You are on page 1of 9

,

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG BUKIT JALIL


58200 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA 2012

TARIKH : 02 November 2012

TEMPAT : 1.30pm

MASA : 02 November 2012

KEHADIRAN :

1. Pn T.Sitha
2. Pn S.Sutha
3. Pn. G.Vatsala
4. Cik K.Saraswathy
5. Cik D.Diana
6. Cik S.Renuka
7. Cik S.P.Madathyattal
8. Cik A.Sumathy
9. Pn N.Ganga
10. En.Latchumanan
11. Cik K.Mariammah
12. Pn M.Nalini
13. Cik M.Eiaswari
14. Pn. Kasturi
15. En. Uma Mageswaran

TIDAK HADIR : 1. En. Ikhwan (Kursus)


2. Pn S.Sathana (Cuti Bersalin)

1. Ucapan Guru Besar

1.1 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana sudi
menghadirkan diri untuk Mesyuarat Guru kali ke 5.
2. SAPS
2.1 Guru Besar telah berbincang tentang SAPS. Beliau minta guru-suru supaya
memasuki markah PKSR 2 dalam SAPS sebelum 05 November 2012.

3. PBS
3.1 Beliau juga berbincang tentang PBS. Beliau minta guru-guru yang mengajar
tahun satu dan dua perlu memasuki band (PBS) untuk bulan Oktober bagi subjek
masing-masing.
3.2 Cikgu Pn. Nalini memberitahu guru besar bahawa tidak dapat memasuki band
bagi bulan Januari. Ini kerana pada waktu tersebut minggu transisi telah berjalan.
Beliau juga memberitahu bahawa band bagi subjek Sains (KSSR) tidak mengikut
aras. Oleh itu, setiap bulan tidak dapat membuat band.
3.3 Cik. Madathy bersetuju dengan pendapat Pn.Nalini. Cik.Madathy memberitahu
bahawa bagi subjek matematik band system tidak mengikut bulan.
3.4 Cik. Diana iatu guru yang menghadiri kursus PBS memberitahu bahawa band
boleh buat secara berkala. Tetapi semua band tidak boleh buat dalam satu
bulan.
3.5 Guru Besar minta Cik.Diana untuk membuat kursus dalaman tentang PBS.
3.6 Cik.Madathy telah memberi cadangan bahawa guru-guru yang mengajar PBS
perlu buat satu senarai semak bagi subjek masing-masing. Ia adalah sebagai
bukti guru tersebut telah membuat band bagi subjek masing-masing.
3.7 Guru Besar bersetuju dengan cadangan Cik.Madathy. Guru Besar semua guru
perlu tampal senarai semak PBS dalam Buku Rekod masiing-masing.
Tindakan: Guru-guru PBS

4. Tarikh hantar Buku Rancangan Harian


4.1 Guru Besar minta semua guru perlu hantar buku rancangan harian mereka pada
hari 9 November 2012.
4.2 Guru-guru perlu tampal senarai semak PBS, markah lisan, serta markah PKSR
2.
5. PKSR 2
5.1 Guru Besar memberi komen bahawa guru-guru tidak hantar kertas soalan PKSR
2 kepada beliau untuk penyemakan.
5.2 Semasa memberi markah bagi soalan subjektif, guru perlu adil dan tidak
harusnya ada belas kasihan.
5.3 Setiap guru perlu mengadakan perbincangan kertas soalan dengan murid-murid
selepas menyemak kertas soalan tersebut.
5.4 Buku prestasi murid perlu beri kepada murid-murid pada hari Isnin iaitu 5
November 2012.
Tindakan: Guru Kelas
5.5 Guru Besar tanya Cik. Mariammah (Guru Kelas Tahun 3) tentang buku prestasi
murid kerana tiga murid dalam kelas beliau tidak ada buku prestasi murid. Beliau
telah hantar markah PKSR 2 bagi tiga murid tersebut dalam kertas. Guru Besar
kata beliau tidak akan mengesahkan kertas yang dihantar oleh guru tersebut.
Cik.Mariammah memberi alasan bahawa 3 murid tersebut tidak hantar buku
prestasi mereka. Mereka telah hilangkan buku prestasi mereka.
5.6 Guru Besar minta semua guru kelas untuk menyediakan senarai semak bagi
menyemak murid-murid yang telah hantar serta tidak hantar buku prestasi.
5.7 Postmordum PKSR 2 perlu hantar pada 5 November 2012. Guru Besar minta
postmordum yang dibuat guru harus terperinci dan perlu berkait ETR serta
masalah murid.
5.8 Setiap guru harus buat tiga salinan postmordum. Salinan pertama perlu beri
kepada Guru Besar, salinan kedua adalah bagi Ketua panitia manakala salinan
ketiga adalah untuk simpanan guru masing-masing.
Tindakan: Semua guru

6. Hari Anugerah
6.1 Guru Besar memberitahu tentang Hari Anugerah yang akan diadakan pada 8
November 2012.
6.2 En.Latchumanan diminta untuk menguruskan PA Sistem. Guru Besar minta
En.Latchumanan supaya menghubungi EN.Kumarakanan, Ketua PIGB bagi
tanya tentang pembelian PA system.
6.3 Disamping itu, beliau juga minta kerjasama semua guru bagi membuat
perhiasan pentas.
6.4 Beliau juga mamuji semua guru atas kerjasama mereka pada hari Sarawathy
Pooja.
6.5 Selain itu, Guru Besar memberi komen tentang persembahan murid-murid bagi
hari Anugerah. Beliau telah minta guru-guru tahun 2, 4 dan 5 perlu buat
perubahan dalam persembahan kelas mereka.
6.6 Persembahan yang disediakan terutamanya lagu yang dipilih harus bermoral
6.7 Guru Besar juga memberi komen tentang persembahan Hari Kanak-Kanak.
Sesetengah persembahan murid tidak bermoral.
6.8 Cik,Madathy memberitahu bahawa seorang bapa murid telah memberi komen
tentang persembahan murid tahun dua. Beliau kata persembahan tidak bersopan
terutamanya pakaian murid-murid. Oleh itu, Cik. Madathy kata semua
persembahan yang akan diadakan perlu diberitahu kepada guru kelas masing-
masing lebih awal.

7. Kad kesihatan murid


7.1 Guru Besar minta guru kelas supaya hantar kad kesihatan kepada Pn.Vatsala.

8. UPSR
8.1 PN.Nalini (Guru Kelas Tahun6) perlu hantar sijil berhenti murid-murid tahun 6
pada hari isnin iaitu 5 November 2012.
Tindakan: Guru Kelas Tahun 6
8.2 Guru Besar minta Pn.Vatsala supaya membuat kaunseling kepada murid-murid
perempuan tahun 6.

9. Jamuan LBS
9.1 Guru Besar telah memberitahu jamuan yang akan disediakan oleh LBS pada 09
November 2012.
9.2 Kehadiran semua guru adalah wajib.
9.3 En.Uma Mageswaran memberitahu bahawa beliau tidak dapat hadir kerana
terdapat temujanji dengan doktor. Guru Besar minta beliau supaya datang ke
sekolah selepas jumpa doktor.
9.4 Selain itu, Guru Besar juga minta pendapat guru-guru bagi mengadakan jamuan
Deepavali bagi staf sokongan sekolah pada hari yang sama. Semua guru
bersetuju dengan cadangan beliau. Semua guru bersetuju untuk menggunakan
wang kelab guru bagi perbelanjaan jamuan tersebut.

10. Jamuan dan Lawatan Guru-Guru


10.1 Beliau juga memberitahu bahawa jamuan guru akan diadakan pada bulan
Desember.
10.2 Beliau juga tanya pendapat guru-guru tentang lawatan pada bulan disember.
Semua guru bersetuju lawatan ke Genting Highland. Semua guru perlu menaiki
bus. Pengangkutan sendiri tidak digalakkan.
10.3 Disamping itu, beliau juga memberitahu bahawa fail panita perlu dikemaskinikan.
Markah PKSR 2 perlu diberi kepada ketua panita dan ketua panitia harus simpan
markah tersenut dalam fail panitia. Guru Besar minta semua ketua panita bagi
matapelajaran teras harus dapatkan fail baru dari Penolong Kanan 1.
Tindakan: Semua guru

11. Kedatangan guru pada bulan Desember.


11.1 Guru Besar serta Penolong Kanan 1 tanya tentang tarikh kedatangan guru-guru
pada waktu cuti. Mereka minta cadangan guru-guru bagi menentukan tarikh.
11.2 Cik.Diana memberi cadangan pada hari 25 November 2012 hingga 08 Disember
2012. Tetapi Pn.Nalin tidak bersetuju kerana beliau perlu mengahadiri upacara
sembayang.
11.3 Akhirnya tarikh yang ditetapkan adalah pada hari 10 Disember 2012 hingga 21
Disember 2012. Semua guru perlu datang ke sekolah dua minggu tersebut.
Tindakan: Semua guru
12. LINUS
12.1 Cik Madathy memberitahu tentang LINUS. Guru-guru LINUS perlu kemaskini fail
linus mereka bagi saringan 3, 6 dan 9.
12.2 Beliau minta semua guru perlu hantar fail LINUS pada hari Jumaat iaitu 09
November 2012. Semua bahan-bahan yang diletakkan dalam Fail LINUS perlu
mendapat pengesahan daripada Guru Besar.
Tindakan: Semua guru Linus

13. Hal-Hal lain


Tiada

14. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30petang dengan ucapan terima kasih
Guru Besar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


__________________ _______________

(GANGA A/P NAGALINGAM) (PN. T. SITHA )

GURU BESAR
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG BUKIT JALIL

58200 KUALA LUMPUR

MESYUARAT GURU KALI KE- 7

PANGGILAN MESYUARAT GURU KALI KE 7

RUJUKAN : SJKTLBJ

TARIKH : 02 NOVEMBER 2012

Kepada,

Guru Besar,Guru-guru

Tuan / Puan

MESYUARAT GURU KALI KE 5

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas dan memaklumkan bahawa Mesyuarat Guru kali ke
5 akan diadakan seperti berikutnya :

Tarikh : 02 NOVEMBER 2012

Masa : 1.30 petang-4.30 petang

Tempat : Pusat Sumber

Agenda :

1. Ucapan Guru Besar


2. SAPS
3. PBS
4. Tarikh hantar Buku Rancangan Harian
5. PKSR 2
6. Hari Anugerah
7. Kad kesihatan murid
8. UPSR
9. Jamuan LBS
10. Jamuan dan Lawatan Guru-Guru
11. Kedatangan guru pada bulan Desember.
12. LINUS
13. Hal-Hal lain
14. Penutup

2. Sehubungan dengan itu tuan/puan diminta hadir ke mesyuarat ini.

Berkhidmat Untuk Negara

Saya yang menurut perintah, Arahan Daripada,

---------------------- ----------------------------

Pn.N.Ganga Pn Sitha A/P Thagavaloo

Guru Besar

SJK (T) Ladang Bukit Jalil

You might also like