You are on page 1of 13

All About Girls

Girls!

Girls!
They protect you!
Mind you, correct you!
In ways you never thought of,
They enslave you, caress you!

You do whatever they say,


Sometimes they confuse you!
Right then it gets real bad,
Misconceptions they kill you!

You give them all,


You're taken to the mall,
Spend all your money,
Until you fall!

They flirt, tiny skirts!


Eyes blink, you're alert!
Black magic, their mastered skill!
New guys like contraception pills!

Some naughty, some innocent,


What lies deep inside,
Is the killer sense!
Oh they messed me up!

Damn I now trust this bub,


Sitting here golden cheers!
Girls! Girls! Girls!
The Ballad Of The Turkey

As I walked along the road one day


Kicking up stones along the way,
I saw a bird of unusual size
Who had a large beak and small, beady eyes.

He strutted about and ruffled his wings


Then he did the most ominous thing.
He let out a screech and puffed out his chest
I wanted to run from this evil pest.

As this bird's mighty exterior did appear


The inside of my chest was filled with fear.
He put one talon forward, the other one next
This troublesome bird was making me vexed.

I then did something that was a great chance.


I kicked a stone at him to stop his advance.
He then chased the stone, oh joy of great joys!
I felt myself one of the luckiest boys!

Around the corner I ran, straight to my home,


Leaving that bird confused and alone.
Don't befriend a turkey (for that's what he was)
Or he will attack you simply because.
1. lintah darat

Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing

Maksud : Saling tolong-menolong.

3. anak dagang

Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih
baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melibatkan
diri

6. indah khabar daripada rupa

Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni

Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit

Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya
setelah mendapat kesenangan.
10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

Maksud : Orang yang semuafakat, sehidup semati, dan tidak berubah kesetiaannya.

13. memerah otak

Maksud : Belajar bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah
payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-


senang kemudian

Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan di


kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan


Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran

Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh maksud kedua, tetapi yang
sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan

Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat

Maksud : Adat yang tidak boleh dilanggar.

23.sediakan payung sebelum hujan

Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati

Maksud : Gembira.

25. anak buah

Maksud : a. Anak saudara.


b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah

Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung


Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang

Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan

Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk

Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal.


b. Kehidupan yang senang.
1 Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan
kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan
dan keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan
dengan lebih mudah dan tidak mudah ditakluki kuasa asing. Inilah kemerdekaan yang perlu
dijaga oleh setiap rakyat Malaysia.
Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai
latar belakang sosial, agama, budaya dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti
nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Sejak
merdeka sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan yang bertujuan mencapai
perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di Malaysia, penghayatan kepada prinsip-
prinsip Rukun Negara dalam kalangan rakyat mampu melahirkan masyarakat Malaysia yang
bersatu padu dalam pelbagai aspek.
Merujuk kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, penekanan telah diberikan kepada
sistem persekolahan yang sama; bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum
sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem pendidikan negara
merupakan satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu,
penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa
pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan,
dan hari patriotik.
Dalam persekitaran sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum
sangat penting. Hal ini dapat membantu menyuburkan semangavt perpaduan kaum dan
membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah
juga harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan
budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Semangat perpaduan juga
perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral para pelajar.
Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga buah sekolah rendah, iaitu SRK,
SRJK (C) dan SRJK (T) dalam satu kawasan mampu membentuk pelajar yang bertoleransi.
Pelajar akan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin dan
perpustakaan secara bersama-sama. Pelajar sekolah rendah akan bergaul secara langsung
apabila mereka bersukan, makan di kantin dan semasa mengadakan hari terbuka sekolah. Oleh
itu, pemupukan semangat perpaduan dapat ditanam dan disemai pada peringkat awal usia
pelajar lagi.
Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan
seperti sukan, kelab dan persatuan serta ceramah haruslah dipergiat dan dipertingkatkan. Para
pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti di luar system akademik pelbagai kaum seperti keluarga
angkat, persatuan dan badan beruniform. Jelaslah bahawa usaha yang diambil bagi
mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat
termasuklah pelajar.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam mempertingkatkan lagi nilai-nilai
perpaduan dan mewujudkan masyarakat yang cinta kepada negara dan saling berkerjasama
antara satu sama lain ibarat "berat sama dipikul ringan sama dijinjing".
2 Perpaduan merupakan suatu elemen yang sangat penting untuk mengekalkan keharmonian rakyat
dan keamanan negara. Dalam konteks negara kita yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum,
semangat bersatu-padu, hormat-menghormati dan bertolak ansur sangat penting dan perlu dipupuk
sejak di bangku sekolah lagi. Selaras dengan pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, usaha-
usaha memupuk perpaduan perlu dijadikan keutamaan dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan di
peringkat sekolah supaya murid-murid dapat dipupuk dan disemai dengan nilai-nilai perpaduan
antara kaum sejak di peringkat awal lagi.

Sebenarnya, aktiviti di dalam kelas seperti perbincangan dalam kumpulan turut memainkan
peranan menyemai nilai-nilai perpaduan dalam sanubari murid-murid yang masih mentah. Guru-
guru mesti memastikan setiap kumpulan dianggotai oleh murid-murid berbilang kaum. Melalui
aktiviti kumpulan ini, murid-murid akan belajar nilai bekerjasama, tolong-menolong, bertolak-ansur
dan hormat-menghormati dalam usaha menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. Contohnya,
dalam menyiapkan tugasan Bahasa Melayu, mereka akan bekerjasama mengumpul isi-isi, saling
bertukar idea dan pendapat, bersatu-hati memastikan tugasan dapat disiapkan sebaik mungkin
mengikut tarikh yang ditetapkan dan seterusnya mendapat pujian dan penghargaan daripada guru.
Jelaslah, melalui aktiviti berkumpulan ini murid-murid dapat mengamalkan semangat bersatu-padu
tanpa mengira kaum. Aktiviti seumpama ini mesti terus dipraktikkan di sekolah sebagai usaha untuk
mencapai aspirasi perpaduan kaum, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya.

Sebenarnya pihak sekolah telah pun merancang aktiviti-aktiviti dalam program RIMUP yang
dilaksanakan oleh pihak kementerian pelajaran di sekolah-sekolah. Program Rancangan Intergrasi
Murid Untuk Perpaduan ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan antara murid-murid pelbagai
kaum melalui aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Program Sambutan Hari Raya di
peringkat sekolah umpamanya merupakan satu program RIMup yang hebat dalam usaha memupuk
perpaduan. Melalui aktiviti ini, murid-murid Cina dan India berpeluang mempelajari dan mengalami
sendiri budaya masyarakat Melayu ketika menyambut perayaan hari raya. Contohnya, murid-murid
lelaki Cina dan India begitu tampan mengenakan baju Melayu lengkap bersamping, manakala yang
perempuannya pula manis mengenakan baju kurung dan berkebaya. Murid-murid juga bekerjasama
menyiapkan kerja-kerja untuk memastikan sambutan berjalan lancar. Justeru, program RIMup
memang dapat memenuhi aspirasi memupuk perpaduan melalui penglibatan murid pelbagai kaum
dalam acara-acara yang diatur oleh pihak sekolah.

Selain itu, aktiviti kokurikulum di sekolah juga dapat memupuk semangat perpaduan. Pihak
sekolah mesti memastikan penglibatan murid berbilang kaum dalam aktiviti kelab, persatuan dan
badan-badan beruniform. Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum ini mampu memupuk sikap
saling bekerjasama, bertolak ansur, hormat-menghormati serta bersatupadu. Contohnya, dalam
aktiviti perkhemahan Pengakap, ahli-ahli akan bekerjasama mendirikan khemah, memasak
makanan, melakukan aktiviti berkumpulan membina gajet dan sebagainya. Hal ini akan memupuk
semangat muhibbah dalam kalangan murid berbangsa Cina, Melayu dan India. Oleh itu, kegiatan
kokurikulum sebenarnya satu alat yang sangat berkesan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan
murid di sekolah.

Seterusnya, aktiviti bergotong-royong yang sering dijalankan di sekolah turut membantu


menyemai semangat perpaduan dalam kalangan murid berbilang kaum di sekolah. Sebagai contoh,
dalam kegiatan bergotong-royong menceriakan dan membersihkan kelas atau kawasan sekolah,
murid-murid akan belajar nilai bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugas bak kata pepatah,
yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Murid-murid akan bekerjasama mengelap
cermin tingkap, menanam pokok bunga, membuang sampah, mengecat dinding dan sebagainya.
Oleh itu, secara tidak langsung, aktivii ini akan mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid
berbilang kaum.

Tidak kurang pentingnya, guru-guru di sekolah sewajarnya sentiasa mengingatkan dan


menanam kepentingan perpaduan dalam sanubari murid-murid di sekolah. Umpama air yang
menitis ke batu, lama kelamaan batu yang keras akan lekuk juga, begitu jugalah perumpamaan diri
murid-murid. Jika setiap hari lima minit sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran
guru-guru memberi maklumat tentang kepentingan perpaduan serta sentiasa menitikberatkan
penglibatan murid berbilang kaum dalam aktiviti kumpulan perbincangan di dalam kelas, sudah
tentu semangat perpaduan ini akan berkesan di hati mereka. Tidak lupa, guru-guru sebagai contoh
teladan yang akan diperhatikan dan dicontohi oleh murid-murid mesti mengamalkan semangat
perpaduan dalam kalangan guru-guru dan kakitangan sokongan di sekolah.

Tambahan pula, perpaduan juga boleh dipupuk melalui aktiviti sukan. Sementelahan pula,
sukan merupakan aktiviti yang sangat penting di sekolah-sekolah. Rumah-rumah sukan dibentuk
dengan ahlinya terdiri daripada murid-murid berbilang kaum. Mereka berlatih bersama-sama,
berusaha bersungguh-sungguh sebagai satu pasukan untuk mencapai satu impian iaitu memastikan
rumah sukan mereka menang dalam acara Sukan Tahunan di sekolah ataupun sekolah mereka
menjadi juara di peringkat daerah, mahupun di peringkat kebangsaan.

Contohnya, di sekolah ada rumah sukan Laksamana, Bendahara, Bentara dan sebagainya. Semangat
kesukanan tanpa mengira batas kaum ini sudah pasti memupuk sikap sayang-menyayangi dan
hormat-menghormati antara murid-murid yang berbilang kaum. Justeru, aktiviti sukan di sekolah
dapat memupuk semangat perpaduan antara murid berbilang kaum .

Kesimpulannya, pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan di sekolah dalam usaha memupuk


perpaduan kaum dalam kalangan murid-murid. Umpama menyemai benih yang diharapkan hidup
subur dan menghasilkan buah yang manis, bibit-bibit perpaduan mesti disemai, dibaja dan disiram
dengan penuh kesabaran suapaya menghasilkan murid yang bersatu-padu dan saling menghormati.
Perpaduan merupakan tonggak kekuatan dan keamanan negara. Justeru, murid-murid yang bakal
menjadi pemimpin pada masa hadapan mesti memiliki semangat bersatu-padu untuk memajukan
negara dan mengekalkan kemedekaan dan keharmonian negara. Oleh itu, komitmen semua pihak
turut diharapkan agar aspirasi murni negara iaitu mengekalkan perpaduan kaum dapat direalisasikan
supaya negara kita kental daripada diancam oleh anasir-anasir yang cuba untuk memecahbelahkan
rakyat. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
3 Salah satu daripada isi yang termaktub dalam gagasan satu Malaysia adalah berkaitan dengan

perpaduan semua kaum di Malaysia. Oleh itu, bahasa melayu memainkan peranan yang sangat

penting dalam memupuk perpaduan semua kaum di Malaysia.

Penggunaan bahasa Melayu yang semakin meluas sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa

kebangsaan dan bahasa rasmi negara menekankan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu

yang lebih bermutu. Pelajar-pelajar bukan sahaja perlu menguasai kecekapan berbahasa dan

ketepatan berkomunikasi, tetapi juga perlu memahami sistem bahasa Melayu yang mampu

mengungkapkan segala bidang ilmu dan kegiatan harian selaras dengan fungsinya sebagai bahasa

perpaduan rakyat, perhubungan utama, dan bahasa ilmu pengetahuan yang mencerminkan akal

budi rakyat.

Di samping itu juga, bahasa Melayu memainkan peranan penting bukan sahaja di dalam memenuhi

keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Sememangnya tidak

dapat dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu signifikan untuk menyumbang ke arah sebuah

negara maju mengikut acuan sendiri. Selain itu juga, pendidikan sebagai alat yang digunakan untuk

perpaduan antara kaum jelas dinyatakan di dalam Penyata Razak 1956. Oleh itu, apabila pendidikan

dianggap sebagai alat secara automatiknya, bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa

perpaduan boleh mengambil bahagian di dalam isu menyatupadukan rakyat kerana bahasa Melayu

itu digunakan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar di pelbagai bidang.

Aspek penting untuk menyatupadukan rakyat mengikut fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa

perpaduan adalah melalui pendidikan. Sesungguhnya pendidikan hari ini telah memainkan peranan

penting di dalam merealisasikan aspirasi negara di dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidikan

hari ini telah membuktikan bahawa negara berjaya mengimbangkan kewujudan integrasi nasional

yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Perpaduan rakyat atau pembentukan satu

negara bangsa dapat dicapai melalui sistem pendidikan. Oleh itu, perpaduan rakyat dapat dicapai

sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama laintidak

mengira bangsa dan agama.

Selain itu, Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan merupakan senjata paling ampuh dalam

merealisaikan konsep 1 Malaysia. Perpaduan dapat ditafsirkan sebagai satu proses yang

menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat

dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.

Kamus Dewan (1994) mendefinisikan perpaduan sebagai penggabungan, pelaburan penyesuaian,


kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Oleh itu,

dapatlah diertikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan ialah bahasa yang menjadi

lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan satu

kelompok manusia yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam

sesebuah negara.

Hal ini kerana Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia

ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan

persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa

curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.

Oleh itu, Penyata Razak telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada tahun 1957.

Ordinan ini mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama manakala

Bahasa Melayu pula digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah, khusus untuk

membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana berkesan untuk komunikasi pelbagai

kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau bahasa.

Bahasa Melayu bukan sahaja mampu menyampaikan pelbagai ilmu malahan ia juga memikul

tanggungjawab yang besar sebagai bahasa persatuan dan kesatuan kaum di Malaysia. Perkara ini

telah dibuktikan sejak sekian lama kerana melalui perpaduan yang kukuh dan persefahaman kaum

yang kuat dalam kalangan masyarakat, suasana politik dan sosial juga turut stabil sekali gus

merancakkan lagi sektor ekonomi negara. Secara tuntasnya, inilah berkat hasil bahasa Melayu yang

dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara ini sejak awal tahun 70-an.

Bahasa Melayu yang dahulunya hanya berperanan sebagai lingua-franca dan juga

bahasa kedua akhirnya menjadi bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa komunikasi, bahasa

perundangan, bahasa pentadbiran dan bahsa yang dapat mengungkapkan pelbagai genre dan

domain ilmu. Oleh hal yang demikian,bagi memastikan semangat dan kecintaan terhadap

kepentingan dan kemampuan bahasa Melayu memainkan peranannya sebagai bahasa ilmu dan

wahana merealisasikan Gagasan 1 Malaysia, usaha promosi harus dipergiat dari semasa ke semasa.

Berdasarkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa

komunikasi tidak perlu dipersoalkan lagi apabila rata-rata anak-anak berinteraksi dengan rakan

sebaya di sekolah, majikan dan pekerja berkomunikasi di pejabat bahkan urusan jual beli di pasar

raya juga kita sering mendengar bahasa Melayu diujarkan. Keadaan ini akan mempermudahkan lagi
proses perpaduan kaum di Malaysia dimana ia akan berfungsi sebagai satu cara yang sangat efektif

dalam mencapai matlamat tersebut.

Hal ini kerana apabila semua penduduk menuturkan satu bahasa dalam bahasa pertuturan seharian,

ia tidak akan menimbulkan kesusahan dan permasalahan. Oleh itu, ia akan membolehkan perpaduan

semua kaum dicapai.

Bahasa Melayu bukan untuk orang Melayu sahaja tetapi bahasa Melayu untuk semua rakyat

Malaysia, maka sewajarnya semua rakyat yang mengaku diri mereka sebagai rakyat Malaysia

memastikan kelangsungan pelaksanaan bahasa Melayu dalam negara kita yang tercinta ini.

Rancangan televisyen termasuk iklan, drama, filem dan lain-lain yang mengetengahkan konsep

perpaduan antara kaum di negara ini wajar digalakkan dan diberi perhatian. Usaha memberikan

keutamaan atau menjadikan perpaduan sebagai tema patut dipuji apatah lagi dengan penggunaan

bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu.

Apabila wujud perpaduan antara kaum, maka keharmonian negara dapat dicapai mahupun

dikekalkan. Dengan wujudnya keharmonian dan kesejahteraan hidup dalam kalangan rakyat,

keamanan negara dan seterusnya kestabilan politik akan berkekalan. Kita tidak menyekat

masyarakat pelbagai kaum untuk menggunakan bahasa ibunda masing-masing sama seperti mereka

mengamalkan agama, budaya dan adat resam, namun demi semangat kemerdekaan dan perpaduan,

utamakanlah bahasa kebangsaan kita.

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuhkan apabila

kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain. Sebabnya Bahasa Melayu tidak

dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan kehadirannya tidak akan menyebabkan

bahasa ibunda kaum masing-masing akan menerima nasib malang. Rahsia Bahasa Melayu tetap

diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan hingga kini ialah kerana jaminan yang

diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih

boleh digunakan.

Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-

bahasa lain.Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 membuktikan

betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai bahasa komunikasi

utama pelbagai kaum. Sejak itu banyak kegiatan kebahasaan turut melibatkan pelbagai kaum.
Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis (PBSUB) bagi

SRJKC dan SRJKT dan pidato bahasa Melayu antarabangsa. Ini membuktikan bahasa Melayu menjadi

bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja.

Pemilihan Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduan melonjakkan bahasa ini

sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi model perpaduan dunia

melalui penggunaan satu bahasa.

Sebagai kesimpulannya, bahasa melayu memainkan peranan yang sangat penting dalam

menyatupadukan rakyat di Malaysia yang berbilang kaum. Oleh itu sebagai rakyat Malaysia haruslah

bersama memartabatkan bahasa melayu agar ia terus menjadi wahana penyatuan seluruh kaum di

Malaysia. Hal ini kerana bahasa melayu telah bermula sejak dari zaman kesultanan melayu Melaka

lagi dan ianya telah digunakan sebagai lingua franca oleh seluruh pedagang yang dating ke tanah

melayu pada waktu itu.

You might also like