You are on page 1of 6

TAJUK FOKUS

SEJARAH 2 SPM 2016

PENINGKATAN TAMADUN (PERUNDANGAN)

FAKTA

1. Pandangan Plato tentang undang-undang


2. Latar belakang undang-undang Rom
3. Cabang undang-undang Rom
4. Prinsip undang-undang Rom
5. Pelaksanaan undang-undang dalam tamadun India
6. Pelaksanaan undang-undang dalam tamadun China

KBAT

1. Kepentingan undang-undang dalam membina ketamadunan manusia


2. Sebab prinsip undang-undang Rom masih kekal hingga ke hari ini
3. Padahnya jika manusia membelakangkan undang-undang
4. Perlukah undang-undang dilaksanakan dengan tegas ?
5. Langkah meningkatkan kepatuhan terhadap undang-undang

PERUNDANGAN YUNANI

Bagaimankah pandangan ahli falsafah Plato tentang undang-undang ?


[2 markah]

Undang-undang diperlukan untuk mewujudkan kehidupan yang aman dan sejahtera


Undang-undang bertujuan untuk mengawal tindakan masyarakat
Negara perlu diperintah oleh ahli falsafah
Ahli falsafah adalah golongan yang berupaya menggubal undang-undang

PERUNDANGAN ROM

Jelaskan tentang latar belakang undang-undang bertulis dalam tamadun Rom.


[4 markah]

Undang-undang bertulis yang pertama dalam tamadun Rom ialah Hukum Kanun 12. Undang-undang ini dipahat pada 12 keping
kayu. Hukum Kanun 12 dikenali juga dengan nama Papan 12. Undang-undang ini diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat.

Maharaja Justinian mengumpulkan, menyatukan dan membukukan undang-undang Rom. Ini adalah kerana terdapat terlalu banyak
undang-undang dan ada antaranya yang rumit. Usaha beliau telah melahirkan Kod Undang-Undang Rom pada tahun 527 Masihi. Kod itu
dikenali juga dengan nama Undang-Undang Justinian. Undang-undang tersebut kekal sehingga kini.

Senaraikan cabang undang-undang Rom.


[2 markah]

Undang-undang sivil
Undang-undang jenayah
Undang-undang natural

Nyatakan dua prinsip undang-undang Rom yang menjadi asas perundangan pada hari ini.
[2 markah]

Semua manusia sama di sisi undang-undang.


Seseorang tidak boleh dianggap bersalah sehingga terbukti bersalah.
Keadilan diberikan kepada setiap individu.
Hukuman dijatuhkan berasaskan bukti yang cukup.

PERUNDANGAN INDIA

Bagaimanakah undang-undang dilaksanakan dalam tamadun India ?


[4 markah]

Undang-undang dalam tamadun India adalah berasaskan agama Hindu. Undang-undang dirujuk kepada kitab Dharma Sastra. Raja
bertanggungjawab menjaga kesucian dan kedaulatan undang-undang.

Segala kesalahan yang dilakukan akan dikenakan denda. Denda bergantung kepada keseriusan kesalahan tersebut.

Brahmin sangat penting dalam melaksanakan undang-undang. Brahmin mentafsir undang-undang berdasarkan hukum-hakam
agama.

Undang-undang disampaikan sebagai titah atau perintah raja. Titah raja diukir pada tiang batu / Tiang Asoka yang didirikan di tepi
jalan untuk dibaca oleh rakyat.

PERUNDANGAN CHINA

Bagaimanakah undang-undang berasaskan falsafah legalisme dilaksanakan dalam tamadun China ?


[4 markah]

Undang-undang dilaksanakan dengan tegas. Tiada rasa belas kasihan dalam melaksanakan undang-undang. Seseorang yang
bersalah tidak berpeluang membuat rayuan.

Undang-undang dikuatkuasakan dalam semua keadaan sama ada semasa aman atau semasa peperangan.

Raja mempunyai kuasa dalam melaksanakan undang-undang. Raja berhak menjatuhkan hukuman kepada orang yang melakukan
kesalahan.

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Jelaskan perbezaan prinsip undang-undang berasaskan falsafah legalisme dengan prinsip undang-undang berasaskan ajaran
Confucius dalam tamadun China.
[4 markah]
Penskoran Analitik

Undang-undang berasaskan falsafah legalisme mengenakan hukuman yang berat. Undang-undang ini memberi kuasa penuh
kepada raja dalam melaksanakan undang-undang. Undang dijatuhkan tanpa belas kasihan. Undang-undang dilaksanakan dalam semua
keadaan.

Undang-undang berasaskan ajaran Confucius pula adalah bercorak kolektif . Undang-undang inin lebih bersifat memberi
pendidikan kepada masyarakat. Raja perlu mempunyaipekerti yang baik. Raja hendaklah menjadi contoh teladan dalam menjaga
keharmonianmasyarakat.

Pada pandangan anda, mengapakah undang-undang Rom masih kekal sehingga hari ini ?
[4 markah]

Penskoran Holistik

Undang-undang Rom masih kekal sehingga hari ini kerana undang-undang tersebutmenjamin keadilan kepada setiap individu.
Sebagai contohnya, setiap individu adalah sama dari segi undang-undang. Setiap individu berhak mendapat keadilan. Seseorang yang
dituduh melakukan kesalahan akan dibicarakan terlebih dahulu. Individu tersebut diberi hak untukmembela diri. Hal ini menyebabkan
seseorang yang dituduh tidak boleh dikatakan bersalahsehingga terbukti dia bersalah. Kesimpulannya, undang-undang tersebut sangat
praktikal kerana hukuman dijatuhkan berasaskan bukti yang cukup. Perkara tersebut dapat menjamin hak asasimanusia ditegakkan.
Akhirnya, keadaan tersebut akan membawa kesejahteraan kepada masyarakat dan negara.

Apakah kemungkinan yang akan berlaku sekiranya masyarakat bersikap membelakangkan undang-undang ?
[6 markah]

Penskoran Holistik

Sekiranya masyarakat bersikap membelakangkan undang-undang, negara akan menjadi huru-hara. Sebagai contohnya,
masyarakat tidak takut untuk melakukan jenayah. Sesetengah pihak pula mengambil kesempatan menyebarkan ideologi berhaluan
kiri yangmengancam keselamatan negara. Ada juga pihak tertentu yang melakukan penindasan dan penipuan dalam urusan
perniagaan dan perdagangan. Hal ini menyebabkan keselamatan harta benda dan nyawa terancam. Keselamatan yang tidak terjamin
menyebabkan pelabur asing kurang berminat untuk menanam modal membuka perusahaan di negara kita. Oleh itu, peluang pekerjaan
yang semakin berkurangan mengundang berlakunya gejala sosial. Sebagai rumusannya, keadaan tersebut amat merugikan negara kerana
negara akan menjadimundur. Taraf hidup rakyat yang rendah menyebabkan perkembangan ekonomi terjejas.

Undang-undang perlu dilaksanakan dengan tegas supaya dapat mengawal tingkah laku masyarakat.
Berikan komen anda.
[6 markah]

Penskoran Holistik

Undang-undang perlu dilaksanakan dengan tegas supaya dapat mengawal tingkah laku masyarakat. Ini adalah kerana ketegasan
undang-undang menyebabkan masyarakat takut hendak melakukan kesalahan jenayah. Contohnya, hukuman mati mandatori terhadap
pengedar dadah dapat mengurangkan kegiatan penyeludupan dadah di negara kita. Undang-undang ini telah menjadi ikutan beberapa
buah negara lain di dunia.
Undang-undang yang tegas itu dapat menjadi pengajaran kepada orang lain agar tidak melakukan kesalahan yang serupa. Pelaksanaan itu
memberikan kesan yang baik kepada masyarakat dan negara. Keadaan tersebut dapat mendidik masyarakat menjadi lebih
berdisiplin dan mematuhi undang-undang negara. Dengan itu, undang-undang dan kedaulatan negara kita dihormati oleh negara lain.

Abezek sudah tau....


Semoga mendapat rahmat Tuhan dalam setiap perancangan yang kita buat.
Posted by abezek at 17:42 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
SUNDAY, 4 SEPTEMBER 2016

TAMADUN HWANG HO : TAJUK FOKUS SEJARAH 2 SPM 2016


TAJUK FOKUS
SEJARAH 2 SPM 2016

TAMADUN HWANG HO

FAKTA

1. Proses pembentukan tamadun Hwang Ho


2. Faktor semula jadi yang membantu pembentukan tamadun Hwang Ho
3. Ciri-ciri penting tamadun Hwang Ho
(i) Petempatan kekal (Bandar)
(ii) Sistem pemerintahan (Pemerintahan beraja)
4. Sumbangan penting tamadun Hwang Ho
(i) Kemajuan dalam bidang pertanian
(ii) Amalan penggunaan kalendar

KBAT
1. Peranan sungai Hwang Ho terhadap pembentukan tamadun Hwang Ho
2. Rasionalnya tamadun terbina di lembah sungai
3. Hubungkait keadaan semula jadi yang ada di sekitar lembah Hwang Ho
dengan pembentukan tamadunnya.
4. Cara manusia hari ini memanfaatkan teknologi pertanian dalam
tamadun Hwang Ho untuk memajukan pertanian pada hari ini.

PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN

Jelaskan proses pembinaan tamadun Hwang Ho.


[4 markah]

Penduduk nomad membina petempatan kekal di kawasan sekitar lembah Hwang Ho. Mereka menjalankan aktiviti pertanian,
menternak binatang, memungut hasil hutan dan memburu. Petempatan kekal ini melahirkan bandar. Pembentukan bandar telah
membawa kemajuan dari segi perluasan wilayah dan penyebaran budaya. Akhirnya wujud organisasi sosial dan pengkhususan
pekerjaan. Penduduk yang ramai menyebabkan terbentuknya sistem pemerintahan yang bertujuan mengawal masyarakat.
Untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah, mereka mewujudkan agama dan kepercayaan. Untuk melicinkan pentadbiran,
mereka mencipta sistem tulisan.

Nyatakan keadaan semula jadi di sekitar lembah Hwang Ho.


[2 markah]
Sungai Hwang Ho
Lembangan Szechwan
Teluk Bo Hai
Laut Kuning

Bagaimanakah keadaan semula jadi yang terdapat di sekitarnya membantu pembentukan tamadun Hwang Ho ?
[4 markah]

Sungai Hwang Ho membekalkan air untuk kegunaan harian. Contohnya untuk mandi-manda, mencuci dan sebagai
minuman. Selain itu air sungai menjadi punca pengairan untuk pertanian. Sungai Hwang Ho juga membekalkan sumber protin
untuk dijadikan makanan kepada penduduk. Contohnya, ikan, udang, ketam, kerang dan sebagainya.

Lembangan Szechwan mempunyai tanah yang subur untuk pertanian. Penduduk memanfaatkan kesuburan tanah
tersebut untuk menanam pelbagai jenis tanaman makanan. Contohnya, padi, gandum, sekoi, ubi dan lain-lain. Bekalan
makanan yang cukup dapat menampung jumlah penduduk yang ramai.

Teluk Bo Hai mempunyai laut yang tenang. Laut di persekitarannya juga dalam. Hal ini menyebabkan kawasan muara
sungai Hwang Ho sangat sesuai untuk dijadikan pelabuhan. Kapal dagang berlabuh di kawasan teluk tersebut kerana
terlindung daripada tiupan angin kencang. Pedagang dari luar datang berdagang ke Lembah Hwang Ho melalui Laut Kuning.

Terangkan peranan sungai Hwang Ho terhadap pembentukan tamadun Hwang Ho.


[6 markah]

Sungai Hwang Ho melimpahkan mendapan lanar di tebingnya setiap kali selepas musim banjir. Mendapan lanar
menjadikan tanah di lembangan amat subur. Penduduk menjalankan aktiviti pertanian di lembah Hwang Ho. Mereka menanam
tanaman makanan seperti padi, gandum, jagung, ubi dan lain-lain. Dengan itu mereka memperoleh bekalan makanan yang
berlebihan. Bekalan makanan yang banyak dapat menampung jumlah penduduk yang ramai. Penduduk dari kawasan lain
berhijrah untuk membina petempatan kekal di situ.

Selain itu, sungai Hwang Ho membekalkan sumber air untuk penduduk. Sungai Hwang Ho menjadi punca air untuk
mengairi kawasan pertanian yang kering. Penduduk membina sistem pengairan seperti tali air, terusan dan peparitan untuk
mengalirkan air sungai ke kawasan pertanian. Di samping itu, air sungai juga menjadi sumber kegunaan harian penduduk.
Mereka menggunakan air sungai sebagai minuman, mandi-manda, mencuci dan sebagainya.

Seterusnya, sungai Hwang Ho menjadi laluan perhubungan dan pengangkutan. Sungai ini digunakan sebagai jalan
untuk penduduk mengangkut hasil pertanian dari Lembah Szechwan ke muara sungai untuk didagangkan. Pedagang luar juga
menggunakan sungai Hwang Ho untuk pergi ke bandar-bandar yang terdapat di sekitar lembahnya.
Pada pandangan anda, mengapakah penduduk nomad membina petempatan kekal di sekitar lembah Hwang Ho ?
[3 markah]

Penduduk nomad membina petempatan kekal di sekitar lembah Hwang Ho kerana kawasan tersebut mempunyai tanah yang
subur. Contohnya, tanah yang terhasil daripada mendapan lanar setiap kali selepas musim banjir. Hal ini menyebabkan
penduduk dapat menjalankan aktiviti pertanian. Mereka menanam padi, gandum, ubi dan sebagainya. Oleh itu mereka
mendapat bekalan makanan yang mencukupi untuk menampung jumlah penduduk yang ramai.

Selain itu, mereka membina petempatan kekal di situ kerana sungai Hwang Ho membekalkan sumber protein bagi penduduk.
Contohnya, hidupan sungai seperti ikan, udang, ketam, kerang dan lain-lain. Sumber protein ini boleh dijadikan makanan.

Di samping itu, sungai Hwang Ho membekalkan air untuk pengairan. Air sungai disalurkan ke kawasan pertanian dengan
menggunakan tali air, peparitan dan kincir air. Tanaman dapat hidup subur dan mengeluarkan hasil yang banyak.

Air sungai juga menjadi sumber kegunaan harian. Contohnya, sebagai minuman, untuk mandi-manda, mencuci dan
sebagainya. Penduduk dapat menikmati kemudahan yang selesa.

CIRI-CIRI TAMADUN HWANG HO

(i) Petempatan Kekal Kemunculan Bandar

Nyatakan keunikan bandar Anyang berbanding bandar-bandar lain di lembah Hwang Ho.
[2 markah]
Bandarnya terletak di kawasan tanah tinggi
Bandar ini menjadi pusat pentadbiran
Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran
Menjadi tempat tinggal raja, pembesar dan golongan agama
Rakyat tidak dibenarkan tinggal di bandar ini
Bandar ini dikelilingi oleh perkampungan petani.
Bandar ini dilengkapi tembok

(ii) Sistem Pemerintahan Sistem Pemerintahan Beraja

Jelaskan sistem pemerintahan beraja dalam tamadun Hwang Ho


[2 markah]

Raja mempunyai kuasa tertinggi


Raja berkuasa dalam politik, ekonomi, sosial dan agama
Raja berkuasa di kawasan pusat pentadbirannya
Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan
Golongan bangsawan diberi kuasa mentadbir wilayah
Bangsawan dibenar mewujudkan sistem cukai, pertahanan dan undang-undang sendiri di wilayah pemerintahannya

Bagaimanakah raja-raja Dinasti Chou memastikan pembesar tempatan memberikan taat setia mereka kepadanya ?
[2 markah]

Mengarahkan pembesar melafazkan ikrar taat setia


Memberikan hadiah kepada pembesar (kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang)
Meminta pembesar melindungi keselamatan raja
Meminta pembesar memberikan bantuan tentera semasa perang
Melantik pembesar menjadi ketua agama
Memberikan hak kepada pembesar menjalankan upacara korban

SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO

Nyatakan kemajuan dalam bidang pertanian yang dicapai oleh penduduk di Lembah Hwang Ho.
[2 markah]
Menggunakan sistem pengairan
Menggunakan peralatan pertanian (bajak, cangkul, sabit, dll)
Menggunakan batas
Menggunakan baja
Menggunakan sistem teres
Menggunakan sistem tanaman bergilir

Sejauhmanakah kita boleh memanfaatkan teknologi pertanian dalam tamadun Hwang Ho untuk meningkatkan
kemajuan pertanian di negara kita ?
[6 markah]

Kita boleh menggunakan sistem pengairan untuk meningkatkan kemajuan pertanian di negara kita. Sebagai
contohnya, kita menggunakan tali air, terusan dan peparitan untuk menyalurkan bekalan air ke kawasan pertanian yang kering.
Hal ini menyebabkan kita dapat membekalkan air yang cukup untuk tanaman. Usaha tersebut memberikan manfaat kepada
negara kerana kita dapat mengubah kawasan yang kering menjadi kawasan pertanian yang produktif. Akhirnya, kita
memperoleh bekalan makanan yang mencukupi. Kita boleh menjimatkan dana negara kerana kita tidak perlu bergantung
kepada bekalan makanan yang diimport.

Kita juga boleh menggunakan batas dalam kegiatan penanaman. Contohnya penggunaan batas dalam penanaman
sayur, buah-buahan dan lai-lain. Hal ini dapat mengelakkan tanaman musnah ditenggelami air apabila musim hujan.
Penggunaan batas sangat berguna kerana ia dapat menghasilkan pengeluaran yang baik sepanjang tahun.

Terangkan sumbangan tamadun Hwang Ho kepada peradaban dunia pada hari ini.
[6 markah]

Tamadun Hwang Ho memberikan sumbangan dalam sistem pemerntahan. Sistem pemerintahan monarki diteruskan
hingga hari ini. Sistem pemerintahan monarki masih diamalkan oleh kebanyakan negara pada hari ini. Raja mempunyai kuasa
dalam perkara yang berkaitan politik, ekonomi, sosial dan agama.

Tamadun Hwang Ho memberikan sumbangan dalam penggunaan teknologi pertanian. Tamadun Hwang Ho
memberikan sumbangan dalam pembinaan sistem pengairan. Terusan dibina untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian dan
mengelakkan banjir. Selain itu, tamadun Hwang Ho membawa kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penggunaan
cangkul dan sabit. Peralatan pertanian mula dibuat daripada besi bagi menggantikan peralatan kayu.

Tamadun Hwang Ho memberikan sumbangan dalam penggunaan tulisan. Penciptaan tulisan ideogram telah
berkembang secara evolusi menjadi tulisan sebagaimana yang terdapat pada hari ini. Tulisan digunakan dengan meluas dalam
bidang penulisan dan percetakan. Tulisan China juga diajar di sekolah-sekolah.

Selain itu, tamadun Hwang Ho memberikan sumbangan dalam aspek kepercayaan. Antara kepercayaan yang masih
berkekalan hingga ke hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang. Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan kepercyaan
yang masih terdapat dalam masyarakat Cina hingga ke hari ini.

You might also like