You are on page 1of 11

Arahan :Kertas soalan ini mengandungi DUA bahagian iaitu Bahagian A

dan Bahagian B. kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-


dua bahagian. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A mengandungi empat pilihan
jawapan iaitu A, B, C dan D. Kamu dikehendaki memilih satu jawapan sahaja.
Kemudian tandakan jawapan anda dengan menghitamkan ruangan pada
kertas jawapan. Bagi soalan Bahagian B, jawab dalam kertas soalan.

Bahagian A (Soalan 1 13)

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. berharap agar rakyat bersatu padu, titah Sultan


Ahmad.
A. Beta
B. Saya
C. Patik
D. Hamba

2. Encik Lee pengurus di sebuah syarikat. seorang yang amanah dan


bertanggungjawab.

A. Anda
B. Beliau
C. Engkau
D. Baginda

3. Kulit buah durian .

A. nipis
B. keras
C. tebal
D. lembik
4. Sup ayam yang dimasak oleh ibu sangat kerana terlebih garam.

A. manis
B. masam
C. pedas
D. masin

Soalan 5. Berdasarkan gambar di bawah.

5. Mereka otot sebelum memulakan latihan bola keranjang.

A. menarik
B. meregang
C. mengangkat
D. meninggikan

Soalan 6. Berdasarkan gambar di bawah.

6. Mohan mengambil bahagian dalam acara lembing.


A. menepis
B . melontar
C. merejam
D. melambung
7. nama kucing yang dipelihara oleh Salina?
A. Apakah
B. Siapakah
C. Mengapakah
D. Bagaimanakah

8. keadaan nenek kamu? tanya Ali kepada Rahim.


A. Siapakah
B. Di manakah
C. Bagaimanakah
D. Mengapakah

9. Walaupun abang Kai Meng telah gagal dalam perniagaannya tetapi dia tidak
pernah .
A. bermurah hati
B. berputus asa
C. ambil berat
D. berbesar hati

10. Muthu sedang untuk menyelesaikan masalah kewangannya.


A. ada hajat
B. gulung tikar
C. mencari jalan
D. mata pencarian

11. Saya sentiasa berdoa ahli keluarga sihat dan bahagia.


A. agar

B. kalau
C. tetapi
D. kerana
Soalan 12. Berdasarkan gambar di bawah.

12. Pak Ali membuat lubang pada batas. , dia menanam anak pokok.
A. Selain itu
B. Sebelum itu
C. Akhir sekali
D. Selepas itu

13. Emak Razak membeli dua biji durian di pasar malam. , dia juga
membeli sesikat pisang.
A. Oleh itu
B. Selain itu
C. Seterusnya
D. Sebelum itu

14. Abang Aman tinggi macam . Oleh sebab itu, dia dipilih
mewakili pasukan bola keranjang sekolahnya.
A. kayu
B. tiang
C. galah
D. tongkat

15. Nama kakak Lili bersinar seperti setelah menjuarai pertandingan syarahan
peringkat kebangsaan.
A. kaca
B. berlian
C. permata
D. bintang
Soalan 16. Pilih ayat yang betul.

A. Saya sayang akan ahli keluarga.


B. Emak dibeli sayur dan ikan di pasar.
C. Adik menangis supaya giginya sakit.
D. Budak itu memukul oleh ibunya kerana nakal.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Sekolah Raju telah mengadakan Larian 1 Murid 1 Sukan pada hari Sabtu yang lalu.
Larian ini merupakan larian serentak seluruh Malaysia. Larian ini dianjurkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tujuan program Larian 1 Murid 1 Sukan adalah untuk menggalakkan


semua murid menyertai satu jenis sukan di sekolah. Oleh itu, murid akan
mendapat faedah dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Pada hari larian tersebut, Raju dan kawan-kawannya telah bersiap


sedia dengan pakaian sukan yang sesuai. Sebelum larian dimulakan,
murid-murid melakukan aktiviti memanaskan badan.

Pada pukul 7.30 pagi, Guru Besar telah meniup wisel untuk memulakan
larian. Raju dan kawan-kawannya berlari mengikut laluan yang telah ditetapkan.
Mereka berasa gembira kerana berpeluang menyertai program ini. Selain
dapat mengeluarkan peluh, badan mereka akan sihat dan minda mereka juga akan
cerdas.

17. Bilakah program Larian 1 Murid 1 Sukan diadakan di sekolah Raju?

A. Pada setiap tahun


B. Pada hari cuti umum
C. Pada hari cuti sekolah
D. Pada hujung minggu

18. Apakah tujuan program Larian 1 Murid 1 Sukan diadakan?

A. Untuk mengeratkan hubungan antara guru dengan murid.

B. Untuk memberi peluang kepada murid menyertai larian serentak.

C. Untuk menggalakkan semua murid menyertai satu jenis sukan di sekolah.

D. Untuk melahirkan murid yang cerdik dan cemerlang dalam pelajaran.


19. Mengapakah murid-murid melakukan aktiviti memanaskan badan?

A. Untuk mencergaskan badan.

B. Untuk mengeluarkan peluh.

C. Untuk menyihatkan badan

D. Untuk mengelakkan kecederaan ketika larian.

20. Apakah maksud perkataan minda?

A. Daya fikiran

B. Sumber tenaga

C. Otak yang cerdas

D. Badan yang cergas


BAHAGIAN B

(30 MARKAH)

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberi.

supaya sambil ketika tetapi dan kerana jika untuk

Kita mestilah berhati-hati melintas jalan raya

tidak ditimpa kemalangan. Pandanglah ke kiri ke kanan sebelum

melintas jalan menjamin keselamatan.

[4 markah]

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

Jawapan: Penduduk Taman Melati berasa puas hati dan gembira kerana

desa mereka bersih dan indah.

(2 markah)

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Meng Hua, tolong


_ pindahkan pasu
_ bunga itu ke tepi
_ pagar.
_

[2 markah]
.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

[3 markah]

Soalan 23
a. Padankan kata dengan gambar yang sesuai untuk membentuk bandingan semacam.

Rajin macam

Garang seperti

Bulat macam

Besar macam

[4 markah]
Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sam Chee Keong


No.18,Jalan Hang Tuah,
Taman Skudai ,
81300 Skudai,
Johor.
2 Mei 2016.

Menemui sahabatku, Joseph, yang berada di Melaka. Semoga saudara dalam


keadaan sihat dan sejahtera.

Saudara,
Apa khabar saudara dan keluarga di sana? Saya doakan agar saudara
sihat sentiasa. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan
tentang pengalaman manis saya dan keluarga sewaktu berkunjung ke ibu kota.
Antara tempat yang sempat saya lawati termasuklah Menara Berkembar
Petronas (KLCC), Menara Kuala Lumpur, Muzium Negara dan Zoo Negara.
Saya berasa amat kagum akan kepesatan pembangunan di situ.
Saya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia kerana negara kita mempunyai
menara yang tersergam indah. Saya juga berpeluang mengenali pelbagai jenis
binatang dan menyaksikan pertunjukan yang menarik di Zoo Negara. Selain itu,
saya telah mendapat banyak pengetahuan tentang sejarah dan budaya negara
kita semasa melawat Muzium Negara.
Pada sebelah malamnya, saya dan keluarga melawat ke sekitar Bandaraya
Kuala Lumpur. Pemandangan pada waktu malam indah sekali. Kami
menikmati makanan yang sedap di sebuah restoran yang selesa di tengah-tengah
kota raya.

Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakan kepada saudara. Semoga
kita berjumpa lagi. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk
saudara sekeluarga.
Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,
Chee Keong

a. Perkataan ibu kota dalam petikan boleh digantikan dengan perkataan


.

(1 markah)

b. Di manakah sahabat Chee Keong tinggal ?

(2 markah)
c. Apakah tujuan Chee Keong menulis surat kepada Joseph ?

(2 markah)

d. Pada pendapat anda, mengapakah Menara Berkembar Petronas (KLCC)

menjadi destinasi utama pelancong luar negara ?

(3markah)

Soalan 25

Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pokok bunga tanam di taman,


Juga tanam timun dan lada,
Jaga kesihatan dengan bersukan,
Cergas badan cerdaslah minda.

Ikan siakap dapat dipukat,


Ikan belida di paya rumbia,
Amalkan gaya hidup sihat,
Penyakit tiada hidup ceria.

Ke Kelantan beli tudung saji,


Singgah di kota beli mangga,
Jaga kebersihan amalan terpuji,
Tentu kita hidup sejahtera.

a. Gaya hidup sihat dapat menjauhi .

[1 markah]

b. Apakah maksud rangkap pertama pantun tersebut ?

[2 markah]
c. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan
yang

salah.

Bersukan tidak baik untuk kesihatan kita.

Kita akan hidup sejahtera jika sentiasa


menjaga kebersihan.
[1 markah]

d. Nyatakan tiga jenis aktiviti sukan yang dapat menyihatkan

badan kita.

i.

ii.
iii.

[3 markah]

You might also like