You are on page 1of 1

Catatan kemajuan dan tindakan susulan

Pada minggu yang ketiga, saya mendapati pelajar yang selalu memberi
respons dan menjawab soalan adalah terdapat beberapa orang pelajar yang tertentu
dalam kumpulan mereka sahaja. Oleh itu, saya telah memikirkan beberapa cara
untuk menyelesaikan masalah ini.

Pertamanya, setiap kumpulan mempunyai 5 hingga 6 orang pelajar. Oleh itu,


setiap pelajar akan diberikan nombor. Apabila guru memberi arahan hanya nombor 1
dalam kumpulan boleh jawab, tetapi ahli kumpulan lain dalam kumpulan boleh bantu
pelajar yang bernombor 1. Oleh itu, semua murid berpeluang untuk menjawab
soalan. Walaupun pelajar itu tidak tahu jawab, ahli kumpulan lain dapat
membimbingnya. Hal ini lebih baik daripada pelajar pasif dalam kumpulan.

1 2

3 4

5 6

Keduanya, kadang kala saya akan mengubah corak kepada kumpulan


tersebut yang dipilih untuk menjawab soalan , semua ahli kumpulan perlu
berbincang jawapan dahulu dan berdiri untuk menjawab soalan bersama- sama. Hal
ini juga dapat membantu dan menyelesaikan masalah bercakap dengan suara yang
rendah.

You might also like