You are on page 1of 4

LAPORAN PENGANJURAN

MERENTAS DESA
PERINGKAT SEK.KEB. SUNGAI TEKALI 2016

TARIKH KEJOHANAN :
13 JANUARI 2016 (HARI RABU)
LAPORAN

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2016

TARIKH : Rabu / 13 Januari 2016


MASA : 2.30 hingga 4.30 petang
TEMPAT : Perkarangan SK Sungai Tekali dan Kampung Sungai Tekali

Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu aktiviti tahunan SK Sungai Tekali.Kejohanan tahun ini
mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa. Aktiviti ini
dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SKST dengan kerjasama warga sekolah dan komuniti setempat sesuai dengan
sarana ibubapa yang membantu dalam aktiviti kawalan keselematan. Pungutan mata dalam acara ini
merupakan penyumbang besar kepada mata semua rumah sukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan
Olahraga Tahunan setiap tahun. Pada tahun ini, acara merentas desa melibatkan murid-murid Tahap 2 iaitu
murid- murid Tahun 4, 5 dan 6. Seramai orang murid yang mewakili 4 buah rumah sukan iaitu Merah, Hijau,
Kuning dan Biru telah mengambil bahagian.

Aktiviti bermula jam 2.30 petang. Guru-guru rumah sukan saling membantu menyusun murid-murid
mengikut rumah sukan masing-masing. Pada jam 4.00 petang, para hakim mengambil kehadiran murid-murid.
Seterusnya, pada jam 4.30 petang, murid-murid membuat aktiviti memanaskan badan dengan dibantu oleh En.
Chatri (GPK Kokurikulum). Selepas itu, En. Chatri memberikan taklimat kejohanan dan keselamatan kepada
semua peserta yang mengambil bahagian. Murid-murid perlu menghabiskan larian jarak jauh sejauh 3.5 km
untuk Tahap 2 dan 1.6 km untuk murid tahap 1 mengelilingi kawasan Kg. Guar Nangka.

Tepat jam 4.40 petang, acara merentas desa bagi kategori murid Tahap 1 dimulakan. Larian peserta
dimulakan oleh Pn. Dalila Bt. Awang (GPK Pentadbiran) sebagai pelepas. Pada jam 4.50 petang pula, peserta
kategori Tahap 2 lelaki dan perempuan pula dijalankan oleh Puan Noorizah Bt. Shuid (Guru Bsar) sebagai
pelepas. Kejohanan pada tahun ini berjalan lancar kerana mendapat bantuan keselamatan daripada anggota
polis dari Balai Polis Mata Ayer. Ibu bapa juga turut hadir memberikan sokongan dan bantuan kepada pihak
sekolah.

Muka Surat | 2
SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA,
02500 MATA AYER, PERLIS.

Pada jam 6.00 petang, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dijalankan. Penyampaian
hadiah disempurnakan oleh Guru Besar SKGN, Pn. Noorizah Bt. Shuid. Hadiah disampaikan kepada 5 pemenang
terawal bagi setiap kategori. Para pemenang menerima hadiah berbentuk kalungan pingat.

Selepas tamat majlis penyampaian hadiah, En. Chatri a/l Sing mengumumkan keputusan keseluruhan
pungutan mata bagi setiap rumah. Di kedudukan pertama ialah Rumah Hijau (78 mata), kedua ialah Rumah
Kuning (70 mata), ketiga ialah Rumah Merah (64 mata) manakala tempat keempat ialah Rumah Biru (60 mata).
Aktiviti bersurai pada jam 6.30 petang. Secara keseluruhan, kejohanan pada kali ini berjalan lancar. Tiada
sebarang kemalangan berlaku. Unit Kokurikulum SKGN mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat. Syabas diucapkan. Diharapkan agar kita dapat merancang dan melakukan
sesuatu yang lebih baik pada masa mendatang. Semoga Tuhan membalas jasa baik kalian.

Laporan disediakan oleh,

(EN. CHATRI A.L SING)


GPK KOKURIKULUM,

SEK.KEB.GUAR NANGKA 02500 MATA


AYER PERLIS.

Disahkan oleh,

(NOORIZAH BT. SHUID)


Guru Besar,
Sek. Keb. Guar Nangka,
02500 Mata Ayer, Perlis.

Muka Surat | 3
SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA,
02500 MATA AYER, PERLIS.

LAPORAN BERGAMBAR

SUASANA SEMASA BERMULANYA AKTIVITI LARIAN

Muka Surat | 4

You might also like