You are on page 1of 5

SK RAJA DI HILIR EKRAM, JALAN PASIR PUTIH

31650 IPOH
PERAK

KOD SEK : ABB 2077

Kepada:

Semua guru Tarikh :27/10/2016


SK Raja Di Hilir Ekram
2016

Mesyuarat Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Bil 4/2016

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan pada ketentuan berikut:

Tarikh /Hari : 3 November 2016 (Khamis)


Masa : 1.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

Agenda:
1. Ucapan Pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat kali ketiga
3. Perkara Berbangkit
4. Laporan pemantauan PBS
5. Pentaksiran akhir tahun
6. Pelaporan PAJSK
7. Hal-hal lain

2. Kehadiran tuan/puan ke mesyuarat ini adalah diwajibkan dan di dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih

Sekian, terima kasih

Saya yang menurut perintah

(Faiza Bt. Kamaruddin)


Setiausaha Peperiksaan PBS
SK Raja Di Hilir Ekram
MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA PBS KALI KEEMPAT 2016

Tarikh : 3 November 2016 (Khamis)


Masa : 1.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran(Bilangan) : 22/22

Kehadiran guru

1. En. Ahmad Yusof b. Tarmuji (Guru Besar)


2. Pn. Norlela bt. Hanafi (PK Pentadbiran)
3. Pn. Che Nazlita bt. Jaafar (PK HEM)
4. En. Saiful Adzuan b. Ismail (PK Koko)
5. Pn. Hjh Azizah bt. Mohd. Ibrahim
6. Pn. Hazlida bt. Ab.Aziz
7. Pn. Faridah bt. Othman
8. Pn. Che Aini bt. Osman
9. Pn. Nurulaein bt. Mohd. Daud
10 Pn. Sharita bt. Shahruddin
11 En. Nizam b. Yusop
12 En. Che Muhammad Azahari b. Che Abdullah
13 En. Yeap Kah Soon
14 En. Lee Yew Seong
15 En. Mazali b. Ismail
16 Pn. Norhasikin bt. Alwi
17 Pn. Tan Jenny
18 En. Ahmad Sukri b. Zainon
19 Pn. Faiza bt. Kamaruddin (Setiausaha)
20 Pn. Norshidah bt. Omar
21. Pn. Siti Rohana bt. Bau
22. Pn. Nur Alina bt.Ishak

TIDAK HADIR: Tiada


AGENDA:
1. Ucapan Pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat kali ketiga
3. Perkara Berbangkit
4. Laporan pemantauan PBS
5. Pentaksiran akhir tahun
6. Pelaporan PAJSK
7. Hal-hal lain

1. UCAPAN PENGERUSI
Mesyuarat mengambil maklum.
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru dalam mesyuarat PBS kali keempat.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua JK kerana dapat mengadakan
mesyuarat yang telah ditetapkan.

1.3 Seterusnya ialah saranan pihak pemantau untuk memastikan minit mesyuarat diedarkan
kepada guru-guru dalam tempoh 7 hari mesyuarat dijalankan
Tindakan : Semua Guru

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT KALI KETIGA


2.1 Setiausaha PBS telah membentangkan minit mesyuarat yang lepas
Dicadang oleh : En. Mazali b. Ismail
Disokong oleh : Pn. Norhasikin bt. Ahmad Alwi

Tindakan : Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Guru Besar memaklumkan semasa rondaan beliau ke kelas, masih terdapat guru
maapelajaran yang tidak menulis Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan di
sudut kiri papan putih. Beliau berharap semua guru matapelajaran akan mengambil
tindakan.

4.0 LAPORAN PEMANTAUAN PBS


4.1 Pegawai pemantau dari PPD En. Shahrul Azizi, Penolong Pegawai Sains dan
Matematik dari PPD Kinta Utara telah pun datang membuat pemantauan berkenaan
PBS. Beliau mengucapkan tahniah pada guru-guru kerana telah menjayakan PBS.

4.2 Pegawai PPD memaklumkan peranan setiap aspek dalam perlaksanaan PBS di
sekolah. Antaranya ialah penyelarasan perlu dibuat sebelum perlaksanaan PBS.
Pementoran pula perlu menjadualkan latihan yang harus diberikan kepada guru-guru
yang terlibat manakala pemantauan perlu memantau perlaksanaan PBS dan
pencerapan yang dibuat harus difailkan dalam folder pemantauan PBS dan fail
pencerapan.

4.3 Pegawai PPD menyarankan jalinan dan jaringan yang dibuat oleh AJK PBS
harus didokumentasikan dan dimasukkan ke dalam folder contohnya bertukar
maklumat dengan guru-guru sekolah lain, melalui internet berhubung dengan
pegawai PPD dan sebagainya. Pihak sekolah dinasihatkan untuk menyediakan
borang log untuk tujuan tersebut.

Tindakan : Makluman

5.0 PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN

5.1 En Mazali b. Ismail selaku guru kelas Tahun 6 memohon guru-guru matepelajaran
Tahun 6 untuk mengisi pelaporan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Tahun 6(PST6)
Tahap Penguasaan subjek masing-masing. Borang pengisian telah dimuat turun di
Komputer No 3 di Bilik Akses. Pelaporan tersebut akan diedarkan kepada murid-
murid pada hari pengumuman UPSR nanti.

Tindakan : Guru - guru Tahun 6

5.2 Pn. Norlela meminta guru-guru menyiapkan dan menghantar pelaporan PBS bagi
semua matapelajaran Tahun 1-6. Setiusaha PBS diminta untuk mengumpul semua
pelaporan tersebut dan menyimpannya di dalam fail putih.

Tindakan : Setiausaha PBS

6.0 PELAPORAN PAJSK

6.1 En. Saiful Adzuan mengucapkan terima kasih pada En. Mazali kerana telah
menyiapkan data PAJSK bagi murid Tahun 6. Beliau seterusnya pula memohon guru
kelas Tahun 4 dan 5 untuk mengisi data PAJSK dan menghantar Soft Copy ke
PPD Kinta Utara sebelum 24 November 2016. Mohon juga untuk membuat cetakan
bagi pelaporan yang telah siap diisi.

Tindakan : Guru kelas Tahun 4 dan 5

7.0 PERANCANGAN PERLAKSANAAN PBS 2017

7.1 Tarikh mesyuarat PBS akan ditetapkan kemudian

7.2 Taklimat Pentaksiran PBS akan dibuat semasa orientasi dan pendaftaran Tahun 1
2017.
Tindakan : Guru PK Pentadbiran

8.0 HAL-HAL LAIN


8.1 Pn. Hazlida memohon kepada guru-guru yang telah melaksnakan kursus dalaman
dapat menyiapkan laporan berserta gambar sebagai bukti perlaksanaan. Laporan
yang telah siap harap dapat dimasukkan ke dalam fail ladap di pejabat.

Tindakan :Semua guru

8.2 Pn. Norlela meminta Pn. Faiza selaku Setiausaha PBS untuk mengisi soal selidik
data pengisian Pelaporan Pentaksiran Sekolah Tahun 6(PST6) secara online.
Setiausaha PBS boleh merujuk portal ppd kinta untuk mendapatkan laman web
rasmi tersebut.

Tindakan : Setiausaha PBS

9.0 UCAPAN PENANGGUHAN

9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru semua. Beliau
mengharapkan perjalanan PBS 2016 akan dapat ditutup dengan sempurna dan tiada
perkara berbangkit yang berlaku.

9.2 Semua pengorbanan yang guru-guru lakukan dalam meaksanakan PBS pada tahun
2016 ini beliau ucapkan ribuan terima kasih.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang

Disediakan oleh Disahkan oleh

. ..
(PN. FAIZA BT. KAMARUDDIN) (EN. AHMAD YUSOF B. TARMUJI)
Setiausaha PBS Guru Besar
SK Raja Di Hilir Ekram SK Raja Di Hilir Ekram

You might also like