You are on page 1of 9

SKRIP PENGACARA MAESYUARAT AGONG PIBG SK JIJAN 2013

PN WAN ILYANI YUSRINA BT WAN MUSTAMA & PN. SERINOR DALILA BT MD DERUS

BIL AGENDA TEKS

1. Ketibaan para jemputan dan Diumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato Hasim bin Rusdi ADUN
ibu bapa Kawasan Labu diiringi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jijan dan Yang
Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan JIjan ke tempat duduk utama.
Semua hadirin dipersilakan berdiri.

Nyanyian lagu Negaraku Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu
Negaraku dengan iringan muzik.
Semua hadirin dipersilakan duduk.

2. Bacaan doa. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz
Mohd Rusydan bin Osman. Dipersilakan.
Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan
terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
SKRIP PENGACARA MAESYUARAT AGONG PIBG SK JIJAN 2013

3. Ucapan Aluan Pengerusi Ke Pekan Nilai membeli bingka,


Majlis Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Yang Berhormat Dato Hasim bin Rusdi,


ADUN Kawasan Labu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Pembangunan Luar Bandar Hal Ehwal pengguna dan Kemudahan
Awam,

Yang Dihormati Tn Hj. Mustafa bin Mahad,


Pegawai Pencegahan Dadah Pejabat Pelajaran Daerah Seremban
merangkap wakil Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Seremban,

Yang Berusaha Tuan Haji Roshizan b. Hj. Zakaria,


Yang Dipertua PIBG SK Jijan,
SKRIP PENGACARA MAESYUARAT AGONG PIBG SK JIJAN 2013

Yang Berusaha En. Zainal Ariffin bin Mohd Yunos,


Guru Besar SK Jijan,

Yang Dihormati Guru-guru penolong kanan,


guru-guru,
Ajk PIBG SK Jijan sesi 2012/2013,
seterusnya ibu-bapa sekalian.

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan Yang Berhormat Dato


Hasim bin Rusdi, para jemputan khas dan ibu bapa ke Mesyuarat
Agung PIBG SK Jijan yang ke-30 pada hari ini.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Dato dan hadirin sekalian,
Objektif Mesyuarat Agung PIBG SK Jijan kali ke-30 ini diadakan adalah
untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga serta guru
dalam sekolah berbincang, berkolaborasi, berunding dan
bekerjasama antara satu sama lain berkenaan dengan cara
memperbaiki taraf pendidikan murid sekolah ini. Diharap mesyuarat
yang akan kita adakan nanti berjalan dengan lancar dalam suasana
yang harmoni.
SKRIP PENGACARA MAESYUARAT AGONG PIBG SK JIJAN 2013

4. Ucapan Yang Dipertua PIBG Hadirin sekalian,

Majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG ke-30 pada kali ini dimulakan
dengan ucapan daripada Yang Di Pertua PIBG SK Jijan. Untuk itu,
dijemput Tn. Hj. Roshizan b. Hj. Zakaria ke pentas utama.

Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG atas ucapan beliau


sebentar tadi.

5.
Ucapan Wakil PPD Hadirin yang dihormati,
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Tn Hj. Mustafa bin Mahad,
Pegawai Pencegahan Dadah PPD Seremban merangkap wakil Tuan
Pegawai Pelajaran Daerah Seremban, yang tidak dapat hadir
bersama-sama kita pada hari ini. Oleh itu, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Hj. Mustafa


bin Mahad, atas ucapan beliau sebentar tadi.
SKRIP PENGACARA MAESYUARAT AGONG PIBG SK JIJAN 2013

5.
Seterusnya,
Ucapan Guru Besar SK Jijan

Majlis mempersilakan En. Zainal Ariffin bin Mohd Yunos Guru Besar Sk
Jijan untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Zainal
Ariffin bin Mohd Yunus atas ucapan beliau sebentar tadi.

6.
Ucapan Perasmian Hadirin yang dihormati, izinkan saya memperdengarkan pantun
Oleh Yang Berhormat Dato seterusnya.
Hasim bin Rusdi, ADUN
Kawasan Labu Makan durian bersama pulut,
Duduk bersembang atas serambi,
Tampillah tuan kami menjemput,
Bersama ucapan kata perasmi.
SKRIP PENGACARA MAESYUARAT AGONG PIBG SK JIJAN 2013

Untuk tidak melengahkan masa marilah sama-sama kita mendengar


ucapan perasmian yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat
Dato Hasim bin Rusdi, ADUN Kawasan Labu merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar Hal Ehwal
pengguna dan Kemudahan Awam. Majlis dengan penuh hormat dan
takzim mempersilakan.

Tuan berbudi tidak terperi,


Hulurkan madah kata perasmi,
Yang Berhormat Senator Dato kami segani,
Kesudian Yang Berhormat Senator Dato kami hargai.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Rasmilah sudah Mesyuarat Agung PIBG SK Jijan yang ke-30 pada hari
ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian
Yang Berhormat Dato Hasim bin Rusdi merasmikan majlis kita sebentar
tadi.
SKRIP PENGACARA MAESYUARAT AGONG PIBG SK JIJAN 2013

Penyampaian Insentif kepada Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Insentif kepada murid-
7.
murid-murid cemerlang UPSR murid cemerlang UPSR dan UPKK 2012. Oleh itu dipersilakan sekali lagi
dan UPKK 2012 oleh Yang Berhormat Dato Hasim bin Rusdi, dengan diiringi oleh Yang
Dipertua PIBG SK Jijan Tn. Haji Roshizan bin Zakaria ke pentas utama.

RUJUK SENARAI NAMA UPKK DAN UPSR 2012 BUKU PROGRAM

8.
Penyampaian Cenderahati Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Cenderahati kepada Ahli
kepada AJK PIBG sesi 2012/ Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru sesi 2012/2013.
2013
RUJUK SENARAI NAMA AJK PIBG SESI 2012/2013 BUKU PROGRAM

8.
Penyampaian cenderahati Seterusnya, dijemput Tn Hj. Mustafa bin Mahad,
kepada tetamu kehormat Pegawai Pencegahan Dadah PPD Seremban merangkap wakil Tuan
Pegawai Pelajaran Daerah Seremban ke pentas untuk menerima
cenderahati daripada pihak sekolah.
SKRIP PENGACARA MAESYUARAT AGONG PIBG SK JIJAN 2013

Majlis merakamkan ucapan penghargaan kepada Yang Berhormat


Dato Hasim bin Rusdi atas kesudian beliau memeriahkan majlis kita
pada hari ini. Dengan itu, dijemput Yang Dipertua PIBG untuk
meyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Dato.

9.
Kata Penutup perasmian & Oleh itu, maka berakhirlah majlis perasmian kita pada hari ini.
jamuan VIP Sekalung penghargaan yang tidak terhingga diucapkan
kepada Yang Berhormat Dato Hasim bin Rusdi atas kesudian
Yang Berhormat Dato untuk meluangkan masa menghadiri
majlis kita pada hari ini.
Mesyuarat Agung PIBG kali
ke-30 Ucapan terima kasih juga ditujukan Tn Hj. Mustafa bin Mahad,
Pegawai Pencegahan Dadah PPD Seremban merangkap wakil
Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Seremban, Yang Dipertua PIBG
SK Jijan, Tuan Haji Roshizan b. Zakaria beserta Ahli Jawatan
Kuasa PIBG sesi 2012/2013 dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Mesyuarat Agung kali ke-30 serta mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.
SKRIP PENGACARA MAESYUARAT AGONG PIBG SK JIJAN 2013

Majlis akan diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG SK Jijan


Kali ke-30. Untuk itu saya menyerahkan majlis kepada Yang
Dipertua PIBG SK Jijan Tn. Haji Roshizan untuk meneruskan
mesyuarat agung pada hari ini.

You might also like