You are on page 1of 14

SISTEM EKONOMI ISLAM

Pengenalan
Manusia sentiasa berusaha dan melakukan aktiviti yg pelbagai untuk mendapatkan
kecukupan hidup spt makanan, pakaian, tempat tinggal dll . Usaha ini tidak mampu
dilakukan oleh individu secara perseorangan bg menampung seluruh keperluannya usaha-
usaha dan aktiviti dalam bidang ini dipanggil sebagai tindakan perekonomian.

Oleh kerana manusia hidup bermasyarakat maka mereka tidak boleh memuaskan keinginan
nafsu mereka secara individu dan memerlukan kpd suatu sistem yg komprehensif bg
mengatur kehidupan perekonomian masyarakat supaya mereka turut menikmati kepuasan
ini secara bersama dan adil - Sistem Ekonomi.

Komprehensif/syumul adalah merupakan antara ciri utama Islam dengan itu kita dapati
Islam memiliki suatu sistem yang tersusun dalam kontek perkembangan ekonomi kpd
masyarakat manusia di mana terkandung di dalamnya kaedah-kaedah dan hukum yg
menjadi asas kepada sistem ekonomi Islam.

Pada umumnya sistem ekonomi Islam berpaksikan kpd akidah Islamiyyah (asas pemikiran) di
mana ia juga turut mengambilkira fitrah manusia, konsep akhlak yg mulia dan memenuhi
keperluan asasi dan kehendak individu utk hidup.
Definisi Ekonomi
ialah suatu ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji tentang tingkah laku
manusia dalam mentadbirurus sumber-sumber alam untuk kepentingan diri
dan masyarakat bagi mendapat keridhaan Allah.

Suatu disiplin ilmu, yang mengarah kegiatan ekonomi dengan prinsip-prinsip


Islam dan polisi-polisi ekonominya.
Falsafah Ekonomi Islam
Akidah Islamiyyah merupakan tunggak kpd pemikiran sistem ekonomi Islam, di mana
melalui akidah :

Menerangkan perhubungan antara Insan + Alam + Khaliq.


Menerangkan tentang tujuan kebangkitan manusia.
Menerangkan jalan/cara untuk mencapai matlamat tsbt.
Kecapaian matlamat melalui sikap tawadduk yg mutlak kpd Allah.

Fenomena ketundukan (al-khuduk) inilah yang membentuk format tingkah laku dan
pergerakkan manusia antaranya tindakan ekonomi supaya ianya selaras dgn apa yg
diterangkan Allah.

Pemahaman kpd asas pemikiran ekonomi Islam adalah penting krn melalui konsep inilah
mrk dapat mengetahui kekuatannya yg sebenar di dunia serta hubungannya dgn matlamat
kehidupan di mana dgn itu mereka akan mengakui semua garispanduan dan sistem yg
telah didatangkan oleh syariat Islam dlm aktiviti Ekonomi maka dgn itu akan membuahkan
hasil daripada sistem ekonomi Islam dalam realiti kehidupan dan membantu ke arah
kecapaian matlamat kewujudan manusia.

Antara pengertian dan tuntutan akidah yg mempunyai hubungan yg rapat berkaitan


sistem perekonomian ialah:

PERTAMA : Hak pemilikan adalah mutlak milik Allah. Pada realitinya alam sarwajagat dan
segala isi kandungannya adalah milik Allah semata-mata. Firman Allah : Dan bagi Allah
adalah langit dan bumi serta apa yg ada diantara keduanya.

KEDUA : Harta adalah harta Allah iaitu segala aset yg digunakan manusia adalah
kepunyaan Allah. Dan datangkanlah dr harta Allah yang telah diberikan kpd kamu

KETIGA : Menggunakan kejadian Allah utk faedah manusia.

KEEMPAT : Milikan manusia adalah pinjaman/wakil utk digunakan, tadbirurus dan memiliki
harta selaras dgn apa yg telah ditetapkan Allah.

KELIMA : Hendaklah menggunakan harta pada keredhaan Allah untuk memastikan tujuan
penciptaan dan kewujudan manusia tercapai (Hamba Allah) bg mencapai kehidupan yg
bahagia.

KEENAM : Dunia adalah wasilah bukannya Matlamat utama dunia dan segala yg ada
didunia merupakan matlamat utama(misi) manusia didunia dan ia adalah perantara kepada
pencapaian matlamat yg lebih utama iaitu kebahagiaan di akhirat (jgn alpa!). Unta adalah
tunggangan manusia utk sampai kesuatu tempat yg dikehendaki. Pemahaman kepada
konsep ini menjadi asas panduan kpd manusia dlm melakukan sesuatu tindakan mrk.
Ciri-ciri Sistem Ekonomi Islam
(simplified)
Ciri-ciri sistem Ekonomi Islam sentiasa mengambilkira fitrah insan dan akhlak yg mulia
bertujuan utk memenuhi keperluan asas manusia utk hidup. Antara ciri-ciri sistem ekonomi
Islam ialah :

I. Prihatin Terhadap Fitrah Insan. Fitrah yg dijadikan Allah ke atas manusia ; keinginan,
kecenderungan, nafsu dan seumpamanya tak boleh dicabutbuang sekalipun ia
menyeleweng boleh dididik dan disucikan. Islam datang dgn memelihara fitrah ini
dgn sebaiknya. Antaranya ialah pengiktirafan Islam terhadap hak milikan, sistem
warisan, hak menikmati hasil titik peluh sendiri x ikut sukahati dan ada guidenya.
II. Mengambilkira aspek Akhlak mulia. Islam tidak menjadikan akhlak sebagai taruhan
kpd kegiatan ekonomi krn mujtamak Islam berdiri di atas asas akhlak spt kasih
sayang, tolong menolong yg ikhlas tanpa hasad, pertelingkahan, dendam,
pembohongan, tipu, pedaya, riba dll. Malahan mereka hendaklah membelanjakan
harta itu pd jalan yg betul dan membantu gol yang berhajat.
III. Memastikan ianya mampu memenuhi keperluan asasi individu. Memastikan tahap
minimum keperluan dapat dimiliki oleh individu malahan menjadi tjawab mrk
yang berada/kaya. Untuk memenuhi tuntutan ini terdapat pelbagai cara yg
digunakan, antaranya;
Menggalakan kerja utk menyara hidup diri sendiri.
Hendaklah pihak pemerintah menyediakan peluang pekerjaan bg yang berkelayakkan
malahan beri mrk pinjaman (Abu Yusoff loan utk usahakan tanah Kharaj)
Ciri-ciri Sistem Ekonomi Islam
(detailed)
Ekonomi Islam adalah suatu sistem yang memelihara fitrah dan akhlak yang mulia disamping
memastikan keperluan asasi insan dalam kehidupan, antara ciri-cirinya:

A. MEMELIHARA FITRAH INSAN.


Allah telah menjadikan sejumlah keinginan, kecenderungan dan kehendak asas kehidupan
manusia secara semulajadi dalam diri manusia yg tidak boleh sama sekali dibuang w/pun ia boleh
dididik, diasuh dan diperelokkan apabila ia telah terseleweng atau terganggu dari menjalankan
fungsinya.

Mana-mana sistem yang bertentangan dengan fitrah manusia sama sekali tidak akan mendatangkan
kebaikan, malahan peluangnya utk kekal juga menjadi taruhan.

Sistem ekonomi Islam memelihara aspek fitrah insan kerana Islam adalah agama fitrah. Antara
gambaran keperihatinan Islam dalam aspek dapat dilihat apabila ia mengiktiraf:

i. Hak Pemilikan. Firman Allah, dan sesungguhnya manusia amat sukakan harta.
ii. Hak Mewariskan Manusia sukakan anak-anak, bimbang jika ditinggalkan tanpa harta
mengharuskan sistem pewarisan sejajar dengan fitrah manusia. Firman Allah.

Prihatin terhadap fitrah manusia bukan bermaksud mengikut ke mana sahaja hala tujunya tetapi
hendaklah berdasarkan nature pencitaannya.

B. MEMELIHARA AKHLAK.
SEI mengambil berat tentang unsur-unsur akhlak yang mulia insan tidak boleh sekali-kali
menjangkau unsur ini dalam apa jua aktiviti perekonomian kerana akhlak adalah asas tunggak
kepada sistem kemasyarakatan Islam seperti unsur kasih sayang, tolong menolong yang suci. Firman
Allah, dan hendaklah kamu bertolong menolong kpd perkara kebaikan

Apabila seseorang insan hendak memperkembangkan hartanya tidak harus pada perkara yg boleh
merosakkan akhlak, memutuskan kasih sayang spt kilang arak, perjudian, kemaksiatan dan unsur
penindasan/ribawi.

Usaha untuk memelihara unsur akhlak turut :

i. Melibatkan individu perseorangan yg berdasarkan kpd keimanannya spt sifat komitmen


thdp kebenaran dan menunaikan hak & tjawab.
ii. Melibatkan kerajaan memastikan kepatuhan individu drpd melakukan perkara yg
bertentangan dgn akhlak (arak,judi dll).
C. MEMASTIKAN KEPERLUAN ASASI INDIVIDU.
Manusia memerlukan keperluan asasi untuk hidup yang terdiri daripada makanan, minuman, tempat
tinggal, pakaian dan seumpamanya menyediakan tahap min. keperluan mereka untuk hidup. SEI
telah memastikan hak asasi ini melalui beberapa langkah yang tertentu, antara langkah-langkah
tersebut ialah :

i. Menggalakkan individu berusaha untuk memenuhi keperluan sendiri. Islam menggalakkan


individu untuk berkerja dan berusaha serta memuji mereka yg berkerja dan berusaha.
ii. Kerajaan bjawab menyediakan peluang pekerjaan kepada mrk yg mampu berkerja beri
loan utk berkerja. (Abu Yusoff harus utk memberi loan drpd harta baytul Mal)
iii. Bagi golongan yang tidak berkemampuan (tua/lemah) Islam mewajibkan individu keluarga
mereka menyaranya berdasarkan sistem nafkah yg telah diaturkan Syarak.
iv. Jika tidak ada golongan bertanggungjawab utk menyara mereka (miskin dll) hendaklah
diberikan perlindungan secukupnya dari zakat yang menjadi hak golongan miskin drpd org
kaya.
v. (Jika) Zakat tak mencukupi perlu diambil daripada kewangan Baytul Mal yg lain.
vi. (Jika) Baytul Mal tak mampu Menjadi kewajipan golongan kaya untuk memenuhi
kehidupan org miskin. Ibn Hazm berpendapat harta kekayaan bukan sekadar diwajibkan
zakat malahan ada hak-hak yg lain..
Pihak kjaan menyusun sistem pungutan cukai ke atas Harta tertentu yg dilakukan dgn adil
utk memenuhi kehendak gol yg tidak berkemampuan dan membangunkan negara kerajaan
boleh memaksa..

Barangsiapa yang memiliki lebihan kegunaannya bertanggungjawab utk membantu


golongan yang tidak ada kemampuan.
Prinsip-prinsip Umum Ekonomi Islam
Dalam sistem ekonomi Islam prinsip-prinsip umumnya adalah berdasarkan kepada Akidah
Islamiyyah, Fitrah Insan dan Maslahat Umum dimana dari sinilah ia berkembang kepada cabang dan
bahagian yg pelbagai. Antara prinsip umum tersebut ialah :

A. KEBEBASAN BERKERJA (HURRIYYAT AL-AMAL).


Islam menggalakkan ummatnya berkerja dan membenci mereka yg malas dan lemah. Sebaik
amalan ialah amal peribadatan seperti solat dan seterusnya kerja-kerja yg diharuskan spt
pertanian, perkilangan dll.

Galakan berkerja pada semua jenis aktiviti perekonomian tanpa batasan halal menurut
syarak. Ia merangkumi perniagaan, pertanian, perkilangan, pelaburan, mudharabah, sewaan
dan seumpamanya.

Oleh yang demikian pemilihan pekerjaan yg sesuai bg setiap individu terpulang kpd individu
masing-masing utk menentukannya Islam membenarkannya (Hurriyyat al-amal +
ekonomi).

Tujuan kebebasan kerja/amal :

a. Keharusan ini menunjukkan ianya sejajar dgn fitrah manusia (diri manusia suka
buat apa yg disukainya). w/pun kadang2 fitrah manusia tersasar maka perlukan
kpd garispanduan tertentu kekebebasan dlm skop yg halal + akhlak.
b. Menjaga kehormatan manusia kebebasan memilih x sama dgn haiwan.
c. Mempertingkatkan potensi insan melakukan kerja yang disukainya secara
profesional dan maju. X ada kebebasan(paksa) x boleh perkembangkan potensi
dan mundur.
W/pun kemungkinan ada gol. yg salah menggunakan kebebasan yg diberikan dan
memudharatkan masyarakat kerajaan berhak ctangan (menetapkan harga bg
brgn tertentu).
d. Mengiktiraf persaingan bebas antara individu dalam aktiviti ekonomi dalam skop
akhlak yg mulia. Tidak boleh tipu, memperdaya, perseteruan, manipulasi,
monopoli dll.
e. Membenarkan wujudnya perbezaan pada untung dan hasil kerja berdasarkan
kemampuan dan kebolehan masing-masing. Islam membenarkannya selagi mana
ia dlm skop yang diharuskan syarak krn manusia berbeza pada kemampuan, cara
fikir, fizikal ( menghormati fitrah manusia) maka hasilnya juga adalah berbeza.

B. HAK PEMILIKAN INDIVIDU.


Syarak melalui al-quran dan al-sunnah sejak dari awal lagi telah mengiktiraf hak pemilikan
individu. Sehubungan dgn itu Sistem ekonomi Islam telah menggubal suatu sistem yang
berdasarkan kepada pengiktirafan hak individu seperti Hak Pusaka, Zakat, Mahar kahwin,
nafkah krn tanpa mengiktiraf hak pemilikan maka tidak akan wujud konsep pusaka, zakat dll.

Hak pemilikan ini berlaku pada semua perkara yang melibatkan harta tak alih, boleh ubah,
barangan boleh makan & sebaliknya, haiwan dll kecuali terdapat nas yg jelas
mengharamkannya seperti Arak, babi, merampas, tipu dll.

Hak Pemilikan Individu merupakan suatu prinsip yang menjadi tjawab umum dan perlu
dipatuhi dan dihormati tanpa dicerobohi kecuali dgn cara yg diberikan.

Wpun pengakuan hak pemilikan individu oleh Islam bukan bermaksud memberikan
kebebasan secara mutlak tanpa ikatan tetapi ia bjawab sebagai pengawal di samping
telah meletakkan suatu sistem bagi mempastikan ianya berjalan dengan baik. Oleh itu Islam
telah mengambil dua kaedah utama dlm pengiktirafan hak pemilikan individu, iaitu
melalui :

a. Pengiktirafan tentang hak individu dan melindunginya.


b. Meletakkan garispanduan dan menyusun hak tersebut melalui konsep berikut :

Pertama - Asas hak pemilikan individu menekankan pemilikan hendaklah


berdasarkan kepada keizinan syarak selain itu x diakui.

Antara faktor pemilikan yang diakui syarak ialah :

Penguasaan ke atas harta yang diharuskan memburu, galian dll.


Pemilikan melalui akad dan jualbeli
Pusaka.
Kedua Ikatan terhadap pemilikan bg mengekalkan kesuburannya :

Pernyataan syarak yg telah meletakkan hak-hak pada harta dan kewajipan


menunaikan hak tersebut spt zakat dan nafkah. Menentukan cara-cara melaburkan
harta melalui perniagaan, pertanian, persyarikatan dll. Islam x iktiraf penyuburan
harta melalui cara yang ditegah spt riba, jual arak, pusat perjudian (umpama barah
penyakit dan bala).

Ketiga Ikatan pada aspek kepenggunaan harta. Islam telah menetapkan Islam
supaya bersederhana dalam perbelanjaan. Iaitu hendaklah berbelanja pada perkara
yg diharuskan. Haram membelanjakan pada perkara haram, mungkar, judi, maksiat
dll.
Keempat - Merampas hak pemilikan ketika dharurat dan untuk maslahat umum.
Iaitu dgn memberikan ganti secara adil seperti pengambilan tanah untuk perluasan
jalanraya umum atau memaksa pemilik untuk membayar hutang atau hak milik
orang lain.

C. HAK PEWARISAN.
Islam telah menetapkan apabila meninggal seseorang dan meninggalkan harta maka ia akan
diwarisi oleh kaum kerabatnya mengikut bahagian yg tertentu ditetapkan syarak.

Keharusan Hak pusaka adalah berdasarkan kepada fitrah dan menunaikan hasrat pemilik
(insan mengambil berat terhadap zuriat keturunan tinggalkan harta) juga merupakan
jaminan kemasyarakatan kepada ahli keluarga adalah salah satu prinsip utama SEI. Antara
sumbangan Hak Pewarisan kepada ekonomi :

a. Pewarisan mendorong kepada usaha dan aktiviti yang lebih. Individu berkerja
berkerja bukan utk dirinya sahaja tetapi juga orang lain jika konsep pewarisan x
maka ia melemahkan usaha utk berkerja dan aktiviti perekonomian krn hasil ushanya
tak diberikan kpd warisnya
b. Pewarisan merealisasikan jaminan kemasyarakatan dalam keluarga di mana harta
yang diusahakan akan diberi kepada mereka yang masih hidup maka janda, anak
yatim akan terpelihara dan terjaga mengurangkan beban kerajaan bagi membantu
mereka.
c. Pewarisan telah membahagi-bahagikan kekayaan kepada golongan yang ditetapkan
syarak (tidak dimonopoli oleh golongan tertentu sahaja).
d. Sistem pewarisan disusun dengan penuh keadilan di mana ia dibahagikan
berdasarkan kepada perhubungan dengan si mati, sejauhmana keperluan,
tanggungan iaitu dengan menetapkan bahagian-bahagian waris yang pelbagai
Sumber-sumber Asasi Kewangan Negara (BaitulMal)
Tanggungan perbelanjaan negara adalah banyak untuk memenuhi keperluan yang pelbagai.
Kesemua perbelanjaan ini adalah datang dari sumbernya yang pelbagai. Ptahan negara Islam pada
zaman Rasulullah saw mempunyai sistem printahan yg lebih ringkas tidak ada pekerja yg
mempunyai gaji tetap dan tersusun hanya memberikan upah di atas setiap kerja yg dilakukan (spt
upah pemungut zakat, dlm ppgan guna senjata sendiri dan rampasan dibahagikan, zakat terus
dibahagikan kpd golongan yang berhak tidak memerlukan kpd suatu sistem yg khusus). Demikian
juga pada zaman Abu Bakr.

Pada zaman Saidina Omar al-Khattab ptahan bertambah luas dan sumber negara bertambah
(jizyah, fay, ghanimah dll) maka S. Omar memikirkan cara utk menyusun sumber kemasukan dan
perbelanjaan tubuh Baytul Mal utk jaga harta Negara Islam ( mencatat sumber kemasukan dan
perbelanjaan, maslahat umum, gaji, keperluan negara dll.

Maka sumber pemerintahan pada masa tersebut adalah terdiri daripada Zakat, Kharaj, Jizyah, Ushr,
al-Fay, Ghanimah dll semuanya tersimpan dalam Baytul Mal (Bank Negara Perbendaharaan
Negara) yg bjawab merekod dan menyusun keluar masuk ekonomi negara.

A. ZAKAT

Zakat pada bahasa bermaksud subur dan bertambah, manakala pada istilah syarak ialah, suatu hak
yang wajib ke atas suatu harta tertentu. Hukum mengeluarkan zakat adalah wajib dan bagi mereka
yg mengingkarinya adalah kufur, manakala bg mereka yg enggan hendaklah dipaksa malahan
diperangi (Abu Bakr).

Antara syarat wajib zakat ialah Islam, cukup nisab + bebas hutang, cukup Haul (bagi haiwan
ternakan, emas, perak, harta perniagaan. Manakala bg tanaman, buahan dan galian tak disyaratkan
Haul).

Nisab dan kadar zakat adalah berbeza berdasarkan barangan dan jenisnya seperti berikut :

Nisab Unta dan kadar zakatnya :

Bil Unta Kadar Zakatnya


5 10 ekor 1 ekor biri2 berumur 6bln & 1thn
10 - 14 2 ekor biri-biri
15 - 19 3 ekor biri-biri
20 - 24 4 ekor biri-biri
25 - 35 1 Anak unta umur 1 tahun (Ibnt Makhad)
36 - 45 1 ekor unta jantan 2thn (Ibn labun) x 40
46 - 60 I ekor unta 3thn (Haqqah) x 45
61 - 75 I ekor unta 4 tahun (Jazah)

Nisab Lembu, kerbau dan kadar zakatnya :


Bil Lembu Kadar Zakatnya
30 39 1 ekor anak lembu 1 masuk 2 thn (Tabi Zakr)
40 - 59 1 ekor lembu betina 2 thn (musinnah)
60 69 2 ekor lembu 1 2thn (tabie) x 30
70 - 79 1 ekor musinnah + 1 ekor Tabie
80 89 2 musinnah ( x 40)
90 99 3 ekor tabie
100 109 1 ekor musinnah + 2 Tabie
110 - 119 2 ekor Musinnah + 1 Tabie

Nisab Biri-biri, kambing dan kadar zakatnya :

Bil Biri2 Kadar Zakatnya


40 120 1 ekor biri2 berumur 6bln & 1thn
121 200 2 ekor biri-biri
201 399 3 ekor biri-biri
400 - 4 ekor biri-biri
Bilangan yg melebihi 400 bagi setiap 100 pertambahan dikenakan 1 ekor
kambing

Segala tanaman dan tumbuhan yg dikeluarkan daripada bumi dan mencapai 5 Awsaq maka ia
dikenakan 10% jika ia disiram oleh sumber semulajadi dan jika di siram menggunakan alat pengairan
maka ia dikenakan 5 % setelah ia cukup haul dan nisab.

Zakat emas dan perak diwajibkan selepas ia mencapai Nisab dan Haul. Nisab emas ialah 20.5 Misqal.
Manakala nisab perak ialah 205 Dirham.

bagi barangan perhiasan perempuan tidak dikenakan zakat jika ia dari jumlah biasa yg dipakai oleh
kaum wanita.

Ia adalah daripada harta yang zahir dan diwajibkan zakat ke atas semua keluaran darinya samada
daripada kategori:

Bahan pepejal seperti emas, perak, besi


Bahan bendair spt minyak
Bahan batuan seperti permata, berlian dll.

Syarat pengeluaran zakat mestilah mencapai nisab selepas ianya ditapis iaitu seberat 20 Misqal
emas, 200 Dirham. Manakala selain dari itu dikenakan 2.5 %.
zakat perniagaan adalah selain daripada barangan bernilai dgn tujuan utk diperniagakan dan
mendapat untung dalam pelbagai kategori samada haiwan, tumbuhan dll. Wajib apabila cukup nisab
dan Haul sebanyak 2.5 %.

Setiap harta yang didapati tertanam tinggalan zaman lampau di atas bumi yg tidak di miliki oleh
sesiapa (al-Ard al-Mawat). Pihak yg menemuinya akan mendapat 5%, manakala jika ia ditemui di atas
yg dimiliki maka ia adalah milik tuan tanah dan dikenakan 5%.

B. AL-JIZYAH. (Khalid Saluba b. Nastuna / hirah)

Ialah suatu kadaran harta yang tertentu ke atas golongan zimmi (orang non-Muslim merdeka yang
hidup dalam Daulah Islamiyah yang; sebagai balasan karena membayar pajak perorangan- menerima
perlindungan dan keamanan) cukai kepala ke atas setiap individu bukan Islam kpd negara Islam.
Antara syarat wajib Jizyah adalah beraqal, baligh, lelaki (tak wajib ke atas perempuan, kanak-kanak,
orang gila, buta, tua).

Jizyah diambil pada akhir tahun bagi lelaki yg miskin sebanyak 12 Dirham, sederhana 24 dirham
dan yg senang 48 Dirham (ikut pemerintah yg menentukan). Jizyah akan tergugur apabila ; zimmi
memeluk Islam atau negara gagal memberikan perlindungan kpd mereka.

C. AL-KHARAJ.

Kharaj adalah cukai yang diambil ke atas tanah orang kafir yang ditawan tetapi masih dibenarkan ia
diuruskan oleh pemilik asalnya. Konsep ini telah dilaksanakan pada zaman pemerintahan S. Omar al-
Khattab.

Kharaj terbahagi kpd dua kategori iaitu :

i. Kharaj Wazifah cukai yg dikenakan berdasarkan kepada keluasan dan jenis


tanamannya.
ii. Kharaj Mukasamah iaitu cukai yang dikenakan ke atas keluarannya 5% ATAU 6% dsb.

Perbezaan antara kedua konsep ini ialah dalam kharaj al-wazifah ia berdasarkan kebolehan
memanfaatkan tanah dan diambil sekali setahun; manakala bagi konsep Mukasamah ia diambil
berdasarkan keluaran bumi dan diambil berdasarkan kpd kekerapan pengeluaran hasilnya.

D. AL-USHR (/USHUR)

Al-Ushur adalah cukai perdagangan yang dikenakan ke atas golongan Zimmi dan Mustaman (orang
kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum muslimin atau sebagian kaum muslimin. Kafir jenis ini juga
tidak boleh dibunuh sepanjang masih berada dalam jaminan keamanan) yang berdagang di negara Islam.
Kadarannya ialah sebanyak 5%. Bagi mereka yang bukan Islam dan berasal dari luar berniaga di
negara Islam maka ia dikenakan cukai sebanyak 10% - boleh diamalkan sebagai tukaran dgn apa yg
diamalkan oleh negara bukan Islam.

Cukai keatas harta perniagaan ini jika harta tersebut mencukupi nisab zakat sebanyak setahun sekali
kecuali jika mustaman telah kembali kenegerinya dan kemudian datang semula untuk berdagang.
E. AL-GHANIMAH

Ghanimah adalah harta yang diambil/dirampas daripada orang kafir melalui peperangan.
Ghanimah terbahagi kepada 4 jenis :

i. Tawanan perang (Asra) -ialah mereka yg menjadi pejuang dr kalangan org kafir dan
kemudiannya ditawan oleh org Islam boleh bunuh, tebusan, hamba dll. (Sabiyy) ialah
kalangan kanak-kanak, perempuan tidak boleh dibunuh; jadikan hamba dan boleh
dibahagikan sebagai harta boleh alih.
ii. Tanah ialah tanah yang ditawan oleh orang Islam dan terbahagi kepada 3 bahagian :
Pertama Tanah yg pemiliknya turut menganut Islam dan menjadi milik pemiliknya dan
jadilah tanah Ushur serta dikehendaki mengeluarkan zakat.
Kedua tanah yg didapati melalui perundingan antara kedua golongan.
Ketiga Tanah yg dikuasai secara kekerasan & peperangan 5%
iii. Harta boleh alih dibahagikan setelah pasti tanah tsbt milik Islam.

F. AL-FAY - adalah setiap harta yg diambil oleh pemerintah Islam tanpa melalui
peperangan atau harta tinggalan perang.

G. Sumber lain - Barangan Luqatah, tiada waris (al maal bilawarith.?), rompakan
(sariqot.?), wadiah (amanah.?), dll menjadi milik baytul-mal.
*wadiah = Janji Menyimpan

Merupakan kontrak di antara satu pihak yang memiliki barang dengan pihak yang diamanahkan untuk berjanji
menyimpan barang dengan tujuan untuk dijamin keselamatannya dari kecurian, kerosakan, kehilangan dan
seumpamanya.
PERBELANJAAN NEGARA ( BAYT AL-MAL )
Zakat adalah suatu bentuk perbelanjaan yang telah ditetapkan syarak kepada 8 golongan iaitu :

1. Golongan Fakir dan


2. Miskin.
3. Pemungut/pegawai zakat.
4. Golongan yg hampir kepada Islam/baru Islam.
5. Membebaskan hamba.
6. Orang yang berhutang.
7. Sabilillah.
8. Ibn Sabil orang asing tak ada nafkah semasa perjalanan.

You might also like