You are on page 1of 21

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN
PEMBELAJARAN MURID
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
TINGKATAN 1

PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN TINGKATAN 1


Cetakan 2014

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia 2014

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel,


ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun
tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga
Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 PENDAHULUAN 1

2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2

3 MATLAMAT MATA PELAJARAN 3

4 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 3

5 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 4

6 TAFSIRAN 5

7 KERANGKA STANDARD PRESTASI 6

8 PENYATAAN STANDARD KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN 7

9 PEMETAAN 8

10 STANDARD PRESTASI KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN 9

0
PENDAHULUAN
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi serta
Perdagangan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini
yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan
kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik.

Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh
buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut
tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif
dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran.

Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen
elektif iaitu Perdagangan dan Keusahawanan sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat
tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan.

Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi
mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang
berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

1
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

2
MATLAMAT MATA PELAJARAN
Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi
serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN


OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti
kayu, papan lapis dan bahan komposit.
OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan
menghasilkan produk.
OM3 Menjalankan kerja buat sendiri menyenggara dan membaik pulih mudah kerja elektrik dan paip dalam kehidupan harian.
OM4 Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit.
OM5 Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.
OM6 Mengenal pasti bentuk dan jenis perniagaan dalam negeri dan antarabangsa.
OM7 Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.
OM8 Mengenal pasti kaedah meyimpan rekod secara sistematik.
OM9 Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat
keputusan rekaan dan penghasilan projek.
OM10 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. (2003). Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia. )

3
OBJEKTIF PENTAKSIRAN

Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang
dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.


OP2 Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.
OP3 Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.
OP4 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.
OP5 Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.
OP6 Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.
OP7 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

(Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan. (2005).
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

4
TAFSIRAN

o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan
pelaporan individu.
o Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi
gambaran holistik tentang individu.
o Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada
dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu
atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
o Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir
dan dicapai.
o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.
o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,
peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan.

5
KERANGKA STANDARD PRESTASI

Boleh Buat dengan Beradab


Tahu Faham
6 Mithali

Boleh Buat dengan Beradab


Tahu Faham
5 Terpuji

4 Tahu Faham Boleh Buat dengan Beradab

3 Tahu Faham Boleh Buat

2 Tahu Faham

1 Tahu

6
PENYATAAN STANDARD KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

BAND PENYATAAN STANDARD

6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
perdagangan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.
dengan Beradab Mithali)
5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
perdagangan dan keusahawanan secara berinisiatif.
dengan Beradab Terpuji)
4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
perdagangan dan keusahawanan secara sistematik.
dengan Beradab)

3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
(Tahu, Faham dan Boleh Buat) perdagangan dan keusahawanan.

2
Menerangkan tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.
(Tahu dan Faham)

1
Menyatakan tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.
(Tahu)

7
PANDUAN PERKEMBANGAN
PEMBELAJARAN MURID
KHB PERDAGANGAN DAN
KEUSAHAWANAN
TINGKATAN 1

8
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
REKA BENTUK 1. Organisasi Menyatakantentang organisasi bengkel dan keselamatan dengan memberikan
DAN TEKNOLOGI bengkel dan B1
empat amalan 4M.
keselamatan
2. Reka bentuk dan Menerangkantentang organisasi bengkel dan keselamatan dengan menjelaskan dua
penghasilan B2
amalan 4M.
projek
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan
B3 penghasilan projek dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan
masalah.
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan
B4 penghasilan projek secara sistematik dengan membuat lakaran reka bentuk
merujuk penyataan masalah mengikut prosedur1.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan


B5 penghasilan projek secara berinisiatif dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk
penyataan masalah dengan daya usaha1.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan


B6 penghasilan projeksecara kreatif dan inovatif dengan membuat lakaran reka bentuk
merujuk penyataan masalah dengan nilai tambah1 dan membimbing1.
prosedur1 : Lakaran mesti menggunakan pensel tanpa menggunakan pembaris. Lakaran mesti dalam bentuk oblik atau
isometrik.
daya usaha1 : Lakaran mesti :
(i) kemas (boleh menggambarkan idea yang dihasratkan)
(ii) bersih.
nilai tambah1 : Penambahan bahan atau idea yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid.
membimbing1 : (i) Menjadi contoh dari segi tingkah laku dan hasil kerja.
(ii) Boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang lain.

9
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
REKA BENTUK 3. Elektrik B1 Menyatakantentang asas elektrik dengan memberikan tiga jenis wayar.
DAN TEKNOLOGI
Menerangkan tentang asas elektrik dengan menjelaskan tiga alatan tangan dari
B2
segi fungsinya.
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik dengan
B3
membuat pendawaian plag 3 pin 13A.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara


B4
sistematik dengan membuat pendawaian plag 3 pin 13A mengikut prosedur2.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara


B5
sistematik dengan membuat pendawaian plag 3 pin 13A dengan daya usaha2.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara


B6
sistematik dengan membuat pendawaian plag 3 pin 13A dan membimbing1.
prosedur2 : Mengikut urutan langkah kerja yang betul.
daya usaha2 : (i) Hasil kerja kemas dan betul
(ii) Mengamalkan peraturan keselamatan diri dan alatan.

10
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
REKA BENTUK 4. Kerja paip B1 Menyatakan tentang kerja paip dengan memberikan tiga jenis perangkap.
DAN TEKNOLOGI
Menerangkan tentang kerja paip dengan menjelaskan perangkap dari segi
B2
fungsinya.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangkerja paip dengan membuat


B3
penyenggaraan perangkap.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangkerja paip secara sistematik


B4
dengan membuat penyenggaraan perangkap mengikut prosedur2.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangkerja paip secara sistematik


B5
dengan membuat penyenggaraan perangkap dengan daya usaha2.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangkerja paip secara sistematik


B6
dengan membuat penyenggaraan perangkap dan membimbing1.

11
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
REKA BENTUK 5. Jahitan B1 Menyatakan tentang asas jahitan dengan memberikan enam bahagian mesin jahit.
DAN TEKNOLOGI
Menerangkan tentang asas jahitan dengan menjelaskan enam bahagian mesin jahit
B2
dari segi fungsinya.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangasas jahitan dengan menjahit


B3
kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan melengkung.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangasas jahitan secara


B4 sistematik dengan menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan
melengkung mengikut prosedur2.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangasas jahitan secara


B5 sistematik dengan menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan
melengkung dengan daya usaha2.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangasas jahitan secara


B6 sistematik dengan menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan
dan membimbing1.

12
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
REKA BENTUK 6. Tanaman hiasan B1 Menyatakan tentangtanaman hiasan dengan memberikan dua jenis keratan batang.
DAN TEKNOLOGI
Menerangkan tentangtanaman hiasan dengan menjelaskan nisbah campuran
B2
medium semaian.
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan dengan
B3
menyemai keratan dalam medium semaian.
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan secara
B4
sistematik dengan menyemai keratan dalam medium semaian mengikut prosedur2.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan secara


B5
sistematik dengan menyemai keratan dalam medium semaian dengan daya usaha2.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan secara


B6
sistematik dengan menyemai keratan dalam medium semaian dan membimbing1.

13
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
PERDAGANGAN 7. Pengenalan kepada Menyatakan tentang pengenalan kepada perniagaan dengan memberikan jenis
DAN perniagaan B1
perniagaan
KEUSAHAWANAN
Menerangkan tentang pengenalan kepada perniagaan dengan menjelaskan
B2
perniagaan runcit, borong dan antarabangsa.

Menerangkan tentang perniagaan dengan mengenal pasti kepentingan


B3
perniagaan kepada individu masyarakat dan negara.

Menghuraikan tentang perniagaan dengan mengenal pasti perubahan dalam


B4
aktiviti perniagaan dahulu dan masa kini.

Menghuraikan tentang perniagaan dengan membanding beza perniagaan


B5
dahulu dan masa kini.

Menghuraikan tentang perniagaan dengan meramalkan perubahan ciri


B6
perniagaan pada masa akan datang.

14
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
PERDAGANGAN 8. Penubuhan dan
DAN pengendalian Menyatakan tentang penubuhan dan pengendalian perniagaan dengan
B1
KEUSAHAWANAN perniagaan memberikan dua dokumen dalam penubuhan perniagaan kecil.

Menerangkan tentang penubuhan dan pengendalian perniagaan dengan


B2
menjelaskan dua dokumen dalam penubuhan perniagaan kecil.

Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang penubuhan dan


B3
pengendalian perniagaan dengan menyediakan penyata aliran tunai.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahaman tentang penubuhan dan


B4 pengendalian perniagaan secara sistematik dengan menyediakan penyata
aliran tunai mengikut prosedur3.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahaman tentang penubuhan dan


B5 pengendalian perniagaan secara sistematik dengan menyediakan penyata
aliran tunai dengan daya usaha3.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahaman tentang penubuhan dan


B6 pengendalian perniagaan secara sistematik dengan menyediakan penyata
aliran tunai dan membimbing1.
prosedur3 : Betul dari segi format dan pengiraan.
daya usaha3 : Tepat dari segi jawapan.

15
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
PERDAGANGAN 9. Dokumen perniagaan
DAN Menyatakan tentang dokumen perniagaan dengan memberikan lapan jenis
B1
KEUSAHAWANAN dokumen dalam perniagaan dan dua syarat masa serahan.

Menerangkan tentang dokumen perniagaan dengan menjelaskan dua syarat


B2
masa serahan.

Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang dokumen perniagaan


B3 dengan mengira diskaun niaga dan diskaun tunai serta mengira jumlah yang
perlu dibayar.

Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang dokumen perniagaan


B4 secara sistematik dengan mengira diskaun niaga dan diskaun tunai serta
mengira jumlah yang perlu dibayar mengikut prosedur3.

Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang dokumen perniagaan


B5 secara sistematik dengan mengira diskaun niaga dan diskaun tunai serta
mengira jumlah yang perlu dibayar dengan daya usaha3.

Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang dokumen perniagaan


B6 secara sistematik dengan mengira diskaun niaga dan diskaun tunai serta
mengira jumlah yang perlu dibayar dan membimbing1.

16
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
PERDAGANGAN 10. Pengeluaran Menyatakan tentang pengeluaran dengan memberikan empat bidang
DAN B1
pengeluaran.
KEUSAHAWANAN
Menerangkan tentang pengeluaran dengan menjelaskan tiga bidang
B2
pengeluaran.

Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang pengeluaran dengan


B3
mengira kos pengeluaran.

Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang pengeluaran secara


B4
sistematik dengan mengira kos pengeluaran mengikut prosedur3.

Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang pengeluaran secara


B5
sistematik dengan mengira kos pengeluaran dengan daya usaha3.

Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang pengeluaran secara


B6
sistematik dengan mengira kos pengeluaran dan membimbing1.

17
Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, 2, 5 15, Blok E11,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Tel. : 03-88843787
Faks : 03-88843783

Web :http://www.moe.gov.my/lp
e-mel : weblpm@moe.gov.my

18

You might also like