You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 12

JALAN USJ 12/1,


47630 SUBANG JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE KIDZANIA KUALA LUMPUR 2016

TARIKH : 27 JULAI 2016


HARI : RABU
TEMPAT : KIDZANIA KUALA LUMPUR
MASA : 08:00 PAGI 04:30 PETANG

ANJURAN :
KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN
SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 12
1.0 PENGENALAN
Murid-murid sekolah rendah pada masa kini seharusnya diberi pendedahan bukan
sahaja pendidikan dalam bilik darjah, tetapi merangkumi pendidikan luar bilik darjah.
Lawatan sambil belajar ini adalah salah satu pendekatan serta pendedahan kepada
murid-murid tentang alam pekerjaan dengan lebih awal. Lawatan seperti ini juga
dapat membantu murid-murid menambah ilmu pengetahuan sambil belajar tentang
sesuatu yang baru. Oleh itu, program lawatan sambil belajar ini diharap dapat
memberi pengetahuan dan kesedaran kepada murid-murid tentang bidang pekerjaan
yang akan dipilih oleh mereka kelak yang dapat memberi sumbangan besar kepada
ekonomi Malaysia.

2.0 MATLAMAT
2.1 Memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya pekerjaan apabila
mereka dewasa nanti.
2.2 Memberi pengalaman baharu kepada murid-murid
2.3 Memupuk nilai-nilai murni dan interaksi sihat antara guru dan murid
yang terlibat.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid tentang alam pekerjaan
dan bidang pekerjaan yang boleh dipilih

3.2 Memberi peluang murid-murid membina minda sambil berekreasi di luar bilik
darjah.

3.3 Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang pendidikan luar bilik


darjah dalam usaha melahirkan murid yang kreatif, kritis dan berdaya maju.

4.0 KUMPULAN SASARAN


160 orang murid Tahap 2 Sekolah Kebangsaan USJ 12, Subang Jaya Sesi 2016

5.0 PENGISIAN PROGRAM


Lawatan sambil belajar ke Kidzania Kuala Lumpur
6.0 TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh : 27 JULAI 2016
Hari : Rabu
Masa : 08:00 pagi 04:30 petang
Tempat : Kuala Lumpur

7.0 JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : Encik Noor Hashimi bin Hasan
(Guru Besar SK USJ 12)
Timbalan Pengerusi : Encik Mohd Halim Bin Dukimin
(PK Ko-Kurikulum SK USJ 12)
Naib Pengerusi 1 : Puan Halimah Bt Ahamad
(PK Pentadbiran SK USJ 12)
Naib Pengerusi 2 : Puan Che Harum Bt Saad
Setiausaha : Siti Nor Hajar binti Abd. Razak
Khairul Zaini bin Che Din
Bendahari : Mohd. Farhan bin Abdul Halim

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi : Encik Mohd Halim Bin Dukimin
(PK Ko-Kurikulum SK USJ 12)
Naib Pengerusi 1 : Puan Halimah Bt Ahamad
(PK Pentadbiran SK USJ 12)
Naib Pengerusi 2 : Puan Che Harum Bt Saad
(PK HEM SK USJ 12)
Setiausaha : Puan Siti Nor Hajar binti Abd. Razak
En. Khairul Zaini bin Che Din
Bendahari : En. Mohd. Farhan bin Abdul Halim
Pengangkutan : Cik Nur Fatin Afiqah binti Mohd Jamal
: En. Muhamad Farhan Bin Abdul Halim
Makanan : Puan Norfaazah binti Yacob
En. Ahmad Rasidi bin Abd. Jalil
Keselamatan : En. Muhamad Ikram bin Ab Aziz
En. Khairul Zaini bin Che Din
Penyelaras Lawatan : Puan Siti Nor Hajar binti Abd. Razak
Bacaan Doa : En. Muhamad Ikram bin Ab Aziz
Dokumentasi : Puan Noor Hidayah bt. Tajudin

9.0 BAYARAN PENYERTAAN


Bayaran yang dikenakan kepada setiap peserta ialah RM 110.00. Bayaran yang dikenakan
merangkumi pengangkutan, bayaran masuk ke tempat lawatan, makanan dan minuman
semasa lawatan.

10.0 ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN


Perkara Sumber Pendapatan Perbelanjaan
Pengangkutan Unit Ko-Kurikulum (RM1 000.00) RM850 x 4 bas =RM3 400.00
+
Kutipan murid
(160 x RM15 = RM2 400.00)
Bayaran masuk ke 160 x RM80 = RM12 800.00 160 x RM80 = RM12 800.00
Kidzania
Makan dan minum 160 x RM10 = RM1 600.00 160 x RM10 = RM1 600.00
(sarapan + makan ( 2 kali makan)
tengahari)
Pengurusan 160 x RM5.00 = RM800 RM800
JUMLAH RM 18 600.00 RM 18 600.00

12.0 PENUTUP
Program lawatan sambil belajar ini amat penting untuk memberikan pendedahan
sebenar kepada murid-murid tentang dunia pekerjaan. Diharap murid-murid dapat
menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi semasa lawatan ini
sebaik mungkin. Secara keseluruhannya diharap program lawatan ini dapat
menambah pengalaman dan ilmu secara realistik serta dapat menarik minat murid
yang disasarkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................... ...............................................
(SITI NOR HAJAR BINTI ABD. RAZAK) (NOOR HASHIMI BIN HASAN)
Penyelaras Lawatan, Guru Besar,
Kelab Kebajikan Guru Dan Kakitangan, Sekolah Kebangsaan USJ 12,
Sekolah Kebangsaan USJ 12 Subang Jaya.
Subang Jaya.

You might also like