You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO SYED ZAIN ALSHAHAB

KLUANG JOHOR

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN PRASEKOLAH SESI 2016

TARIKH: 28 DISEMBER 2015

MASA: 2.00 PETANG - 3.00 PETANG.

TEMPAT: BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN:

BIL. NAMA JAWATAN


1. En Nardir bin Latiff Guru Besar
2. Pn Hjh Zamnah binti Othman GPK Pentadbiran
3. Pn Hjh Hazizah binti Arpan GPK HEM
4. En Sulaiman bin Arpan GPK Kokurikulum
5. En Mohamad Fareez bin Mazlan. Guru Prasekolah
6. Pn Norhayati binti Ahmad PPM

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan al-Fatihah.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan staf sudi yang hadir
pada mesyuarat kali ini.

Makluman

2.0 PENGURUSAN PRASEKOLAH.

2.1 Aktiviti yang akan dijalankan mesti dilaporkan kepada Guru Besar atau GPK
sekurang-kurangnya dua hari sebelum pelaksanaan. Ia bertujuan untuk mengelakkan
aktiviti yang dirancang bertindih dengan aktiviti lain.

2.2 Setiap aktiviti yang dijalankan perlu disertakan laporan yang wajib disiapkan dalam
tempoh 10 hari.

2.3 Cuti Rehat Khas(CRK) perlulah dipohon 3 hari lebih awal. Dalam sehari, hanya tiga
orang guru sahaja dibenarkan mengambil CRK kecuali kecemasan atau sakit.

2.4 Semua guru wasajib pulang selepas 30 minit waktu P&P tamat.

2.5 Bagi guru yang berkursus selama 3 hari contohnya. Hari pertama perlulah disediakan
RPH, manakala hari kedua dan ketiga ditampal surat panggilan kursus.

2.6 Pastikan fail sentiasa dikemaskini.

Makluman

1
3.0 PENGURUSAN KURIKULUM

3.1 Perancangan Strategik.

3.1. I Isu Strategik Prestasi akademik belum mencapai strategik.


3.1.2 Matlamat Memastikan prestasi akademik mencapai sasaran.

3.2 RPH hendaklah dihantar setiap hari Khamis kepada penilai yang ditetapkan.

3.3 Folio RPH yang lengkap mestilah dihantar pada 21 Januari 2016.

3.4 Mesyuarat panitia perlua dijalankan 4 kali setahun.

3.5 Guru mestilah masuk ke kelas tepat pada waktunya.

3.6 Pengajaran guru pada tahun ini perlu lebih kreatif. Kurangkan lembaran kerja.

3.7 Lampiran Folio RPH

3.7.1 Setiap aktiviti yang dijalankan perlu dicatatkan.


3.7.2 Catatkan pada bahagian penyeliaan jika guru diselia.

3.8 Sediakan BBM jika guru berkursus.

3.9 Pastikan ABM yang digunakan oleh murid-murid dalam keadaan selamat.

Makluman

4.0 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

4.1 Guru tidak boleh membawa rotan bersama.

4.2 Peraturan kelas mesti dipaparkan dan boleh dibaca oleh murid-murid.

4.3 Folio RPH yang lengkap mestilah dihantar pada 21 Januari 2016.

4.4 Murid perempuan tidak boleh dirotan.

4.5 Murid lelaki dirotan pada tapak tangan atau punggung.

4.6 Murid tidak boleh ambil atau hantar buku kedatangan.

4.7 Purata kedatangan mestilah angka genap.

4.8 Murid yang tidak hadir ke sekolah perlu memberikan sijil cuti sakit doktor atau surat
makluman daripada ibu bapa.

Makluman
5.0 PENGURUSAN KOKURIKULUM
5.1 Pastikan aktiviti yang dijalankan di padang di dalam lingkungan kon.

5.2 Guru perlu menguasai kemahiran sebelum diajarkan kepada murid.

5.3 Guru prasekolah terlibat sekali dalam aktiviti kokurikulum.

2
Makluman
6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana telah memberi kerjasama
sepanjang mesyuarat berlangsung. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Prasekolah Bil 1
Sesi 2016 telah ditangguhkan pada jam 3.00 petang. Tarikh dan masa mesyuarat
seterusnya akan dimaklumkan kemudian.

Disediakan oleh,

Setiausaha
Jawatankuasa Pengurusan Prasekolah Mutiara
SK Dato Syed Zain Alshahab
Kluang Johor

Bertarikh: 02 JANUARI 2016

MFM/pp/2016

You might also like