You are on page 1of 25

Topik Fonetik dan

3 Fonologi
Bahasa Melayu
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan alat pertuturan dan fungsinya;
2. Menjelaskan cara penghasilan bunyi vokal dan diftong;
3. Membezakan bunyi-bunyi huruf konsonan; dan
4. Mengaplikasikan ilmu fonetik dan fonologi di dalam bilik darjah.

PENGENALAN
Pada umumnya, kajian tentang bunyi bahasa terbahagi kepada dua bidang, iaitu
fonetik dan fonologi. Fonetik ialah ilmu meneliti bunyi bahasa dari segi sebutan
dan pendengaran atau sifat-sifat bunyi. Manakala, ilmu fonologi pula ialah ilmu
yang meneliti bunyi-bunyi yang berfungsi dalam bahasa.

3.1 ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA


Tahukah anda bahawa, bunyi bahasa terhasil apabila udara dari paru-paru
dihembus keluar dengan tekanan yang tinggi, seterusnya udara tersebut akan
melalui beberapa organ bermula dari paru-paru hinggalah ke dua bibir. Adakah
anda mengenali semua organ yang berfungsi semasa penghasilan bunyi bahasa?
Jika belum, eloklah kita mengenali terlebih dahulu organ-organ tersebut di
dalam Rajah 3.1 dengan penjelasan organ di dalam Jadual 3.1.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 59

Rajah 3.1: Organ-organ penghasilan bunyi bahasa

Jadual 3.1: Nama-nama Organ Penghasilan Bunyi Bahasa

Nombor Nama-nama Organ


1 Bibir atas
2 Bibir bawah
3 Gigi atas
4 Gigi bawah
5 Gusi
6 Lelangit keras
7 Lelangit lembut
8 Anak tekak
9 Hujung lidah
10 Hadapan lidah
11 Tengah lidah
12 Belakang lidah
13 Akar lidah
14 Epiglotis
15 Pita suara
16 Rongga tekak
17 Rongga hidung
18 Rongga mulut
19 Rahang
20 Tenggorok

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


60 TOPIK 3 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

3.2 FUNGSI ALAT PERTUTURAN


Alat pertuturan manusia mempunyai peranan-peranan yang tersendiri.
Keupayaan organ-organ melaksanakan fungsi-fungsinya akan membolehkan
seseorang itu mengeluarkan bunyi seperti apa yang dikehendaki. Kita akan
meneliti peranan setiap organ pertuturan tersebut dalam subtopik berikutnya.

3.2.1 Lidah
Lidah merupakan alat artikulasi bergerak terpenting bagi mengeluarkan bunyi
bahasa. Pada umumnya, bahagian lidah dapat dibahagikan kepada empat
bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah dan belakang lidah.
Pembahagian ini berdasarkan jenis penghasilan bunyi yang dilakukan oleh lidah.
Misalnya, bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan, tengah atau belakang, maka
bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah memainkan peranan
yang penting. Bahagian hujung lidah ialah bahagian paling aktif kerana ia boleh
digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

3.2.2 Gigi
Gigi memainkan peranan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya
tidaklah aktif. Gigi yang berkedudukan statik, sering digunakan sebagai
penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Fungsi gigi sebagai penampan
aliran udaralah yang membolehkan bunyi dihasilkan.

3.2.3 Bibir
Bibir merupakan alat artikulasi yang berada pada kedudukan bahagian luar
rongga mulut. Bibir bersifat fleksibel kerana ia boleh dihamparkan dan
dibundarkan bagi menghasilkan bunyi yang berbagai-bagai. Fungsi utama bibir
ialah untuk membuat sekatan pada udara yang keluarkan daripada rongga
mulut.

3.2.4 Gusi
Gusi ialah bahagian yang berada antara bahagian gigi ke bahagian dalam rongga
mulut. Bahagian gusi berfungsi sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung
lidah yang berperanan membuat penyekatan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 61

3.2.5 Lelangit
Lelangit pada asasnya dapat dikategorikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit
keras dan lelangit lembut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi hinggalah
ke bahagian hadapan atas rongga mulut. Lelangit lembut pula bermula dari
sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut.

Lelangit lembut dapat dinaik dan diturunkan untuk menutup atau membuka
saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Jika lelangit lembut dinaikkan,
rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut. Jika
lelangit lembut diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa
keluar melalui rongga hidung.

3.2.6 Rongga Hidung


Rongga hidung ialah alat yang berada di atas rongga mulut yang dipisahkan
oleh lelangit. Sifat rongga hidung ialah ia boleh dibuka atau ditutup, bergantung
pada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau
diturunkan.

3.2.7 Pita Suara


Pita suara ialah alat yang berada dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat
penting dalam penghasilan bunyi. Pada umumnya, sesuatu proses pengeluaran
bunyi berlaku dengan cara memperluas dan menyempit lubang yang terdapat
antara dua keping selaput nipis pita suara (rujuk Rajah 3.2).

Rajah 3.2: Pita suara

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


62 TOPIK 3 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

3.3 JENIS-JENIS BUNYI


Subtopik ini akan menjelaskan jenis-jenis bunyi vokal, diftong dan konsonan
dengan lebih lanjut.

3.3.1 Bunyi Vokal


Bunyi vokal terhasil apabila udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut
tanpa mengalami sebarang sekatan atau himpitan. Penghasilan bunyi vokal
sangat dipengaruhi oleh kedudukan lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk
bibir.

Kedudukan lidah semasa penghasilan vokal dapat diperhatikan di dalam Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Kedudukan lidah semasa penghasilan vokal

Berikut dinyatakan penjelasan jenis-jenis vokal bunyi.

(a) Vokal Depan Sempit (i)


Bagi menghasilkan vokal depan sempit (i), depan lidah perlu dinaikkan
hingga hampir menyentuh lelangit keras, manakala hujung lidah
didekatkan pada gusi.

Seterusnya, lelangit lembut akan diangkat untuk menutup rongga hidung.


Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita
suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan
geseran kedengaran. Bibir pula berada dalam keadaan terhampar.
Perhatikan Rajah 3.4.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 63

Rajah 3.4: Vokal depan sempit (i)

Contoh:
Awal kata Tengah kata Akhir kata
[ikan] [tipu] [bali]
[ikut] [lihat] [topi]
[pahit] [pili]
[kira] [kuwali]
[famili]

(b) Vokal Depan Separuh Sempit (e)


Bagi menghasilkan bunyi vokal depan separuh sempit (e), depan lidah
harus dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi membunyikan vokal (i).
Perhatikan Rajah 3.5.

Rajah 3.5: Vokal depan sempit (e)

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


64 TOPIK 3 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Contoh:
Awal kata Tengah kata Akhir kata
[elo ] [laher] [kol]
[esa] [merah]
[e n ] [lateh]
[eka] [leka]

(c) Vokal Depan Separuh Luas ()


Bagi menghasilkan vokal depan separuh luas (), depan lidah diturunkan
sepertiga dari kedudukan untuk mengeluarkan vokal (e). Kedudukan alat
pertuturan adalah sama seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal (i)
dan (e).

Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek.

(d) Vokal Depan Luas (a)


Bagi menghasilkan bunyi vokal depan luas (a), depan lidah diturunkan
serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke
belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan
lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i) dan (e). Perhatikan
Rajah 3.6.

Rajah 3.6: Vokal depan luas (a)

Contoh:

Awal kata Tengah kata Akhir kata


[ahli ] [m ka] [bola]
[ajar] [nans] [m m ]
[ambil ] [ ] [ laba ]
[anji ] [ m la m ] [ di ya ]
[ tapai ] [ supaya ]

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 65

(e) Vokal Belakang Sempit (u)


Bunyi vokal belakang sempit (u), dihasilkan dengan cara mengangkat
belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang aliran
udara. Bentuk bibir dibundarkan. Perhatikan Rajah 3.7.

Rajah 3.7: Vokal belakang sempit

Contoh:
Awal kata Tengah kata Akhir kata
[baru] [tiru] [budu]
[upah] [bubuh] [malu]

(f) Vokal Separuh Sempit (o)


Bunyi vokal separuh sempit (o), dihasilkan dengan cara menurunkan
belakang lidah satu pertiga antara tempat yang paling tinggi dan tempat
yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan. Perhatikan
Rajah 3.8.

Rajah 3.8: Vokal separuh sempit (o)

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


66 TOPIK 3 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Contoh:
Awal kata Tengah kata Akhir kata
[oleh] [tolol] [boleh]

(g) Vokal Belakang Separuh Luas ()


Bunyi vokal belakang separuh luas (), dihasilkan apabila belakang lidah
diturunkan satu pertiga daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk
bibir akan dibundarkan. Vokal jenis ini jarang ditemui dalam bahasa
Melayu.

(h) Vokal Tengah ()


Bunyi vokal tengah () dihasilkan dengan cara meletakkan lidah seperti
biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit,
manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Perhatikan
Rajah 3.9.

Rajah 3.9: Vokal tengah ()

Contoh:
Awal kata Tengah kata Akhir kata
[mak] [s mak] [p mb li]

3.3.2 Bunyi Diftong


Apabila bunyi dua vokal digabungkan dan dilakukan secara luncuran, maka
bunyi ini dinamakan bunyi diftong. Bunyi diftong terhasil apabila berlaku proses
pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal
kepada vokal yang lain. Rajah 3.10 menunjukkan kedudukan diftong bahasa
Melayu.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 67

Rajah 3.10: Kedudukan diftong bahasa Melayu

Rujuk Jadual 3.2 untuk jenis-jenis dan contoh diftong.

Jadual 3.2: Jenis-jenis dan Contoh Diftong

Jenis-jenis Contoh

(ai) Sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai.


(au)
Lampau, silau, garau, surau, pukau.

(oi) Amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.

AKTIVITI 3.1

Setelah anda membaca dan memahami keterangan yang berkaitan dengan


penghasilan bunyi vokal, cuba lengkapkan jadual di bawah dengan
maklumat keadaan alat artikulasi untuk menghasilkan bunyi vokal.

Lelangit Lelangit
Bil. Vokal Lidah Anak tekak
lembut keras
1. Depan sempit
2. Depan luas
3. Belakang sempit
Belakang
4.
separuh sempit

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


68 TOPIK 3 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

3.3.3 Bunyi Konsonan


Konsonan terhasil apabila udara menerima sekatan, sempitan dan geseran sama
ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi konsonan biasanya
dibahagikan kepada dua kategori iaitu konsonan bersuara dan tidak bersuara.
Rajah 3.11 menyatakan carta konsonan bahasa Melayu.

Rajah 3.11: Carta konsonan bahasa Melayu

(a) Konsonan Letupan


Ada sembilan konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan dan
dilepaskan dengan cepat. Konsonan yang dihasilkan dengan cara ini
dipanggil letupan.

(i) Konsonan [p] dan [b]: Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir
dirapatkan, kemudian udara tersekat pada dua bibir dan udara
dipaksa keluar. Jika dengan cepat dibuka mulut, keluarlah bunyi [p].
Penghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua bibir tak bersuara
kerana pita suara tidak bergetar. Jika pita suara bergetar, bunyi itu
ialah letupan dua bibir bersuara [b]. Rajah 3.12 menunjukkan bunyi
letupan dua bibir.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 69

Rajah 3.12: Bunyi letupan dua bibir konsonan [p] dan [b]

(ii) Konsonan [t] dan [d]: Udara bukan sahaja boleh tersekat dengan
merapatkan dua bibir, tetapi juga dengan mengenakan hujung lidah
pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan. Jika proses
sekatan ini dilepaskan, terdapat bunyi [t] letupan gusi tak bersuara.
Jika pita suara digetarkan, terbitlah bunyi letupan gusi bersuara [d].
Rajah 3.13 menunjukkan bunyi letupan gusi.

Rajah 3.13: Bunyi letupan gusi konsonan [t] dan [d]

(iii) Konsonan [k] dan [g]: Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [k]
dan letupan lelangit lembut bersuara [g]. Untuk menghasilkan bunyi
[k], belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat
arus udara. Di samping itu, lelangit lembut dan anak tekak
dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga
hidung. Untuk menghasilkan bunyi [g] caranya sama seperti bunyi
konsonan [k] tetapi pita suara dirapatkan, arus udara yang keluar
melalui rongga mulut menggetarkan pita suara (rujuk Rajah 3.14).

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


70 TOPIK 3 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah 3.14: Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara konsonan [k] dan [g]

(iv) Konsonan [j] dan [dZ]: Bunyi [j] dihasilkan apabila hadapan lidah
dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus
udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke
dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara ke
rongga hidung.

Pada masa ini, pita suara direnggangkan, arus udara yang melalui
rongga mulut tidak menggetarkan pita suara tetapi udara yang
tersekat di hadapan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahan-
lahan. Untuk menghasilkan konsonan [j], proses yang sama dilakukan
tetapi pita suara bergetar (rujuk Rajah 3.15).

Rajah 3.15: Konsonan [j]

(v) Hentian []: Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak
tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara
ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar dari
paru-paru tersekat di bahagian rapatan pita suara udara menyebabkan

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 71

pita suara tidak bergetar dan hentian glotis akan dihasilkan. Perhatikan
Rajah 3.16.

Rajah 3.16: Hentian []

(b) Konsonan Geseran


(i) [s] - Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat
sempitan pada arus udara. Pada masa ini, lelangit lembut dan anak
tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus
udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus udara
melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, lalu terhasillah
bunyi [s], bunyi geseran gusi tak bersuara (rujuk Rajah 3.17).

Rajah 3.17: Bunyi konsonon geseran [s]

(ii) [h] - Apabila udara keluar melalui pita suara yang renggang dan
rongga mulut berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal,
bunyi [h] yang dinamakan bunyi geseran glotis tak bersuara akan
dihasilkan (rujuk Rajah 3.18).

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


72 TOPIK 3 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah 3.18: Bunyi konsonon geseran [h]

(c) Konsonan Getaran


[r] Apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui di
antara lidah dan gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu
dinaikkan. Bunyi yang terhasil dinamakan bunyi getaran gusi bersuara [r]
(rujuk Rajah 3.19).

Rajah 3.19: Bunyi konsonon geseran [r]

(d) Konsonan Sisian


[l] Hujung lidah dinaikkan ke gusi dan laluan udara tersekat. Lelangit
lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. Udara keluar melalui bahagian
tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sisian gusi bersuara [l]
(rujuk Rajah 3.20).

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 73

Rajah 3.20: Bunyi konsonon geseran [l]

(e) Konsonan Sengauan (nasal)


Ada empat bunyi nasal dalam bahasa Melayu. Apakah yang membezakan
bunyi-bunyi nasal tersebut? Perbezaannya berlaku pada daerah udara
disekat yang berlaku pada rongga mulut. Pita suara digetarkan dan
lelangit lembut dinaikkan.

(i) [m] Dua bibir dirapatkan. Bunyi yang dihasilkan dinamakan


sengauan dua bibir bersuara [m] (rujuk Rajah 3.21).

Rajah 3.21: Bunyi konsonon sengauan [m]

(ii) [n] - Hujung lidah dinaikkan ke gusi. Bunyi yang dihasilkan


dinamakan sengauan gusi bersuara [n] (rujuk Rajah 3.22).

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


74 TOPIK 3 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah 3.22: Bunyi konsonon sengauan [n]

(iii) [] Tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras. Bunyi yang dihasilkan


dinamakan bunyi sengauan lelangit keras bersuara [] (rujuk Rajah 3.23).

Rajah 3.23: Bunyi konsonon sengauan []

(iv) [g] Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Bunyi yang


dihasilkan dinamakan bunyi sengauan lelangit lembut bersuara [g]
(rujuk Rajah 3.24).

Rajah 3.24: Bunyi konsonon sengauan [g]

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 75

(f) Separuh Vokal


Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah tidak tetap,
tetapi bergerak dan membuat luncuran. Ada dua jenis bunyi separuh vokal.
Separuh vokal yang dimaksudkan itu adalah seperti yang berikut.

(i) Bagi fonem konsonan [w] Keadaan di peringkat awal lidah seperti
untuk membunyikan [u], kemudian bergerak pada vokal yang lain.
Bunyi ini dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara (rujuk Rajah
3.25).

Rajah 3.25: Separuh vokal dua bibir bersuara konsonon [w]

(ii) [j] Kedudukan lidah pada peringkat awal adalah seperti untuk
membunyikan [i], kemudian bergerak kepada kedudukan vokal yang
lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal lelangit keras bersuara
(rujuk Rajah 3.26).

Rajah 3.26: Separuh vokal lelangit keras bersuara konsonon [j]

(g) Konsonan Pinjaman


Selain daripada konsonan-konsonan yang dinyatakan sebelum ini, ada
konsonan yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu melalui kata-kata
asing yang dipinjam. Banyak konsonan dalam kata pinjaman telah

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


76 TOPIK 3 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

digantikan dengan konsonan Melayu seperti bunyi-bunyi daripada bahasa


Arab dalam bunyi [th] menjadi [s]; [gh] menjadi [g]; [dh] menjadi [d] dan
[dz] menjadi [z]. Walau bagaimanapun, ada yang bunyi asalnya terus
digunakan dalam banyak kata dan digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi
itu ialah bunyi-bunyi geseran.

Contohnya ialah [f] dan [v]. Bunyi-bunyi ini dihasilkan dengan merapatkan
bibir bawah atas sehingga apabila udara melalui terdapat geseran. Lelangit
lembut dinaikkan. Pita suara tidak bergetar untuk membunyikan [f] iaitu
bunyi geseran bibir gusi tidak bersuara (rujuk Rajah 3.27). Manakala untuk
membunyikan [v] pita suara bergetar yang menghasilkan bunyi geseran
bibir gusi bersuara (rujuk Rajah 3.28).

Rajah 3.27: Geseran bibir gusi tidak bersuara konsonon pinjaman [f]

Rajah 3.28: Geseran bibir gusi bersuara konsonon pinjaman [v]

Fonem [z] Bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s]. Proses


membunyikan [z] berbeza apabila pita suara bergetar. Oleh itu, konsonan
yang dihasilkan ini dinamakan geseran gusi bersuara (rujuk Rajah 3.29).

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 77

Rajah 3.29: Geseran gusi bersuara fonem [z]

[s] Pada waktu pengeluaran bunyi ini, lelangit lembut dinaikkan dan
depan lidah dinaikkan ke lelangit keras. Pita suara tak bergetar. Geseran
yang dihasilkan dinamakan geseran gusi lelangit keras (rujuk Rajah 3.30).

Rajah 3.30: Geseran gusi lelangit keras [s]

3.4 TEKANAN DAN INTONASI


Selain bunyi vokal dan konsonan, ilmu fonetik dan fonologi juga menekankan
unsur-unsur suprasegmental seperti nada dan intonasi bunyi.

Terdapat empat unsur bahasa yang perlu kita perhatikan iaitu tekanan, jeda,
panjang-pendek dan nada. Unsur-unsur bahasa ini akan dibincangkan dengan
lanjut di dalam subtopik berikutnya.

3.4.1 Tekanan
Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras
atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Lambang yang
digunakan untuk tekanan ialah //. Lambang ini diletakkan di atas suku kata

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


78 TOPIK 3 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

yang menerima tekanan itu misalnya /buda/. Dalam bahasa Melayu, tekanan
tidak membezakan makna.

3.4.2 Jeda
Jeda juga disebut sebagai persendian iaitu unsur hentian yang memisahkan
antara unsur-unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata.
Lambang yang digunakan untuk jeda ialah #. Unsur ini boleh membezakan
makna.

Contoh:

[#saya makan nasi ema #] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya makan
nasi # ema ].

3.4.3 Panjang-pendek
Panjang pendek ialah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu
diucapkan. Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Lambang
[:] bererti panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [: :] menunjukkan
dua mora dan lambang [.] adalah setengah mora. Bagi bahasa Melayu, unsur ini
tidak membezakan makna.

3.4.4 Nada dan Intonasi


Menurut Tatabahasa Dewan (2009), intonasi ialah nada suara naik turun yang
wujud apabila kita bercakap. Dalam percakapan kita sehari-hari, nada suara kita
jarang-jarang mendatar, tetapi sebaliknya berbeza-beza, adakalanya meninggi
dan adakalanya merendah.

Tingkat nada dalam intonasi sesuatu ayat ditanda dengan angka 1, 2, 3, dan 4.
Tingkat nada yang paling rendah ditanda dengan angka 1, manakala tingkat
nada paling tinggi ditanda dengan angka 4. Nada 2 merupakan nada permulaan,
manakala nada 3 pula dianggap sebagai nada tekanan. Berikut ialah contoh
penandaan intonasi dalam sesuatu ayat berdasarkan Tatabahasa Dewan
(2009: 454).

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 79

(a) Ayat Penyata


Contoh intonasi ayat penyata:

(b) Ayat Tanya


Contoh intonasi:

(c) Ayat Perintah


Contoh intonasi:

(d) Ayat Seru


Contoh intonasi:

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


80 TOPIK 3 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

AKTIVITI 3.2
Berdasarkan petikan berikut, sila tentukan intonasi yang betul bagi
setiap perkataan tersebut.

Syarikat pembinaan Malaysia menyiapkan 587 projek bernilai RM57.7


bilion di seluruh dunia sehingga akhir tahun lalu, kata Pengerusi
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia, Datuk Ir
Hamzah Hasan.

Beliau berkata, ketika ini 100 projek bernilai RM41.4 bilion sedang
dilaksanakan.

3.5 SEBUTAN BAKU


Istilah sebutan baku digunakan bagi merujuk sebutan yang digunakan dalam
situasi formal atau rasmi. Antara aktiviti atau kegiatan yang ditakrifkan formal
ialah pengajaran dan pembelajaran, ucapan, pidato, ceramah, mesyuarat,
wawancara, siaran melalui media elektronik dan sebagainya yang disampaikan
dalam situasi rasmi.

Perancangan pembakuan sebutan bahasa Melayu menjadi salah satu objektif


Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Dewan
Bahasa dan Pustaka 1959.

Matlamat pembakuan sebutan bahasa Melayu adalah untuk menyeragamkan


cara penyebutannya. Secara khusus, pembakuan sebutan bertujuan untuk:
(a) Mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang
digunakan dalam situasi formal.
(b) Meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku dalam kalangan semua
pengguna bahasa Melayu.
(c) Memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu, iaitu supaya
sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan
pembakuan tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan dan laras bahasa.
(d) Secara khusus untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur,
mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta
menghindarkan penggunaan dialek setempat dalam pengajaran dan
pembelajaran di peringkat sekolah.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 81

3.5.1 Prinsip Umum Sebutan Baku


Dasar sebutan baku bahasa Melayu ialah sebutan fonemik atau sebutan
berdasarkan ejaan. Dengan lain perkataan, prinsip sebutan baku menekankan
prinsip disebut sebagaimana dieja dan dieja sebagaimana disebut.

Ketepatan sebutan
(a) Setiap huruf, sama ada dalam ejaan Jawi atau Rumi hendaklah dilafazkan
dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkannya.
(b) Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga
berdasarkan bentuk kata (pola suku kata), sama ada kata dasar atau kata
terbitan.
(c) Nada suara yang digunakan semasa bercakap hendaklah ditentukan
berdasarkan jenis dan bentuk ayat dalam bahasa Melayu serta keperihalan
keadaan yang berkenaan.
(d) Terdapat kekecualian cara penyebutan bagi beberapa kata tertentu, seperti
kata rai dan linguistik.

Fonetik ialah ilmu meneliti bunyi bahasa daripada segi sebutan dan
pendengaran atau sifat-sifat bunyi.
Fonologi ialah ilmu yang meneliti bunyi-bunyi yang berfungsi dalam
bahasa.
Lidah merupakan alat artikulasi bergerak terpenting bagi mengeluarkan
bunyi bahasa.
Bibir bersifat fleksibel kerana ia boleh dihamparkan dan dibundarkan bagi
menghasilkan bunyi yang pelbagai.
Pita suara ialah alat yang berada dalam ruang tenggorok dan amat penting
dalam penghasilan bunyi.
Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar dari paru-paru ke rongga mulut
tanpa mengalami sebarang sekatan atau himpitan.
Konsonan terhasil apabila udara menerima sekatan, sempitan dan geseran
sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung.
Istilah sebutan baku digunakan bagi merujuk sebutan yang digunakan dalam
situasi formal atau rasmi.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


82 TOPIK 3 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Diftong Konsonan geseran


Fonetik Konsonan letupan
Fonologi Konsonan nasal
Jeda Nada
Konsonan Vokal

Abdullah Hassan. (1997). Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan esei-esei lain.
Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Abdullah Hassan. (2005). Linguistik am. Bentong: PTS Profesional.

Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2000). Asas fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu. (1998). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Teo Kok Seong. (2006). Bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi: Dua konsep yang
berbeza. Dewan Bahasa, 13-16.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

You might also like