You are on page 1of 49

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang dapatan kajian yang telah diperolehi daripada

penganalisaan data daripada instrumen kajian yang telah diedarkan kepada pelajar di

tiga (3) buah sekolah menengah dalam daerah Kota Bharu di Kelantan. Kajian ini

adalah untuk mengetahui pengaruh dan kesan Facebook terhadap akhlak pelajar

sekolah menengah dalam daerah Kota Bharu di Kelantan. Bilangan responden yang

telah digunakan adalah seramai 150 orang responden iaitu 50 orang responden bagi

setiap sekolah. Dapatan kajian yang diperoleh ini akan dikemukakan berdasarkan

hipotesis-hipotesis yang telah dibina bagi menentukan sama ada hipotesis yang telah

dibina sebelum ini dapat diterima atau sebaliknya.

Bab ini membentangkan hasil kajian yang telah dianalisis. Data yang diperolehi melalui

soal selidik yang diedarkan kepada responden, dikumpul dan dianalisis dengan

menggunakan graf bar atau carta. Bahagian 4.2 adalah analisis dapatan kajian

Bahagian A iaitu butiran diri responden seperti jantina, bangsa, agama, umur, tempat
tinggal, pekerjaan ibu bapa dan pendapatan seisi keluarga. Bahagian 4.3 adalah

analisis dapatan kajian Bahagian B iaitu maklumat responden sebagai pengguna

Facebook untuk mengkaji tahap keterpengaruhan terhadap Facebook. Bahagian 4.4

adalah analisis dapatan kajian Bahagian C melibatkan maklumat responden bagi

mengaitkan kesan Facebook terhadap akhlak responden. Manakala Bahagian 4.5

adalah analisis dapatan kajian Bahagian D iaitu pendapat responden mengenai

sejauhmana Facebook memberi kesan terhadap diri sendiri. Segala data yang

diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan komputer iaitu menggunakan perisian

Microsoft Office Excel 2003.

Bagi memudahkan analisis dapatan kajian ini dibentangkan, nama tiga (3) buah

sekolah menengah yang digunakan sebagai tempat kajian telah dinamakan semula

seperti di bawah:

Jadual 4.1: Kategori Sekolah

Nama Sekolah Kategori


Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2 Sekolah A
(sekolah bandar)
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Sekolah B
(sekolah luar bandar)
Sekolah Menengah Ugama (Arab) Sullamiah Sekolah C
(sekolah agama)

59
4.2 Analisis Dapatan Kajian Bahagian A: Butiran Diri Responden

Butiran diri responden yang dikenalpasti dalam kajian ini adalah responden yang

merupakan pengguna Facebook. Butiran diri responden meliputi jantina, bangsa,

agama, umur, tempat tinggal, pekerjaan ibu bapa dan pendapatan sesi keluarga.

4.2.1 Jantina

Merujuk Rajah 4.1, terdapat 25 orang responden lelaki dan 25 orang responden

perempuan bagi setiap sekolah. Pengkaji memastikan bilangan responden lelaki

adalah seimbang dengan bilangan responden perempuan kerana bersesuaian dengan

definisi pelajar iaitu golongan orang yang belajar atau menuntut di sekolah, tanpa

mendefinisikan pelajar lelaki atau pelajar perempuan.

30
25 25 25 25 25 25
Bilangan Responden

25

20
Lelaki
15
Perempuan
10

0
Sekolah A Sekolah B Sekolah C
Se kolah

Rajah 4.1: Jantina Responden

60
4.2.2 Bangsa

Rajah 4.2 menunjukkan kesemua responden dari ketiga-tiga sekolah menengah dalam

daerah Kota Bharu iaitu 150 orang responden adalah berbangsa Melayu. Hal ini

kerana majoriti pelajar menengah kebangsaan di Kota Bharu adalah orang Melayu

kecuali di sekolah menengah jenis kebangsaan. Tambahan pula, 95 peratus daripada

penduduk Kelantan adalah orang Melayu.

60
50 50 50
Bilangan Responden

50

40 Melayu

30 Cina

20 India

10
0 0 0 0 0 0
0
Sekolah A Sekolah B Sekolah C

Sekolah

Rajah 4.2: Bangsa Responden

4.2.3 Agama

Rajah 4.3 menunjukkan bangsa responden di mana kesemua responden iaitu 150

orang responden adalah beragama Islam, memandangkan kesemua responden adalah

berbangsa Melayu. Tambahan lagi, ini bersesuaian dengan salah satu objektif kajian

ini iaitu untuk membanding berdasarkan akhlak pelajar melayari Facebook antara

pelajar sekolah menengah di bandar, luar bandar dan pelajar sekolah menengah

agama. Oleh itu, sekiranya terdapat responden bukan Islam, maka tidak wujud

61
keseimbangan dalam membuat perbandingan antara pelajar sekolah menengah di

bandar dan luar bandar dengan pelajar sekolah menengah agama.

60
50 50 50
Bilangan Responden

50

40
Islam
30
Buddha
20
Hindu
10
0 0 0 0 0 0
0
Sekolah A Sekolah B Sekolah C
Sekolah

Rajah 4.3: Agama Responden

4.2.4 Umur

Rajah 4.4 (a) dan 4.4 (b) menunjukkan umur responden yang terlibat dalam kajian ini.

Berdasarkan rajah 4.4 (a), bagi responden yang berumur di antara 13-15 tahun,

terdapat 30 orang responden dari Sekolah A dan 30 orang responden dari Sekolah C

serta 25 orang responden dari Sekolah B. Responden ini terdiri daripada pelajar

Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Bagi responden yang berumur di antara 16-17 tahun,

terdapat 20 orang responden dari Sekolah A dan 20 orang responden dari Sekolah C

serta 16 orang responden dari Sekolah B. Responden ini pula terdiri daripada pelajar

Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Manakala, bagi responden yang berumur di antara 18-19

tahun, terdapat 9 orang responden dari Sekolah B. Namun, di Sekolah A dan Sekolah

C tidak mempunyai responden yang berumur 18-19 tahun kerana tidak mempunyai

pelajar Tingkatan 6. Berdasarkan rajah ini juga, terdapat kepelbagaian peringkat umur

responden bagi menjayakan kajian ini.

62
Rajah 4.4 (b) menunjukkan peratusan keseluruhan responden dari ketiga-tiga sekolah

yang terlibat mengikut peringkat umur responden. Dari segi komposisi umur, majoriti

responden adalah yang berumur di antara 13-15 tahun iaitu 57 peratus. Responden

yang berumur 16-17 tahun adalah sebanyak 37 peratus manakala responden yang

berumur 18-19 tahun adalah sebanyak 6 peratus sahaja.

35
30 30
30
25
Bilangan Responden

25
20 20 13-15 tahun
20
16 16-17 tahun
15
18-19 tahun

10 9

5
0 0
0
Sekolah A Sekolah B Sekolah C
Se kolah

Rajah 4.4 (a): Umur Responden Bagi Setiap Sekolah

6%

13-15 tahun
37%
16-17 tahun

18-19 tahun
57%

Rajah 4.4 (b): Umur Responden Bagi Semua Sekolah

63
4.2.5 Tempat Tinggal

Rajah 4.5 (a) dan 4.5 (b) menunjukkan tempat tinggal responden yang terlibat dalam

kajian ini. Bagi Sekolah A, majoriti responden tinggal di bandar iaitu 44 orang

responden. Ini memandang Sekolah A berada di pusat bandar Kota Bharu. Namun,

terdapat juga 6 orang responden yang tinggal di luar bandar. Ini kerana terdapat

responden yang mempunyai ibu bapa bekerja di bandar serta terdapat kemudahan

pengangkutan yang banyak untuk ke sekolah tersebut. Bagi Sekolah B, kesemua

responden iaitu 50 orang responden tinggal di luar bandar, memandangkan sekolah

tersebut berada di luar bandar. Berdasarkan pengalaman pengkaji yang pernah

menjadi pelajar di sekolah tersebut, majoriti pelajar berasal dari kampung-kampung

yang berdekatan dengan sekolah. Bagi Sekolah C pula, majoriti responden tinggal di

bandar iaitu 34 orang responden berbanding 16 orang responden yang tinggal di luar

bandar. Lokasi Sekolah C yang berada tidak jauh dari bandar, memudahkan pelajar

dari bandar untuk datang ke sekolah ini. Malah, memandangkan Sekolah C adalah

sekolah agama, maka rata-rata pelajar berminat dalam bidang pengajian Islam tanpa

mengira lokasi tempat tinggal masing-masing.

Rajah 4.5 (b) menunjukkan peratusan keseluruhan responden dari ketiga-tiga sekolah

yang terlibat berdasarkan tempat tinggal responden. Didapati majoriti responden

tinggal di luar bandar iaitu 60 peratus berbanding 40 peratus responden yang tinggal di

bandar.

64
60
50
50

Bilangan Responden
44

40
34 Luar Bandar
30
Bandar
20 16

10 6
0
0
Sekolah A Sekolah B Sekolah C
Se kolah

Rajah 4.5 (a): Tempat Tinggal Responden Bagi Setiap Sekolah

40%
Luar Bandar

Bandar

60%

Rajah 4.5 (b): Tempat Tinggal Responden Bagi Semua Sekolah

4.2.6 Pekerjaan Bapa

Rajah 4.6 (a) dan 4.6 (b) menunjukkan pekerjaan bapa responden yang terlibat dalam

kajian ini. Bagi Sekolah A, majoriti bapa responden bekerja dalam sektor kerajaan iaitu

25 orang, manakala 13 orang bekerja di sektor swasta dan 8 orang bekerja sendiri.

Kebanyakan bapa responden bekerja sebagai pegawai tinggi kerajaan, doktor,

pembantu tadbir dan guru di beberapa lokasi di bandar. Terdapat juga bapa responden

yang tidak bekerja iaitu 3 orang, manakala seorang telah meninggal dunia. Bagi

65
Sekolah B, majoriti bapa responden bekerja sendiri iaitu seramai 22 orang, manakala

19 orang bekerja di sektor kerajaan dan 6 orang bekerja di sektor swasta. Ini kerana

majoriti daripada mereka bekerja sebagai peniaga di Pasar Borong Wakaf Che Yeh

yang terkenal sebagai tempat membeli belah. Pasar Borong Wakaf Che Yeh ini juga

terletak berdekatan dengan lokasi sekolah. Terdapat juga seorang bapa responden

yang tidak bekerja dan 2 orang yang telah meninggal dunia. Bagi Sekolah C, didapati

juga majoriti bapa responden bekerja sendiri iaitu 21 orang, manakala 14 orang bekerja

di sektor kerajaan dan 13 orang di sektor swasta. Juga terdapat seorang bapa

responden yang tidak bekerja dan yang telah meninggal dunia.

Berdasarkan Rajah 4.6 (b), didapati 39 peratus bapa responden bekerja di sektor

kerajaan, 34 peratus pula bekerja sendiri dan 21 peratus bekerja di sektor swasta.

Manakala 3 peratus pula sudah tidak bekerja dan sudah meninggal dunia.

30

25
25
22 Kerajaan
21
Bilangan Responden

20 19 Swasta

Sendiri
15 14
13 13 Tidak Bekerja

10 Meninggal dunia
8
6
5 3
2
1 1 1 1
0
Sekolah A Sekolah B Sekolah C
Sekolah

Rajah 4.6 (a): Pekerjaan Bapa Responden Bagi Setiap Sekolah

66
3% 3%
Kerajaan
39% Swasta
34%
Sendiri

Tidak Bekerja

Meninggal dunia

21%

Rajah 4.6 (b): Pekerjaan Bapa Responden Bagi Semua Sekolah

4.2.7 Pekerjaan Ibu

Rajah 4.7 (a) dan 4.7 (b) menunjukkan pekerjaan ibu responden yang terlibat dalam

kajian ini. Bagi Sekolah A didapati majoriti ibu responden bekerja di sektor swasta iaitu

18 orang, manakala 13 orang bekerja di sektor swasta dan 11 orang bekerja sendiri.

Terdapat 8 orang ibu responden adalah suri rumah. Bilangan ibu responden Sekolah A

yang menjadi suri rumah adalah sedikit berbanding di sekolah lain kerana faktor untuk

menampung kos hidup di bandar. Bagi Sekolah B pula, majoriti bekerja sendiri iaitu 17

orang, manakala 10 orang bekerja di sektor kerajaan dan 6 orang di sektor swasta.

Namun, didapati 14 orang adalah suri rumah. Kebanyakan ibu responden Sekolah B

juga bekerja sebagai peniaga di Pasar Borong Wakaf Che. Bagi Sekolah C, majoriti ibu

responden juga bekerja sendiri iaitu 15 orang, manakala 12 orang bekerja di sektor

kerajaan dan sebagai suri rumah. Terdapat 9 orang bekerja di sektor swasta dan 2

orang telah meninggal dunia. Responden Sekolah C berasal dari latar belakang yang

pelbagai kerana sekolah tersebut kerana sekolah tersebut terbuka kepada sesiapa

sahaja yang berminat mengikuti bidang Pengajian Islam.

67
Berdasar Rajah 4.7 (b), didapati 28 peratus ibu responden bekerja sendiri, 27 peratus

bekerja di sektor kerajaan, 23 peratus sebagi suri rumah, 20 peratus bekerja di sektor

swasta, manakala 2 peratus telah meninggal dunia.

20
18
18 17
16 15 Kerajaan
14
Bilangan Responden

14 13 Swasta
12 12
12 11 Sendiri
10
10 9 Suri rumah
8 8
8 Meninggal dunia
6
4
2
2 1
0
0
Sekolah A Sekolah B Sekolah C
Se kolah

Rajah 4.7 (a): Pekerjaan Ibu Responden Bagi Setiap Sekolah

2%
23% 27% Kerajaan

Swasta

Sendiri

Suri rumah

Meninggal dunia
28% 20%

Rajah 4.7 (b): Pekerjaan Ibu Responden Bagi Semua Sekolah

68
4.2.8 Pendapatan Seisi Keluarga

Rajah 4.8 (a) dan 4.8 (b) menunjukkan pendapatan seisi keluarga responden yang

terlibat dalam kajian ini. Bagi Sekolah A, didapati majoriti mempunyai pendapatan seisi

keluarga RM1000 RM2000 dan RM2000 RM3000 iaitu 24 dan 23 orang responden.

Ini kerana kebanyakan kedua ibu bapa responden bekerja di sektor kerajaan sebagai

pengawai kerajaan, guru, polis dan kerani. Manakala terdapat 3 orang responden yang

mempunyai pendapatan seisi keluarga RM1000 ke bawah. Bagi Sekolah B, majoriti

berpendapatan seisi keluarga RM2000 RM3000 dan RM1000 RM2000 iaitu 20 dan

17 orang responden. Manakala 8 orang responden berpendapatan seisi keluarga

RM3000 ke atas dan 5 orang responden pula RM1000 ke bawah. Walaupun

kebanyakan ibu bapa responden bekerja sebagai peniaga, namun mereka

memperolehi pendapatan yang tinggi kerana berniaga di Pasar Borong Wakaf Che Yeh

yang sentiasa penuh dengan pembeli sama ada dari dalam atau luar negeri, malah

pelancong dari luar negara. Bagi Sekolah C, majoriti mempunyai pendapatan seisi

keluarga RM1000 RM2000 iaitu 25 orang responden. Manakala 13 orang responden

berpendapatan RM2000 RM3000, 8 orang responden berpendapatan RM1000 ke

bawah dan 4 orang responden pula RM3000 ke atas.

Secara keseluruhannya, 38 peratus responden berpendapatan seisi keluarga RM2000

RM3000, 30 peratus berpendapatan RM1000 RM2000, 23 peratus berpendapatan

RM 3000 ke atas dan hanya 9 peratus berpendapatan RM1000 ke bawah.

69
30

25
25 24
23

Bilangan Responden
20 RM1000 ke bawah
20
17 RM1000 - RM2000
15 13 RM2000 - RM3000

10 8 8 RM3000 ke atas

5
5 4
3
0
0
Sekolah A Sekolah B Sekolah C
Sekolah

Rajah 4.8 (a): Pendapatan Seisi Keluarga Responden Bagi Setiap Sekolah

9% RM1000 ke bawah
23%

RM1000 - RM2000
30%
RM2000 - RM3000

RM3000 ke atas

38%

Rajah 4.8 (b): Pendapatan Seisi Keluarga Responden Bagi Semua Sekolah

70
4.3 Analisis Dapatan Kajian Bahagian B: Maklumat Responden Sebagai
Pengguna Facebook

Analisis dari bahagian ini adalah untuk mengenalpasti tahap keterpengaruhan

responden terhadap Facebook yang boleh dikaitkan dengan kesan Facebook terhadap

akhlak pelajar. Maklumat yang diperlukan meliputi bilangan akaun Facebook, tempoh

masa memiliki akaun Facebook, masa melayari Facebook dalam sehari, kekerapan

hari melayari Facebook dalam seminggu, tempat melayari Facebook, tujuan melayari

Facebook, aplikasi dalam Facebook yang paling diminati dan sumber mengenali

mengenai Facebook.

4.3.1 Bilangan Akaun Facebook

Rajah 4.9 (a) dan 4.9 (b) menunjukkan bilangan akaun Facebook yang dimiliki oleh

responden. Majoriti responden dari ketiga-tiga sekolah memiliki hanya satu akaun

Facebook sahaja iaitu 34 orang responden dari Sekolah A, 43 orang responden dari

Sekolah B dan 46 orang responden dari Sekolah C. Bilangan responden yang memiliki

dua akaun Facebook adalah 11 orang responden dari Sekolah A, 5 orang responden

dari Sekolah B dan 2 orang responden dari Sekolah C. Manakala bilangan responden

yang memiliki tiga akaun Facebook adalah 5 orang responden dari Sekolah A serta

Sekolah B dan Sekolah C masing-masing terdapat 2 orang responden. Mereka yang

mempunyai lebih daripada satu akaun mungkin kerana mereka lebih terpengaruh

dengan aplikasi-aplikasi menarik di dalam Facebook atau mempunyai tujuan-tujuan

tertentu yang lain seperti menyamar sebagai orang lain dan menipu.

71
Berdasar Rajah 4.9 (b), secara keseluruhannya, 82 peratus responden memiliki satu

akaun Facebook, 12 peratus responden memiliki dua akaun Facebook dan 6 peratus

responden memiliki tiga akaun Facebook.

50
46
45 43

40
Bilangan Responden

34
35
Satu
30
Dua
25
Tiga
20
Lebih dari tiga
15
11
10
5 5
5 2 2 2
0 0 0
0
Sekolah A Sekolah B Sekolah C
Sekolah

Rajah 4.9 (a): Bilangan Akaun Facebook Responden Bagi Setiap Sekolah

6% 0%
12%

Satu

Dua

Tiga
Lebih dari tiga

82%

Rajah 4.9 (b): Bilangan Akaun Facebook Responden Bagi Semua Sekolah

72
4.3.2 Tempoh Masa Memiliki Akaun Facebook

Rajah 4.10 (a) dan 4.10 (b) menunjukkan tempoh masa responden memiliki akaun

Facebook. Majoriti responden dari ketiga-tiga sekolah sudah 1 tahun memiliki akaun

Facebook iaitu 21 orang responden dari Sekolah A, 23 orang responden dari Sekolah B

dan 22 orang responden dari Sekolah C. Terdapat 9 orang responden dari Sekolah A,

12 orang responden dari Sekolah B dan 19 orang responden dari Sekolah C telah

memiliki akaun Facebook kurang dari 1 tahun. Ini menunjukkan kebanyakan

responden masih baru mengenali Facebook dan boleh dikatakan mempunyai tahap

keinginan yang tinggi untuk melayari Facebook. Bilangan responden yang telah 2

tahun memiliki akaun Facebook adalah 15 orang responden dari Sekolah A, 11 orang

responden dari Sekolah B dan 7 orang responden dari Sekolah C. Manakala, terdapat

5 orang responden dari Sekolah A, 4 orang responden dari Sekolah B dan 2 orang

responden dari Sekolah C yang telah lebih 3 tahun memiliki akaun Facebook.

Didapati responden dari Sekolah A yang telah lebih dari 1 tahun memiliki akaun

Facebook adalah lebih ramai berbanding dari responden di Sekolah B dan Sekolah C.

Ini kerana pelajar di bandar lebih awal terdedah kepada perkembangan terbaru yang

berlaku di sekeliling mereka melalui kemudahan-kemudahan seperti kafe siber, internet

di rumah, wireless dan telefon mudah alih yang canggih. Didapati juga majoriti

responden dari Sekolah C memiliki akaun Facebook 1 tahun dan kurang berbanding

dari Sekoloh A dan Sekoloh B. Ini kerana jika dilihat pelajar sekolah agama berada

dalam suasana persekitaran yang kurang terdedah kepada perkembangan luar.

73
Secara keseluruhannya, terdapat 44 peratus responden telah 1 tahun memiliki akaun

Facebook, 27 peratus responden memiliki akaun Facebook kurang dari 1 tahun, 22

peratus responden telah 2 tahun memiliki akaun Facebook dan 7 peratus responden

telah lebih dari 3 tahun memiliki akaun Facebook.

25 23
22
21
19
Bilangan Responden

20
Kurang dari 12 bulan
15
15 1 tahun
12
11 2 tahun
10 9
7 3 tahun dan lebih
5
5 4
2

0
Sekolah A Sekolah B Sekolah C
Sekolah

Rajah 4.10 (a) : Tempoh Masa Responden Memiliki Akaun Facebook Bagi Setiap Sekolah

7%
27%
22% Kurang dari 12 bulan

1 tahun

2 tahun

3 tahun dan lebih

44%

Rajah 4.10 (b): Tempoh Masa Responden Memiliki Akaun Facebook Bagi Semua Sekolah

74
4.3.3 Tempat Melayari Facebook

Rajah 4.11 (a) dan 4.11 (b) menunjukkan tempat di mana responden melayari

Facebook. Didapati majoriti responden di kesemua sekolah melayari Facebook dari

rumah masing-masing iaitu 41 orang responden dari Sekolah A, 34 orang responden

dari Sekolah B dan 27 orang responden dari Sekolah C. Terdapat 7 orang responden

dari Sekolah A, 13 orang responden dari Sekolah B dan 23 orang responden dari

Sekolah C yang melayari Facebook di kafe siber. Manakala terdapat juga sebilangan

kecil responden yang melayari Facebook di rumah rakan iaitu 2 orang responden dari

Sekolah A dan 3 orang responden dari Sekolah B.

Majoriti responden melayari Facebook dari rumah masing-masing kerana mempunyai

kemudahan internet dan komputer di rumah. Ini kerana terdapat syarikat-sayarikat

telekomunikasi yang menawarkan pakej-pakej perkhidmatan internet yang mampu

dibayar oleh semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang berpendapatan rendah.

Malah, kini terdapat juga pakej perkhidmatan internet untuk pelajar yang menawarkan

potongan separuh harga. Ditambah lagi dengan kemudahan internet mudah alih iaitu

broadband yang memudahkan lagi pengguna melayari internet di mana. Secara tidak

langsung juga, ini dapat membuktikan bahawa wujudnya kesedaran kepentingan ICT

yang tinggi dalam kalangan masyarakat sama ada di bandar atau di luar bandar.

Secara keseluruhannya, terdapat 68 peratus responden yang terlibat dalam kajian ini

melayari Facebook dari rumah masing-masing. 29 peratus responden pula melayari

Facebook di kafe siber dan hanya 3 peratus responden sahaja yang melayari Facebook

di rumah rakan.

75
45 41
40
34

Bilangan Responden
35
30 27
Rumah sendiri
25 23

20 Rumah rakan
15 13
Kafe siber
10 7
5 2 3
0
0
Sekolah A Sekolah B Sekolah C
Sekolah

Rajah 4.11 (a): Tempat Responden Melayari Facebook Bagi Setiap Sekolah

29%
Rumah sendiri

Rumah rakan

Kafe siber

3%
68%

Rajah 4.11 (b): Tempat Responden Melayari Facebook Bagi Semua Sekolah

4.3.4 Jumlah Masa Melayari Facebook Dalam Sehari

Rajah 4.12 (a) dan 4.12 (b) menunjukkan jumlah masa yang digunakan oleh responden

dalam sehari untuk melayari Facebook. Didapati majoriti responden dari Sekolah B

memperuntukkan masa melayari Facebook selama 1 jam dan kurang dalam sehari iaitu

27 orang responden berbanding Sekolah A dan Sekolah C iaitu 14 dan 24 orang

responden. Terdapat 17 orang responden dari Sekolah A, 15 orang responden dari

Sekolah B dan 9 orang responden dari Sekolah C yang melayari Facebook selama 2

76
jam dalam sehari. Manakala majoriti responden dari Sekolah A melayari Facebook

selama 3 jam dan lebih dalam sehari iaitu 19 orang responden berbanding Sekolah B

dan Sekolah C iaitu 8 dan 7 orang responden.

Majoriti responden dari Sekolah A melayari Facebook selama 3 jam dan lebih dalam

sehari berbanding responden Sekolah B dan Sekolah C. Hal ini berikutan majoriti

daripada mereka mempunyai kemudahan internet di rumah berbanding mereka yang

melayari Facebook di kafe siber yang mempunyai kekangan masa dan kos. Tidak

dinafikan bahawa majoriti daripada keseluruhan responden yang terlibat dalam kajian

ini hanya memperuntukkan masa melayari Facebook selama 1 jam dan kurang sahaja

dalam sehari. Ini kerana mereka terikat dengan kerja sekolah dan aktiviti-aktiviti di

sekolah seperti kelas tambahan dan kegiatan ko-kurikulum.

Secara keseluruhannya, 47 peratus responden memperuntukkan masa melayari

Facebook hanya 1 jam dan kurang dalam sehari, 29 peratus responden yang melayari

dalam masa 2 jam dalam sehari dan 24 peratus responden pula melayari Facebook

dalam masa 3 jam dan lebih dalam sehari.

30 27
24
25
Bilangan Responden

19 1 jam dan kurang


20 17
14 15
15 2 jam

9 3 jam dan lebih


10 8 7

0
Sekolah A Sekolah B Sekolah C
Sekolah

Rajah 4.12 (a): Jumlah Masa Responden Melayari Facebook Dalam Sehari Bagi Setiap Sekolah

77
24%
1 jam dan kurang
47%
2 jam

3 jam dan lebih

29%

Rajah 4.12 (b): Jumlah Masa Responden Melayari Facebook Dalam Sehari
Bagi Semua Sekolah

4.3.5 Kekerapan Hari Melayari Facebook Dalam Seminggu

Rajah 4.13 (a) dan 4.13 (b) menunjukkan kekerapan hari responden melayari Facebook

dalam seminggu. Didapati majoriti responden dari Sekolah A memperuntukkan hari

melayari Facebook adalah sebanyak 2, 3 dan 7 hari dalam seminggu iaitu 12, 15 dan

13 orang responden. Ini kerana kebanyakan mereka boleh melayari Facebook pada

bila-bila masa di rumah masing-masing. Bagi Sekolah B dan Sekolah C, kekerapan

hari responden melayari Facebook secara majoritinya adalah 2 hari dalam seminggu

iaitu 14 dan 23 orang responden. Ini kerana mereka hanya boleh memperuntukkan

masa melayari Facebook pada hari cuti hujung minggu sahaja iaitu hari Jumaat dan

Sabtu. Malah, kebanyakan mereka juga hanya melayari Facebook di kafe siber sahaja,

ditambah dengan kekangan masa, kerja sekolah dan aktiviti-aktiviti di sekolah yang

menyebabkan mereka tiada masa melayari Facebook pada hari persekolahan.

78
Secara keseluruhannya, kekerapan hari tertinggi responden melayari Facebook adalah

sebanyak 2 hari dalam seminggu iaitu 32 peratus daripada kesemua responden yang

terlibat dalam kajian ini. 20 peratus responden pula melayari Facebook sebanyak 1

dan 3 hari dalam seminggu. Hal ini berikutan mereka mengambil peluang cuti hujung

minggu untuk melayari Facebook setelah penat dengan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran serta ko-kurikulum di sekolah.

25
23

20
1 hari
Bilangan Responden

15 2 hari
15 14
13 13 3 hari
12 12
4 hari
10 5 hari
8 8
7
6 hari
5 5
5 7 hari
3 3 3 3
2
1
0 0 0
0
Sekolah A Sekolah B Sekolah C
Sekolah

Rajah 4.13 (a): Kekerapan Hari Responden Melayari Facebook Dalam Seminggu
Bagi Setiap Sekolah

2% 15% 20% 1 hari

4% 2 hari

7% 3 hari

4 hari
5 hari

6 hari

20% 32% 7 hari

Rajah 4.13 (b): Kekerapan Hari Responden Melayari Facebook Dalam Seminggu
Bagi Semua Sekolah

79
4.3.6 Tujuan Melayari Facebook

Rajah 4.14 (a) dan 4.14 (b) menunjukkan tujuan responden melayari Facebook.

Didapati majoriti responden dari ketiga-tiga sekolah iaitu 46 orang responden dari

Sekolah A, 43 orang responden dari Sekolah B dan 47 orang responden dari Sekolah

C, melayari Facebook untuk merapatkan hubungan persahabatan. Malah, kebanyakan

mereka juga menggunakan Facebook untuk menambah rakan baru iaitu 43 orang

responden dari Sekolah A, 39 orang responden dari Sekolah B dan 35 orang

responden dari Sekolah C. Oleh kerana Facebook merupakan laman sesawang yang

paling popular dan mempunyai bilangan pengguna yang ramai, maka ia di jadikan satu

medium oleh pengguna untuk merapatkan hubungan persahabatan dan mencari

kenalan baru sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Didapati juga responden dari Sekolah A iaitu seramai 37 orang responden lebih gemar

menggunakan Facebook bagi tujuan bermain permainan atas talian berbanding

Sekolah B dan Sekolah C. Hal ini kerana kebanyakan mereka melayari Facebook di

rumah masing-masing, oleh itu mereka boleh menggunakan Facebook untuk bermain

permainan atas talian untuk menghilangkan tekanan belajar dan mengisi masa

terluang. Facebook menawarkan pelbagai jenis permainan atas talian mengikut

peringkat umur yang boleh menarik minat pengguna.

Namun, dilihat Facebook kurang digunakan untuk membantu dalam pembelajaran. Ini

kerana ciri-ciri Facebook itu sendiri yang lebih ke arah hiburan seperti pelbagai jenis

permainan atas talian dan kuiz. Ia sebenarnya terpulang kepada tujuan pengguna

untuk menggunakan Facebook sama ada untuk hiburan atau bersifat akademik.

80
Secara keseluruhannya, 21 peratus responden yang terlibat dalam kajian ini

menggunakan Facebook untuk merapatkan hubungan persahabatan. Sebanyak 18

peratus responden pula menggunakan Facebook sebagai medium untuk menambah

rakan baru. Selebihnya, mereka menggunakan Facebook untuk bermain permainan

atas talian, merapatkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan, mengemaskini

status, berkongsi dan menambah ilmu pengetahuan, memuat naik gambar, meluah dan

berkongsi perasaan atau masalah serta membantu dalam pembelajaran.

50 47 Menambah rakan baru


46
45 43 43
Merapatkan hubungan kekeluargaan dan
39 persaudaraan
40 37
Bilangan Responden

35 Merapatkan hubungan persahabatan


35
31
Bermain permainan atas talian (on-line)
30 28
23 24 Berkongsi dan menambah ilmu
25 pengetahuan
21 20 21 21
18 Mengemaskini status
20 17 17 17
15 1415
15 13 Memuat naik gambar
1112
9
10 Meluah dan berkongsi perasaan atau
6
masalah
5 Membantu dalam pembelajaran
0
Sekolah A Sekolah B Sekolah C
Sekolah

Rajah 4.14 (a): Tujuan Responden Melayari Facebook Bagi Setiap Sekolah

Menambah rakan baru

Merapatkan hubungan kekeluargaan


dan persaudaraan
6% 5% 18% Merapatkan hubungan persahabatan
8%
Bermain permainan atas talian (on-
10% 10% line)
Berkongsi dan menambah ilmu
pengetahuan
Mengemaskini status
9% Memuat naik gambar
13% 21%
Meluah dan berkongsi perasaan
atau masalah
Membantu dalam pembelajaran

Rajah 4.14 (b): Tujuan Responden Melayari Facebook Bagi Semua Sekolah

81
4.3.7 Aplikasi Facebook Yang Paling Diminati

Rajah 4.15 (a) dan 4.15 (b) menunjukkan aplikasi-aplikasi Facebook yang paling

diminati oleh responden. Bagi responden dari Sekolah A dan Sekolah B iaitu 27 dan 24

orang responden, aplikasi Facebook yang paling diminati adalah mengemas kini status.

Aplikasi ini membenarkan pengguna untuk berkongsi apa saja yang ingin dikongsi

seperti memberitahu perkara yang sedang mereka alami, meluahkan perasaan atau

masalah serta kata-kata nasihat bersama rakan Facebook.

Namun begitu, majoriti responden dari ketiga-tiga sekolah meminati permainan atas

talian seperti yang di nyatakan dalam rajah. Didapati permainan seperti Farm Ville,

Barn Buddy Game, Fish Ville, Cafe World, Frontier Ville dan Yo Ville diminati

kebanyakan daripada mereka. Hal ini kerana jenis permainan ini adalah bersifat santai

dan sesuai untuk golongan pelajar. Didapati juga 19 orang responden dari Sekolah A

dan 21 orang responden dari Sekolah B meminati permainan Mafia Wars, Mobster,

Crime City dan World War yang berunsur keganasan dan peperangan berbanding

hanya 12 orang responden dari Sekolah C. Permainan ini kebanyakannya diminati

oleh responden lelaki. Terdapat juga 16 orang responden dari Sekolah A meminati

permainan berunsur perjudian iaitu Texas HoldEm Poker berbanding hanya 7 dan 2

orang responden sahaja dari Sekolah B dan Sekolah C. Ini menunjukkan pelajar di

bandar lebih mudah terpengaruh dengan permainan yang melalaikan dan mempunyai

unsur haram di sisi Islam. Bagi responden dari Sekolah C pula terdapat 24 orang

responden yang meminati aplikasi kuiz berbanding aplikasi-aplikasi lain yang lebih ke

arah permainan yang melalaikan.

82
Secara keseluruhannya, aplikasi-aplikasi seperti permainan atas talian yang boleh

melalaikan masa dan merosakkan akhlak mudah dipengaruhi oleh kebanyakan pelajar.

Ini kerana 46 peratus daripada keseluruhan responden dari ketiga-tiga sekolah

meminati permainan atas talian.

Kemaskini status
30 27
Bilangan Responden

23 24 24
25 22 Memuat naik gambar
21
19 19 19
20
16 17 18 Farm Ville / Barn Buddy Game / Fish
15
15 Ville / Caf World / Frontier Ville / Yo
12 12 Ville
10 Mafia Wars / Mobster / Crime City /
10 7 World War

5 2 Texas HoldEm Poker

0
Kuiz
Sekolah A Sekolah B Sekolah C
Sekolah

Rajah 4.15 (a): Aplikasi Facebook Yang Paling Diminati Responden Bagi Setiap Sekolah

Kemaskini status

Memuat naik gambar


17% 21%

8% Farm Ville / Barn Buddy Game /


Fish Ville / Caf World / Frontier
Ville / Yo Ville
Mafia Wars / Mobster / Crime
16% City / World War
17%
21% Texas HoldEm Poker

Kuiz

Rajah 4.15 (b): Aplikasi Facebook Yang Paling Diminati Responden Bagi Semua Sekolah

83
4.3.8 Sumber Mengenali Facebook

Rajah 4.16 (a) dan 4.16 (b) menunjukkan sumber responden mula mengenali mengenai

Facebook. Didapati bahawa majoriti responden dari ketiga-tiga sekolah iaitu 34 orang

responden dari Sekolah A, 27 orang responden dari Sekolah B dan 22 orang

responden dari Sekolah C, mula mengenali Facebook daripada rakan mereka. Ini jelas

menunjukkan bahawa rakan banyak memberi pengaruh kepada kehidupan pelajar

kerana rakan merupakan orang kedua yang paling rapat dengan pelajar selepas

keluarga mereka. Manakala, 16 orang responden dari Sekolah A, 23 orang responden

dari Sekolah B dan 18 orang responden dari Sekolah C mula mengenali Facebook

daripada keluarga mereka. Didapati bahawa tiada seorang pun daripada responden

yang mula mengenali Facebook daripada medium lain seperti iklan di televisyen,

majalah, surat khabar dan internet. Ini kerana Facebook kurang diiklankan melalui

saluran media tersebut.

Secara keseluruhannya, 59 peratus responden yang terlibat dalam kajian ini mula

mengenali Facebook daripada rakan mereka manakala 41 peratus responden lagi

mengenali Facebook daripada keluarga mereka.

84
40
34
35 Keluarga

Bilangan Responden
30 27 Rakan
25 23 22
18 Televisyen
20 16
Akhbar
15
10 Majalah
5 Internet
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
0
Sekolah A Sekolah B Sekolah C
Sekolah

Rajah 4.16 (a): Sumber Responden Mengenali Facebook Bagi Setiap Sekolah

0% Keluarga

Rakan
41%
Televisyen

Akhbar

Majalah
59%
Internet

Rajah 4.16 (b): Sumber Responden Mengenali Facebook Bagi Semua Sekolah

85
4.4 Analisis Dapatan Kajian Bahagian C: Kesan Facebook Terhadap Akhlak
Responden

Analisis dari bahagian ini adalah untuk mengenalpasti kesan Facebook terhadap akhlak

responden dari Sekolah A, Sekolah B dan Sekolah C yang dibahagikan kepada akhlak

fardiyah, akhlak usariyah dan akhlak ijtimayah.

4.4.1 Kesan Facebook Terhadap Akhlak Fardiyah Responden

Bahagian ini akan membentangkan hasil analisis kajian mengenai kesan Facebook

terhadap akhlak fardiyah responden. Bahagian ini juga menganalisis perbandingan

kesan Facebook terhadap akhlak fardiyah responden antara Sekolah A, Sekolah B dan

Sekolah C.

86
13
Lalai menyiapkan kerja sekolah 21
16
18
Mengurangkan waktu belajar 23
9
0
Ponteng sekolah 7
43
41
Menambah rakan 9
0
9
Mencari ilmu agama 13
28
10
Mencari ilmu pengetahuan 23
17
21
Memuat naik gambar menutup aurat 16
13
19
Memberi maklumat palsu & salah 16 Selalu
15
0
Melakukan pergaulan bebas 11 Kadang-Kadang
39
0
Melakukan hubungan seks 0 Tidak Pernah
Kesan

50
5
Bermain permainan ganas 8
37
1
Bermain permainan lucah 2
47
17
Bermain permainan judi 8
25
2
Melayari laman sesawang lucah 3
45
0
Memuat naik gambar ghairah 6
44
0
Berkata lucah 7
43
0
Berkata biadap 16
34
2
Berkata bohong 28
20
4
Meninggalkan solat 17
29
13
Melengahkan solat 25
12

0 10 20 30 40 50 60
Bilangan Responden

Rajah 4.16 (a): Kesan Facebook Terhadap Akhlak Fardiyah Responden Sekolah A

87
1
Lalai menyiapkan kerja sekolah 23
26
2
Mengurangkan waktu belajar 27
21
0
Ponteng sekolah 2
48
39
Menambah rakan 7
4
7
Mencari ilmu agama 14
29
12
Mencari ilmu pengetahuan 17
21
29
Memuat naik gambar menutup aurat 21
0
8
Memberi maklumat palsu & salah 17
25
0
Melakukan pergaulan bebas 3
47 Selalu
0
Melakukan hubungan seks 0 Kadang-Kadang
Kesan

50
11 Tidak Pernah
Bermain permainan ganas 8
31
0
Bermain permainan lucah 0
50
4
Bermain permainan judi 9
37
0
Melayari laman sesawang lucah 1
49
0
Memuat naik gambar ghairah 4
46
0
Berkata lucah 3
47
0
Berkata biadap 8
42
0
Berkata bohong 19
31
3
Meninggalkan solat 13
34
9
Melengahkan solat 24
17

0 10 20 30 40 50 60

Bilangan Responden

Rajah 4.16 (b): Kesan Facebook Terhadap Akhlak Fardiyah Responden Sekolah B

88
0
Lalai menyiapkan kerja sekolah 23
27
0
Mengurangkan waktu belajar 29
21
0
Ponteng sekolah 0
50
41
Menambah rakan 7
2
33
Mencari ilmu agama 12
5
28
Mencari ilmu pengetahuan 19
3
47
Memuat naik gambar menutup aurat 3
0
0
Memberi maklumat palsu & salah 9
41
0 Selalu
Melakukan pergaulan bebas 0
50
Kesan

0 Kadang-Kadang
Melakukan hubungan seks 0
50
0 Tidak Pernah
Bermain permainan ganas 4
46
0
Bermain permainan lucah 0
50
0
Bermain permainan judi 5
45
0
Melayari laman sesawang lucah 0
50
0
Memuat naik gambar ghairah 0
50
0
Berkata lucah 0
50
0
Berkata biadap 1
49
0
Berkata bohong 4
46
0
Meninggalkan solat 2
48
0
Melengahkan solat 14
36

0 10 20 30 40 50 60
Bilangan Responden

Rajah 4.16 (c): Kesan Facebook Terhadap Akhlak Fardiyah Responden Sekolah C

89
Akhlak fardiyah adalah akhlak terhadap diri sendiri. Ia dapat dilihat dari beberapa

aspek seperti kerohanian, penampilan diri, perbuatan, pergaulan, interaksi dan

tanggungjawab sebagai pelajar. Dari aspek kerohanian, didapati majoriti responden

dari Sekolah A dan Sekolah B iaitu 25 dan 24 orang responden kadang-kadang telah

melengahkan solat semasa melayari Facebook. Manakala terdapat 14 orang

responden dari Sekolah C juga kadang-kadang melakukannya. Didapati pula, terdapat

13 orang responden dari Sekolah A dan 9 orang responden dari Sekolah B yang selalu

melengahkan solat. Namun, majoriti responden dari Sekolah C iaitu 36 orang

responden tidak pernah melengahkan solat semasa melayari Facebook, begitu juga di

Sekolah A dan Sekolah B iaitu 12 dan 17 orang responden. Hasil dapatan kajian juga

mendapati, majoriti responden dari ketiga-tiga sekolah iaitu 29 orang responden dari

Sekolah A, 34 orang responden dari Sekolah B dan 48 orang responden dari Sekolah

C, tidak pernah meninggalkan solat semasa melayari Facebook. Manakala, terdapat

17 orang responden dari Sekolah A, 13 orang responden dari Sekolah B dan 2 orang

responden dari Sekolah C yang kadang-kadang melakukannya. Namun, terdapat juga

responden yang selalu meninggalkan solat iaitu 4 orang responden dari Sekolah A dan

3 orang responden dari Sekolah B.

Berdasarkan analisis kajian Bahagian 4.3.7 iaitu 46 peratus responden amat meminati

permainan atas talian, ia boleh dijadikan alasan mengapa terdapat majoriti responden

yang kadang-kadang dan selalu melengahkan solat. Malah, terdapat juga kebanyakan

responden yang kadang-kadang meninggalkan solat dan ada segelintir daripada

mereka selalu meninggalkan solat semasa melayari Facebook. Ini kerana permainan

sebegini sememangnya melalaikan dan membazir masa jika responden tidak

mempunyai disiplin masa semasa melayari Facebook. Manakala bagi responden di

sekolah menengah agama, mereka kurang melakukan perbuatan ini kerana mereka

90
sentiasa berada dalam didikan berunsur keagamaan menyebabkan mereka

mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dalam soal ibadat.

Facebook juga dijadikan medium untuk mencari ilmu agama bagi pemantapan

kerohanian. Secara majoriti, responden dari Sekolah C iaitu 33 orang responden selalu

mencari ilmu agama melalui Facebook berbanding hanya 9 orang responden dari

Sekolah A dan 7 orang responden dari Sekolah B. Ini kerana kebanyakan responden

di sekolah agama mempunyai kesedaran bahawa Facebook juga boleh dijadikan

sebagai medium untuk memudahkan mereka menambah ilmu agama. Didapati,

terdapat 13 orang responden dari Sekolah A, 14 orang responden dari Sekolah B dan

12 orang responden dari Sekolah C yang kadang-kadang melakukannya. Namun,

terdapat juga responden yang tidak pernah menggunakan Facebook untuk mencari

ilmu agama iaitu 28 orang responden dari Sekolah A, 29 orang responden dari Sekolah

B dan hanya 5 orang responden dari Sekolah C.

Dari aspek penampilan diri, didapati majoriti responden dari ketiga-tiga sekolah selalu

memuat naik gambar menutup aurat dalam Facebook iaitu 21 orang responden dari

Sekolah A, 29 orang responden dari Sekolah B dan 47 orang responden dari Sekolah

C. Ini kerana kesemua majoriti responden yang terlibat dalam kajian ini beragama

Islam dan kebanyakan mereka menjaga soal aurat. Namun, terdapat 16 orang

responden dari Sekolah A, 21 orang responden dari Sekolah B dan hanya 3 orang

responden dari Sekolah C yang kadang-kadang sahaja melakukanya. Malah, terdapat

juga responden yang tidak pernah memuat naik gambar menutup aurat dalam

Facebook iaitu 13 orang responden dari Sekolah A.

91
Dari aspek perbuatan pula, majoriti responden dari ketiga-tiga sekolah tidak pernah

memuat naik gambar mengghairahkan dalam Facebook iaitu 44 orang responden dari

Sekolah A, 46 orang responden dari Sekolah B dan kesemua responden dari Sekolah

C. Namun, terdapat hanya segelintir sahaja responden yang kadang-kadang

melakukannya iaitu 6 orang responden dari Sekolah A dan 4 orang responden dari

Sekolah B. Didapati juga, majoriti responden dari ketiga-tiga sekolah tidak pernah

melayari laman sesawang lucah yang terdapat di dalam Facebook, iaitu 45 orang

responden dari Sekolah A, 49 orang responden dari Sekolah B dan kesemua

responden dari Sekolah C. Manakala, terdapat 3 orang responden dari Sekolah A dan

seorang responden dari Sekolah B yang kadang-kadang melakukannya. Namun,

didapati 2 orang responden dari Sekolah A selalu melayari laman sesawang lucah yang

terdapat dalam Facebook. Ini menunjukkan majoriti responden dari ketiga-tiga sekolah

tidak menyalahgunakan Facebook untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral dan

mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi. Namun, segelintir mereka yang

melakukannya mungkin disebabkan tiada kekuatan iman dalam diri, kurang

pemantauan ibu bapa dan mudah terpengaruh dengan iklan dalam Facebook.

Facebook menawarkan pelbagai jenis permainan atas talian untuk semua peringkat

umur masyarakat. Ini termasuklah permainan yang mempunyai unsur ganas, lucah

dan judi. Didapati, majoriti responden dari ketiga-tiga sekolah tidak pernah bermain

permainan ganas yang terdapat di dalam Facebook iaitu 37 orang responden dari

Sekolah A, 31 orang responden dari Sekolah B dan 46 orang responden dari Sekolah

C. Namun, terdapat 8 orang responden dari Sekolah A dan Sekolah B serta 4 orang

responden dari Sekolah C yang kadang-kadang melakukannya. Malah, terdapat juga 5

orang responden dari Sekolah A dan 11 orang responden dari Sekolah B yang selalu

bermain permainan ganas. Hasil dapatan kajian juga mendapati majoriti responden

92
dari ketiga-tiga sekolah tidak pernah bermain permainan lucah yang terdapat dalam

Facebook iaitu 47 orang responden dari Sekolah A dan kesemua responden dari

Sekolah B dan Sekolah C. Namun, di Sekolah A, terdapat 2 orang responden yang

kadang-kadang bermain permainan lucah dan seorang responden yang selalu bermain

permainan lucah. Didapati juga majoriti responden dari Sekolah B dan Sekolah C tidak

pernah bermain permainan judi yang terdapat dalam Facebook iaitu 37 dan 45 orang

responden. Namun, terdapat 9 orang responden dari Sekolah B dan 5 orang

responden dari Sekolah C yang kadang-kadang bermain permainan judi serta 4 orang

responden dari Sekolah B yang selalu melakukannya. Bagi Sekolah A, didapati hanya

separuh sahaja responden yang tidak pernah bermain permainan judi. Manakala

selebihnya, iaitu 8 orang responden yang kadang-kadang bermain permainan judi dan

17 orang responden yang selalu bermain permainan judi ini. Berdasarkan hasil

dapatan ini, majoriti responden yang berada di bandar terutama lelaki mudah

terpengaruh dengan permainan yang tidak bermoral ini berbanding dengan responden

yang berada di luar bandar.

Didapati, 19 orang responden dari Sekolah A dan 8 orang responden dari Sekolab B

selalu memberikan maklumat palsu dan salah. Bilangan responden yang kadang-

kadang memberi maklumat palsu dan salah adalah 16 orang responden dari Sekolah

A, 17 orang responden dari Sekolah B dan 9 orang responden dari Sekolah C.

Manakala didapati terdapat 15 orang responden dari Sekolah A, 25 orang responden

dari Sekolah B dan 41 orang responden dari Sekolah C tidak pernah memberikan

maklumat palsu dan salah di dalam Facebook. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan

sebahagian mereka yang mempunyai lebih dari satu akaun Facebook. Hal ini juga

berlaku kerana mereka ingin menyembunyikan identiti sebenar diri mereka.

93
Dari aspek pergaulan pula, didapati majoriti responden dari ketiga-tiga sekolah tidak

pernah melakukan pergaulan bebas setelah berkenalan dengan seseorang melalui iaitu

39 orang responden dari Sekolah A, 47 orang responden dari Sekolah B dan kesemua

responden dari Sekolah C. Namun, terdapat segelintir responden sahaja yang kadang-

kadang melakukannya iaitu 11 orang responden dari Sekolah A dan 3 orang responden

dari Sekolah B. Hasil dapatan kajian juga mendapati kesemua responden dari ketiga-

tiga sekolah tidak pernah melakukan hubungan seks dengan seseorang yang dikenali

melalui Facebook. Jelas bahawa, kebanyakan responden masih mampu mengawal

pergaulan mereka dalam persahatan. Ini adalah penting kerana pergaulan bebas boleh

membawa kepada perbuatan zina.

Didapati juga majoriti responden dari ketiga-tiga sekolah selalu menggunakan

Facebook untuk menambah rakan iaitu 41 orang responden dari Sekolah A dan

Sekolah C serta 39 orang responden dari Sekolah B. Ini bersesuaian dengan konsep

laman sesawang sosial yang membina satu komuniti maya bagi menghubungkan

manusia antara satu sama lain. Secara tidak langsung ia dapat memupuk semangat

kemasyarakatan yang dianjurkan dalam Islam. Manakala terdapat 9 orang responden

dari Sekolah A serta 7 orang responden dari Sekolah B dan Sekolah C yang kadang-

kadang menggunakan Facebook untuk menambah rakan. Namun, terdapat juga

responden yang tidak pernah menambah rakan melalui Facebook iaitu 4 orang

responden dari Sekolah B dan 2 orang responden dari Sekolah C.

Dari aspek interaksi, didapati hanya 20 orang responden sahaja dari Sekolah A yang

tidak pernah berkata bohong semasa berinteraksi dalam Facebook. Manakala,

terdapat 28 orang responden yang kadang-kadang berkata bohong dan 2 orang

responden yang selalu berkata bohong. Bagi Sekolah B dan Sekolah C, majoriti

94
responden tidak pernah melakukannya iaitu 31 dan 46 orang responden. Bilangan

responden yang kadang-kadang berkata bohong adalah 13 orang responden dari

Sekolah B dan 4 orang responden dari Sekolah C. Didapati juga, majoriti responden

dari ketiga-tiga sekolah tidak pernah bercakap biadap semasa berinteraksi dalam

Facebook iaitu 34 orang responden dari Sekolah A, 42 orang responden dari Sekolah B

dan 49 orang responden dari Sekolah C. Namun, terdapat 18 orang responden dari

Sekolah A, 8 orang responden dari Sekolah B dan seorang responden dari Sekolah C

yang kadang-kadang melakukannya. Majoriti responden dari ketiga-tiga sekolah juga

tidak pernah berkata lucah semasa berinteraksi dalam Facebook iaitu 43 orang

responden dari Sekolah A, 47 orang responden dari Sekolah B dan kesemua

responden dari Sekolah C. Hanya segelintir responden sahaja dari Sekolah A dan

Sekolah B yang kadang-kadang berkata lucah iaitu 7 dan 3 orang responden. Faktor

terdapatnya responden berkata bohong, lucah dan biadap adalah kerana konsep laman

sesawang yang boleh berkomunikasi secara maya tanpa perlu bersemuka secara

realiti, menyebabkan timbul keinginan atau keberanian dalam diri mereka untuk

melakukan perbuatan tersebut.

Dari aspek tanggungjawab sebagai seorang pelajar, Facebook boleh dijadikan medium

untuk mencari ilmu pengetahuan. Didapati majoriti responden dari Sekolah C sahaja

yang selalu mencari ilmu pengetahuan melalui Facebook iaitu 28 orang responden. Ini

menunjukkan kebanyakan responden dari sekolah agama mempunyai tahap kesedaran

yang tinggi tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Manakala hanya terdapat

10 dan 12 orang responden dari Sekolah A dan Sekolah B. Terdapat 23 orang

responden dari Sekolah A, 17 orang responden dari Sekolah B dan 19 orang

responden dari Sekolah C yang kadang-kadang melakukannya. Manakala, 17 orang

95
responden dari Sekolah A, 21 orang responden dari Sekolah B dan 3 orang responden

dari Sekolah C tidak pernah mencari ilmu pengetahuan melalui Facebook.

Hasil dapatan kajian mendapati majoriti responden dari ketiga-tiga sekolah tidak pernah

ponteng sekolah kerana ingin melayari Facebook iaitu 43 orang responden dari

Sekolah A, 48 orang responden dari Sekolah B dan kesemua responden dari Sekolah

C. Terdapat juga responden yang kadang-kadang melakukannya iaitu 7 orang

responden dari Sekolah A dan 2 orang responden dari Sekolah B.

Didapati majoriti responden dari ketiga-tiga sekolah iaitu 23 orang responden dari

Sekolah A, 27 orang responden dari Sekolah B dan 29 orang responden dari Sekolah C

kadang-kadang mengurangkan waktu belajar kerana ingin melayari Facebook.

Terdapat 18 orang responden dari Sekolah A dan 2 orang responden dari Sekolah B

selalu melakukannya. Manakala, 9 orang responden dari Sekolah A dan 21 orang

responden dari Sekolah B dan Sekolah C tidak pernah melakukannya. Didapati juga

terdapat 13 orang responden dari Sekolah A seorang responden dari Sekolah B selalu

lalai menyiapkan kerja sekolah kerana melayari Facebook. Juga, terdapat 21 orang

responden dari Sekolah A dan 23 orang responden dari Sekolah B dan Sekolah C

kadang-kadang melakukannya. Namun, didapati 16 orang responden dari Sekolah A,

26 orang responden dari Sekolah B dan 27 orang responden dari Sekolah C tidak

pernah melakukannya. Perkara ini boleh dikaitkan dengan masa yang diperuntukkan

oleh responden untuk melayari Facebook sehingga menyebabkan mereka lalai dengan

tanggungjawab mereka. Hasil analisis dapatan kajian Bahagian 4.12 yang

menunjukkan terdapat sebahagian responden terutama yang berada di luar bandar

memperuntukan masa 3 jam dan lebih dalam sehari untuk melayari Facebook.

96
4.4.2 Kesan Facebook Terhadap Akhlak Usariyah Responden

Bahagian ini akan membentangkan hasil analisis kajian mengenai kesan Facebook

terhadap akhlak usariyah responden. Bahagian ini juga menganalisis perbandingan

kesan Facebook terhadap akhlak usariyah responden antara Sekolah A, Sekolah B dan

Sekolah C.

30
Mengeratkan hubungan silaturahim
19
keluarga dan saudara mara
1

0
Menceritakan keburukan mengenai
0
keluarga
50

Selalu
0
Kesan

Bersikap biadap kepada ibu bapa 3 Kadang-Kadang


47
Tidak Pernah
6
Banyak meluangkan masa melayari
24
Facebook daripada ibu bapa
20

2
Lebih suka melayari Facebook
21
daripada menolong ibu bapa
27

0 10 20 30 40 50 60
Bilangan Responden

Rajah 4.17 (a): Kesan Facebook Terhadap Akhlak Usariyah Responden Sekolah A

97
29
Mengeratkan hubungan silaturahim
21
keluarga dan saudara mara
0

0
Menceritakan keburukan mengenai
0
keluarga
50

Selalu
0
Kesan

Bersikap biadap kepada ibu bapa 0 Kadang-Kadang


50
Tidak Pernah
0
Banyak meluangkan masa melayari
Facebook daripada ibu bapa 19
31

0
Lebih suka melayari Facebook
13
daripada menolong ibu bapa
37

0 10 20 30 40 50 60
Bilangan Re sponde n

Rajah 4.17 (b): Kesan Facebook Terhadap Akhlak Usariyah Responden Sekolah B

50
Mengeratkan hubungan silaturahim
0
keluarga dan saudara mara
0

0
Menceritakan keburukan mengenai
0
keluarga
50
Selalu

0
Kesan

Kadang-Kadang
Bersikap biadap kepada ibu bapa 0
50 Tidak Pernah

0
Banyak meluangkan masa melayari
8
Facebook daripada ibu bapa
42

0
Lebih suka melayari Facebook
9
daripada menolong ibu bapa
41

0 10 20 30 40 50 60
Bilangan Sekolah

Rajah 4.17 (c): Kesan Facebook Terhadap Akhlak Usariyah Responden Sekolah C

98
Akhlak usariyah adalah akhlak bersifat kekeluargaan. Didapati majoriti responden dari

ketiga-tiga sekolah tidak pernah lebih suka melayari Facebook daripada menolong ibu

bapa mereka iaitu 27 orang responden dari Sekolah A, 37 orang responden dari

Sekolah B dan 49 orang responden dari Sekolah C. Terdapat juga 21 orang responden

dari Sekolah A, 13 orang responden dari Sekolah B dan 9 orang responden dari

Sekolah C yang kadang-kadang melakukannya. Namun, terdapat 2 orang responden

dari Sekolah A yang selalu lebih suka melayari Facebook daripada menolong ibu bapa

mereka.

Didapati majoriti responden dari Sekolah C iaitu 42 orang responden tidak pernah

meluangkan banyak masa melayari Facebook daripada masa bersama ibu bapa

mereka berbanding hanya 20 orang responden dari Sekolah A dan 31 orang responden

dari Sekolah B. Didapati 24 orang responden dari Sekolah A, 19 orang responden dari

Sekolah B dan 9 orang responden dari Sekolah C yang kadang-kadang

melakukannnya. Malah, terdapat 6 orang responden dari Sekolah A yang selalu

meluangkan banyak masa melayari Facebook daripada masa bersama ibu bapa

mereka.

Hasil dapatan kajian mendapati kesemua responden yang terlibat dalam kajian ini tidak

pernah bersikap biadap terhadap mereka disebabkan oleh Facebook kecuali 3 orang

responden dari Sekolah A yang kadang-kadang melakukannya. Kesemua responden

juga tidak pernah menceritakan keburukan keluarga mereka melalui Facebook.

Didapati majoriti responden dari ketiga-tiga sekolah iaitu 30 orang responden dari

Sekolah A, 29 orang responden dari Sekolah B dan kesemua responden dari Sekolah

C selalu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan melalui Facebook.

99
Terdapat juga 19 orang responden dari Sekolah A dan 21 orang responden dari

Sekolah B yang kadang-kadang melakukannya. Malah, terdapat seorang responden

dari Sekolah A yang tidak pernah melakukannya.

Secara keseluruhannya, majoriti responden masih berpegang teguh kepada nilai-nilai

murni dalam sistem kekeluargaan. Namun, terdapat segelintir mereka yang mungkin

sudah terpengaruh dengan unsur-unsur hedonisme dalam Facebook sehingga mereka

mengabaikan tanggungjawab sebagai anak yang soleh.

4.4.3 Kesan Facebook Terhadap Akhlak Ijtimayah Responden

Bahagian ini akan membentangkan hasil analisis kajian mengenai kesan Facebook

terhadap akhlak ijtimayah responden. Bahagian ini juga menganalisis perbandingan

kesan Facebook terhadap akhlak ijtimayah responden antara Sekolah A, Sekolah B

dan Sekolah C.

100
37
Bersangka baik terhadap rakan 9
4
Bersikap sabar dengan karenah 41
6
rakan 3
Bersikap tidak pilih kasih dalam 25
12
melayani rakan 13
11 Selalu
Menasihati rakan yang melakukan
19
perkara tidak baik 20
Kadang-Kadang
Kesan

Menolong rakan yang meluahkan 18


13
masalah 19 Tidak Pernah

Menceritakan keburukan mengenai 0


2
guru dan sekolah 48
Menceritakan keburukan mengenai 0
7
rakan 43
7
Menyebarkan ilmu agama 9
34
19
Menyebarkan ilmu pengetahuan 14
17

0 10 20 30 40 50 60
Bilangan Responden

Rajah 4.18 (a): Kesan Facebook Terhadap Akhlak Ijtimayah Responden Sekolah A

31
Bersangka baik terhadap rakan 13
6
34
Bersikap sabar dengan karenah rakan 11
5
Bersikap tidak pilih kasih dalam 27
9 Selalu
melayani rakan 14
Menasihati rakan yang melakukan 15
17 Kadang-Kadang
Kesan

perkara tidak baik 18


Menolong rakan yang meluahkan 10 Tidak Pernah
27
masalah 13
Menceritakan keburukan mengenai guru 0
2
dan sekolah 48
Menceritakan keburukan mengenai 0
4
rakan 46
3
Menyebarkan ilmu agama 11
36
5
Menyebarkan ilmu pengetahuan 19
26

0 10 20 30 40 50 60
Bilangan Responden

Rajah 4.18 (b): Kesan Facebook Terhadap Akhlak Ijtimayah Responden Sekolah B

101
48
Bersangka baik terhadap rakan 2
0

Bersikap sabar dengan karenah 43


7
rakan 0

Bersikap tidak pilih kasih dalam 45


5
melayani rakan 0

Menasihati rakan yang melakukan 26


21 Selalu
perkara tidak baik 3
Kesan

31 Kadang-Kadang
Menolong rakan yang meluahkan
16
masalah 3
Tidak Pernah

Menceritakan keburukan mengenai 0


0
guru dan sekolah 50

Menceritakan keburukan mengenai 0


0
rakan 50

24
Menyebarkan ilmu agama 17
9

29
Menyebarkan ilmu pengetahuan 14
7

0 10 20 30 40 50 60
Bilangan Responden

Rajah 4.18 (c): Kesan Facebook Terhadap Akhlak Ijtimayah Responden Sekolah C

Akhlak ijtimayah adalah akhlak bersifat kemasyarakatan. Didapati, majoriti responden

dari Sekolah C yang selalu menyebarkan ilmu pengetahuan melalui Facebook iaitu 29

orang responden berbanding 19 orang responden dari Sekolah A dan 5 orang

responden dari Sekolah B. Manakala, terdapat 14 orang responden dari Sekolah A dan

Sekolah C serta 19 orang responden dari Sekolah B yang kadang-kadang

melakukannya. Namun, terdapat juga responden yang tidak pernah menyebarkan ilmu

pengetahuan melalui Facebook iaitu 17 orang responden dari Sekolah A, 26 orang

responden dari Sekolah B dan 7 orang responden dari Sekolah C. Hasil dapatan kajian

juga mendapati majoriti responden dari Sekolah C iaitu 24 orang responden yang selalu

menyebarkan ilmu agama melalui Facebook berbanding hanya 7 orang responden dari

Sekolah A dan 3 orang responden dari Sekolah B. Terdapat 9 orang responden dari

Sekolah A, 11 orang responden dari Sekolah B dan 17 orang responden dari Sekolah C

102
yang kadang-kadang melakukannya. Namun, majoriti responden dari Sekolah A dan

Sekolah B iaitu 34 dan 36 orang responden tidak pernah menyebarkan ilmu agama

melalui Facebook berbanding 9 orang responden dari Sekolah C. Secara keseluruhan,

didapati majoriti responden dari ketiga-tiga sekolah mempunyai kecenderungan untuk

menyebarkan ilmu pengetahuan dan ilmu agama kepada masyarakat.

Majoriti responden dari ketiga-tiga sekolah iaitu 43 orang responden dari Sekolah A, 46

orang responden dari Sekolah B dan kesemua responden dari Sekolah C tidak pernah

menceritakan keburukan rakan mereka melalui Facebook. Namun, terdapat juga

responden yang kadang-kadang melakukannya iaitu 7 orang responden dari Sekolah A

dan 4 orang responden dari Sekolah B. Hasil dapatan kajian mendapati majoriti

responden dari Sekolah C iaitu 31 orang responden selalu menolong rakan mereka

yang meluahkan masalah melalui Facebook berbanding hanya 18 orang responden

dari Sekolah A dan 10 orang responden dari Sekolah B. Terdapat juga 13 orang

responden dari Sekolah A, 27 orang responden dari Sekolah B dan 16 orang

responden dari Sekolah C yang kadang-kadang melakukannya. Namun, terdapat juga

19 orang responden dari Sekolah A, 13 orang responden dari Sekolah B dan 3 orang

responden dari Sekolah C yang tidak pernah menolong rakan mereka yang meluahkan

masalah melalui Facebook. Didapati juga majoriti responden dari Sekolah C iaitu 26

orang responden yang selalu menasihati rakan mereka yang melakukan perkara tidak

baik di dalam Facebook berbanding 11 orang responden dari Sekolah A dan 15 orang

responden dari Sekolah B. Terdapat juga 19 orang responden dari Sekolah A, 17

orang responden dari Sekolah B dan 21 orang responden dari Sekolah C yang kadang-

kadang melakukannya. Namun, terdapat 20 orang responden dari Sekolah A, 18 orang

responden dari Sekolah B dan 3 orang responden dari Sekolah C yang tidak pernah

melakukannya.

103
Hasil dapatan kajian juga mendapati majoriti responden dari ketiga-tiga sekolah iaitu 25

orang responden dari Sekolah A, 27 orang responden dari Sekolah B dan 45 orang

responden dari Sekolah C selalu bersikap tidak pilih kasih dalam melayani rakan

Facebook mereka. Terdapat juga 12 orang responden dari Sekolah A, 9 orang

responden dari Sekolah B dan 5 orang responden dari Sekolah C yang kadang-kadang

melakukannya. Namun, terdapat 13 orang responden dari Sekolah A dan 14 orang

responden dari Sekolah B yang bersikap pilih kasih dalam melayani rakan Facebook

mereka. Didapati juga majoriti responden dari ketiga-tiga sekolah iaitu 41 orang

responden dari Sekolah A, 34 orang responden dari Sekolah B dan 43 orang

responden dari Sekolah C selalu bersikap sabar dengan karenah rakan Facebook

mereka. Manakala, terdapat 6 orang responden dari Sekolah A, 11 orang responden

dari Sekolah B dan 7 orang responden dari Sekolah C yang kadang-kadang

melakukannya. Namun, terdapat 3 orang responden dari Sekolah A dan 5 orang

responden dari Sekolah B yang tidak pernah melakukannya. Kajian juga mendapati 37

orang responden dari Sekolah A, 31 orang responden dari Sekolah B dan 48 orang

responden dari Sekolah C yang selalu bersangka baik terhadap rakan Facebook

mereka. Manakala terdapat 9 orang responden dari Sekolah A, 13 orang responden

dari Sekolah B dan 2 orang responden dari Sekolah C yang kadang-kadang

melakukannya. Namun, terdapat 4 orang responden dari Sekolah A dan 16 orang

responden dari Sekolah B yang tidak pernah melakukannya.

Secara keseluruhannya, majoriti responden dari ketiga-tiga sekolah amat

menitikberatkan nilai-nilai baik dalam persahabatan. Bagi pelajar, rakan merupakan

orang yang sangat penting dalam kehidupan mereka kerana mereka akan mempunyai

lebih keseronokan bersama dengan rakan sendiri seperti berjenaka, melepak,

bersembang berbanding dengan keadaan di rumah di mana aktiviti lebih serius dan

104
menjemukan seperti membuat kerja rumah dan kerja sekolah (Jas Laile Suzana Jaafar,

2008: 240). Oleh itu, mereka cuba sedaya-upaya untuk menjaga hubungan

persahabatan dalam kalangan mereka.

Didapati juga majoriti responden dari ketiga-tiga sekolah tidak pernah menceritakan

keburukan guru atau sekolah mereka melalui Facebook iaitu 48 orang responden dari

Sekolah A dan Sekolah B serta kesemua responden dari Sekolah C. Terdapat juga

responden yang kadang-kadang melakukannya iaitu 2 orang responden dari Sekolah A

dan Sekolah B. Ini menunjukkan majoriti responden masih mempunyai nilai

menghormati guru yang tinggi.

4.5 Analisis Dapatan Kajian Bahagian D: Pendapat Responden

Analisis dari bahagian ini adalah untuk mengambil kira pendapat responden mengenai

sejauhmana Facebook memberi kesan terhadap diri mereka. Hasil dapatan kajian

mendapati responden mempunyai tahap kesedaran yang tinggi bahawa Facebook telah

memberi kesan sama ada positif atau negatif kepada mereka. Majoriti mereka

berpendapat Facebook telah membantu mereka merapatkan lagi hubungan

persabahatan dalam kalangan rakan-rakan seperti rakan sekolah, rakan yang telah

lama terpisah dan rakan baru. Mereka juga berpendapat Facebook dapat

mengurangkan tekanan belajar dan kerja sekolah. Selain itu, melalui Facebook mereka

dapat mengenali rakan mereka dengan lebih dekat lagi seperti ahli keluarga, sikap,

kegemaran, hobi dan seumpamanya. Mereka juga berpendapat Facebook

memudahkan mereka untuk berkongsi ilmu pengetahuan.

105
Dari sudut negatif, majoriti mereka menyedari Facebook telah melalaikan mereka untuk

membuat kerja sekolah. Mereka juga berpendapat Facebook telah menyebabkan

mereka malas untuk melakukan sebarang aktiviti lain seperti bersukan dan beriadah.

Namun, ada dalam kalangan responden berpendapat bahawa Facebook amat

membosankan dan tidak begitu meminati Facebook.

Secara keseluruhannya, responden mengakui wujudnya kesan Facebook terhadap diri

mereka. Namun, ia tidak memberi kesan secara menyeluruh dalam hidup mereka.

4.6 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, bab ini telah mengupas dengan lebih mendalam tentang kajian

yang telah dijalankan bagi menguji hipotesis kajian yang dijalankan agar ianya

mencapai matlamat dan objektif kajian. Justeru itu, analisis yang dilakukan adalah

berdasarkan maklumat yang diperoleh oleh penyelidik menerusi kaedah soal selidik

yang dilakukan terhadap responden yang telah dikenal pasti. Maklumat tersebut amat

penting kepada pengkaji dalam mencari hipotesis yang sesuai bagi kajian yang

dijalankan.

Melalui dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa kajian ini telah menepati hipotesis

dan objektif kajian iaitu untuk melihat sama ada wujudnya perbezaan menegenai

pengaruh dan kesan Facebook antara akhlak pelajar sekolah menengah di bandar, luar

bandar dan pelajar sekolah menengah agama.

106

You might also like