikan ekonomi negara yang kukuh seterusnya dapat menjadikan negara Malaysia
sebagai negara yang kuat dan akhir sekali cabaran mengekalkan persefahaman antara kaum di
Malaysia .

(b) Nyatakan langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas

( 5 markah)
Langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ialah dengan menyediakan angkatan
tentera yang kuat dan mempertingkatkan kecanggihan teknologi dalam bidang pertahanan .
Seterusnya ,mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royang yang
mampu mengekalkan perpaduan kaum . Selanjutnya , mengadakan sambutan hari
kemerdekaan peringkat sekolah di sekolah masing-masing dan mengadakan pameran biografi
tentang pejuang-pejuang yang gugur di medan perang demi mempertahankan negara. Selain
itu , menggalakkan masyarakat Malaysia terlibat dengan aktiviti yang mendatangkan
keuntungan ekonomi seperti berniaga . Akhirnya , mengadakan perbincangan antara kaum
dalam menyelesaikan sesuatu masalah .
Langkah yang akan anda ambil untuk membina kekuatan negara dalam masyarakat berbilang
kaum

Langkah yang akan diambil untuk membina kekuatan negara dalam masyarakat berbilang
kaum ialah dengan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Hal ini penting kerana perpaduan menjamin keamanan sesebuah negara. Seterusnya, aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan semua kaum seperti aktiviti gotong-royong yang dapat
memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka
dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi. Mantan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat. Ini membuktikan bahawa perpaduan merupakan kekuatan
negara.

Selain itu, dengan menyeru masyarakat mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke


rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan antara
kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan
membina masyarakat yang saling menghormati. Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan
untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama
insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh, ambil yang jernih ternyata mampu menjalinhubungkan
semangat perpaduan yang tersedia utuh.

Selanjutnya, pihak kerajaan mestilah sentiasa membuat anjakan paradigma demi


memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat
taman-taman perumahan yang penduduknya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.
Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau
pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk
tempatan. Selain dapat mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri
teladan sebagai agen perpaduan. Masyarakat yang berbilang kaum akan lebih mempercayai
dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara satu sama lain. Cara ini
pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum.

Di samping itu, kekuatan negara dapat dibina dengan menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak ke
sekolah kebangsaan . Dengan cara ini, negara dapat melahirkan anak-anak yang tidak mempunyai masalah
perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang
dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun
Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak
bangku sekolah untuk mengelak kekangan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi antara kaum dengan mudah.
Cabaran kehidupan Masyarakat Berbilang Kaum

macam..Penafian agama Islam sebagai agama rasmi

Antara cabaran kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia adalah menafikan agama


Islam sebagai agama rasmi negara. Walaupun Malaysia sering dipuji dan digembar-gemburkan
oleh dunia bahawa mempunyai kestabilan politik kerana dapat mentadbir mempunyai satu
komuniti masyarakat majmuk yang pelbagai, tetapi akhir-akhir ini keutuhan kenyataan itu
nampak goyah. Hal ini demikian kerana, sejak kebelakangan ini kedudukan Islam sebagai agama
rasmi negara bukan sahaja telah dipertikaikan tetapi digugat oleh pelbagai kumpulan dan
pertubuhan bukan Islam yang membuat pelbagai tuntutan serta tafsiran yang tidak munasabah
terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Di antara hujah yang digunakan untuk menyokong tuntutan mereka ialah bahawa Islam
tidak pernah dinyatakan secara jelas sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sebenarnya di dalam Perlembagaan ada dinyatakan bahawa Islam adalah agama negara atau
'state religion' iaitu merujuk kepada negara Malaysia. Apabila disebut tentang agama negara
maka secara dasarnya ia boleh difahami sebagai agama rasmi bagi Malaysia bukannya agama
rasmi yang dianuti oleh rakyat negara ini. Tambahan pula, Perlembagaan Persekutuan tidak
menghalang pengamalan agama-agama lain di mana rakyat negara ini mempunyai kebebasan
untuk mengamalkan agama masing-masing. . Pertikaian ini adalah tidak wajar sekali kerana
majoriti penduduk Malaysia menganuti Islam. Agama Islam sudah berakar umbi dalam
masyarakat sudah ratusan tahun dahulu. Keadaan ini menunjukkan bahawa pelbagai komuniti
masyarakat di Malaysia sudah berani untuk mempersoalkan perlembagaan negara seterusnya
akan pasti menggugatkan keselamatan dan kedaulatan negara Sekiranya usaha untuk
mempertikaikan dan tindakan mengubah status agama Islam tidak dihentikan segera ia
dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian kaum di kalangan penduduk negara ini yang sudah
terjalin buat sekian lamanya.
Pelaksanan sistem pendidikan negara
Cabaran yang kedua ialah daripada segi pendidikan . Seperti yang kita sedia maklum bahawa
sistem pendidikan negara kita adalah berdasarkan sistem meritokrasi. Ini akan mewujudkan
keadaan persaingan yang sihat di kalangan pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera. Malah
pendidikan juga dilihat sebagai wadah yang boleh merapatkan jurang antara kaum dalam
sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk seperti Negara ini. Namun begitu, keadaan
sebaliknya telah berlaku. Misalnya, statistik pencapaian di Universiti Malaya dan Universiti
Teknologi Malaysia pada 1998 menunjukkan prestasi pelajar Bumiputera peringkat ijazah
pertama yang mendapat Kelas Pertama hanya sekitar 2.9 peratus berbanding bukan
Bumiputera (17.2 peratus). Malah, keluaran Burniputera yang dikatakan 'cream of the cream'
yang berjaya mendapat Kelas Pertama pada 1998 hanya 3.4 peratus berbanding 33.3 peratus
bukan Bumiputera.Pencapaian pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia juga menunjukkan 'trend yang serupa, terutama bagi subjek sains dan
matematik. Pada 1998, hanya 2.6 peratus pelajar Bumiputera mendapat Al dan Al bagi subjek
Fizik dalam peperiksaan SPM berbanding 17.3 peratus pelajar bukan Bumiputera. Begitu juga
bagi subjek Matematik Tambahan, 6.7 peratus pelajar Bumiputera mendapat Al dan A2
berbanding 36.4 peratus bukan Bumiputera.

keselamatan negara

Cabaran seterusnya, kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan
penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara kerana tindak-tanduk
mereka yang sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat
masing-masing. Selain daripada itu, terdapat juga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu-isu
ekonomi dan sosial politik negara untuk mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti
politik dan badan bukan kerajaan. Kehadiran pendatang sama ada mereka masuk ke negara ini
secara sah atau haram juga boleh menjejaskan imej dan keharmonian negara.
Ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah dan menghuru-
harakan keselamatan negara. Selain daripada itu, ancaman juga boleh datang daripada kegiatan
pemalsuan dokumen-dokumen penting kerajaan seperti pasport antarabangsa Malaysia, kad
pengenalan dan sijil lahir. Senario ini amat merbahaya dan ditangani dengan sebijak mungkin.
Selain daripada ancaman dari dalam negara kita juga mesti berwaspada dengan ancaman yang
hadir dari luar seperti aktiviti pengintipan dan cubaan menjatuhkan nama baik Malaysia dari
kaca mata kuasa-kuasa besar.

Peningkatan masalah sosial


Tambahan pula, pembangunan yang pesat juga memberi impak negatif kepada Negara.
Pembangunan fizikal yang sangat pesat seperti di Kuala Lumpur telah menyebabkan
penghijrahan penduduk kampung ke bandar dengan ramai. Penghijarahan ini menyebabkan
pendudukan melayu lebih ramai daripada penduduk cina selepas penghijrahan berlaku Namun,
kualiti hidup di bandar meningkat dan ada sebilangan yang tidak mampu menanganinya. Ini
menyebabkan peratusan kemiskinan meningkat dan telah menyebabkan berlakunya gejala
sosial yang teruk seperti kegiatan pelacuran, pengedaran dadah dan kecurian. Hal ini berlaku
kerana untuk menampung taraf hidup yang sering meningkat dan telah mengubah norma-
norma kehidupan bermasyarakat khususnya dalam komuniti masyarakat majmuk di Malaysia.
Selain itu, proses perbandaran ini juga telah melebarkan lagi jurang ekonomi dan pola tempat
tinggal antara kaum . Contohnya,orang Melayu biasanya tinggal di kampung, orang Cina di
bandar dan orang India di ladang-ladang. Imej ini tetap tidak berubah secara menyeluruh
walaupun pelbagai langkah telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasinya. Buktinya,
kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen anti dadah dan juga kempen tak nak merokok
secara besar besaran di seluruh negara , namun dilihat tidak membuahkan hasil yang
memberansangkan.

ni cara nak selesaikan ea

Pengekalan perpaduan rakyat

Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan
secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat
bersama secara jujur dan ikhlas Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi
oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai
matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu
yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat
Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan. Untuk mengekalkan
perpaduan suatu cabaran yang sangat mencabar dan memerlukan suatu tempoh yang lama
penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai
wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan tempat untuk
generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain serta
melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan Negara.Hal ini demikian
kerana setiap kaum dalam masyarakat mempunyai kepentingan tersendiri yang perlu
dipertahan dan diperjuangkan seperti hak dalam pendidikan .

Memastikan pembangunan negara seimbang

Kebelakangan ini, kerajaan telah mengisytiharkan usaha membangunkan semula sektor


pertanian di negara kita. Usaha ini adalah wajar dalam memastikan pembangunan dan
kemajuan negara secara seimbang memandangkan sektor pertanian dan sektor perindustrian
adalah saling melengkapi. Kedua-dua sektor ekonomi tersebut adalah sama penting dan tidak
boleh diabaikan mana-mananya (www.scribd.com/doc/261975/Pn-Zairiha).
Seperti yang kita tahu, masyarakat Melayu lebih mendominasi sektor pertanian dan
masyarakat Cina pula lebih banyak menguasai bidang perindustrian. Sehubungan itu, adalah
menjadi tanggungjawab kerajaan bagi mengelakkan berlakunya kejadian 13 Mei 1969 kembali
berulang seperti masalah perbezaan jurang ekonomi yang ketara antara kaum.Tambahan pula ,
apabila kerajaan mengisytiharkan untuk membangunkan sektor pertanian, kemungkinan kaum
Cina akan melihat bahawa kerajaan cuba untuk membangunkan ekonomi masyarakat melayu
sahaja dan akan meminggirkan kaum Cina. Adalah menjadi cabaran kepada pihak kerajaan
untuk menjelaskan isu ini.

Pelancaran Program Latihan Khidmat Negara


Kerajaan telah membentuk dan membina Program Latihan Khidmat Negara bersesuaian
dengan keperluan dan realiti masyarakat majmuk negara ini. Konsep khidmat negara ala
Malaysia ini digubal bagi mencapai tujuan untuk memperkasa semangat patriotisme,
meningkatkan perpaduan kaum dan integrasi nasional, membina perwatakan positif serta
menyemarakkan lagi semangat kesukarelaan. Walaupun program ini mempunyai pelbagai
manfaat kepada negara pada masa hadapan, tetapi sehingga kini pelbagai usul dan usaha bagi
menghentikan program ini telah dilakukan oleh pelbagai pihak. Hal ini kita dapat lihat apabila
seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat, Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang meminta agar
kerajaan segera mempertimbangkan untuk menghentikan program tersebut serta merta.Hal ini
berdasarkan kepada alasan di mana telah berlakunya kekerapan kematian, masalah kesihatan
dan keselamatan di kalangan pelatih PLKN. Menurut Fong lagi usul ini amat penting kerana
ianya melibatkan persoalan nyawa dan keselamatan golongan pelatih . Tambahan pula,
mengikut statistik, sehigga kini 16 kematian pelatih telah direkodkan berlaku sepanjang
program latihan ini dijalankan. Maka, dengan itu menjadi satu lagi cabaran kepada kerajaan
untuk meyakinkan rakyat bahawa program ini membawa kebaikan kepada negara dari segala
segi seperti memupuk perpaduan , pertahanan negara, dan juga sebagai salah satu proses
menerapkan semangat patriotik dalam kalangan belia mendedahkan ilmu mempertahankan
diri, dan juga sangat membantu negara

Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi diperkenalkan pada
tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB
adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam
konteks strategi serampang dua mata untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi
kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan
untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, mengurangkan dan akhirnya membasmi
kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan, menambah peluang-peluang pekerjaan untuk
semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan mempercepatkan proses penyusunan semula
masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat
mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dasar
ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. DEB ini dilihat lebih
memihak kepada kaum Bumiputera. Memang tidak dinafikan kaum Bumiputera khususnya
kaum Melayu masih ramai lagi yang miskin dan wajarlah program ini ditumpukan kepada
masyrakat Melayu. Tetapi , bagaimanakah nasib segelintir masyarakat Cina yang miskin? Ini
akan mencetuskan perasaan cemburu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Kesimpulannya, dalam menangani dilemma ini masyarakat majmuk di Malaysia masyarakat


harus sedar akan tanggungjawab masing-masing agar kelestarian hidup yang aman akan
berterusan. BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH.

Langkah-langkah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju..

Antara langkah-langkah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju ialah kita
perlulah sentiasa bersikap inovatif dan berusaha memperbaiki kelemahan diri supaya dapat
membantu meningkatkan taraf kehidupan.Keamanan dan perpaduan perlulah sentiasa
dipelihara kerana kemajuan sesebuah negara itu dipengaruhi oleh keadaan didalam negaranya.
Jika negara kita tidak aman, pelabur dari negara luar pasti was-was untuk melabur di negara
kita.Kita memerlukan pelabur asing untuk melabur di negara kita untuk mengukuhkan
kewangan negara.
Selain itu, faktor pemerintahnya juga diambil kira. Pemerintah yang memerintah negara
kita perlulah seorang yang adil, sentiasa berwibawa,sentiasa berpandangan jauh dan
berkebolehan menjangka perubahan yang bakal berlaku.Hal ini penting untuk memastikan
negara kita sentiasa berkembang mengikut peralihan masa.Seterusnya,kita perlu meneliti dan
menghayati perubahan yang berlaku pada masyarakat lalu dan mengambil iktibar daripada
peritiwa yang telah berlaku serta menjadikannya sebagai inspirasi untuk terus maju.
Selanjutnya, kawasan-kawasan yang strategik yang dapat menarik minat pelancong
asing, bolehlah dimajukan untuk tujuan pelancongan. Hal ini dapat membantu negara dalam
mempromosikan negara kita kepada negara lain. Pusat-pusat pendidikan perlulah dimajukan
dan pendidikan haruslah dijadikan sebagai keutamaan kerana ilmu itu pelita hidup. Para pelajar
yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM, bolehlah dihantar belajar
ke luar negara supaya mereka mendapat pengetahuan yang lebih mendalam dan lebih
terperinci seterusnya dapat memberi serba sedikit ilmu yang diperoleh ketika berkhidmat
kepada negara.
Sektor pengangkutan dan perhubungan perlulah dimajukan seiring dengan kemajuan
ekonomi yang dicapai untuk memudahkan lagi perjalanan kita ke sesuatu destinasi. Selain itu,
sekolah-sekolah yang menawarkan bidang teknikal perlulah ditambah supaya dapat melahirkan
lebih ramai lagi tenaga mahir di dalam negara kita. Seperti yang kita ketahui, teknologi negara
asing seperti negara Jepun lebih canggih daripada negara kita. Oleh itu, kita boleh juga
membuat pertukaran teknologi agar negara kita juga setanding dengan negara
mereka.Selanjutnya, seperti yang diketahui umum, zaman sekarang merupakan zaman
kemunculan teknologi-teknologi canggih. Oleh itu, negara kita perlulah meningkatkan teknologi
ICT agar negara kita juga maju seperti negara mereka.
Pihak kerajaan juga bolehlah membantu pengusaha-pengusaha kecil dan usahawan-
usahawan muda dengan memberi wang insentif kepada mereka supaya mereka dapat
menggunakan wang tersebut untuk memajukan perusahaan mereka sehingga ke peringkat
yang lebih tinggi. Program-program yang berkaitan seperti program cara menjadi pengusaha
atau usahawan yang berjaya boleh diadakan untuk memberi panduan kepada para pengusaha
dan usahawan untuk memajukan perusahaan masing-masing

Langkah Malaysia untuk memajukan ekonomi negara

Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan
ekonomi negara ialah dengan menguasai pelbagai kemahiran. Selain itu, masyarakat juga
sepatutnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya lebih mahir dalam melakukan
sesuatu perkara. Seterusnya, pihak berkuasabertanggungjawab menjaga keamanan negara dan
mengekalkan kedaulatan negara.

Rakyat mestilah bersatu padu untuk mengukuhkan perpaduan kaum. Rakyat juga perlu
bersikap kreatif dan inovatif untuk menghasilkan produktif yang cemerlang.Kerajaan perlu
menggalakkan pelaburan asing di negara kita untuk menambahkan bilangan tenaga mahir yang
terdiri dari rakyat Malaysia. Penduduk Malaysia harusmengurangkan kerenah biokrasi kerana
hal ini akan mencemarkan nama baik negara. Dengan ini kerajaan dapat meluaskan pasaran ke
peringkat antarabangsa dari segi eksport dan import.
Di samping itu, melakukan penyelidikan dan pembangunan juga boleh diambil dalam usaha
menjadikan negara hub halal. Justeru kerajaan dapat memperatkan hubungan diplomatik
antara negara-negara yang maju seperti Korea, Jepun dan Britain. Kerajaan juga perlulah
menambah institusi pengajian tinggi untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Dengan adanya generasi seperti ini, dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran
kerajaan Malaysia.
CABARAN

Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh negara di dalam menyatu-padukan kaum-kaum
yang terdapat di Malaysia. Antaranya ialah dari segi bahasa, sistem pendidikan kebangsaan,
kebudayaan, ekonomi, agama dan lain-lain.

1. Bahasa

Di dalam Malaysia terdapat lebih kurang 19 bangsa / suku di Malaysia dan ini menggambarkan
betapa banyaknya bahasa petuturan yang digunakan di negara ini. Kepelbagaian bahasa
petuturan ini menyebabkan akan timbulnya masalah komunikasi di kalangan rakyat yang
pelbagai. Sekiranya setiap bahasa hanya mengutamakan bahasa-bahasa pertuturan bangsa
mereka sahaja maka akan menyebabkan terjadinya pemisahan pergaulan di antara satu bangsa
dengan bangsa yang lain. Dan akan terjadi pergaulan yang amat minimum di kalangan bangsa-
bangsa ini. Ia adalah kerana mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik sesama masyarakat
lain kerana mereka hanya fasih menggunakan bahasa ibunda mereka sahaja.
Ini akan menyebabkan hubungan di antara masyarakat yang berlainan bangsa menjadi
renggang dan tidak mesra dan ini akan membuka ruang-ruang untuk menyebabkan terjadinya
konflik di antara kaum.

Penyelesaian Kepada Aspek Bahasa


Penyelesaian kepada masalah ini ialah pihak kerajaan perlu memperkasakan lagi usaha-usaha di
dalam memantapkan penggunaan bahasa Melayu yang telah diangkat menjadi bahasa
kebangsaan terutamanya di peringkat pendidikan rendah. Segala urusan-urusan rasmi dan juga
tidak rasmi perlulah menggunakan bahasa kebangsaan.
Akhbar-akhbar yang menggunakan bahasa-bahasa ibunda bangsa lain seperti Nyangnyang Siang
Pau (akhbar Cina), Tamil Nesan (akhbar India) perlu mengadakan satu sisipan di dalam akhbar
tersebut untuk slot mempelajari bahasa kebangsaan. Ini bagi membolehkan rakyat-rakyat yang
bukan dari kalangan orang Melayu dapat mempelajari dan memantapkan lagi penguasaan
mereka di dalam bahasa kebangsaan.

Media-media elektronik juga perlu memainkan peranan untuk menggunakan bahasa


kebangsaan di dalam siaran mereka agar rakyat boleh membiasakan diri mereka dengan bahasa
kebangsaan. Ini akan menjadikan bahasa kebangsaan menjadi bahasa yang benar-benar utama
dan menjadi satu kemestian setiap rakyat di negara ini untuk mempelajari dan menguasainya.
Dengan ini bangsa-bangsa di Malaysia akan dapat berkomunikasi dengan baik sesama
masyarakat yang berlainan suku / bangsa. Dan secara tidak langsung ia akan merapatkan
hubungan sesama kaum dan seterusnya terjadilah perpaduan di dalam masyarakat.

2. Ekonomi

Apabila bijih timah ditemui oleh Long Jaafar pada tahun 1948 maka bermula era kemasukkan
secaran besar-besaran kaum Cina yang datang dari negeri China. Ianya telah dibawa masuk oleh
pihak Inggeris untuk menjadi buruh-buruh di lombong-lombong bijih tersebut. Dengan sebab
itu di kawasan-kawasan bandar di mana terdapatnya lombong-lombong bijih populasi
penduduknya dominasi oleh orang-orang Cina.
Pembukaan ladang-ladang getah di Tanah Melayu telah menyebabkan pihak Inggeris membawa
orang-orang India dari negara India masuk ke Tanah Melayu bagi ditempatkan di estet-estet
untuk menjadi buruh-buruh di ladang-ladang getah dan kelapa sawit. Manakala orang-orang
Melayu masih tinggal di kawasan-kawasan kampung mengerjakan tanam-tanaman pertanian,
menangkap ikan dan lain-lain pekerjaan kampung. Hanya sebilangan kecil sahaja orang-orang
Melayu yang tinggal di bandar dan bekerja sebagai kerani-kerani di sektor pentadbiran.
Dasar ini menyebabkan terjadinya pemisahan di antara 3 kelompok kaum utama di negara ini.
Sistem atau dasar yang dilakukan oleh pihak Inggeris ini dinamakan sebagai sistem pecah dan
perintah iaitu kaum-kaum ini dipisahkan mengikut tempat tinggal dan pekerjaan mereka.

Kesan daripada sistem yang dilakukan oleh pihak Inggeris ini maka wujudlah satu kesan negatif
dikalangan kaum-kaum yang ada ini. Antara kesannya ialah wujud sifat perkauman dan saling
curiga-mencurigai di antara satu kaum dengan kaum yang lain. Orang-orang Melayu yang
merupakan penduduk asal negara ini hidup di dalam keadaan miskin di kampung-kampung dan
ketinggalan di sektor ekonomi sedangkan orang-orang Cina yang merupakan pendatang telah
memguasai sektor-sektor ekonomi di bandar-bandar. Orang-orang Melayu ketinggalan di dalam
mencapai kemajuan dan insfratuktur yang baik kerana proses tersebut tertumpu di kawasan-
kawasan bandar sedangkan orang-orang Melayu kebanyakkannya tinggal di kampung-
kampung. Dan ini menyebabkan orang-orang Melayu tidak berpuas hati dengan perkara ini.

Sementara orang-orang Cina dan India yang pada ketika itu turut merasa tidak berpuas hati. Ini
kerana mereka perlu melalui proses yang ketat bagi mendapatkan taraf kerakyatan di Tanah
Melayu. Disebabkan rasa tidak puas hati di antara kaum ini maka wujudlah siri-siri rusuhan kecil
namun ianya masih boleh dikawal, namun akhirnya berlaku juga satu rusuhan besar yang telah
terjadi pada 13 Mei 1969.

Kesan dari terjadinya rusuhan besar pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pihak kerajaan
untuk melihat betapa seriusnya masalah di antara kaum di negara ini. Bagi menanganinya
beberapa tindakan telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ini.
Penyelesaian Kepada Permasalahan Ekonomi

Antara tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan setelah berlakunya peristiwa ini ialah dengan
memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ia diwujudkan adalah bagi merapatkan jurang
ekonomi di antara kaum-kaum yang terdapat di Malaysia terutamanya di kalangan orang
Melayu yang telah jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum lain. Dasar ini telah diperkenalkan
pada tahun 1970. Ia dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Rangka Rancangan Jangka
Panjang (RRJP) antara tahun 1971-1990.

3. Agama
Kepelbagaian bangsa juga turut membawa kepada kepelbagaian agama. Di negara ini menurut
perlembagaan Malaysia pada Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan:

"Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan"
Dari apa yang dinyatakan di dalam perlembagaan tersebut ialah walaupun agama Islam diiktiraf
di dalam perlembagaan Malaysia sebagai agama rasmi Persekutuan namun penganut-penganut
agama-agama lain masih dibenarkan untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa
sebarang gangguan.
Namun begitu kadangkala terdapat isu-isu yang sensitif yang dibangkitkan di antara agama yang
jika tidak ditanggani dengan baik boleh mencetuskan konflik dan rusuhan antara agama. Antara
isu yang pernah timbul yang membabitkan soal sensitiviti agama ialah berkenaan tuntutan
jenazah orang yang telah memeluk Islam oleh keluarganya yang tidak Islam, pembinaan rumah
ibadat orang bukan Islam di kawasan penduduk majoriti Islam dan yang terkini ialah iklan Hari
raya Aidilfitri yang menyelitkan unsur-unsur agama lain seperti terdapatnya elemen Santa
Claus. Penyiaran iklan ini oleh sebuah syarikat televisyen swasta telah menyebabkan umat Islam
menjadi marah dan dibantah keras oleh pihak-pihak yang memperjuangkan agama Islam.
Gambar 1: Laporan sebuah akhbar tempatan mengenai iklan Hari Raya Aidil Fitri yang berunsur
agama lain.

Penyelesaian Kepada Isu Agama


Umum mengetahui bahawa jika isu agama disentuh oleh mana-mana pihak pastinya akan
menimbulkan masalah dan konflik yang besar dan bukan hanya boleh menyebabkan rusuhan
tetapi juga peperangan. Oleh yang demikian pihak kerajaan telah menggubal beberapa undang-
undang bagi mengekang dan mengatasi masalah ini. Antara undang-undang ialah Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Keselamatan Dalam Negeri atau di dalam bahasa
Inggeris ia disebut Internal Security Act (ISA) dan lain-lain lagi undang yang telah digubal oleh
Kerajaan Malaysia.
Sebagai contoh di dalam berkaitan penyiaran iklan yang menyentuh agama lain seperti kes yang
telah dinyatakan di atas, pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia telah mengambil tindakan terhadap stesen televisyen tersebut dengan mengenakan
kompaun sebanyak RM 50,000 terhadap stesen televisyen tersebut.

Gambar 2: Sebuah akhbar tempatan menyiarkan tindakan yang diambil oleh kerajaan di dalam
isu tersebut

Masyarakat juga perlu saling hormat-menghormati di antara satu sama lain di dalam perkara
yang menyentuh soal-soal keagamaan pihak lain.
Dari perspektif agama Islam di dalam bab memperkatakan menghormati agama lain ia telah
dijelaskan di dalam surah

Berdasarkan ayat di atas jelas di dalam Islam melarang umatnya mencaci dan menghina
amalan-amalan penganut agama lain.
Pemimpin-pemimpin agama juga perlu memainkan peranan di dalam mengawal masyarakat di
dalam kelompok agama mereka agar lebih menghormati ajaran agama lain dan sekiranya
terdapat salah faham dan permasalahan berkaitan agama maka perbincangan perlu diadakan
bagi menyelesaikan permasalahan tersebut. Tindakan berbentuk emosi akan menyebabkan
berlakuny konflik di antara agama sekali gus menjejaskan kehidupan harmoni di dalam
masyarakat dan negara.

You might also like