You are on page 1of 1

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KESEPULUH

1. MASALAH
Pada minggu kesepuluh, saya telah menghadapi masalah murid tidak dapat mempersembah
atau membuat pembentangan di depan kelas. Memang sukar untk mendapatkan murid untuk
membentangkan hasil perbincangan atau kerja mereka di hadapan kelas. Saya merancang
murid berkongsi hasil kerja yang telah dijalankan di hadapan kelas untuk membiasakan
murid bercakap di depan orang ramai. Namun begitu, murid akan mula menunduk kepala
atau menuding jari kea rah murid lain dan menyebut nama murid lain apabila diminta
bercakap di depan kelas.

2. ANALISIS
Menurut Nurabadi (2007), murid malu untuk bertanya berpunca daripada murid tidak yakin
dengan diri sendiri dan bimbang diketawakan oleh orang lain. Begitu juga untuk bercakap di
depan kelas. Persamaan dua perkara ini adalah orang yang bercakap akan menjadi tumpuan
kelas. Jadi apa yang dilakukan akan menjadi tontonan umum, kesalahan atau kesilapan
yang dilakukan akan ditertawakan. Masalah ini tertimbul atas murid tidak biasa bercakap di
hadapan kelas kerana ia tidak menjadi amalan kebiasaan dalam pengajaran dan
pembelajaran terutamanya apabila guru mengamalkan interaksi sehala dengan murid dalam
kelas. Aktiviti pembelajaran bersifat pasif di mana hanya guru yang bercakap dan murd-murid
hanya mendengar. Pada masa yang sama, murid mungkin belum memahami permintaan
serta soalan yang ditanyakan oleh guru.

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI


- Saya akan menggalakkan murid untuk membentang dalam kelas dengan memberi
keyakinan kepada murid serta berdiri di sebelah murid untuk menemaninya.
- Saya akan memberi galakan dengan memberikan kata-kata pujian dan positif selain
daripada ucapan terima kasih kepada murid yang membentang. Pada masa yang sama,
saya akan mengarah semua murid untuk memberi tepukan kepada pembentang.
- Saya akan menjadikan aktiviti pembentangan di dalam kelas sebagai aktiviti rutin dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk membantu memupuk keberanian murid serta
meningkatkan keyakinan murid untuk bercakap di khalayak.

4. TEMPOH MASA
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin kerana adalah penting untuk
menggalak murid untuk bercakap di hadapan kelas dengan keyakinan.

5. PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan meminta kerjasama guru pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan
saya.

6. TINDAKAN SUSULAN
Semasa merancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya akan merancangkan
aktiviti yang melibatkan pembentangan. Isi kandungan pembentangan adalah perkara yang
amat dekat dengan diri murid dan murdah diceritaka kepada orang lain berdasarkan tema.
Dengan ini, murid lebih selesa apabila membuat pembentangan tentang perkara yang murid
betul-betul fahami.

You might also like