You are on page 1of 5

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH

MENENGAH

EDUP2023

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

TUGASAN BERKUMPULAN

KUMPULAN II:
MUHAMMAD AMIN BIN NORHISHAM
MUHAMMAD FAUWAZ BIN MOHD NASIR
MUHAMMAD SYAZWAN BIN ZAINUDIN
SITI NORJANA BINTI AHMAD
NUR QAMARINA BINTI ZAINAL ABIDIN
1. Bandingkan teori perkembangan kognitif Piaget dan Vygotsky.

Piaget Vygotsky
Dalam konteks pembelajaran teori
ini menganggap ilmu pengetahuan
tidak boleh wujud di luar minda
Teori Piaget berasaskan kepada premis
tetapi dibina dalam minda
bahawa kanak-kanak yang sedang
berdasarkan pengalaman sebenar.
membesar sering membina struktur
kognitif, iaitu peta mental, skema atau
Definisi Pemikiran, bahasa dan proses
jaringan konsep bertujuan untuk
penaakulan berkembang melalui
memahami serta memberi respon
interaksi sosial. Kebolehan intelek
terhadap pengalaman fizikal dalam
adalah spesifik kepada budaya di
persekitaran mereka.
mana kita dipelihara dan
dibesarkan.

Kebudayaan Piaget memandang anak-anak sebagai


Perkembangan si anak melalui
dan pembelajaran lewat melalui penemuan
peranan orang dewasa
Masyarakat individual
Bergantung kepada tahap kognitif individu Berkembang dari interaksi sosial
Bahasa
pada tahap tersebut yang dilakukan dengan individu luar

2. Bincangkan peringkat-peringkat perkembangan moral Lawrence Kohlberg.

Teori yang dikemukakan oleh Lawrence Kohlberg ialah lanjutan daripada teori Jean Piaget
(ahli psikologi Swiss) dan ahli falsafah John Dewey. Menurut Kohlberg, pada tahap
perkembangan tertentu, kanak-kanak akan mempelajari apa yang betul dan apa yang salah.
Daripada kajian beliau, Kohlberg (1983) menyarankan tiga tahap utama perkembangan moral
dan tiap-tiap tahap boleh dibahagikan kepada dua peringkat.
Peringkat Perkembangan
Moral Huraian
Tahap 1 : Moral Prakonvensional: Awal Kanak-kanak
Merupakan orientasi kepatuhan dan hukuman. Kepatuhan
Peringkat 1 kanak-kanak kepada orang dewasa adalah untuk
mengelakkan dendaan.
Orientasi ganjaran peribadi. Peringkat ini lebih menumpukan
Peringkat 2 kepada kehendak dan perasaan sendiri.

Peringkat Perkembangan
Moral Huraian
Tahap 2 : Moral Prakonvensional: Masa Kanak-kanak
Orientasi perlakuan baik. Individu pada tahap ini menolong
orang supaya beliau dianggap sebagai orang yang baik.
Peringkat 1

Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan.


Peringkat 2

Peringkat Perkembangan
Moral Huraian
Tahap 2 : Moral Prakonvensional: Masa Kanak-kanak
Etika kontrak sosial dan hak individu. Tingkah laku moral
Peringkat 1 adalah berteraskan kepada kepentingan sosial dan
perjuangan ke arah kedaulatan masyarakat.
Etika prinsip sejagat. Pada peringkat ini, individu
Peringkat 2 menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral berasaskan
kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan
dan maruah pada peringkat tertinggi.

Tahap 1 ialah Pra-Konvensional.


Merupakan tahap yang paling bawah dalam penakulan moral. Pada tahap ini perlakuan
dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut.
Peringkat 1 merupakan orientasi kepatuhan dan hukuman. Kepatuhan kanak-kanak kepada
orang dewasa adalah untuk mengelakkan dendaan.
Peringkat 2 pula ialah Orientasi ganjaran peribadi. Peringkat ini lebih menumpukan kepada
kehendak dan perasaan sendiri. Sesuatu perkara itu dinilai baik atau jahat adalah
berdasarkan penilaian terhadap kesan ke atas mereka.

Tahap 2 ialah Konvensional.


Ia merupakan tahap pertengahan di dalam teori perkembangan moral Kohlberg. Dalam
tahap ini, individu sudah mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah
ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti.bTahap ini mengandungi dua peringkat iaitu
orientasi perlakuan baik dan akur kepada sistem sosial.
Peringkat 3 merupakan Orientasi perlakuan baik. Individu pada tahap ini menolong orang
supaya beliau dianggap sebagai orang yang baik.
Peringkat 4 pula ialah akur kepada sistem sosial dan etika peraturan. Individu pada peringkat
ini menghormati undang-undang di atas rasa keyakinan beliau terhadap undang-undang
yang ada dan sanggup pula memperjuangkannya.

Tahap 3 ialah Pos-Konvensional.


Tahap penaakulan moral ini adalah yang paling tinggi dalam perkembangan moral
Kohlberg. Pada tahap ini, individu rnula meneroka pilihan, memilih alternatif-alternatif lain
dalam penaakulan moral. Mereka mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri. Dua
peringkat yang terdapat pada tahap ini ialah etika kontrak sosial dan hak individu dari etika
prinsip sejagat.
Peringkat 5 merupakan Etika kontrak sosial dan hak individu. Tingkah laku moral adalah
berteraskan kepada kepentingan sosial dan perjuangan ke arah kedaulatan masyarakat.
Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang tetapi percaya bahawa undang-
undang perlu diubah suai untuk kesejahteraan umat atau manusia.
Peringkat 6 pula ialah Etika prinsip sejagat. Pada peringkat ini, individu menunjukkan ciri-ciri
tingkah laku moral berasaskan kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan
dan maruah pada peringkat tertinggi. Mereka juga sanggup menerima hukuman di atas
kesalahan yang dilakukan dengan rela kerana menghormati undang-undang yang telah
ditetapkan.

Implementasi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran


Peringkat awal kanak-kanak
Dalam usaha bagi mengaplikasikan teori perkembangan moral Lawrence Kohlberg pada
peringkat awal kanak-kanak, guru perlu lebih bersifat mendidik mereka, bukannya bersifat
menghukum. Hal ini kerana, mereka perlu dididik untuk bersifat dengan akhlak yang baik
kerana hanya dengan didikan yang betul daripada guru, kanak-kanak akan berusaha untuk
berkelakuan baik. Sebagai contoh, jika mereka melakukan kesalahan, guru hendaklah tidak
bersikap terburu-buru dengan memberikan hukuman kepada mereka. Sebaliknya, guru
perlu mendengar penjelasan daripada mereka dahulu. Jika mereka didapati bersalah, guru
perlu menjelaskan dengan memberi sebab mengapa sesuatu perkara tidak boleh dilakukan.
Dengan cara ini, perkara ini secara tidak langsung dapat membantu mereka dalam
memperkembang tingkah laku mereka ke tahap yang baik dengan bantuan dan sokongan
moral daripada guru.

Peringkat pertengahan kanak-kanak


Pada peringkat ini, guru-guru boleh menerapkan nilai-nilai murni terutamanya melalui
kurikulum dalam subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran, unsur seperti nilai-nilai murni sangat penting bagi membantu mereka dalam
menterjemah tingkah laku mereka berasaskan nilai-nilai murni yang dipelajari disekolah.
Sebagai contoh, murid yang mempelajari adab terhadap jiran dalam subjek pendidikan Islam
semasa di sekolah dapat menterjemah kefahaman mereka melalui penerapan nilai-nilai
murni yang dipelajari di sekolah dengan sentiasa berbuat baik terhadap jiran mereka. Dalam
peringkat ini, guru perlulah mendidik murid dengan kasih sayang supaya mereka rasa
dihargai. Perkara ini sangat penting kerana ia membantu dalam mengubah tingkah laku
mereka ke arah yang lebih baik kerana mereka sedar ada guru yang sentiasa mengambil
berat terhadap diri mereka.

You might also like