You are on page 1of 14

Lynx Hexagon Enterprise

Page 1 of 14
Lynx Hexagon Enterprise

Page 2 of 14
Lynx Hexagon Enterprise

PENGENALAN
Lynx Hexagon Enterprise (LHE) ditubuhkan secara rasminya Pada 17hb April 2015, yang
merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal bumiputera. Perniagaan ini akan beroperasi
di sebuah premis yang akan disewa daripada sebuah lot kedai yang berada di sekitar Bandar
Putrajaya, Wilayah Persekutuan yang telah pun dikenal pasti oleh pemilik.

LHE akan menyediakan perkhidmatan penyewaan penggunaan internet, servis pembaikan


komputer dan laptop peribadi, konsep bar minicaf, percetakan, khidmat cetak gambar,
alat tulis, mesin faks, fotostat, kertas kerja, assignment dan lain-lain berkaitan disamping itu
penjualan telefon bimbit dan kepelbagaiannya.

Pemilik merasa yakin bahawa perniagaan ini akan berjaya maju sepenuhnya kerana
pengalaman kerja dengan pelbagai syarikat samada berkaitan kerajaan dan swasta selama
lebih kurang 19 tahun dalam kerja-kerja harian sama ada berkaitan teknologi maklumat,
bantuan teknikal, graphic design, pembangunan laman sesawang dan memprogram aplikasi.
Pengalaman ini akan digunakan sepenuhnya dalam perniagaan ini apabila beroperasi nanti
sepenuh masa tanpa sempadan waktu perkhidmatan.

Di kawasan Presint 11, khususnya dalam Bandar Putrajaya sekarang ini hanya terdapat satu
sahaja premis peniagaan perkhidmatan cyber-caf milik bumiputera, premis saya merupakan
yang kedua.

Dengan menyertai terlibat dengan beberapa projek berkaitan kerajaan, swasta dan projek
peribadi, telah menyuntik semangat pemilik dengan lebih yakin untuk menceburi bidang
perniagaan ini nanti demi menyahut seruan kerajaan untuk menambah kuota usahawan
bumiputera dan November 2017 rasanya terlalu lambat masa berjalan.

Page 3 of 14
Lynx Hexagon Enterprise

TUJUAN KERTAS KERJA


Kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan perniagaan Lynx
Hexagon Enterprise (LHE) yang meliputi aspek pengurusan, pemasaran, perkhidmatan dan
kewangan syarikat kepada pihak MARA dan seterusnya memohon pembiayaan berjumlah
RM100,000.00 (Ringgit Malaysia Seratus Ribu Sahaja). Tempoh pembiayaan adalah selama 5
tahun turut memohon tempoh bernafas selama 6 bulan.

Disamping itu kertas kerja ini disediakan bagi memenuhi salah satu syarat wajib bagi para
peserta skim unutk menamatkan program latihan galakan perniagaan kakitangan kerajaan
yang disertai.

i. Pembiayaan ini akan digunakan untuk beberapa tujuan sebagaimana berikut:-


ii. Membeli komputer, alat ganti dan peralatannya.
iii. Membeli aset tetap dan ubahsuai kelengkapan pejabat
iv. Membeli mesin fax dan peralatannya
v. Membeli mesin fofostat dan peralatannya
vi. Membeli stok telefon bimbit, aksesorinya dan lain-lain keperluan
vii. Membiayaan gaji pekerja dan elaun dalam tempoh bernafas.

ANGGARAN PENGIRAAN PEMBIAYAAN

Nilai pembiayaan : RM100,000.00

Kadar keuntungan : 5% setahun

Keuntungan pembiayaan : RM100,000.00 x 5% x 5 thn

= RM25,000

Jumlah pembiayaan : RM125.000.00

Bayaran balik bulanan Pokok : RM2,083.00 (60 bulan)

Bayaran Keuntungan : RM416.00

Page 4 of 14
Lynx Hexagon Enterprise

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nota: Salinan daftar perniagaan adalah seperti di lampiran 1

Page 5 of 14
Lynx Hexagon Enterprise

LATAR BELAKANG PEMILIK

Page 6 of 14
Lynx Hexagon Enterprise

SKOP PERNIAGAAN

Page 7 of 14
Lynx Hexagon Enterprise

RANCANGAN PENGURUSAN

Page 8 of 14
Lynx Hexagon Enterprise

RANCANGAN TEKNIKAL / PERKHIDMATAN

Page 9 of 14
Lynx Hexagon Enterprise

PEMASARAN

Page 10 of 14
Lynx Hexagon Enterprise

ASPEK KEWANGAN

Page 11 of 14
Lynx Hexagon Enterprise

JUSTIFIKASI DAN PENUTUP


Memandangkan industri komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) Negara meningkat setiap
tahun dan manusia berlumba-lumba mengejarnya untuk kepentingan peribadi maupun
awam disemua peringkat usia, sama ada kanak-kanak seawal usia 4 tahun telah didedahkan
kepada penggunaan komputer maupun warga emas yang tidak mau ketinggalan dalam
mendapat maklumat terkini.

Berdasarkan kepada pertumbuhan penggunaan harian internet maupun laman-web ataupun


komputer manual di institusi penggajian tinggi awam jua swasta, sekolah-sekolah rendah dan
menengah, jabatan-jabatan kerajaan, semua sektor swasta, premis-premis perniagaan, di
mana jua, maka pemilik yakin perniagaan dan perkhidmatan yang akan dijalankan
merangsang dalam industri ini dengan mengambil kira insentif dari kerajaan di masa akan
datang dan mengambil peluang ini bagi memperolehi peluang keuntungan yang
menggalakkan.

Dengan pengalaman kerja selama 33 tahun dengan agensi kerajaan dan jabatan pelajaran
dalam bidang penggunaan komputer dan perkhidmatan pentadbiran maka sudah pasti ianya
dapat membantu pemilik merealisasikan impian menjadi seorang usahawanita yang berjaya,
berdaya saing, berwawasan disamping menyahut seruan kerajaan ke arah mencapai seorang
insan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dengan bantuan sumber kewangan oleh
MARA, InsyaAllah LHE akan terus maju kini dan selamanya.

Semoga Allah SWT memberikan Rahmatnya kepada pemilik serta mereka yang terlibat secara
langsung maupun tidak dalam menjayakan hasrat murni ini, di dunia juga di akhirat,
terutamanya kepada tenaga pengajar yang tidak jemu membimbing semua peserta kursus
bertungkus lumus siang dan malam untuk menyiapkan kertas kerja ini. Setinggi-tinggi pujian
dan penghargaan kepada semua serta diucapkan jutaan terima kasih.

Segala Syukur dan Puji-pujian hanyalah kepada yang Maha Esa, selawat dan salam kepada
junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Sekian, terima kasih.

Page 12 of 14
Lynx Hexagon Enterprise

Page 13 of 14
Lynx Hexagon Enterprise

PENGHARGAAN

Page 14 of 14

You might also like