You are on page 1of 2

Pada cuti sekolah baru-baru ini, saya telah menyertai perkhemahan pengakap yang diadakan di

sekolah saya selama dua hari satu malam. Perkhemahan ini telah disertai oleh 25 orang ahli
pengakap dan diiringi oleh 4 orang guru penasihat.

Kira-kira pada pukul 7.30 pagi, kami telah berhimpun di padang sekolah. Ketua
perkhemahan, Cikgu Rosli memberikan taklimat ringkas kepada semua ahli pengakap dan
membahagikan kami kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan tugas. Kami pasang
telinga untuk mendengar arahan beliau.

Mula-mula, kami mendirikan khemah mengikut kumpulan masing-masing. Semua ahli


pengakap berganding bahu untuk melaksanakan tugas yang diarahkan oleh ketua kumpulan
bagai aur dengan tebing. Selepas itu, kami menghadiri ceramah pertolongan cemas di dewan
sekolah. Cikgu Kamar dan beberapa orang ahli pengakap senior menunjukkan cara-cara
memberi pertolongan cemas. Beliau juga mengajar kami cara-cara membalut luka dengan kain
anduh.

Pada waktu tengah hari, kami mengadakan pertandingan memasak. Setiap kumpulan
dikehendaki menyediakan satu hidangan tradisional. Kumpulan saya telah menyediakan Nasi
Goreng Kampung. Walaupun kami hanya berjaya mendapat tempat ketiga, namun saya berasa
sangat gembira kerana dapat mempelajari cara-cara memasak dan menikmati masakan sendiri
walaupun tidak seenak masakan ibu.

Pada sebelah petang, kami berlatih kawad kaki di tengah padang. Semua ahli pengakap
mendengar arahan ketua denga teliti. Kami berkawad kaki dengan penuh disiplin dan semangat
berpasukan. Kemudian, kami mengutip kayu api untuk menyalakan unggun api di hadapan
khemah.

Selepas makan malam, kami duduk mengelilingi unggun api. Setiap kumpulan
mempersembahkan pertunjukan mengikut kreativiti masing-masing. Cikgu Saifudin turut
memetik gitar sambil menyanyi lagu Rasa Sayang. Kami semua berasa gembira dan terhibur.

Pada keesokan pagi, semua ahli pengakap menjalankan senamrobik di padang. Selepas
bersarapan pagi, kami pun membersihkan tapak perkhemahan dan berkemas untuk pulang ke
rumah. Kami telah mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan yang berharga hasil
daripada perkhemahan ini.
Belajar secara berkumpulan bermaksud belajar dalan kumpulan yang terdiri daripada 2 hingga
5 orang. Kita boleh belajar secara kumpulam di dalam dan luar kelas. Aktiviti belajar secara
berkumpulan boleh dijalankan pada bila-bila masa sahaja.

Terdapat banyak kelebihan belajar secara berkumpulan. Antaranya adalah kita boleh
mendapat banyak ilmu pengetahuan. Ramai orang dapat memberi banyak idea. Contohnya
sekiranya terdapat lima orang murid belajar dalam satu kumpulan ini bermakna kita akan dapat
lima idea yang berbeza. Oleh itu, idea yang kita peroleh boleh digunakan untuk membantu kita
dalam pelajaran.

Selain itu, belajar secara berkumpulan juga dapat menghilangkan rasa bosan. Ini kerana
semasa belajar dengan rakan-rakan, kita akan lebih berkomunikasi. Secara tidak langsung kita
dapat belajar cara berkomunikasi dengan betul.

Seterusnya, belajar secara berkumpulan, kita dapat mengisi masa lapang dan mengelakan
diri dari melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Dengan ini kita dapat berbincang soalan
soalan berbentuk peperiksaan.

Di samping itu juga, kita dapat melatih diri bertolak ansur dengan rakan-rakan. Ini
kerana kita perlu belajar menghormati pendapat rakan-rakan. Secara tidak langsung kita dapat
mengeratkan hubungan dengan rakan.

Sebagai kesimpulannya belajar berkumpulan mendatangkan banyak faedah. Oleh itu,


semua murid seharusnya belajar bersama-sama rakan sebaya.

You might also like