You are on page 1of 20

1.

0 Perlembagaan Pertubuhan
1.1 Prinsip-prinsip Asas Pertubuhan

1.2 Perlembagaan Pertubuhan


1.2.1 Nama dan Alamat Berdaftar
1.2.1.1 Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama
Kadet Remaja Sekolah atau ringkasnya KRS

1.2.1.2 Alamat berdaftar:


a. Peringkat Kebangsaan:
Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 3 & 4 , Blok E2
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Kuala Lumpur

b. Peringkat Negeri:
Jabatan Pendidikan Negeri Johor,
Wisma Pendidikan, Jalan Tun Abdul Razak,
80604 Johor Bahru, Johor Darul Tazim

c. Peringkat Daerah:
Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat,
Jalan Zaharah,
83000 Batu Pahat, Johor Darul Tazim

d. Peringkat Institut:
IPG Kampus Tun Hussein Onn,
Km. 7.75, Jalan Kluang
83009 Batu Pahat, Johor Darul Tazim

1.3 Lambang dan Cogan Kata


1.3.1 Lambang
a. Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala
yang tidak sihat.
b. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama
rasmi Negara Malaysia.
c. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu
dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua
tindakan.
d. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi
pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa
mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya
ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.
e. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
f. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang
mempertahankan negara yang tercinta.
g. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak
kedaulatan Negara Malaysia.
h. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

1.3.2 Cogan Kata


a. Ilmu : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS

b. Iman : Keimanan yang mendalam merupakan asas


pembinaan diri.
c. Amal : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang
berterusan merupakan natijah daripada kekuatan
intelektual dan disiplin diri.
1.4 Bendera dan Lagu Pertubuhan
1.4.1 Warna Hijau melambangkan:
a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRSM

1.4.2 Lagu Pertubuhan


Kadet Remaja Sekolah
Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal

Marilah kita membina peribadi


Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan

Remaja, sambutlah cabaran


Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang
Remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta

Remaja, hayati budaya


Ilmu, Iman dan Amal
Kekalkan di hati dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah

1.5 Ikrar dan Undang-undang Pertubuhan


1.5.1 Ikrar KRS
Bahawasanya kami
Kadet remaja sekolah malaysia
Berjanji dan bersetia
Akan menyemai semangat patriotik
Tetap berdisiplin, berakhlak mulia
Berilmu, beriman dan beramal
Kami juga akan memupuk semangat
Keusahawanan, mencintai alam sekitar
Mempunyai ketahanan mental dan fizikal
Bersedia berkhidmat untuk masyarakat
Demi agama, bangsa dan negara
Serta mendukung
Rukun agama dan rukun negara
Sepanjang masa kami menjadi ahli kadet

1.5.2 Undang-undang KRS


a. Mestilah mencintai Allah dan Rasul lebih dari yang lain.
b. Ikhlas kerana Allah.
c. Beramah mesra.
d. Anggota Syabab/Fatayat adalah saudara antara satu sama lain.
e. Sentiasa bermuka manis.
f. Bersikap berani dalam menghadapi berbagai ancaman.
g. Sabar dalam menghadapi segala bentuk kesukaran.
h. Menepati janji dan masa.
i. Tahu menggunakan sumber-sumber asli alam.
j. Boleh dipercayai dan boleh menyimpan rahsia.

2.0 Sejarah Unit Beruniform


2.1 Sejarah Pengasas dan Penubuhan di Malaysia
Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En.
Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan
Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali
sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan
beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA).
Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar
tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar
cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia ,
bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat
mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam


Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah
berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun
1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan
KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz
Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan
En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang ,
Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993,
sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan
KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu
pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd
Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13
September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah
dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk
menyediakan kertas kabinet . Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan
ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau
bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA
ISLAM (KRIS)

Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian


Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan
dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah
membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada KADET REMAJA
SEKOLAH ( KRS ) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua
kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET
REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah diiaksanakan pada 20 Jun
1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato Seri Mohd Najib
Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja
Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

2.2 Tujuan Penubuhan


Tujuan KRS ini ditubuhkan adalah untuk:
a. Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan,
memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam
menghadapi pelbagai cabaran kehidupan
b. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang
berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah
pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020
c. Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah
guna dadah, budaya lepak dan juvana
d. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi
menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin
e. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan
agama, bangsa dan Negara Malaysia
f. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati
dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan
demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara
g. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan
mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk
bertindak sewajarnya.

2.3 Istiadat-istiadat Rasmi Pertubuhan

3.0 Struktur dan Organisasi Pertubuhan


3.1 Peringkat Kebangsaan
Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia
Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Pengerusi : Pengarah Bahagian Sekolah
Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah
Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah (HEM) Bahagian
Sekolah
Penolong Setiausaha : Dilantik (Dua orang)
Bendahari : Dilantik
Ahli-ahli : a. Pengarah-Pengarah JPN
b. Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
c. Pengarah Bhg. Dakwah & Kepimpinan
d. Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional
e. Pengarah Institut Aminuddin Baki
f. Tiga ahli dilantik
g. Dua Wakil Jurulatih KRSM
Juruaudit : Dilantik

3.2 Peringkat Negeri


Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia
Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri
Timb. Pengerusi : Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan
Kemanusiaan
Setiausaha : Ketua Unit Kokurikulum
Pen.Setiausaha 1 : Penyelia Pasukan Pakaian Seragam
Pen.Setiausaha 2 : Pegawai Tadbir KRSM
Bendahari : Dilantik
Ahli-ahli : a. Dilantik Termasuk
b. Pegawai Pelajaran Daerah
c. 2 Wakil Jurulatih KRSM
d. Wakil PKPSM dan MGB
i. Juruaudit : Dilantik

3.3 Peringkat Daerah


Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri
Pengerusi : Pegawai Pelajaran Gabungan
Tim. Pengerusi : Ketua Unit
Setiausaha : Penyelia Kokurikulum
Pen. Setiausaha : Pegawai Tadbir Gabungan KRSM
Bendahari : Dilantik
Ahli : a. Dilantik termasuk
b. 2 Wakil Jurulatih KRS
c. Wakil PKPSM
MGB (Gabungan)
Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRSM Negeri
Juruaudit : Dilantik (2 orang)

3.4 Peringkat IPG

3.5 Peringkat Kumpulan


Penaung : Tuan Haji Adib b. Sulaiman
Penasihat : Puan Hajah Khalidah bt. Khalid
Pengerusi : Muhammad Khairuddin b. Idris
Tim. Pengerusi : Noor Syafikah bt. Abd Rahman
Setiausaha : Nur Syahira bt. Abdul Hamid
Pen. Setiausaha : Erabiatul Adawiah Awiss bt. Juharin
Bendahari : Nik Najwani bt. Nik Mohamed
Ketua Seksyen 1 : Mohammad Nazmi b. Ismail
Ketua Seksyen 2 : Muhammad Buqhari b. Fauzi
Ketua Seksyen 3 : Cheng Kean Wei

3.6 Fungsi Tadbir


Pegawai tadbir
(a) Seorang pegawai kanan KRS negeri yang dipertanggungjawab untuk
merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau
program / aktiviti KRS dan juga TKRS di peringkat negeri
(b) Dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan berpangkat MEJAR
KRS
(c)Mencalonkan pegawai-pegawai dan ahli kadet untuk berkursus di
peringkat kebangsaan
(d) Bertanggungjawab terhadap program / aktivit / kursus KRS atau TKRS
di peringkat negeri
(e) Penasihat berkaitan dengan logistik KRS negeri
(f) Pengesahan tatacara pemakaian uniform KRS dan TKRS
(g) Membantu Ketua Unit dan Penyelia Kokurikulum di Unit Kokurikulum
Jabatan Pelajaran Negeri
(h) Bertanggungjawab terhadap Pengarah Pelajaran Negeri dalam semua
perancangan dan penyelarasan program / aktivti / kursus di peringkat
negeri dan juga di peringkat kebangsaan

3.6.2 Ketua jurulatih


(a)Seorang pegawai kanan KRS negeri yang dipertanggungjawab untuk
merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program
/ aktiviti / kursus yang berkaitan dengan kejurulatihan KRS
(b)Diantik oleh Kementerian Pelajaran Malkaysia dan berpangkat
MEJAR KRS
(c)Bertanggungjawab kepada Pegawai Tadbir KRS atas aspek-aspek
kejurulatihan
(c)Mengeluarkan dan mengatur jadual tugas untuk jurulatih dalam
sesuatu program / kursus / aktiviti
(d)Merancang dan melaksanakan program / aktiviti / kursus kejurulatihan
di peringkat negeri
(e)Membantu bersama Pegawai Tadbir mencalonkan pegawai atau
jurulatih ke peringkat kebangsaan
(f)Bertanggungjawab menyediakan modul kursus kejurulatihan di
peringkat negeri
(g)Mengenalpasti prestasi, peningkatran dan kebajikan jurulatih atau
pegawai
(h)Bertanggungjawab terhadap tatacara perkhemahan perjalanan
program aktiviti / kursus serta aspek keselamatan

3.6.3 Pegawai teknikal


(a)Seorang pegawai kanan negeri yang dipertanggungjawab khas untuk
membantu Pegawai Tadbir dan Ketua Jurulatih.
(b)Dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan berpangkat MEJAR
KRS
(c)Membantu Pegawai Tadbir dan Ketua Jurulatih dalam merancang,
menyediakan anggaran, melaksana dan memantau aktiviti / program /
kursus dari aspek teknikal di peringkat negeri.
(d)Melaksana prosedur-prosedur teknikal terhadap semua aktiviti yang
dijalankan
(d)Menyelia ahli jawatankuasa Teknikal terhadap semua aktiviti / kursus /
program yang diadakan
(e)Bertanggungjawab dari aspek teknikal terhadap semua aktiviti yang
dijalankan
(f)Bertanggungjawab terhadap Pengarah Pelajaran Negeri dalam semua
perancangan dan pelaksanaan aktiviti / program / kursus KRS atau TKRS
di peringkat negeri
(g)Menjalankan tugas yang dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh
JPN Negeri atau kementerian
(h)Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perjalanan pertandingan
kawad kaki di peringkat negeri yang meliputi persediaan sebelum,
semasa dan selepas pertandingan.
3.6.4 Pegawai istiadat
(a)Seorang pegawai kanan KRS negeri yang dipertanggungjawab untuk
melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan protokol
dan istiadat KRS di peringkat negeri
(b)Dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan berpangkat MEJAR
KRS.
(c)Mengendalikan aktiviti yang melibatkan protokol sama ada di dalam
dewan atau di luar dewan serta perjalanan majlis
(d)Merancang keperluan-keperluan perbarisan seperti perjalanan,
susunatur, format, tarikh, masa, tempat, juruacara dan tetamu jemputan
(e)Mengawas selia kawalan kehormat / tamat latihan / perbarisan / terima
sijil / penganugerahan pangkat / majlis pentauliahan
(f)Pengurusan mengikut prosedur dan protokol untuk perbarisan, padang
kawad, aturacara majlis, kedudukan khemah dan sebagainya.

3.6.5 Pegawai helwa


(a)Seorang pegawai kanan wanita KRS Negeri yang dipertanggungjawab
khas atas penglibatan pegawai dan ahli kadet wanita dalam apa jua
kursus / program / aktiviti di peringkat negeri
(b)Dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan berpangkat MEJAR
KRS
(c)Membantu Pegawai Tadbir, Ketua Jurulatih, Pegawai Teknikal dan
Pegawai Istiadat Negeri dalam merancang serta melaksanakan program
(d)Membantu mengenalpasti prestasi, peningkatan dan kebajikan jurulatih
wanita serta ahli kadet wanita.
3.6.6 Pegawai data/maklumat
(a)Seorang pegawai kanan KRS negeri yang dipertanggungjawab untuk
mengumpul data / maklumat tentang pegawai, jurulatih dan ahli kadet di
peringkat negeri
(b)Dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan berpangkat MEJAR KRS
(c)Mengumpul maklumat tentang statistik dan status semua pegawai,
jurulatih dan ahli kadet di peringkat sekolah, daerah dan negeri.
(d)Mengemaskini data dari semasa ke semasa
(e)Membuat pendaftaran sekolah, pegawai, jurulatih dan ahli kadet.
(f)Bertanggungjawab terhadap Pengarah Pelajaran Negeri, Ketua Unit
Kokurikulum dan Penyelia Kokurikulum JPN Negeri berhubung dengan
statistik KRS dan juga TKRS di peringkat negeri.
(g)Membantu Pegawai Tadbir, Ketua Jurulatih, Pegawai Teknikal,
Pegawai Istiadat dan Pegawai HELWA dalam semua program / aktiviti /
kursus KRS dan TKRS yang dijalankan di peringkat negeri.
3.6.7 Penolong-penolong pegawai KRS dan TKRS
(a)Pegawai-pegawai kanan KRS dan TKRS negeri yang
dipertanggungjawab khas untuk membantu dan menjadi penolong
kepada pegawai-pegawai kanan tersebut di atas dalam merancang,
menyediakan anggaran, melaksana dan memantau aktiviti / program /
kursus KRS atau TKRS di peringkat negeri
(b)Dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan berpangkat KAPTEN KRS
(c)Penolong dan pembantu berkaitan dengan lojistik KRS negeri
(d)Bertanggungjawab terhadap Pengarah Pelajaran Negeri, Ketua Unit
Kokurikulum dan Penyelia Kokurikulum dalam semua perancangan dan
pelaksanaan aktiviti sama ada KRS mahu pun TKRS di peringkat negeri.
4.0 Pengurusan dan Pentadbiran
4.1 Pendaftaran Ahli dan Kumpulan
a. Ahli bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di
institusi pendidikan
b. KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi
di mana KRS itu ditubuhkan
c. Keahlian KRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau
diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di institusi tersebut
d. Merekodkan maklumat ahli dengan mengisi borang pendaftaran yang
disediakan
e. Membayar yuran pendaftaran keahlian
f. Mengagihkan ahli kepada beberapa kumpulan platun
g. Membina moto dan matlamat kumpulan
h. Melantik AJK induk
i. Melantik AJK kumpulan

4.2 Kuasa Penganjur


a. Peringkat Kebangsaan : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
b. Peringkat Negeri : Pengarah Pelajaran Malaysia
c. Peringkat Daerah : Pegawai Pelajaran Daerah
d. Peringkat Sekolah : Guru Besar dan Guru-guru Pembimbing

4.3 Struktur Unit


4.3.1 Kompeni (KRS)
Satu kompeni terdiri daripada gabungan 4 platun diketuai oleh Ketua
Kompeni berpangkat Mejar / Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni,
Ejutan, Pegawai Waran, Staf Sarjan dan 4 orang Ketua Platun

Carta Organisasi
4.3.2 Platun (KRS)
Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1
pegawai, 1 sarjan, 3 koperal dan 3 lans koperal serta 30 anggota kadet

Carta Organisasi
4.3.3 Seksyen (KRS)
Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1koperal,
1 lans koperal dan 10 anggota kadet

Carta Organisasi

4.4 Pengurusan Folio/Buku Log/Laporan Aktiviti


a. Kemahiran mentadbir dan mengurus persatuan sangat penting supaya
persatuan dapat berjalan dengan lancar dan teratur
b. Seseorang pemimpin yang memimpin sesuatu persatuan yang
ditubuhkan di sekolah dan di luar institusi pendidikan perlu mempunyai
kemahiran mentadbir dan mengurus persatuan
c. Antara tugas mentadbir dan mengurus persatuan termasuklah:
i. Keahlian
ii. Surat mesyuarat
iii. Menyimpan fail
iv. Mengurus kewangan
v. Mesyuarat
vi. Urusan yang diperuntukkan dalam perlembagaan persatuan

4.4.1 Folio
a. Sistem Fail
i. Sistem fail dan surat mesyuarat yang teratur dan kemas
kini sangat penting bagi sesuatu persatuan
ii. Sistem fail yang dikemas kini dan teratur merupakan satu
keperluan bagi menyimpan rekod-rekod, dokumen-
dokumen penting persatuan, catatan dan keputusan yang
telah dilaksanakan
iii. Tujuan sistem fail adalah supaya sesuatu rekod mudah
dicari apabila diperlukan tanpa membuang masa,
maklumat dan rekod tidak hilang, mudah disediakan dan
disimpan
iv. Sistem fail yang sistematik dapat menambah kecekapan
mentadbir dan mengurus sesuatu persatuan dan membuat
rujukan apabila perlu
v. Terdapat empat sistem pengelasan fail yang utama:
1) Pengelasan fail mengikut abjad
2) Pengelasan fail mengikut perkara
3) Pengelasan fail mengikut angka
4) Pengelasan fail mengikut tempat dan kawasan
vi. Ciri-ciri sistem fail:
1) Sesuatu dokumen itu mudah dicari dan diperoleh
dengan cepat apabila diperlukan
2) Sistem fail itu tidak kompleks, mudah dikendalikan dan
difahami serta tidak mngelirukan
3) Sistem fail perlu disesuaikan dengan keperluan
organisasi. Contohnya, sesebuah organisasi
memerlukan sistem fail pusat atau sebaliknya
4) Sistem fail boleh diubahsuai jika perlu, mengikut
kehendak dan keadaan organisasi. Pengubahsuaian
bermaksud membesar dan mengecilkan sistem fail
5) Sistem fail perlu melibatkan kos yang seminimum
mungkin
6) Dokumen yang difailkan perlu mendapat perlindungan
keselamatan daripada kebakaran, kekotoran, bencana
alam dan kebocoron rahsia organisasi
7) Sistem fail perlu menggunakan ruang yang seminimum
mungkin

4.4.2 Buku Log


a. Sebuah buku catatan rasmi yang mengandungi butir-butir I
fakta-fakta yang dilalui dan dipelajari oleh seseorang anggota
KRS, sentiasa dikemaskini dan diteliti, oleh Pegawai KRS atau
Jurulatih Jemputan
b. Jenis-jenis Buku Log:
i. Penulisan Log Pelajaran - Latihan Mingguan
ii. Penulisan Log Harian - Perkhemahan, Kursus, Lawatan
dan lain-lain
c. Kepentinqan Buku Log
i. Melatih para anggota supaya bersikap serius dan
mengambil berat di dalam setiap aktiviti I latihan supaya
mampu meningkatkan kualiti latihan pada din sendini dan
pasukan
ii. Membina sifat-sifat kendiri menjadi seorang pengurus yang
cekap dan produktiviti di dalam melaksanakan sebarang
arahan dan tugasan yang diberikan dan masa ke semasa
iii. Sebagai bukti dan kebanggaan menjalani pelbagal latihan I
kursus sepanjang menjadi seorang anggota KRS
d. Kandungan Buku Log
i. Biodata anggota
ii. Logo dan penerangan
iii. Moto platun
iv. Penghargaan
v. Pendahuluan
vi. Nota penulisan buku log
vii. Jadual kursus
viii. Jadual
ix. Penulisan harian
x. Penulisan pelajaran
xi. Nota lagu
xii. Nota pertolongan cemas
xiii. Kreativiti
xiv. Carta rajah
xv. Lampiran
xvi. Ulasan pengenalan buku log

4.5 Tanggungjawab Pemimpin


Seperti mana yang kita tahu, sesebuah organisasi mestilah mempunyai seorang
pemimpin. Pemimpin bertanggungjawab dalam pelbagai hal seperti:
a. 1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli
Jawatankuasa
b. 2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan
c. 3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah
d. 4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung
dalam Perlembagaan
e. 5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar
f. 6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan
g. 7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Unit Pakaian
Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan
h. 8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda / peralatan diurus
dengan baik
i. 9.Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan
difailkan
j. 10. Mendaftarkan Unit Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab
Sukan/ Permainankepada Pengetua/Guru Besar atau Badan Induk
k. 11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan
kepada ahli-ahli
l. 12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat
sekolah/zon/daerah /negeridan kebangsaan dengan baik
m. 13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan
n. 14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli
o. 15. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli
p. 16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit
yang diwakili
q. 17. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya
r. 18. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli
s. 19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan
kepada JawatankuasaKokurikulum Sekolah
t. 20. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu
program
u. 21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru
Besar dari semasa kesemasa

4.6 Pakaian Seragam Ahli dan Pemimpin


4.6.1 Ahli Lelaki
a. Beret
i. Sherwood dark green
ii. Lencana KRS (logam) warna emas-pelapik merah
b. Lanyard
i. Merah(single-line)
c. Baju
i. Light green(No.L109)
ii. Lengan Pendek
iii. Kolar dot (epoxy bulat)
iv. Lencana poket (di sebelah kiri poket)
v. Butang baju 7 biji-warna hijau muda
d. Apulet Pangkat (sulam)
i. Pangkat berwarna putih borderline berwarna merah
dan apulet berwarna sherwood dark green
e. Seluar
i. Seluar sekolah(olive green)/sherwood dark green/tiada
plat
f. Kasut
i. Kulit/PVC hitam dan bertali dan berstokin hitam
g. Nama
i. Tanda nama (di sebelah kanan, hitam dan tulisan putih-
tempa)
ii. Border berwarna putih
h. Tali Pinggang
i. Kanvas berwarna hijau
ii. Berkepala warna emas dan berlogo KRS

4.6.2 Pegawai Lelaki


a. Peakcap
i. Lencana wire cap badge
ii. Bunga padi 2 lapis
iii. Bunga padi selapis mejar
b. Beret
i. Warna maroon
ii. Jenis pure wool & lencana wire cap badge
c. Apulet
i. Pangkat logam berwarna emas sahaja
d. Lanyard
i. Merah(single-line) untuk Pegawai latihan
ii. Merah(beranyam kecil) untuk Pegawai pengurusan
e. Colar Dot (Logam)
i. Pelapik merah(biji saga)-pegawai pengurusan
ii. Tiada pelapik bagi pegawai latihan
f. Baju
i. Bush jacket sherwood dark green(coat cutting half
lining)
ii. Belah belakang: 2 side back vent
iii. Butang emas 7 biji besar dan 6 biji kecil pada setiap
pocket depan & lidah apulet
iv. Lencana poket(di sebelah kiri poket)
v. Lengan pendek(lipatan 4 jari)
vi. Atau lengan panjang(tambahan 3 biji butang kecil di
tangan baju)
g. Seluar
i. Seluar sheerwood dark green, tiada poket di lutut,tiada
plat
ii. pacat (loop)kecil
h. Tali Pinggang
i. Kanvas sheerwood dark green
ii. Berkepala warna emas dan berlogo KRS
i. Kasut
i. Kulit/PVC hitam bertumit 2 dan berstokin hitam
j. Nama
ii. Tanda nama di sebelah kanan, hitam dan tulisan putih-
tempa
iii. Border berwarna putih
k. Tongkat
i. Logo KRS di hujung kepala dan bukan di tepi
l. Service Ribbon
i. Tengah-tengah di atas poket baju kiri

4.7 Takwim dan Perancangan Aktiviti


Bulan Minggu Aktiviti
1.0 Perlembagaan Penubuhan
- Prinsip-prinsip asas pertubuhan
- Perlembagaan pertubuhan
- Lambang dan cogan kata
- Bendera dan lagu pertubuhan
- Persetiaan/ikrar dan undang-undang
pertubuhan
1.1 Sejarah Unit Beruniform
- Sejarah pengasas
- Sejarah penubuhan
- Sejarah penubuhan di Malaysia
- Tujuan penubuhan
- Istiadat-istiadat rasmi pertubuhan
1.2 Struktur dan Organisasi Pertubuhan
- Struktur dan organisasi peringkat
kebangsaan/negeri/daerah/IPG
- Struktur dan organisasi kumpulan
- Fungsi majlis tadbir
1.3 Pengurusan dan Pentadbiran
- Pendaftaran ahli dan kumpulan
- Kuasa penganjur
- Struktur unit
- Pengurusan folio/buku log/laporan aktiviti
- Tanggungjawab pemimpin
- Pakaian seragam ahli dan pegawai
- Takwim dan rancangan aktiviti
1.4 Kemahiran Perkhemahan
a. Kraf Perkhemahan
i. Pengurusan dan penjagaan khemah
ii. Tujuan dan faedah membuat gajet
iii. Jenis-jenis gajet dan kegunaannya
b. Ikhtiar Hidup
i. Masakan rimba
ii. Membuat perangkap
c. Kebudayaan
i. Nyanian/lagu perkhemahan
ii. Permainan
iii. Malam kebudayaan
d. Jalan Lasak dan Pandu Arah
i. Tujuan
ii. Peraturan dan persediaan
iii. Prosedur jalan lasak dan pandu arah
iv. Membaca kompas
v. Komunikasi Radio Amatur
vi. Mengesan tanda dan simbol
vii. Laporan pengembaraan
e. Khidmat Kesukanan
i. Minggu kerja
ii. Masyarakat Penyayang
iii. Hari peringkat
iv. Alam sekitar
f. Simpulan
i. Manuk
ii. Buku sila
iii. Tindih kasih
iv. Bunga geti
v. Balak
vi. Belit
g. Ikatan
i. Seraya
ii. Serong
iii. Lilit kacang
h. Asas kawad kaki
i. Bahasa hukuman
ii. Kawad statik dan dinamik
iii. Kawad formasi
i. Asas Pertolongan Cemas
i. Tujuan dan prinsip
ii. Anduh dan balutan
iii. Merawat luka dan gigitan
iv. Melecur, lebam dan patah
v. Keracunan dan terseliuh
vi. Pemulihan pernafasan
1.5 Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan
i. Konsep
ii. Penglibatan
iii. Sijil
iv. Tujuan perkhemahan
v. Jenis perkhemahan
vi. Perancangan dan persiapan awal
vii. Pemilihan tempat
viii. Aspek keselamatan
ix. Kemudahan asas
x. Pemeriksaan pagi
xi. Surat-menyurat
xii. Kuater master
xiii. Laporan dan refleksi
1.6 Orientasi Kurikulum Sekolah Rendah
i. Kurikulum unit beruniform
ii. Perancangan

You might also like