You are on page 1of 4

SMK SENAWANG 3

PRECINCT 4 PERSIARAN FOREST HEIGHT 2,


70450 SEREMBAN.

KERTAS KERJA

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA

8 OKTOBER 2016
SABTU
7.30 pagi 11.00 T/hari

1. PENDAHULUAN

Sekolah sebagai institusi pendidikan utama bukan sahaja mengutamakan bidang akademik
malah diberi tanggung jawab turut memfokuskan kepada kesihatan fizikal, mental dan
persekitaran. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan murid-
murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Bagi merealisasikan
hasrat itu, SMK Senawang 3 menyahut Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui
Kementerian Pendidikan dan akan melaksanakan program menyambut Hari Sukan Negara
tahun 2016 di peringkat sekolah.

2. OBJEKTIF

Di antara objektif perlaksanaan Hari Sukan Negara di peringkat sekolah adalah,


i. Langkah proaktif untuk menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif
dalam kalangan murid.
ii. Mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat dan baik untuk kesihatan serta
meningkatkan keseronokan untuk murid hadir ke sekolah
iii. Menerapkan nilai-nilai murni supaya murid saling bekerjasama dan
bertoleransi dalam sebuah negara untuk meningkatkan intergrasi nasional.

3 KUMPULAN SASARAN
Semua guru dan murid-murid SMK Senawang 3.
4 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN
Tarikh: 8hb. Oktober 2016
Hari: Sabtu
Masa: 7.30 pagi 11.00 t/hari
Tempat: Dataran Perhimpunan SMK Senawang 3
Pakaian: Guru Seluar tracksuit gelap, baju (tema oren), kasut sukan.
Murid Seluar tracksuit gelap, Baju sukan sekolah, kasut
sukan.
5 TENTATIF PROGRAM
7.30 pagi: Semua guru dan murid berkumpul di Dataran Perhimpunan.
Guru Kelas mencatat kehadiran murid.
8.00 pagi: Ucapan aluan pengacara majlis
Bacaan Doa
Ucapan perasmian oleh Tn. Haji Hamidon bin Haji Khalid
Pengetua SMK Senawang 3
Penyampaian cenderamata
8.30 pagi: Aktiviti senamrobik
9.30 pagi: Rehat / Jamuan ringan
10.00 pagi: Aktiviti gotong royong
11.00 T/hari: Bersurai

Gotong royong dijalankan meliputi kawasan bilik-bilik darjah dan koridor serta sekitarnya. Kerja-kerja
yang harus dilakukan adalah seperti membersihkan lantai, cermin tingap, menyusun kerusi meja,
keceriaan kelas, mengasingkan perabut yang rosak. Aktiviti ini akan dijalankan bersama oleh guru
kelas dan murid-murid. Setiap kelas akan dibekalkan dengan plastik sampah dan seunit penyapu
sahaja manakala keperluan lain harus disediakan oleh kelas masing-masing.

6 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi: Tuan Hj. Hamidon Bin Hj. Khalid


Pengetua
Timbalan Pengerusi: Encik Md. Saat Bin Atan
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Naib Pengerusi 1: Puan Hjh. Norashikin bte Jantan


Guru Penolong Kanan
Naib Pengerusi 2: Puan Zuraimi bin Ismail
Guru Penolong Kanan HEM

Setiausaha: Puan Roslina bte Zakaria


Penolong Setiausaha: Puan Siti Sujimah bte Omar
Juruacara: Pn Nor Azlina bte Ahmad
Bendahari: Puan Aressa Liyana bte Mohd Isa
Bacaan Doa: Ustazah Azlifah bte Abu Bakar
Persediaan Tempat /PA Sistem: Encik Sezali bin Mohd Kamal
Sijil / Banner: Puan Nurhida bte Mohd Noh
Gotong royong: Encik Mohd Azlee bin Ismail
Tn. Hj Mazni bin Md Lazim

Jamuan Pelajar: Pn. Mareena bte Mahadi


Pn. Nur Aslinawati bte Zawawi

Jemputan: Puan Roslina bte Zakaria

Peralatan: Pn. Suzana bte Mohd Nasir


Disiplin: En. Ganesan A/l Subramoniam

Fotografi dan Dokumentasi: Pn. Nor Baizura bte Nor Azlan


Buku Program: Pn. Norliza bte Roslin
Kebersihan: Pn. Halimahton bte Mohd Yusoff
Jamuan tetamu: Pn. Noor Azlina bte Abdullah Hashim

7 KEWANGAN PROGRAM
Perbelanjaan
Bil. Perkara Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah Kos (RM)
i Makan / minum pelajar 402 1.50 603.00
ii Cenderamata / Bayaran 1 200.00 200.00
penceramah
iii Air mineral 3 kotak 12.00 36.00
iv Banner 1(4x8) dan 100.00 100.00
Bunting1 (2x 5)
JUMLAH 939.00

Sumber kewangan
Bil. Sumber Jumlah
i Suwa Kantin 603.00
ii PIBG 336.00
JUMLAH 936.00

8 PENUTUP
Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan kesungguhan yang jitu dan
usaha ini mampu melahirkan warga SMK Senawang 3 yang cergas fizikal dan sihat
minda. Gotong royong yang dijalankan dapat meningkatkan kebersihan bilik darjah
serta dapat membentuk keperibadian mulia dan meningkatkan kualiti hidup.

Disediakan oleh,
..
(ROSLINA BTE ZAKARIA)
Setiausaha,
Program Hari Sukan Negara.

Disemak oleh,

(MD. SAAT BIN ATAN)


GPK Kokurikulum
SMK Senawang 3.

Disahkan oleh
..
(HJ.HAMIDON BIN HJ.KHALID)
Pengetua.
SMK Senawang 3.

You might also like