You are on page 1of 4

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

PERTANDINGAN FUTSAL FPTT ANJURAN TEMAN 2014

1.0 UNDANG-UNDANG
Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut undang-undang Persatuan
Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) yang sedang berkuatkuasa pada masa kini.

2.0 PERATURAN KEJOHANAN

2.1 PENGENALAN
2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai Pertandingan Futsal Peringkat
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan (FPTT).

2.1.2 Keseluruhan Pertandingan ini akan diadili oleh wakil mahasiswa


yang terdiri daripada pelajar tahun 1, 2 dan 4 sebagai pengadil
dan mempunyai pengalaman dalam bidang pengadilan.

2.2 TARIKH DAN TEMPAT


2.2.1 Kejohanan ini diadakan pada 19hb APRIL 2014 (Sabtu)
bertempat di Gelanggang Futsal Galaxy (Melaka Mall).

2.3 FORMAT KEJOHANAN


2.3.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga di pusingan awal dan
kalah mati di pusingan seterusnya.
2.3.2 8 pasukan dipecahkan kepada 2 kumpulan.
2.3.3 1 kumpulan terdiri daripada 4 atau 5 pasukan.Perlawanan
secara liga di setiap kumpulan (setiap pasukan akan bermain 3
atau 4 perlawanan diperingkat kumpulan)
2.3.4 Hanya juara dan naib juara kumpulan akan layak ke peringkat
seterusnya.
2.3.5 Penentuan juara dan naib juara kumpulan adalah mengikut
jumlah mata keseluruhan di peringkat kumpulan. 3 mata akan
diberikan sekiranya menang, 1 mata akan diberikan sekiranya
seri manakala tiada mata akan diberikan sekiranya pasukan itu
kalah.
2.3.6 Sekiranya jumlah mata yang dipungut sama, keputusan
pemenang akan dikira mengikut format berikut iaitu:
a) Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan
dikira sebagai pemenang.
b) Penentuan sepakan penalti akan dilaksanakan
sekirannya terdapat keputusan seri pada peringkat kalah
mati (3 pemain sahaja)
2.3.7 Masa perlawanan adalah selama 15 minit iaitu 7 minit pada
separuh masa pertama dan 7 minit pada separuh masa kedua
termasuk 1 minit waktu rehat.

2.4 KATEGORI PERTANDINGAN


2.4.1 Pertandingan adalah untuk kategori MAHASISWA dan
MAHASISWI Fakulti Pengurusan Teknologi dan
Teknousahawan (FPTT)
2.4.2 Tiada syarat umur pemain dikenakan.

2.5 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


2.5.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain dan
2 pemain simpanan.
2.5.2 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili 1 pasukan sahaja.
2.5.3 Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM10 sahaja.
2.5.4 Penyertaan adalah terhad kepada 20 pasukan sahaja bagi
kategori mahasiswa dan 10 pasukan bagi kategori mahasiswi.
2.5.5 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang
gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak
membatalkan penyertaan pasukan tersebut.
2.5.6 Keputusan pihak penganjur kejohanan adalah muktamad.

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


3.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat
perlawanan akan ditetapkan oleh jawatankuasa pertandingan.
3.2 Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di
tempat pertandingan 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.
3.3 Tempoh masa menunggu adalah 7 minit daripada masa yang
dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar
peraturan akan dikira kalah. Pasukan lawan mendapat
kemenangan 3-0.
3.4 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau
mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada
pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa
diberitahu terlebih dahulu.
3.5 Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai.
3.6 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam borang
penyertaan sahaja di benarkan bermain.
3.7 Setiap pasukan boleh membuat bantahan dengan menyertakan
wang cagaran bantahan sebanyak RM10 sahaja, tidak lewat
daripada 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.
3.8 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh
jawatankuasa pertandingan, maka wang cagaran itu akan
dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak
penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.
3.9 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur
sekirannya rayuan atau bantahan ditolak.
3.10 Syarat dan peraturan di atas boleh diubah. Segala keputusan
yang dibuat adalah muktamad.
ATURCARA PROGRAM

Tempat : Galaxy Futsal, Melaka Mall


Tarikh : 19 April 2014 (Sabtu)

8.00 pagi 8.45 pagi : Pendaftaran pasukan


9.00 pagi 1.00 t/hari : Perlawanan peringkat kumpulan
1.00 t/hari 2.00 petang : Perlawanan pusingan akhir
2.00 petang 3.00 petang : Penyampaian hadiah dan bersurai

You might also like