You are on page 1of 2

AKTIVITI RIADAH 1

TAJUK : Si Butaku Sayang


MASA : 60 Minit
ALAT : Kain Penutup Mata
Objektif : Untuk menyedarkan tentang faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu
mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri dan orang lain.

Langkah :
1. Semua peserta akan diikat mata dengan kain dan berbaris mengikut kumpulan
masing-masing.
2. Peserta akan memegang tali yang direntangkan dan akan dipandu oleh seorang
ketua.
3. Arahan untuk ahli kumpulan hanya boleh diberikan oleh ketua kumpulan dan
terhad kepada 5 jenis arahan saja iaitu Depan, Belakang, Kiri, Kanan atau Lompat
4. Ketua kumpulan diminta untuk membawa ahli kumpulan ke destinasi yang
ditetapkan.

Falsafah :
1. Kita perlu yakin kepada diri sendiri dan orang lain untuk mencapai sesuatu cita-cita
atau matlamat.
2. Keyakinan diri akan membawa kepada kejayaan.
AKTIVITI RIADAH 2

TAJUK : Eksplorasi Remaja


MASA : 120 Minit
ALAT : Tali Rafia, Belon, Bola Ping Pong, Cawan Kertas, Tisu Tandas, Bola Takraw dan Bulu
Tangkis
Objektif : Untuk membina kerjasama, kemahiran membuat keputusan dan meningkatkan
daya ketahanan diri.

Langkah :
1. Peserta akan berkumpul di dalam kumpulan masing-masing dan akan bergerak ke
check point yang ditetapkan.
2. Di setiap check point peserta perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam
tempoh masa 10 minit.
3. Kumpulan yang berjaya menyelesaikan tugasan akan diberikan sebiji belon berisi
air.
4. Terdapat 8 check point yang perlu diselesaikan oleh setiap kumpulan iaitu ;
a) Spider Web
b) Istana Pasir
c) Isi Air Dalam Botol
d) Mumia Tisu
e) Tiup Bola Ping Pong
f) Boling Kelapa
g) Timbang Bola Takraw dan Bulu Tangkis
h) Puzzle
5. Permarkahan akan diberikan mengikut belon yang dikumpul.

Falsafah :
1. Bersatu Teguh Bercerai Roboh
2. Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Abu tempoh masa 10 minit.

You might also like