You are on page 1of 31

Keselamatan di Sekolah

2012
1. PENGENALAN

Beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan pelbagai isu dibangkitkan dalam

dunia pendidikan. Isu isu semasa ini membentuk cabaran yang memerlukan

penyelesaian yang bijak dalam memastikan imej industri pendidikan tidak tercemar.

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang berbentuk formal di mana ia boleh

membentuk pemikiran, tingkahlaku dan sikap murid-murid bagi melahirkan generasi yang

seimbang baik dari segi mental dan rohani (Mohd Salleh Lebar, 2008). Selain itu,

sekolah juga berperanan membentuk pola budaya generasi pada masa akan datang. Ini

adalah kerana sekolah merupakan wadah pendidikan yang sentiasa berusaha untuk

memperkembang potensi individu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual serta

dapat memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan dan kesejahteraan

masyarakat dan negara. Semua pelaksanaan pendidikan yang mencakupi bidang

kurikulum, kokurikulum, khidmat tolong bantu, profesionalisme guru, pengurusan tenaga

kerja, kebajikan, disiplin pelajar serta yang berkaitan adalah berpusat kepada institusi

pendidikan.

Perubahan dalam era pendidikan kini telah mewujudkan keperluan untuk

mengenal pasti kaedah, strategi dan model program yang dapat mempertingkatkan

kesedaran terhadap keselamatan murid dan warga sekolah. Bagi merealisasikan suasana

yang selamat samada di dalam atau di luar kawasan sekolah, Kementerian Pelajaran

Malaysia telah menerbitkan modul dan manual konsep Sekolah Selamat. Berdasarkan

panduan ini, semua pihak telah disedarkan tentang peranan masing masing dalam

menentukan aspek keselamatan.

[1]
Keselamatan di Sekolah
2012
Bagi merealisasikan harapan, cita cita dan matlamat negara iaitu untuk

membina sebuah negara maju tanpa mengabaikan nilai agama dan moral, institusi

pendidikan perlu menyediakan landasan disiplin yang berkesan kepada pelajar kerana

pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin

negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program

pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat

dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah

membawa bersama gejala sosial yang negatif dalam kalangan pelajar sekolah.

Permasalahan ketandusan ilmu, keruntuhan moral serta akhlak dan salah laku pelajar jika

tidak dibendung dengan segera pastinya akan terus menular dan akhirnya akan

memusnahkan nilai nilai murni dalam kehidupan. Sesuatu perlu dilakukan segera untuk

menangani permasalahan ini bagi membentuk sahsiah pelajar supaya menjadi insan yang

bermoral tinggi.

Selaras dengan perkembangan isu isu keselamatan yang melibatkan murid,

guru, kakitangan, ibu bapa dan masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia telah

menyemak semula konsep dan Manual Sekolah Selamat bagi memenuhi keperluan

keselamatan. Kementerian Pelajaran Malaysia mengahrapkan murid- murid serta warga

sekolah akan sentiasa berasa selamat seterusnya dapat memberi tumpuan sepenuhnya

kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti aktiviti di sekolah.

Bagi merealisasikan pelaksanaan operasi keselamatan di sekolah, segala usaha

ke arahnya harus dipikul bersama oleh semua pihak secara holistik.

[2]
Keselamatan di Sekolah
2012
Justeru, selaras dengan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita, bagaimanakah

sekolah hendak menghasilkan pelapis generasi akan datang yang berkualiti jika masalah

disiplin seperti gejala ponteng sekolah, melawan guru, bergaduh, membuli, merokok dan

sebagainya semakin berleluasa dan sukar dikawal Pada masa ini masalah displin pelajar

dikatakan semakin meruncing bilamana terdapat banyak laporan mengenai para pelajar

yang seringkali melanggar peraturan sekolah seperti ponteng, merokok, vandalisme,

melawan guru dan sebagainya.

Sering kali kita perhatikan bahawa pelajar-pelajar yang lemah dan gagal dalam

peperiksaan merupakan golongan pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah. Data

kehadiran pelajar sekolah ini antara bulan Ogos hingga Oktober 2009 dan Jan hingga

Feb 2010 menunjukkan purata kehadiran pelajar adalah 94.0 peratus. Dapatan ini

menunjukkan bahawa jumlah yang tidak hadir ke sekolah adalah kurang 6 peratus

sepanjang bulan, yang merupakan satu jumlah yang agak besar. Jumlah peratus pelajar

yang tidak hadir ini tentulah pula akan turut menyumbang kepada peratus penurunan

kecemerlangan akademik pelajar kerana walaupun sekolah mengadakan pelbagai

program ke arah peningkatan akademik pelajar tetapi usaha tersebut tidak sampai

kepada sasaran yang sebenar disebabkan mereka tidak hadir ke sekolah.

Justeru, Program Jom Ke Sekolah diharapkan akan dapat meningkatkan fokus

dan keprihatinan kita semua, terutama sekali Unit Hal Ehwal Murid dalam membantu

kecemerlangan sekolah dengan memaksimakan jumlah kehadiran pelajar ke sekolah.

Di antara masalah dan isu yang mendapat perhatian hangat pada masa sekarang

ialah masalah ponteng dalam kalangan pelajar. (BERNAMA : 08 Januari 2012).

Cambridge International of English (1995), menyatakan definisi ponteng, sebagai

kanak-kanak yang selalu tidak hadir ke sekolah tanpa kebenaran.

[3]
Keselamatan di Sekolah
2012
The Oxford Dictionary of Current English (1989) menyatakan, truancy atau

ponteng sebagai, kanak-kanak yang selalu menjauhkan diri dari sekolah tanpa

kebenaran.

Supramaniam(1998) & Thi Lip Sam (1994), memberi makna kepada perkataan

ponteng secara umum dengan merujuk kepada pelajar-pelajar yang tidak berada di

dalam kawasan sekolah.

Yaakub (1977), ponteng adalah merujuk kepada pelajar yang tidak hadir atau

tidak datang belajar ke sekolah tanpa izin guru atau ibu bapa. Menurutnya lagi, pelajar

yang meninggalkan kelas tanpa izin guru, lari atau keluar dari kawasan sekolah pada

waktu mereka sebatutnya mereka berada di dalam bilik darjah atau kelas untuk mengikuti

pengajaran dan pembelajaran juga termasuk dalam pengertian ponteng.

Jenkins (1995), mengklasifikasikan ketidakhadiran ke sekolah kepada ponteng

kelas, meninggalkan sekolah tanpa kebenaran atau lari dari sekolah.

Masalah ponteng adalah satu fenomena yang tidak dapat diketepikan dalam

sistem pendidikan negara. Laporan salahlaku pelajar sekolah menunjukkan bahawa

ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan salah laku yang tertinggi peratusan

penglibatan dikalangan pelajar ( Surat pekeliling Ikhtisas Bil 6 / 1995 ) . Perbuatan

ponteng bukan masalah baru. Ia penyakit lama yang masih wujud di sekolah. Ia telah

berlaku sejak masyarakat mula mengenal alam persekolahan. Masalah ponteng sekolah

boleh memberi kesan kepada masalah masalah disiplin yang lainnya dan ia adalah

petanda awal seseorang pelajar sebelum terbabit dalam masalah disiplin yang lebih

serius. (Ismail, 1980)

[4]
Keselamatan di Sekolah
2012
2. PREAMBLE:

2. 1 TEMA:
Tahap keselamatan di sebuah sekolah luar Bandar di Daerah Larut Matang & Selama.

2.2 TUJUAN:
2.2.1 Mengenal pasti tahap kepatuhan pihak pengurusan sekolah terhadap Akta

514.
2.2.2 Mengenal pasti kelemahan pihak pentadbiran sekolah dan pendidik dalam

memastikan keselamatan pelajar di sekolah tersebut.

2.3 JENIS KES :


2.3.1 Guru lewat masuk kelas.
2.3.2 Pelajar ponteng kelas dan merokok dalam tandas.
2.3.3 Pelajar jatuh tergelincir dan patah kaki dalam kawasan sekolah.
2.3.4 Kelemahan pentadbir dalam menguruskan sekolah.

2.4 KUMPULAN SASARAN :


2.4.1 Pelajar sekolah menengah rendah tingkatan 3.

3. HURAIAN KES:

Kes ini berlaku di sebuah sekolah menengah di Daerah Larut Matang &

Selama. Ia berlaku pada satu hari persekolahan selepas waktu rehat. Guru yang

sepatutnya masuk mengajar di kelas 3C telah lewat masuk. Seorang pelajar

kelas tersebut telah mengambil peluang untuk ponteng kelas. Pelajar ini telah

menyorokkan dirinya di dalam tandas dan merokok. Tidak lama kemudian, dia

terdengar suara seorang guru lelaki di luar tandas. Dia berasa terkejut dan cuba

lari keluar dari tandas. Dalam percubaan dia untuk melarikan diri, dia telah

[5]
Keselamatan di Sekolah
2012
tergelincir kerana lantai di tandas tersebut licin. Dia menjerit kesakitan. Suaranya

didengari oleh guru lelaki tadi. Guru tersebut terus masuk ke dalam tandas dan

mendapati pelajar tersebut sedang mengerang kesakitan. Tanpa membuang masa

guru tersebut membawa pelajar tadi ke hospital. Hasil pemeriksaan doktor

mendapati pelajar ini telah patah kakinya. Dia terpaksa ditahan di wad. Guru

tersebut telah memaklumkan kepada pihak sekolah dan ibu bapa pelajar tersebut.

4.0 CADANGAN CADANGAN SOALAN

1. Siapakah yang patut dipersalahkan dalam kes tersebut? Adakah pihak pentadbir,guru

atau pelajar itu sendiri?

2. Adakah kesalahan tersebut dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap guru yang

sepatutnya masuk mengajar kelas tersebut?

3. Adakah guru tersebut dikira cuai?

4. Adakah kes ini berlaku kerana kelemahan pentadbir?

5. Adakah Akta 514 dipatuhi sepenuhnya di sekolah tersebut?

5.0 ANALISIS PENYELESAIAN

5.1 Masalah / isu :

Ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah

dan jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah dan ponteng kelas sehingga menjadi amalan dan

tabiat, ianya boleh membawa kesan negatif terhadap diri pelajar sendiri, keluarganya dan juga

sekolah. Seterusnya perlakuan tersebut memungkinkan seseorang pelajar hilang sifat

[6]
Keselamatan di Sekolah
2012
bertanggungjawab, akan ketinggalan dalam pelajaran dan yang paling dikhuatiri mereka akan

melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan negatif. (SURAT PEKELILING IKHTISAS

BIL.6/1995).

5.1.1 Guru lewat masuk kelas.


Guru tersebut adalah seorang guru lelaki yang berumur 38 tahun dan telah mengajar

selama 15 tahun. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Beliau sering

lewat masuk ke dalam kelas. Perkara ini telah lama berlaku tetapi tidak dapat dikesan

oleh pentadbir. Beliau juga sering merokok di kawasan sekolah. Beliau juga tidak

mempunyai hubungan yang baik dalam kalangan rakan sejawatan. Guru guru di

sekolah tersebut telah maklum dengan perangainya tetapi tidak dapat dihidu oleh

pihak pentadbir kerana beliau pandai bermuka- muka di hadapan pihak pentadbir.

Pengetua pula menganggap dia sebagai seorang guru yang rajin kerana beliau

secara sukarela sering membantu pengetua dan guru- guru kanan walaupun tidak

berkaitan dengan tugas beliau.

5.1.2 Pelajar ponteng kelas dan merokok di dalam tandas.

Pelajar tersebut adalah adalah pelajar lelaki berumur 15 tahun. Beliau merupakan

anak sulung daripada empat orang adik beradik lelaki. Beliau merupakan pelajar yang

sederhana dari segi intelek. Beliau sebenarnya berpotensi untuk lebih berjaya dalam

pelajaran tetapi beliau mempunyai masalah keluarga. Ibu bapanya sibuk

menguruskan perniagaan mereka sehingga tidak dapat memberi tumpuan dan

perhatian sepenuhnya terhadap pendidikan dan kebajikan anak anak. Ibu bapanya

sering balik lewat ke rumah sehingga makan minum mereka juga terabai. Ibu bapanya

juga panas baran dan sering memukul mereka adik- beradik. Beliau kurang perhatian

dan kasih sayang daripada ibu bapa menyebabkan beliau tiada motivasi dan

matlamat dalam hidup. Ini menyebabkan beliau tidak berminat dalam pelajaran.

[7]
Keselamatan di Sekolah
2012
Beliau sering ponteng kelas selepas waktu rehat kerana beliau mahu merokok

selepas sarapan di kantin.

5.1.3 Pelajar jatuh tergelincir dan patah kaki dalam tandas sekolah.
Ini bukanlah kes pertama pelajar cedera di kawasan sekolah tersebut. Sebelum ini

pelajar pernah cedera di lengannya kerana terkena sisi bingkai tingkap yang dibiarkan

kosong tanpa cermin. Pelajar lain pula pernah tercedera di padang sekolah kerana

terpijak serpihan kaca. Walaupun setelah beberapa kes berlaku pihak pentadbir masih

tidak mengambail tindakan yang sewajarnya. Dalam kes tandas tersebut, paip yang

bocor telah menyebabkan lantai di tandas tersebut sentiasa lembab dan licin. Pihak

pentadbir tidak mengambil tindakan segera untuk membaiki paip yang bocor itu.

5.1.4 Kelemahan pihak pentadbir


Pihak pentadbir terutama pengetua tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan

para guru menyebabkan mereka tidak dapat menilai prestasi pekerja. Pentadbir juga

tidak melaksanakan WAYS (Walk Around Your School) secara tetap. Ini menyebabkan

para guru berani untuk lewat atau tidak masuk mengajar. Pada masa yang sama

terdapat segelintir pelajar mengambil kesempatan untuk ponteng kelas. Beliau kurang

mempercayai guru guru di sekolah tersebut dan pada masa yang sama beliau juga

tidak menurun kuasanya kepada orang bawahannya sehingga undang- undang

sekolah tersebut tidak dapat dikuatkuasakan dengan sepenuhnya. Guru guru juga

bosan dengan sikap pengetua yang tidak meletakkan kepercayaan kepada mereka

sehingga mereka merasakan kredibilit mereka terjejas.

[8]
Keselamatan di Sekolah
2012
5.2 Kekuatan:

5.2.1 Kerja berpasukan dalam kalangan guru - guru

Guru- guru di sekolah tersebut mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi. Ini

boleh dilihat dari pelbagai sudut. Semua guru yang terlibat seperti guru-guru disiplin, guru

kaunseling dan terutamanya guru- guru kelas sentiasa bekerjasama untuk menyelesaikan

masalah ponteng sekolah tanpa perlu merujuk kepada pihak pentadbir. Ini adalah kerana

kebanyakan kes dapat diselesaikan di peringkat bawahan. Ini berlaku kerana guru guru di

sekolah tersebut kebanyakannya guru guru yang berpengalaman dan mempunyai hubungan

yang baik dengan murid- murid.

5.2.2 Komitmen yang baik antara pihak guru disiplin dengan pelajar

Kebanyakan guru disiplin di sekolah tersebut mempunyai hubungan yang baik dengan

para pelajar. Sebarang kes ponteng yang berlaku akan dapat dihidu oleh guru disiplin kerana

para pelajar sering memaklumkan kepada guru tersebut dan guru tersebut akan

memaklumkan kepada guru kaunseling dan siasatan akan dijalankan dengan segera .

5.2.3 Komitmen yang baik antara pihak pengurusan sekolah dengan pihak berwajib.

Pihak sekolah tersebut sentiasa berhubung dengan pihak polis untuk membantu

menyelesaikan kes ponteng sekolah yang berlaku di luar kawasan sekolah yang mana berlaku

di luar bidang kuasa pihak sekolah. Ini dapat dilihat di mana sekolah tersebut mempunyai

seorang pegawai perhubungan polis berpangkat inspektor. Pegawai tersebut akan bertindak

atas laporan pihak pengurusan.

5.3 Kelemahan:

[9]
Keselamatan di Sekolah
2012
5.3.1 Kegagalan mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP 1994)

Akta ini telah digubal pada 25 Februari 1994 dan bertujuan bagi memastikan

keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua orang di tempat kerja. Ia telah digubal berdasarkan

konsep, peraturan kendiri dengan tanggungjawab utama bagi memastikan keselamatan dan

kesihatan di tempat kerja terhadap orang yang mewujudkan risiko (majikan) dan bekerja dengan

risiko (pekerja). Akta ini merupakan payung yang melindungi pekerja di tempat kerja daripada

segi keselamatan dan kesihatan. Majikan mestilah mematuhi peruntukan di dalam akta ini,

peraturan dan tataamalan dan garis panduan yang relevan serta mengikuti amalan yang terbaik

dan nasihat. Para pekerja juga mesti mematuhi peruntukan dalam akta dan bekerjasama bagi

memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Akta ini terpakai kepada semua industri

industri kecuali bagi pekerjaan atas kapal dan angkatan tentera.

Akta ini mempunyai empat tujuan utama iaitu pertama memastikan keselamatan,

kesihatan dan kebajikan orang orang yang sedang bekerja dan melindungi orang orang yang

sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan dan kesihatan. Kedua, untuk melindungi

orang selain daripada orang yang sedang bekerja yang menghadapi risiko keselamatan dan

kesihatan. Orang lain selain pekerja termasuklah pelanggan (murid), pelawat (ibu bapa) dan

orang awam (masyarakat). Ketiga, untuk menggalakkan suasana kerja yang sesuai yang dapat

memenuhi keperluan orang orang yang bekerja dan menyesuaikan proses dan stesen kerja

dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka. Keempat, untuk peruntukan cara yang menurut

perundangan keselamatan dan kesihatan yang berkaitan boleh digantikan dengan peraturan dan

tataamalan, industri dengan cara bergabung dengan peruntukan akta. Ia akan memansuhkan

pendekatan tradisi yang ketat dan kurang fleksibel.

5.3.1.1 Kelemahan pihak pentadbir.

Di bawah common law, majikan bertanggungjawab untuk memastikan sistem kerja yang

selamat, rancangan dan peralatan kerja yang selamat serta penyeliaan dan arahan yang jelas

[10]
Keselamatan di Sekolah
2012
dan munasabah. AKKP 1994 telah mengkanunkan prinsip common law tersebut dengan

memperuntukkan di bawah seksyen 15 kewajipan majikan, antaranya termasuklah menyediakan

maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang perlu untuk memastikan keselamatan dan

kesihatan pekerja, memastikan premis kerja serta jalan masuk dan keluar selamat serta

menyediakan dan menyenggara persekitaran kerja selamat. Pihak pentadbir sekolah tersebut

jelas gagal mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Seksyen 16 mewajibkan majikan (pengetua) untuk membuat satu dasar keselamatan dan

kesihatan bagi industri (sekolah) mereka. Majikan perlu menyediakan dan seberapa kerap yang

sesuai mengkaji semula penyataan bertulis dasar amnya.

Majikan mesti memastikan dasar yang digubal dimaklumkan kepada pekerja. Dasar

tesebut hendaklah dilengkapi dengan panduan bertulis mengenai langkah terperinci dengan

mengawal bahaya di tempat kerja dalam bentuk yang mudah difahami oleh pekerja. Langkah

yang dimaksudkan merupakan program atau aktiviti yang dirancang dan dijalankan antaranya,

langkah mengenalpasti bahaya, program berstruktur untuuk latihan keselamatan dan kesihatan,

system menyiasat insiden kelamalangan dan sistem mengenalpasti dan mengawal risiko.

Mengikut seksyen 36 akta yang sama, tataamalan industri adalah terdiri daripada arahan

arahan yang pada hemat Menteri Sumber Manusia perlu atau patut untuk panduan majikan dan

pekerja dalam mematuhi kehendak kehendak akta. Terdapat dua sebab mengapa dasar

keselmatan dan kesihatan pekerjaan perlu disediakan. Pertama kerana ia diwajibkan melalui

peruntukan undang undang. Kedua, ia perlu sebagai peringatan kepada semua kakitangan

bersama sama menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat. Apa yang lebih penting,

dasar ini boleh digunakan sebagai bukti kecuaian pihak majikan jika apa yang dinyatakan dalam

dasar tidak dikotakan (Ismail, 2002).

Seksyen 30 AKKP 1994, memperuntukkan tiap tiap majikan hendaklah menubuhkan

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di tempat kerja jika mempunyai

lebih daripada 40 orang pekerja. Sekiranya bilangan pekerja kurang daripada 40 orang, Ketua

[11]
Keselamatan di Sekolah
2012
pengarah boleh mengarahkan jawatankuasa berkenaan sekiranya wujud keperluan bagi menjaga

keselamatan dan kesihatan pekerja. Jawatankuasa ini secara umumnya merupakan suatu

koodinasi di antara majikan dan pekerja dalam usaha membentuk peruturan dan panduan

keselamatan dan kesihatan.

Pengaturan kendiri yang menjadi asas penggubalan AKKP 1994 meletakkan

tanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan ke atas majikan iaitu mereka

yang mewujudkan risiko di tempat kerja dan pekerja iaitu mereka yang bekerja dengan risiko

tersebut. Ini memerlukan pihak majikan membangunkan atau mereka suatu sistem pengurusan

keselamatan dan kesihatan yang baik dan bagi pihak pekerja pula, mereka melibatkan diri dalam

proses pembangunan dan pelaksanaan sistem tersebut sebagai orang yang paling hampir

dengan risiko bencana kerja dan mereka dapat memberi maklum balas terhadap risiko yang

dihadapi di tempat kerja (NIOSH, 1997). Melalui JKKP majikan dan pekerja boleh berunding

untuk menyelesaikan masalah berhubung keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Ia

menunjukkan satu integrasi pengurusan yang baik antara majikan dan pekerja. Ia juga

menunjukkan bahawa kedua dua pihak bersama sama berusaha memperbaiki dan

mempraktikkan amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja mereka.

Perundingan juga adalah sebahagian daripada peranan utama JKKP. Ia bukan sahaja

memberi maklumat kepada pekerja tetapi turut berperanan mewujudkan hubungan yang lebih

efektif melalui komunikasi dua hala antara majikan, pekerja dan ahli- ahli jawatankuasa.

Komunikasi dua hala membantu meningkatkan pengurusan keselamatan dan kesihatan di

tempat kerja. Ini akan memberi faedah kepada semua pihak.

Akta AKKP menetapkan majikan perlu menyediakan kepada semua peringkat pekerja

samada peringkat pengurusan, guru- guru dan pekerja bawahan dan pendidikan asas bagi

membolehkan mereka berfungsi dengan berkesan dalam satu pasukan. Majikan juga mestilah

[12]
Keselamatan di Sekolah
2012
menjalankan aktiviti dan pada masa yang sama memastikan bahawa orang orang lain selain

daripada pekerjanya tidak terdedah kepada risiko keselamatan dan kesihatan yang mungkin

timbul. Dalam keadaan tertentu, majikan juga perlu memberikan maklumat kepada mereka

mengani aspek aktiviti yang boleh menyentuh keselamatan dan kesihatan mereka. Maklumat ini

boleh diberi dengan berbagai cara misalnya mempamekan notis amaran di kawasan kawasan

strategik di sekeliling sekolah.

Pihak pentadbir sekolah tersebut jelas sekali tidak menjalankan AKKP 1994 secara

menyeluruh seperti yang dicadangkan. Ini boleh dilihat dari aspek:

(i) Kewajipan am majikan di mana:

a) Beliau tidak menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan

yang perlu untuk memastikan keselamatan semua pihak yang berada

di bawah tanggungjawab beliau.

(ii) Kewajipan membentuk dasar di mana:

a) Beliau telah membentuk dasar dengan mewujudkan dasar sekolah

selamat di sekolah beliau tetapi tidak mempraktikkannya secar

keseluruhan.

(iii) Kewajipan mewujudkan JKKP di mana:

a) Beliau tidak menubuhkan JKKP seperti yang digariskan menyebabkan

AKKP 1994 tidak dijalankan seperti yang sepatutnya.

[13]
Keselamatan di Sekolah
2012
b) Beliau juga gagal mewujudkan hubungan dua hala di antara pihak

majikan dan pekerja.

c) Beliau juga gagal mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kakitangan

di bawah beliau. Guru yang lewat masuk ke kelas dalam kes di atas

adalah seorang guru yang tidak menjalankan tanggungjawab beliau.

Pengetua selaku pentadbir sepatutnya menghantar beliau menghadiri

beberapa kursus yang bersesuaian untuk meningkatkan semula tahap

profesionalisme guru tersebut,

Kesimpulannya, bagi kes pelajar tersebut kesalahan terletak di atas bahu pengetua

secara total.

5.3.1.2 Kelemahan guru.

Setiap pekerja sememangnya mahukan tempat kerja yang selamat, tanpa sebarang

ancaman bahaya kesihatan mahu pun bahaya fizikal yang lain. Walaubagaimanapun,

tidak semua pekerja mempunyai sikap tanggungjawab dan kesanggupan yang sama

terhadap usaha memastikan keselamatan dan kesihatan mereka di tempat kerja mereka

terjamin. AKKP 1994 juga memperuntukkan tanggungjawab pekerja untuk sama sama

dengan majikan menangani kecederaan (Satapah, 1995). Menurut seksyen 24(1) AKKP

1994, pekerja adalah berkewajipan seperti berikut:

(a) Memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan diri

orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja.

(b) Bekerjasama dengan majikan atau orang lain dalam menunaikan kewajipan atau

kehendak yang telah ditetapkan oleh Akta dan Peraturan peraturan yang di

bawahnya.

[14]
Keselamatan di Sekolah
2012

(c) Memakai atau menggunakan apa apa kelengkapan atau pakaian yang diadakan

oleh majikan setiap masa bagi maksud mencegah apa apa risiko kepada

keselamatan dan kesihatan.

(d) Mematuhi apa apa arahan atau langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang

diperkenalkan oleh majikan atau orang lain melalui akta atau peraturan peraturan

yang dibuat dibawahnya.

Manakala dalam seksyen 25 AKKP 1994 pula menyatakan kewajiban pekerja untuk

tidak mengganggu atau menyalahgunakan apa apa jua yang diadakan atau

dilakukan untuk kepentingan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja.

Peruntukan undang undang bertulis di atas adalah satu perkembangan kepada

prinsip common law, pekerja mesti mengikut arahan yang sah dan munasabah dalam

melaksanakan tugas. Arahan jelas daripada majikan dan pematuhan arahan dari

pekerja untuk bekerja dengan berhati hati dan mengelakkan kecuaian semasa

bekerja. Peruntukan AKKP 1994 sangat penting kerana ia bukan sahaja mewajibkan

pekerja memberi perhatian dan mematuhi segala arahan keselamatan dan kesihatan

yang dikeluarkan oleh majikan dan akta bahkan mereka juga hendaklah melibatkan

diri secara langsung dalam usaha yang dibuat untuk menjayakan program

keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Ini menunjukkan guru tersebut cuai dan gagal mematuhi peruntukan AKKP 1994

sehingga mengabaikan tanggungjawab beliau untuk berada di dalam kelas pada

waktu yang sepatutnya sehingga menyebabkan pelajar berkenaan ponteng dan

seterusnya mendapat kecederaan.

[15]
Keselamatan di Sekolah
2012

5.3.1.3 Sikap pelajar

Selaras dengan konsep pengaturan kendiri, AKKP 1994 menggariskan dengan

terperinci peruntukan teknikal kewajipan am semua pihak yang terlibat dalam aktiviti kerja bagi

memelihara keselamatan dan kesihatan semasa bekerja.

Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah disebabkan

oleh keruntuhan institusi keluarga seseorang pelajar itu. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan

bapa menyebabkan anak-anak mereka tidak di hiraukan. Segala tindak-tanduk anak-anak

mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan

tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan

mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi

masalah displin dalam kalangan pelajar terutamanya masalah ponteng sekolah.

Pengaturan kendiri ini jelas menunjukkan bahawa pelajar itu sendiri perlu

memelihara keselamatan mereka dan pada masa yang sama bertanggungjawab menjaga nama

baik sekolah mereka.

5.3.2Ramai guru tiada keyakinan dalam menangani kes disiplin.

Ramai guru tiada keyakinan dalam menangani kes disiplin pelajar walaupun mereka

sedar semua guru adalah guru disiplin. Keadaan ini berlaku kerana mereka jarang

berhadapan dengan kes disiplin yang selalunya diserahkan sepenuhnya kepada guru disiplin.

Pihak pelajar sendiri tidak menghormati dan tidak memberi kerjasama yang baik kepada

guru- guru kecuali guru disiplin.

[16]
Keselamatan di Sekolah
2012
5.3.2 Kurang kerjasama daripada ibu bapa.

Terdapat sebilangan kecil ibu bapa kurang memberi kerjasama kepada pihak sekolah

apabila anak mereka yang terlibat di dalam kes disiplin. Mereka lebih cenderung untuk

mempercayai anak mereka dan menafikan penglibatan anak mereka. Malah ada yang

membela dan menyokong tindakan anak mereka. Ini menyukarkan pihak sekolah untuk

menyelesaikan masalah tersebut.

5.4 Cadangan penyelesaian:

Pengurusan sumber manusia berkait rapat dengan isu kepimpinan. Pengurusan yang

baik bermula daripada pemimpin yang bijak merancang, melaksana, mengurus dan mengawal

atau memantau pengimplementasian sesuatu yang telah dirancang dan sumber sumber di

bawah kawalannya. Stail kepimpinan haruslah menjurus kepada usaha meningkatkan produktiviti

kecemerlangan sehingga akhirnya mencapai zero defect . Oleh itu, seseorang pemimpin perlu

mempunyai keseimbangan emosi dan perasaan. Hal ini selaras dengan Wawasan Pendidikan

yang mahu mencapai empowerment dengan tujuan mengubah cara berfikir, bekerja, mengurus,

menyelia, berhubung dan bertindak.

Dalam mengurus sumber manusia, pemimpin harus memberikan tumpuan kepada

matlamat organisasi, mengatur dan menyelenggara tugasan, menugaskan kerja. Pemimpin akan

menugaskan pekerja dengan tugasan tertentu, mengekalkan piawai prestasi yang jelas,

menekankan had waktu perjumpaan dan memastikan pekerja bekerja mengikut kebolehan.

[17]
Keselamatan di Sekolah
2012
Dalam konteks sekolah, konsep kepimpinan sekolah boleh didefinisikan sebagai

keupayaan mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku subordinat atau

orang bawahan seperti guru supaya bersetuju melaksanakan program program dan melakukan

perubahan bagi mencapai matlamat sekolah (Yahya Don, 2007).

Pihak pentadbir perlu dapat mengenal pasti punca guru guru bertindak seperti tidak

masuk ke dalam kelas. Keadaan ini mungkin disebabkan guru tersebut dibelengu tekanan.

Terdapat guru tidak berminat menjadi guru, tetapi terpaksa menjadi guru sehingga mereka

melaksanakan tanggungjawab secara sesuka hati. Ada juga guru tertekan kerana gaji dan

kemudahan yang dinikmati tidak setimpal dengan tanggungjawab yang perlu dipikul. Hal ini

kerana kebelakangan ini banyak aktiviti atau program yang harus mereka selia dan hadiri di

sekolah, sedangkan pada masa yang sama mereka jjuga harus menunaikan tanggungjawab lain,

terutama menguruskan keluarga sendiri. Apa yang berlaku dikhuatiri mengganggu pelaksanaan

Pelan Induk Penbangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010, terutama teras kelima iaitu

memartabatkan profesion perguruan.

Dalam mengatasi pelbagai masalah etika yang berbangkit dalam pendidikan, beberapa

cadangan boleh diambil oleh pihak pengurusan sekolah iaitu:

a) Menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyelidik punca dan mencadangkan

penyelesaian kepada salah laku guru di sekolah;

b) Memastikan guru- guru yang dilantik untuk memikul tanggungjawab tambahan diberi

latihan yang relevan dengan peranan dan tanggungjawab tersebut;

c) Memastikan pengagihan tugas yang seimbang dalam kalangan guru;

[18]
Keselamatan di Sekolah
2012
d) Mempelbagaikan latihan kerjaya dengan memasukkan aspek psikologi ke dalam

latihan, contoh, kursus morivasi, bimbingan kaunseling dan sebagainya.

Oleh itu, integriti guru itu sendiri penting dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab yang

diberikan dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.

Bagi menghadapi pelajar ponteng pula, pelbagai langkah yang boleh diambil oleh

pihak pengurusan sekolah terutama pengetua sebagai pengurus sumber manusia dan selaku

pentadbir dalam memastikan masalah ponteng dalam kalangan pelajar sekolah dapat dibendung.

Antaranya ialah:

e) Kempen Kedatangan penuh.

Pihak pengurusan sekolah, terutama Penolong Kanan Hem serta dibantu oleh

penyelaras dan guru tingkatan akan memantau kedatangan murid dalam tempoh

kempen dijalankan. Hadiah dan sijil akan diberikan kepada murid yang mempunyai

kedatangan penuh. Ini secara tidak langsung akan menggalakkan murid untuk hadir

ke sekolah.

f) Pertandingan pembinaan Sudut Ilmiah.

Pertandingan pembinaan sudut ilmiah perlu diadakan untuk memastikan murid

murid tidak terus membuang masa tanpa perkara yang berfaedah. Murid-murid akan

diberi satu sudut dan perlu menyiapkan dalam tempoh masa tertentu. Ini secara tidak

langsung akan menggalakkan pelajar untuk hadir ke sekolah kerana ada sebab untuk

[19]
Keselamatan di Sekolah
2012
mereka hadir ke sekolah selain daripada belajar. Pihak pengurusan sekolah akan

memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan kepada murid murid bagi

pemenang pertandingan ini.

g) Kursus Motivasi.

Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah selaku pembantu pihak majikan (pengetua)

memastikan setiap warga di dalam organisasi (sekolah) terutama murid murid

dimotivasikan untuk meningkatkan kesedaran mereka tentang kepentingan kehadiran

mereka ke sekolah terutama demi menjamin masa depan yang lebih cerah.

h) Ceramah Kesedaran kepada murid.

Pihak pengurusan sekolah juga perlu merancang beberapa program seperti ceramah

yang membabitkan penceramah luar atau pakar Motivasi. Ceramah yang akan

diberikan mestilah berkaitan masalah ponteng sekolah dan kesan-kesannya. Ini

secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada murid murid tentang

keburukan ponteng kelas atau sekolah.

i) Program Mentor-mentee.

Setiap guru dikehendaki membimbing menteenya yang bermasalah. Perjumpaan

diadakan secara berkala atau bila-bila masa perlu. Guru akan mengumpulkan

maklumat dengan menggunakan instrument yang disediakan. Pihak sekolah perlu

memastikan program ini berjalan seperti yang dirancang. Mereka juga perlu

melibatkan diri dalam program tersebut.

[20]
Keselamatan di Sekolah
2012
j) Dialog dengan ibu bapa.

Perjumpaan ibu bapa dan guru perlu diadakan dalam satu majlis dialog khas

berkaitan dengan masalah ponteng. Majlis hendaklah dikendalikan oleh Guru

Bimbingan sebagai moderator. Ahli panel tediri daripada Pengetua, Penolong Kanan

Hal Ehwal Murid, Pakar Motivasi dan Pengerusi PIBG. Dalam majlis tersebut ibu

bapa akan diberi pendedahan tentang gejala ponteng dan kesannya. Mereka juga

diminta memainkan peranan mereka dalam mengawasi pergerakan anak anak

mereka di luar waktu sekolah. Ini adalah kerana mencegah lebih baik daripada

mengubati. Ibu bapa hendaklah mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak

sekolah.

k) Pertandingan permainan dalaman.

Diadakan untuk murid-murid yang datang awal ke sekolah. Ia bertujuan memenuhi

masa senggang murid-murid dengan aktiviti berfaedah. Dengan cara ini, ia dapat

menarik minat murid untuk sentiasa berada di sekolah awal dari waktunya.

Selain itu, permainan dalaman ini juga dapat dilaksanakan selepas pelajar menduduki

peperiksaan akhir tahun. Pertandingan ini akan dapat menarik minat murid murid

untuk hadir ke sekolah walaupun peperiksaan telah berakhir kerana mereka

merasakan hadir ke sekolah lebih menarik daripada duduk menonton televisyen di

rumah.

[21]
Keselamatan di Sekolah
2012
l) Menjalankan program Jom ke Sekolah untuk tempoh 10 bulan ( Februari

hingga November ).

Program Jom ke Sekolah perlu diadakan di setiap sekolah. Ia bertujuan

menyedarkan para pelajar tentang kepentingan menghadirkan diri ke sekolah. Selain

itu, ia bertujuan memupuk perasaan kasih sayang akan sekolah dan satu kerugian

besar jika tidak hadir ke sekolah pada hari tertentu terutama dari segi akademik .

Untuk memastikan program ini berjalan seperti yang dirancang, pihak pentadbir

dengan kerjasama guru kaunseling perlulah merancang program tersebut sebaik

mungkin.

6.0 PERBINCANGAN DAN JUSFIKASI


Keselamatan merupakan salah satu daripada prioriti dalam pengurusan sumber manusia

kerana ia mempunyai perkaitan dengan kehidupan bekerja yang berkualiti. Bidang keselamatan

ini melibatkan pelbagai pihak seperti pengetua selaku majikan, guru dan kakitangan selaku

pekerja, pelajar, ibu bapa dan masyarakat selaku orang selain daripada mereka yang bekerja di

mana mana sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia selaku kerajaan.

Setiap majikan perlu membentuk sistem pengurusan risiko yang efisien dalam memenuhi

keperluan perundangan. Kegagalan pentadbir mematuhi AKKP 1994 menyaksikan berlaku

pelbagai isu di sekolah. Pentadbir sepatutnya mengetahui tugas dan peranan mereka selaku

ketua dalam sebuah organisasi di sekolah. Pengabaian isu keselamatan menyaksikan

pentadbir menanggung kos langsung seperti surcaj dan kos tidak langsung seperti kehilangan

tenaga kerja mahir dan mungkin kehilangan pelajar yang berkualiti dan sebagainya.

Pengurusan sumber manusia berkait rapat dengan isu kepimpinan. Pengurusan yang

baik bermula dengan pemimpin yang bijak merancang, melaksana, mengurus dan mengawal

atau memantau pengimplementasian sesuatu yang telah dirancang dan sumber sumber di

[22]
Keselamatan di Sekolah
2012
bawah kawalannya. Stail kepimpinan haruslah menjurus kepada usaha meningkatkan prduktiviti

kecemerlangan sehingga akhirnya mencapai zero defect. Seorang pemimpin juga perlu

mempunyai keseimbangan emosi dan perasaan. Hal ini selaras dengan Wawasan Pendidikan

yang mahu mencapai empowerment dengan tujuan mengubah cara berfikir, bekerja, mengurus,

menyelia, berhubung dan bertindak.

Dalam mengurus sumber manusia, pemimpin harus memberikan tumpuan kepada

matlamat organisasi, mengatur dan menyelenggara tugasan, menugaskan kerja, menjalinkan

komunikasi, menggariskan hubungan dengan orang bawahan dan menilai prestasi kerja

kumpulan. Pemimpin akan menugaskan dengan tugasan tertentu, mengekalkan piawaian

prestasi yang jelas, menekankan had waktu perjumpaan, menggalakkan penggunaan langkah

langkah yang serupa, memberitahu pekerja apa yang diharap daripada mereka dan memastikan

pekerja bekerja mengikut kebolehan.

Dalam konteks sekolah, konsep kepimpinan sekolah boleh didefinisikan sebagai

keupayaan mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku subordinat atau

orang bawahan seperti guru supaya bersetuju melaksanakan program program dan melakukan

perubahan bagi mencapai matlamat sekolah (Yahya Don, 2007). Berdasarkan Koontz &

Weilhrivh (1992), kepimpinan melibatkan pengaruh iaitu kebolehan mengubah sikap dan

tindakan subordinat dengan menggunakan pelbagai teknik dalam mempengaruhi individu lain.

Kepimpinan pendidikan merangkumi semua aktiviti, perlakuan, kemahiran, sikap dan

pengetahuan yang mencerminkan kebolehan dan kesediaan untuk mempengaruhi,

menggerakkan, membimbing dan melatih individu kea rah mencapai objektif organisasi. Para

pengetua perlu diberi pendedahan ilmu kepimpinan instruksional sebagai persediaan untuk

mentadbir dan mengurus sekolah (Yahya Don, 2007). Kegagalan mengurus sumber manusia

dengan baik dalam pendidikan membangkitkan pelbagai isu, antaranya:

a) Persekitaran tempat kerja yang tidak kondusif.

b) Proses pembelajaran dan pengajaran yang sering terganggu;

[23]
Keselamatan di Sekolah
2012
c) Senggarakan infrastruktur fizikal dan bukan fizikal yang tidak teratur;

d) Penggunaan dan pengagihan sumber yang tidak optimum; dan

e) Masalah etika dan integriti.

Oleh itu, kegagalan menguruskan sumber manusia dengan baik dalam pendidikan akan

mendatangkan pelbagai implikasi negatif yang dalam jangka masa panjang bakal menggugat

industri pendidikan Negara.

Berdasark Ab. Aziz Yusof (2006), etika dalam erti kata sebenar ialah persoalan moral

yang membicarakan betul atau salah perkara yang perlu dibuat atau ditinggalkan. Etika dalam

pengurusan bermaksud menerapkan nilai nilai moral seperti disiplin, garis panduan, tatasusila,

peraturan, polisi dan segala unsur positif yang dapat membantu pengurus menjalankan

tanggungjawab dengan dapat membantu pengurus menjalankan tanggungjawab dengan

berkesan. Integriti pula, ialah satu kualiti dan ciri positif yang wujud secara keseluruhan pada

individu dan organisasi. Ciri dan kualiti integriti mengandungi unsur- unsur wholeness

(kewujudan secara bersepadu sebagai keseluruhan) pada diri individu atau organisasi. Dalam

akhlak Islam turut menggariskan integrity yang bersesuaian dengan sifat sifat benar, amanah,

setia, pegang teguh, peribadi mulia dan sebagainya yang membawa pengertian menyeluruh

pengamalan dan nilai nilai akhlak yang diperlihatkan dalam diri Rasulullah S.A.W (Tuan

Asmawi, 2006).

Dalam sektor awam perkhidmatan awam pelbagai dasar, peraturan, pekeliling dan garis panduan

telah digubal bagi memastikan etika dan integriti dihayati oleh penjawat awam.

Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik

seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil

alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata (Azizi et.al,2011) Anak-anak

mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Jadi tidak hairanlah jika

[24]
Keselamatan di Sekolah
2012
anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang

dianggap lebih rapat dengan mereka.

Selain itu, pengaruh rakan turut menjadi satu punca berlakunya masalah ponteng sekolah

dalam kalangan pelajar-pelajar. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah

akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka hanya

akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang.

Fenomena ini berlaku kerana rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan

memberikan pelbagai alasan yang dianggap munasabah bagi mereka. Pelajaran di sekolah

dikatakan membosankan dan ponteng sekolah untuk menenangkan fikiran menjadi alasan untuk

tidak hadir ke sekolah. Ini jelas menunjukkan pengaruh rakan menjadi satu faktor berlakunya

ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Didikan daripada ibu bapa dan ajaran agama yang kurang turut menimbulkan masalah

ponteng sekolah yang kian menjadi-jadi itu. Ketika berada di rumah, anak-anak tidak dididik oleh

ibu bapa mereka dengan sempurna dan sikap tanggungjawab tidak diterap ke dalam jiwa

mereka. Ini secara tidak tidak langsung mempengaruhi pembentukan peribadi mereka dan

amalan ponteng sekolah merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab dipraktikkan oleh

mereka. Masalah didikan ibu bapa yang tidak efektif kadang-kala boleh menyebabkan mereka

tidak berupaya melakukan penaakulan yang rasional mengenai kesalahan yang mereka lakukan

serta baik buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka. Ini membuktikan didikan

daripada iu bapa yang kurang sempurna secara tidak langsung mempengharuhi timbulnya gejala

ponteng sekolah tersebut.

Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini adalah

dengan mengetatkan peraturan sekolah. Hukuman yang lebih berat seperti digantung sekolah

dan dibuang sekolah patut diwujudkan bagi pelajar-pelajar yang mempunyi kekerapan tidak hadir

ke sekolah tanpa alasan yang munasabah. Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah yang

lebih efektif patut dilaksanakan supaya pelajar-pelajar yang kerap ponteng sekolah dapat dikesan

[25]
Keselamatan di Sekolah
2012
dengan lebih cepat dan lebih berkesan. Khidmat kaunseling perlu diberikan kepada mereka yang

sering ponteng sekolah bagi memastikan masalah yang mereka hadapi lalu langkah membantu

boleh dilaksanakan.

Ibu bapa turut perlu meluangkan lebih banyak masa bersanma anak-anak mereka dan

memberi perhatian yang secukupnya terhadap tingkah laku anak-anak mereka di sekolah.

Kebebasan bergaul dengan rakan di luar sekolah turut patut dikawal demi mengelakkan anak-

anak dipengaruhi dengan amalan suka ponteng sekolah. Didikan tidak formal sejak kecil lagi

perlu dilakukan kerana melentur buluh biar ddari rebungnya. Anak-anak perlu dididik untuk

bersikap lebih bertanggungjawab dam berupaya berfikir secara rasional.

Masyarakat sekeliling turut perlu berkerjasama dalam usaha menangani masalah ini dengan

melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar sekolah jika dapat dikesan. Sikap bagai enau dalam

belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis dalam kalangan masyarakat. Pihak

kerajaan juga boleh menganjurkan ceramah dan kempen yang berkaitan dengan keburukan

kegiatan ponteng sekolah di setiap sekolah. Ini sedikit sebanyak dapat mrmbantu dalam

mewujudkan kesedaran dalam diri pelajar-pelajar mengenai keburukan gejala ponteng sekolah

kerana belakang parang diasah, lagikan tajam.

7.0 KESIMPULAN

Sumber manusia merupakan asset terpenting dalam sesebuah organisasi. Dalam

era globalisasi, persoalan daya saing dan daya tahan sesebuah organisasi menjadi focus

masa kini. Sesungguhnya pengurusan sumber manusia berupaya memastikan

[26]
Keselamatan di Sekolah
2012
kelestarian sesebuah organisasi itu. Namun kepincangan pengurusan sumber manusia

telah membangkitkan pelbagai isu berhubung kait penilaian prestasi.


Oleh kerana aspek keselamatan adalah merupakan aspek yang tidak boleh

dikompromi, maka konsep Sekolah Selamat perlu dilaksanakan. Sekolah Selamat hanya

akan wujud setelah setiap warganya mempunyai kesedaran, penghayatan seterusnya

dapat membudayakan amalan keselamatan di mana dapat melaksanakan setiap aktiviti

dalam keadaan selesa, tanpa gangguan, keraguan dan curiga serta mempunyai

kepercayaan sepenuhnya terhadap pihak pengurusan sekolah. Walaupun statistik

Kementerian Pelajaran menunjukkan hanya kira-kira tiga peratus daripada lebih lima juta

pelajar di 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh terbabit dalam kegiatan salah

laku sepanjang sesi persekolahan tahun lalu, namun dari segi angka, ia agak tinggi.

Mengikut rekod kementerian, sejumlah 111,484 pelajar atau 72,557 pelajar sekolah

menengah dan 38,927 murid sekolah rendah dikesan terbabit dalam pelbagai salah laku

disiplin pada 2010. Antara kes salah laku disiplin yang sering dilakukan pelajar termasuk

jenayah sebanyak 17,595 kes, ponteng sekolah 19,545 kes, kelucahan 3,031 kes,

vandalisme 5,212 kes dan kenakalan 8,563 kes. (Berita Harian: 28 Disember 2010)
Beberapa kes yang pernah dilaporkan media sebelum ini termasuk kes pelajar

perempuan menendang guru di dalam kelas, pelajar lelaki menumbuk guru di bilik guru

dan banyak lagi, sesetengahnya dirakam dengan telefon bimbit dan dapat dilihat

menerusi YouTube. Justeru, masalah disiplin seperti ponteng, berkelakuan buruk,

kecurian dan pergaduhan yang menyebabkan kecederaan tidak boleh diterima walaupun

masalah berkenaan tidak begitu membimbangkan dan terkawal. Langkah terbaru

kementerian bagi menangani kes disiplin pelajar ini terkandung dalam surat pekeliling

ditandatangani Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, mewajibkan

sekolah mengambil tindakan perlu pada hari pertama kes itu berlaku dan

menyerahkannya kepada Pejabat Pelajaran Daerah untuk tindakan susulan dan

seterusnya ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) serta kementerian. Sebelum ini ada kes

atau kejadian yang hanya dilaporkan kepada kementerian selepas beberapa hari ia

[27]
Keselamatan di Sekolah
2012
berlaku atau apabila diminta kementerian. Ada juga kes yang disiarkan oleh media massa

terlebih dulu sebelum pihak kementerian dimaklumkan secara rasmi mengenainya. Kita

berharap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang baru itu serta kerjasama daripada

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dapat membantu semua pihak menangani masalah

disiplin dan salah laku yang mengganggu proses pembelajaran di sekolah.

8.0 RUJUKAN

Abdullah Sani Yahya, (2004). Mengurus Disiplin Pelajar. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ahmad Hj. Salleh, (1980). Disiplin Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ang Jit Eng, (2007).Pengurusan Disiplin Murid. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Hussein Mahmood, (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1994).Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Kelas. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka

[28]
Keselamatan di Sekolah
2012
Yahya Don, (2007).Kepimpinan Dan Pembangunan Pelajar Sekolah Di Malaysia. Kuala Lumpur:

PTS Professional.

Akhbar Berita Harian (Edisi On Line).28 Disember 2010.Masalah Salah Laku Disiplin Pelajar
Masih Terkawal.http://www/beritaharian.com.my

Azizi et.al (2011). Perkaitan Gejala Ponteng Sekolah, Kelas Dan Kokurikulum Dengan
Pencapaian Akademik Pelajar Di Sebuah Sekolah Menengah Daerah Skudai, Johor. Jurnal
Teknologi, 54 (Sains Sosial), Jan. 2011:25 50

Akhbar Bernama (Edisi On Line).17 Januari 2012. Kementerian Pelajaran Kaji Masalah
Ponteng Sekolah. http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=640715

Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995.Menangani Masalah


Ponteng Di Sekolah

Majlis Guru Bimbingan Dan Kaunseling Negeri Melaka. (2011).Kajian Ponteng Pelajar Sekolah
Menengah Negeri Melaka.(Report)

[29]
Keselamatan di Sekolah
2012

LAMPIRAN

CONTOH PELAKSANAAN KAJIAN JOM KE SEKOLAH

BAGI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Garis panduan pelaksanaan kajian:-

1. Rekabentuk Kajian - Kajian tinjauan.


2. Persampelan Kajian Guru Bimbingan dan Kaunseling diminta memilih murid
berdasarkan kriteria berikut :-
2.1 Murid aktif hadir ke sekolah (Secara rawak untuk Tingkatan 1 hingga 5 bagi
Sekolah Menengah atau Tahun 4 hingga 6 bagi Sekolah Rendah)

2.2 Murid kerap ponteng sekolah (Secara rawak untuk Tingkatan 1 hingga 5 bagi
Sekolah Menengah atau Tahun 4 hingga 6 bagi Sekolah Rendah)

3. Instrumen kajian Satu Set Borang Soal Selidik yang mengandungi 2 bahagian iaitu
Bahagian A, 4 item butiran umum tentang responden dan Bahagian B, 59 item berkaitan
dengan faktor-faktor yang mempengaruhi murid untuk hadir ke sekolah.

Bil Faktor

1 Faktor Diri Sendiri

2 Faktor Guru

3 Faktor Persekitaran Sekolah

4 Faktor Rakan Sebaya

5 Faktor Peraturan Sekolah

6 Faktor Ibu Bapa / Penjaga

[30]
Keselamatan di Sekolah
2012
4. Pihak Jawatankuasa Pelaksana Kajian di Peringkat Sekolah dikehendaki untuk memilih
seramai 20 orang Murid bagi Kategori Murid Aktif Ke Sekolah dan 20 Orang Murid
Yang Kerap Ponteng sebagai responden. Pihak Jawatankuasa Pelaksana dikehendaki
memberikan taklimat berkaitan kajian sebelum responden yang dipilih menjawab
instrumen kajian.
5. Hasil jawapan daripada responden perlu dikumpul dan diserahkan kepada Unit Hal Ehwal
Murid (HEM) jabatan Pelajaran.

f) Menggunakan Prosedur Operasi Standard (S.O.P) yang digariskan oleh Pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pihak pentadbir sekolah (pengetua) seharusnya mengikut S.O.P yang telah

digariskan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membantu pihak

pengurusan sekolah dalam menangani masalah disiplin di sekolah terutamanya

ponteng sekolah. Jika setiap kes dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang

ditetapkan, pelajar dan ibu bapa akan dapat melihat kesungguhan pihak sekolah

dalam menangani isu ponteng sekolah. Pelajar juga akan lebih berhati hati apabila

mereka hendak ponteng sekolah. Ini sudah tentu dapat mengurangkan kadar ponteng

sekolah.

[31]

You might also like