You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK KELANA

JALAN PAHANG, 35000 TAPAH


PERAK.

KERTAS KERJA
KLINIK PALUAN KOMPANG-TEKNIK
& PALUAN ASAS
ANJURAN
PANITIA MUZIK SK DATUK KELANA

1.0 PENDAHULUAN

Salah satu daripada alat muzik tradisional melayu yang popular masa
kini ialah kompang. Kompang dikatakan berasal daripada Parsi dan
digunakan untuk menyambut kedatangan Rasulullah S.A.W. Selain itu,
kompang juga digunakan untuk menaikkan semangat tentera Islam ketika
berperang. Alat muzik ini dibawa ke nusantara oleh pedagang Arab yang
datang berdagang. Mereka memperkenalkan alat muzik ini dan mendapat
sambutan yang hebat dalam kalangan penduduk Tanah Melayu terutamanya
orang-orang Jawa. Bagi meneruskan seni warisan zaman ini, pihak sekolah
ingin membentuk sebuah pasukan kompang yang dianggotai oleh para
pelajar sekolah ini. Harapan pihak sekolah ialah agar dapat menyampaikan
ilmu dalam bentuk ekstra kurikulum yang dapat membentuk sahsiah dan
peribadi murid yang mulia sebagaimana yang terkandung dalam seni
kompang itu sendiri.

2.0 RASIONAL

2.1 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada pelajar yang meminati bidang muzik

1
terutama dalam paluan kompang.
2.2 Melalui aktiviti pasukan kompang sekolah ini pastinya dapat mendisplinkan
pelajar disamping memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan
pencapaian dalam bidang akedamik.
2.3 Memberi keyakinan kendiri kepada pelajar melalui aktiviti-aktiviti seperti
membuat persembahan, menyertai kegiatan khidmat masyarakat dan
menyertai pertandingan yang dianjurkan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Dapat mewujudkan sebuah pasukan kompang yang mantap


3.2 Pelajar-pelajar dapat mempelajari sebahagian alat muzik tradisional melayu
di sekolah dengan lebih menyeluruh.
3.3 Pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran bermain kompang dengan betul
dan lebih sistematik melalui alat yang mencukupi.
3.4 Dapat mewujudkan sekolah berwatak melalui pasukan kompang formasi.
3.5 Memberi satu pengalaman baru kepada pelajar yang tidak ada pengalaman
angsung memalu kompang.

4.0 ANGGARAN PERUNTUKAN DIPERLUKAN

4.1 Makan Pagi - 60 orang murid X RM 2.50 X 2 hari = RM 300.00


4.2 Sijil Penyertaan RM 60.00

5.0 SUMBER KEWANGAN

PCG Panitia Muzik

2
6.0 TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 24 OKTOBER 2016 25 OKTOBER 2016


Masa : 8.00 PAGI HINGGA 10.00 PAGI
Tempat : Ruang Parkir SKDK

7.0 JURULATIH
PN HJH ZAHIDA BT SABRI

8.0 PENUTUP

Semoga dengan adanya penganjuran Klinik Paluan Kompang ini, akan dapat
memberi satu pengalaman dan pengetahuan kepada murid-murid tentang
alat muzik kompang seterusnya meningkatkan kecintaan terhadap alat muzik
tradisional.

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

................................................... .........................................
( SHAMSUL AZRI B. SHAARI ) ( HASMAH BT ZAINAL ABIDIN )
Penyelaras Klinik Paluan Kompang, Guru Besar
SK Datuk Kelana SK Datuk Kelana

3
TENTATIF PROGRAM

KLINIK PALUAN KOMPANG-TEKNIK


& PALUAN ASAS

ISNIN 24 OKTOBER 2016

8.00 PAGI- 8.30 PAGI- 9.00 PAGI- 9.30 PAGI-


8.30 PAGI 9.00 PAGI 9.30 PAGI 10.00 PAGI

-Peserta
berkumpul Amali
Teori 1 Bengkel Melalu
-Taklimat oleh Makan Pagi
penyelaras

SELASA 25 OKTOBER 2016

8.00 PAGI- 8.30 PAGI- 9.00 PAGI- 9.30 PAGI-


8.30 PAGI 9.00 PAGI 9.30 PAGI 10.00 PAGI

Bengkel Amali
Teori 2
Meningkah Makan Pagi

4
SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK KELANA,
JALAN PAHANG, 35000 TAPAH,
PERAK
KOD SEKOLAH : ABB 0046 Telefon : 05-4011441

1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Tarikh : 10 Oktober 2016

Kepada :

PN HJH ZAHIDA BT MOHD SABRI

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI JURULATIH KLINIK PALUAN KOMPANG 2016

Dengan sukacitanya, saya menarik perhatian tuan berhubung perkara diatas.

2. Pihak sekolah berbesar hati menjemput pihak tuan sebagai jurulatih bagi klinik
paluan kompang yang akan dilaksanakan seperti ketentuan berikut:

Tarikh : 24 & 25 Oktober 2016


Tempat: ruang parkir B, SK Datuk Kelana
Masa : 8 pagi hingga 10 pagi

3. Pihak sekolah penuh percaya dan yakin tuan dapat melapangkan masa untuk
hadir sebagai jurulatih dalam memastikan klinik ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Kerjasama dari pihak tuan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

.........
( HASMAH BT ZAINAL ABIDIN )
Guru Besar

5
SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK KELANA

Sijil
Penghargaan
Dianugerahkan kepada

ROZIAH BT HASHIM
750603086142

Atas sumbangan bakti sebagai


JURULATIH
Klinik Paluan Kompang
pada
24 hingga 25 Oktober 2016

SYABAS & TAHNIAH !

..
HASMAH BT ZAINAL ABIDIN
GURU BESAR

6
25 OKTOBER 2016

You might also like