You are on page 1of 7

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menyumbang modal sosial dan

ekonomi Negara. Pendidkan dikategorikan sebagai kunci utama dalam membangunkan


Negara seiring dengan kemajuan negara-negara lain dan bertaraf Negara barat. . Dalam
ekonomi globalisasi masa ini, kejayaan dan sukses sesebuah negara amat bergantung pada
ilmu pengetahuan, kemahiran, dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyat. Oleh itu, tidak
menghairankan sekiranya negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi akan
berpeluang menikmati kemajuan ekonomi yang lebih tinggi.

Plato (427-347 SM), seorang ahli falsafah yang terkemuka pada zaman Yunani,
berpendapat pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia.
Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi latihan
moral kewarganegaraan yang baik. Proses pendidikan juga dapat membentuk warganegara
yang baik serta setia dan mematuhi undang-undang negara. Selain itu, meurut Maria
Montessori (1870-1952), seorang doktor dan pendidik di Itali, mentafsirkan pendidikan
sebagai proses membentuk dan mengembangkan intelek, jasmani, rohani dan sosial kanak-
kanak.

Dari pandangan tokoh-tokoh Islam, proses pendidikan merupakan penyatuan semua


ilmu pengetahuan di bawah al-Quran yang menjadi teras pendidikan. Menurut Dr.Mohd
Athiyah al-Abrasyi pula memandangkan proses pendidikan sebagai pembinaan tingkah laku
manusia yang berakhlak tinggi dan mulia di bawah teras ajaran agama Islam.

Selain itu, pendidikan juga menjadi asas pembinaan negara bangsa, pengukuhan
perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturahim. Pendidikan menyediakan peluang
kepada individu untuk meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya, dan
menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara. Melalui interaksi dalam
masyarakat membolehkan individu daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama,
dan etnik belajar memahami, menerima, dan menghargai perbezaan, seterusnya berkongsi
pengalaman dan aspirasi untuk membina masa depan Malaysia. Pendidikan juga salah satu
cara untuk menyediakan tenaga kerja yang dapat bersaing dalam pasaran kerja global
dengan mencetuskan kreativiti dan penjana inovasi dalam generasi muda. Oleh itu, pihak
kerajaan terutamanya kementerian pedidikan Negara kita telah mengambil pelbagai insiatif
untuk memastikan proses yang dinyatakan di atas sedang berjalan lancar.

Antara pelan yang mula dilaksanakan adalah pelan pembangunan pendidkan. Pihak
kerajaan telah mula mengorak langkah untuk mengubah sistem pendidikan selama 11 bulan
agar dapat menyediakan generasi muda untuk bersaing dalam abad ke-21. Setelah
melakukan kajian selama 11 bulan, pihak kementerian pelajaran telah mengambil keputusan
untuk memperkenalkan pelan pembangunan pendidkan yang akan dijalankan selama 13
tahun. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini akan dilaksanakan secara 3
gelombang. Gelombang pertama akan dimulakan pada 2013 sehingga 2015 yang
menumpukan usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan
kemahiran asas. Gelombang kedua pada 2016 sehingga 2020 akan menumpukan untuk
mempercepatkan system. Selanjutnya, gelombang yang ketiga pula pada 2021 sehingga
2025 iaitu beranjak ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Kementerian pendidikan memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia ini dengan hasil penglibatan masyarakat dan penyelidikan yang meluas. Pelan
pendidikan ini dibangunkan dengan tiga objektif khusus. Objektif yang pertama ialah
memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi
tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan
jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dan mengeratkan hubungan
silaturahim dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem. Objektif yang
seterusnya ialah mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas dan nyata untuk setiap murid dan
sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang. Objektif yang
terakhir ialah menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi
perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan
tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Kementerian telah mengenal pasti dan menggubal 11 anjakan yang perlu dilakukan
bagi produksi perubahan yang diinginkan oleh semua rakyat Malaysia. Setiap anjakan perlu
memberi impak atau kesan yang positif kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima
keberhasilan sistem, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Kualiti menjadi
fokus utama merentasi semua anjakan kerana kualiti merupakan dimensi penting yang perlu
diberikan perhatian segera. Sebahagian daripada anjakan ini merupakan perubahan strategi
dan hala tuju pendidikan. Anjakan yang lain merupakan perubahan pelaksanaan dalam cara
Kementerian dan sekolah melaksanakan dasar sedia ada. Sama ada perubahan bersifat
strategi atau pelaksanaan, semuanya menggambarkan anjakan daripada amalan semasa.
Secara keseluruhan, anjakan yang dirancang mengambil kira setiap pihak berkepentingan
dan permasalahan utama yang ditimbulkan masyarakat awam. Kementerian berharap
keterangkuman ini akan menyediakan satu asas tumpuan yang boleh diterima oleh semua
warganegara Malaysia.

Antara anjakan pertama yang dikenal pasti ialah menyediakan kesamarataan akses
kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Anjakan yang kedua pula untuk
memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris serta digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Anjakan yang seterusnya ialah
melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Anjakan yang keempat pula bagi mentransformasi
profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Anjakan yang selanjutnya ialah memastikan
kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Anjakan yang keenam ialah
mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan. Di samping itu, anjakan yang ketujuh ialah memanfaatkan ICT bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Anjakan yang kelapan ialah untuk
mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian. Selain itu, anjakan
yang kesembilan ialah bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara
meluas. Anjakan yang kesepuluh ialah bagi memaksimumkan keberhasilan murid bagi
setiap ringgit. Anjakan yang terakhir ialah untuk meningkatkan ketelusan untuk
kebertanggungjawaban awam secara langsung.

Antara anjakan yang penting dan banyak diulaskan adalah anjakan yang keempat
iaitu mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Guru memainkan
peranan yang penting dalam menentukan keberhasilan murid yang cemerlang. Oleh itu,
transformasi dalam profesion keguruan adalah amat penting. Pada permulaanya,
masyarakat mula bimbang apabila kerajaan merangka anjakan keempat ini untuk hanya
memberikan 30% graduan terbaik ditempatkan di sekolah-sekolah untuk bekerja. Manakala
pelatih guru yang sedang belajar sekarang tidak perlu risau atau bimbang kerana anjakan ini
akan dilaksanakan secara beransur-ansur dan ia tidak akan menjejaskan sistem
pembelajaran pelatih guru yang meneruskan jurusan sekarang kerana setiap perubahan dan
langkah yang akan diambil akan memerlukan masa yang lama. Oleh itu, para pelatih guru
tidak perlu berasa resah akibat keputusan kerajaan ini dan berusaha mendapat keputusan
yang cemerlang dalam pengajian mereka.

Bermula dari tahun 2013, kemasukan ke program profesion perguruan akan


diketatkan dan dikurangkan. Hanya 30% pelajar yang terbaik sahaja akan diambil untuk
meneruskan pelajaran di IPG. Perkara ini membantu untuk memenuhi tujuan pihak kerajaan
melahirkan para guru yang berkualiti tinggi dan berkaliber agar dapat meningkatkan taraf
pendidikan Negara kita kepada suatu tahap yang lebih bermutu. Mulai tahun 2013, pihak
kementerian akan bekerjasama dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk
menyelaraskan standard pengajian agar dapat meningkatkan kualiti guru yang dihasilkan di
IPG. Kalau meneliti sistem pendidikan sebelum ini, hanya 50% guru sahaja yang dapat
mengajar dengan berkesan. Selebihnya hanya mengajar dengan tidak berasaskan
pemahaman yang mendalam dan memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi.
Guru merupakan tonggak utama dalam sistem pendidikan dengan memberikan pendidikan
yang sempurna kepada para pelajar agar dapat menyediakan generasi muda cemerlang
yang dapat menempuh segala cabaran pada masa depan kelak dan dapat bersaing dengan
para pelajar dari Negara lain.

Demi merealisasikan tujuan kerajaan, pihak kementerian telah mengambil keputusan


untuk hanya memilih para pelajar yang terbaik untuk meneruskan pelajaran di IPG.Pelajar
cemerlang yang menceburi bidang perguruan dapat menghasilkan generasi muda yang
berkaliber dan dapat bersaing dalam abad ke-21. Para pelatih guru yang keluar daripada
IPG akan berkaliber dan dapat menghasilkan generasi muda yang berkualiti tinggi dan dapat
memenuhi tujuan pihak kementerian pendidikan pada masa depan kelak. Para pelatih guru
juga akan menjalani latihan yang unggul dari mereka memulakan pengajian sampai bersara
daripada profesion perguruan. Para pelatih guru dapat mempelajari banyak perkara tentang
kerjaya mereka dan dapat membina keyakinan dalam diri mereka agar dapat menyediakan
diri mereka terhadap alam pekerjaan mereka nanti.

Selanjutnya, para guru yang memulakan profesion perguruan juga akan diberikan
latihan CPD daripada guru besar/pengetua, guru penyelia atau guru pemimbing.Program
CPD berasaskan latihan komponen teras dan latihan komponen elektif. Latihan ini
dijalankan di peringkat sekolah dan akan berkesan disebabkan latihan di peringkat sekolah
amat berkesan. Latihan ini akan melibatkan rakan sejawat, guru kanan, dan guru besar dan
amat berkesan. Melalui latihan ini, para guru dapat meningkatkan tahap kemahiran dengan
selaras tahap kecekapan mereka dengan lebih tinggi. Latihan sebegini dapat membantu
para guru untuk menyediakan diri dalam alam pekerjaan.

Selain itu, beban pentadbiran para guru juga akan dikurangkan agar dapat
membantu mereka untuk menumpukan fokus dalam proses pengajaran. Proses ini dapat
memperkemaskan dan memudahkan proses pengumpulan data dan pengurusan data yang
sedia ada. Kebanyakan tugas akan mula diberikan kepada pusat perkhidmatan terpusat
atau kepada guru pentadbiran peringkat sekolah. Tambahan pula, para guru juga akan
ditaksir oleh pengetua atau guru besar untuk beberapa tahun. Penilaian ini akan dijalankan
mengikut instrumen penilaian baharu yang menilai terhadap keupayaan guru dalam
menyampaikan pengajaran di dalam luar kelas atau di dalam kelas. Instrumen tersebut
menyedarkan guru dan membantu mereka dalam pembelajaran murid.

Seterusnya, para guru yang berprestasi tinggi juga akan diberikan peluang
keemasan untuk dinaikkan pangkat daripada DG 41 kepada DG 54 dalam tempoh yang
lebih sigkat berbanding daripada yang normal. Para guru yang mencapai tahap kualiti
minimum akan diberikan bimbingan yang lebih baik agar dapat memastikan mereka berada
dalam landasan pengajaran yang betul. Manakala guru yang masih tidak dapat mencapai
tahap kualiti yang minimum, mereka akan ditugaskan semula untuk menjalankan tugas lain
seperti pembantu pentadbiran, pengurusan disiplin, dan pengurusan kokurikulum. Oleh itu
dari masa ke masa, kementerian akan mengurangkan kohort guru secara berperingkat
melalui penambahbaikan dalam penggunaan masa dan produktiviti guru.

Tambahan pula, para guru juga boleh memilih perjalanan kerjaya yang dapat
menarik prestasi dan potensi mereka. Contohnya, mereka boleh memilih untuk menjalankan
tugas mereka di peringkat sekolah, daerah, negeri atau persekutuan. Para guru juga diberi
kebebasan untuk menceburi bidang yang mereka amat minati. Contohnya, bidang
pembangunan kurikulum, pentaksiran dan program latihan untuk menghasilkan sistem yang
luas. Para guru yang berperanan sebegitu, dapat menjadi sebagai guru pakar dalam bidang
yang mereka minati. Walaubagaimanapun, peluang kenaikan pangkat masih sama tanpa
mengira bidang yang diceburi oleh para guru.

Di samping itu, pihak kementerian juga memberikan peluang kepada guru untuk
meluangkan masa keluasaan yang diberikan dalam isu perjadualan kokurikulum serta
proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti CPD yang dilaksanakan juga dimudahkan
dengan melibatkan para guru membimbing satu sama lain. Melalui perkara ini kerjasama
antara guru dapat diperkukuhkan serta dieratkan dan dapat mencapai standard professional
dengan mudah sekali. Pihak kementerian juga harus membawa pelbagai kemudahan dan
keistimewaan dalam profesion perguruan agar dapat menarik minat para guru. Contohnya,
kemudahan tempat tinggal, elaun dan sebagainya.

Secara rumusnya, anjakan keempat iaitu mentransformasi keguruan sebagai


profesion pilihan merupakan salah satu anjakan yang penting dan bermanfaat dalam pelan
pembangunan pedidikan. Hal ini kerana, melalui transformasi keguruan, pendidikan
sesebuah Negara dapat dibangunkan dan ditingkatkan dengan mudah sekali. Seorang guru
memainkan peranan yang penting dalam sesebuah pendidikan Negara dalam pembinaan
generasi yang berilmu dan berpengetahuan yang luas dan tinggi. Oleh itu, pendidikan
Negara kita memerlukan para guru yang lebih cemerlang dan sukses serta sesuai untuk
membangunkan pendidikan. Oleh itu,kementerian telah mengorak langkah yang strategik
untuk menarik minat orang ramai untuk menceburi bidang pendidikan agar dapat
menghasilkan guru-guru yang berkaliber tinggi. Melalui guru-guru tersebut kementerian
dapat mencapai dan memenuhi tujuan yang dirangka untuk tahun 2013-2025.
Pentransformasian keguruan ini harus disokong dan perlu melibatkan diri secara langsung
demi Negara yang tercinta ini.
Tiga objektif:

1. Memahami prestasi dan


Pelan Pembangunan cabaran semasa.
Pendidikan Malaysia 2. Mewujudkan visi dan
aspirasi yang jelas.
- hasil penglibatan 3. Menggariskan transformasi
Pendidikan masyaraka dan sistem pendidikan yang
penyelidikan yang komprehensif merangkumi
- menjadi asas pembinaan meluas.
perubahan penting dalam
negara bangsa, pengukuhan
Kementerian
perpaduan dan mengeratkan
hubungan silaturahim.
Bagaimanakah transformasi
- menyediakan peluang keguruan sebagai profesion
kepada individu untuk pilah dapat direalisasikan
meningkatkan taraf hidup, Kementerian telah mengenal
menerusi Pelan
menjadi ahli masyarakat yang pasti dan menggubal 11 anjakan
Pembangunan Pendidikan
berjaya, dan menyumbang yang perlu dilakukan bagi
Malaysia?
secara aktif kepada produksi perubahan yang
pembangunan negara. diinginkan oleh semua rakyat
Malaysia.

Anjakan yang keempat iaitu mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion


pilihan.
- Mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan
graduan 30% teratas.
- Merombak IPG setanding dengan standard bertaraf dunia menjelang 2020.
- Meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) mulai 2013.
- Memastikan guru memberi tumpuan kepada fungsi teras pengajaran mulai 2013.
- Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi menjelang
2016.
- Memperluas laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran, dan pakar bidang
khusus menjelang 2016.
- Membudayakan Kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas dan proses pensijilan
mulai 2025.
STRUKTUR DALAM
1. Penulisan merupakan suatu
PENULISAN medium untuk menyampaikan
2. TUJUAN PENULISAN maklumat yang melibatkan
ILMIAH kemahiran, disiplin, minat,
bakat dan kreativiti.
- PEMBELAJARAN
3. PROSES PENULISAN
- PENYELIDIKAN
- PENAAKLUKAN i) TAHAP PERSEDIAAN/
4. STRUKTUR PENULISAN PERSIAPAN

i) PENGENALAN ii) TAHAP PENYUSUNAN


ii) ISI
iii) PENGAKHIRAN /
KESIMPULAN

ii) Perenggan yang iii) Dalam bentuk pernyataan


i) Menyampaikan mengisi tubuh penulisan semula atau penegasan
latar belakang dan mengemukakan idea semula idea utama atau
maklumat dengan topik dan perkembangan harapan penulis.
tepat dan ringkas idea Mengandungi penyimpulan,
dan mengemukakan utama. Kebiasaannya pengukuhan tema-mesej,
tesis penulisan. mengandungi lima penjelasan pengertian dan
perenggan isi sekurang- cadangan.
kurangnya.

5. JENIS-JENIS PENULISAN (5 6. PENDEKATAN PENULISAN


KATEGORI)

- KARANGAN
- PENULISAN RINGKAS i) Mengikut Mohd. Sidin ii) Awang Had Salleh
- PENULISAN UNTUK MAJLIS Ahmad (1992), pendekatan (1990) pula
RASMI membahagikan
penulisan boleh
- SURAT pendekatan penulisan
dibahagikan kepada lima
- PENULISAN UNTUK PAPAN
jenis, iaitu: kepada:
KENYATAAN
PENDEDAHAN, PELUKISAN,
PENERANGAN, PENGHISAAN,
7. CIRI PENULISAN YANG BAIK PENGHUJAHAN, PERBAHASAN,
PEMUJUKAN, PENGHURAIAN
Penulisan yang baik dicirikan
PENCERITAAN
oleh kewujudan dan
persembahan fakta yang cukup
dan tepat seperti yang
digariskan oleh tajuk karangan
(Ismail Ahmad, 1992: 66).
i) JELAS & TERBACA
ii) KOHEREN
iii) MUDAH & LANGSUNG
iv) RINGKAS & PADAT
v) KEPELBAGAIAN

You might also like