You are on page 1of 5

GARIS PANDUAN RINGKAS PELAKSANAAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PISMP KPM-IPGM)

1. KONSEP

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional
bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan
daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah
sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian,
penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS
pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik
darjah dan tugas sebenar seorang guru.

2. OBJEKTIF

Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pelajar dapat


i. memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah;
ii. menghayati kerjaya seorang guru;
iii. memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah;
iv. mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid;
v. memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran;
vi. membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah;
vii. mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan
budaya sekolah;
viii. membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan
analitikal;
ix. membina sikap positif terhadap profesion keguruan;
x. membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru; dan
xi. mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi
selepas PBS dilaksanakan.

3. STRATEGI PELAKSANAAN

i. Tempoh
Tempoh pelajar menjalani PBS adalah seperti dalam Jadual 2.1.

Program Semester Tahun Tempoh Penempatan

Sekolah
2 1 1 Minggu
Rendah
Program Ijazah Sarjana Muda Sekolah
Perguruan 1 2 1 Minggu
Rendah
Sekolah
2 2 1 Minggu
Rendah

Jadual 2.1: Pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah

ii. Penempatan
Pelajar ditempatkan di sekolah rendah tertentu dan diuruskan oleh Unit Praktikum IPG
dengan kerjasama Penyelaras PISMP dan jabatan mata pelajaran major/elektif masing-
masing. Penempatan hendaklah mengambil kira lokasi, saiz dan jenis sekolah yang
berbeza-beza mengikut semester. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka mendapat
pengalaman dan pendedahan yang pelbagai sebelum mereka ditempatkan di sekolah
untuk praktikum.
iii. Prosedur Pelaksanaan
a) IPGM akan memaklumkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) tentang
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).
b) IPGK akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan pelajar
dan pelaksanaan PBS.
c) IPGK akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk
pelajar.
d) IPGK menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pelajar.
e) Jabatan Ilmu Pendidikan, mata pelajaran major/elektif memberikan panduan
pelaksanaan aktiviti PBS kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh
pelaksanaan PBS.
f) Penilaian PBS merupakan 10% daripada markah kerja kursus Asas
Pendidikan, Bidang Teras dan Elektif Teras
g) Hasil aktiviti PBS akan dibincang bersama pensyarah yang berkenaan semasa
sesi interaksi kuliah dan sesi refleksi. (rujuk Jadual 2.2).

Semester Tahun Kursus Penilaian

Asas Markah tugasan kerja kursus Asas


2 1 Pendidikan Pendidikan (pilih satu tugasan sahaja)
Markah tugasan kerja kursus Bidang
Bidang Teras
Teras (pilih satu tugasan sahaja)
1 2
Elektif Teras
Markah tugasan kerja kursus Elektif
2 2
Teras

Jadual 2.2:Pengalaman Berasaskan Sekolah Mengikut Semester

iv. Aktiviti Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah


i. Pelajar dikehendaki melengkapkan maklumat umum tentang sekolah berdasarkan
Lampiran 1-6 dan diserahkan bersama-sama tugasan kepada jabatan berkenaan.
ii. Tugasan semasa PBS merupakan sebahagian daripada tugasan kerja kursus
Jabatan Ilmu Pendidikan / jabatan yang menawarkan kursus teras / elektif teras.
iii. Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berdasarkan semua aspek yang
dtetapkan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan / jabatan yang menawarkan kursus teras /
elektif teras yang terlibat berdasarkan semester yang ditetapkan.
iv. Jabatan Ilmu Pendidikan / jabatan yang menawarkan kursus teras / elektif teras
yang terlibat hendaklah menyediakan tugasan berdasarkan format dan tema
aktiviti yang dicadangkan.
v. Tugasan perlu diserahkan kepada pensyarah jabatan yang menawarkan kursus.
vi. Tiada tugasan lain diberikan kepada pelajar selain tugasan yang telah ditetapkan.

4. KEHADIRAN
i. Kehadiran pelajar dalam PBS adalah wajib.
ii. Pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau cedera memerlukan pengesahan
doktor/pegawai perubatan.
iii. Ketidakhadiran semasa PBS atas sebab-sebab tertentu perlu mendapat kebenaran
daripada Pengarah/Timbalan Pengarah IPGK.
iv. Pelajar yang tidak cukup kehadiran perlu melengkapkan tempoh PBS yang ditetapkan.

5. STATUS PELAKSANAAN PBS


Pelajar yang telah menjalani PBS perlu memenuhi keperluan berikut:
i. Kehadiran pelajar dalam PBS
ii. Menyempurnakan aktiviti PBS
iii. Melengkapkan Portfolio individu
iv. Melengkapkan Borang Kehadiran Pelajar dan Laporan Perkembangan Pelajar

6. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


i. Pelajar:
a) Menghadiri taklimat PBS;
b) Memahami objektif PBS;
c) Melaksanakan aktiviti PBS;
d) Hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan sepanjang tempoh PBS;
2
e) Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan IPGM dan peraturan
sekolah;
f) Membuat pemerhatian terhadap iklim pembelajaran di bilik darjah, persekitaran
dan kelengkapan sekolah;
g) Berbincang dengan pihak sekolah tentang aktiviti yang dilaksanakan di sekolah;
h) Memerhati dan mengumpul maklumat tentang pengajaran guru serta
pengurusan kelas sebagai bahan refleksi;
i) Mendokumentasikan segala hasil aktiviti dan hasil refleksi secara berterusan
dalam portfolio individu;
j) Mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya dan pensyarah tentang
pengalaman yang diperoleh semasa menjalani PBS;
k) Menyerahkan hasil aktiviti PBS kepada pensyarah mata pelajaran Ilmu
Pendidikan, major/elektif masing-masing pada masa yang ditetapkan untuk
perbincangan bersesuaian dengan objektif PBS;

ii. Peranan Pengurus Sekolah


a) Memberi taklimat kepada pelajar tentang sejarah, struktur organisasi,
pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya sekolah
b) Bekerjasama dengan pihak IPGK dalam menjayakan PBS
c) Memberi peluang kepada pelajar membuat pemerhatian persekitaran
sekolah/pengajaran/aktiviti guru
a) Membantu pelajar untuk mengumpul maklumat sekolah yang diperlukan bagi
melaksanakan aktiviti PBS
b) Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam komuniti sekolah
c) Mengawasi disiplin dan kehadiran pelajar sepanjang tempoh PBS dan
mengesahkan Borang Kehadiran PBS
d) Melaporkan kemajuan pelajar dengan menggunakan Borang Laporan
Perkembangan Pelajar (rujuk Lampiran 1-8 dan 1-9)
e) Memberi bimbingan dan maklum balas yang berterusan kepada pelajar
i) Memastikan segala tindakan berkaitan dengan pelaksanaan PBS dilaksanakan
dengan sempurna
j) Membantu pelajar meningkatkan perasaan cinta terhadap alam persekolahan
dan profesion keguruan.

iii. IPGK (Unit Praktikum, Penyelaras PISMP dan Jabatan Ilmu Pendidikan/
Major/Elektif)
a) Memahami, menghayati dan melaksanakan PBS mengikut Garis Panduan
Pelaksanaan PBS
b) Merancang dan mengenal pasti sekolah serta mengurus penempatan pelajar
untuk PBS
c) Menghantar surat makluman pelaksanaan PBS ke sekolah-sekolah yang terlibat.
d) Memastikan aktiviti PBS disediakan pada masa yang ditetapkan dan masa yang
mencukupi diberikan kepada pelajar
e) Memberikan taklimat kepada pelajar berhubung dengan konsep, objektif dan
aktiviti dalam pelaksanaan PBS
f) Mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat kes-kes yang memerlukan tindakan
g) Memastikan pelajar hadir ke sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan
h) Memastikan pelajar melaksanakan aktiviti PBS dan menyerahkan hasil aktiviti
kepada pensyarah mata pelajaran yang berkenaan
i) Mengadakan sesi refleksi selepas PBS tamat (Jabatan yang terlibat)
j) Mewujudkan kerjasama dan hubungan profesional antara IPGM dengan sekolah
k) Menyediakan laporan bertulis tentang kes-kes khas pelajar kepada pihak IPGM
dengan segera
Disediakan oleh

BADRUL HISHAM BIN GHAZALI


Ketua Unit Praktikum
IPG Kampus Raja Melewar, Seremban
Tel : 06 7624543 ext 118
019 3446126
e-mel : badrul69@ymail.com

3
LAMPIRAN1-9
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
LAPORAN PERKEMBANGAN PELAJAR
(Diisikan oleh Pengurus Sekolah)

Nama : ______________________________________ No. K.P. : ____________________


Pelajar
Major : ______________________________________ Ambilan : ____________________

Tandakan ()

Sederhana
Lemah

Baik
Aspek Ulasan

a) Penampilan diri

b) Pekerti
Sahsiah dan
Perwatakan c) Keprihatinan
d) Sifat/Peribadi sebagai
pendidik
a) Berinteraksi secara
beretika
b) Keupayaan memerhati,
Komunikasi berbincang dan membuat
Berkesan refleksi

c) Berupaya menyampaikan
idea secara berkesan

a) Berupaya membina
hubungan positif dengan
warga sekolah
b) Sentiasa berusaha untuk
Budaya
mendapatkan ilmu,
Profesional
bimbingan dari mentor
Guru
dan guru-guru lain
c) Komited terhadap
tugasan yang diberikan
oleh IPGK

Tandatangan & Cop Guru Besar __________________________ Tarikh_______________

4
5

You might also like