You are on page 1of 17

Bahagian A

1. Stesen janakuasa hidroelektrik menggunakan tenaga kinetik air untuk memusingkan turbin
janakuasa.

Nyatakan empat komponen utama yang terdapat di stesen janakuasa

Jawapan.

a. Empangan (dam)
b. Tasik buatan (reservoir)
c. Pintu kawalan salur masuk (intake and the control gate)
d. Janakuasa (generators)
e. Pengubah (transformer)
f. Salur keluar (outflow)

2. Pembumian ialah satu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam
pemasangan pendawaian elektrik dengan jisim am bumi. Ianya bagi mengadakan
laluan mudah dengan galangan atau rintangan yang rendah ke bumi supaya sistem
perlindungan beroperasi dengan berkesan.

Senaraikan empat tujuan utama pembumian:

Jawapan.

a. Keselamatan.
b. Sistem perlindungan.
c. Menghadkan voltan berlebihan.
d. Mengadakan laluan nyahcas.
e. Keperluan undang-undang dan peraturan.

3. Fius pada asasnya ialah dawai pengalir yang akan lebur apabila arus yang mengalir
melaluinya melebihi had keupayaannya.

Nyatakan empat jenis fius yang biasa digunakan dalam sesuatu pendawaian
elektrik.

Jawapan.

a. Fius yang boleh didawai semula.


b. Fius kartrij.
c. Fius keupayaan pemutus tinggi
d. Fius palam.

4. Sistem pendawaian adalah merupakan pemasangan litar-litar elektrik yang


mengandungi pengalir, penebat dan perlindungan mekanik untuk kabel yang
digunakan.
Nyatakan empat sistem pendawaian yang kerap digunakan di negara kita.

Jawapan.

a. Pendawaian permukaan
b. Pendawaian tersembunyi
c. Pendawaian pembuluh
d. Pendawaian sesalur
e. Pendawaian bawah tanah

Rajah 1 : Meter Pelbagai

5. Meter Ohm digunakan untuk mengukur nilai rintangan atau kealiran sesuatu pengalir.

Senaraikan empat langkah menggunakan meter Ohm untuk menguji perintang.

Jawapan.

a. Laras kepada julat yang dikehendaki pada meter Ohm.


b. Pintaskan kedua-dua penguji meter Ohm.
c. Laraskan pelaras ohm supaya penunjuknya menunjukkan 0 di sebelah
kanan.
d. Sentuhkan penguji pada perintang yang ingin diuji. Pastikan jari tidak
tersentuh pada kedua-dua terminal komponen tersebut.
e. Baca nilai yang ditunjukkan pada jarum penunjuk dan darab dengan julat
yang dipilih.
Rajah 2 : sImbol get ATAU

6. Lengkapkan Jadual Kebenaran yang diberi berdasarkan maklumat Rajah 2 di


atas.

A B C
1 1
1 0
0 1
0 0

Jawapan.

A B C
1 1 1
1 0 1
0 1 1
0 0 0
7.

Rajah 3

Industri berat banyak menggunakan sistem hidraulik dalam kerja-kerja pembuatan


seperti mesin tekan, memunggah barang dan lain-lain yang dipasang pada robot.

Berdasarkan litar asas pergerakan sistem hidraulik dalam Rajah 3, namakan simbol-
simbol komponen hidraulik pada tandaan i, ii, iii dan iv.

Jawapan:

i. Selinder

ii. Injap Kawalan Berarah

iii. Penapis

iv. Injap Pelega


8.

Rajah 4

Sistem pneumatik menggunakan udara termampat sebagai media kerja untuk


mengagihkan kuasa kepada komponen yang diperlukan. Rajah 4 menunjukkan
komponen asas litar sistem pneumatik.

Tuliskan nama dan fungsi komponen yang sesuai bagi P, Q, R dan S.

Komponen Fungsi Markah


Menyembur pelincir untuk
P Alat Pelincir membolehkan sistem berfungsi
dengan lancar
Q Penapis Udara Menapis bendasing dan habuk
Melaras had tekanan yang sesuai
R Pengatur Tekanan
bagi system pneumatik
Bertindak untuk menyimpan dan
S Penerima menstabilkan udara termampat
daripada pemampat
Jumlah
9. Sistem robotik digunakan secara meluas dalam bidang kejuruteraan
pembuatan dan pembinaan. Dua elemen penting dalam sistem robotik
ialah Elemen Gerakan dan Elemen Deria.

Nyatakan fungsi utama beserta contoh bagi Elemen Gerakan dan Elemen
Deria.

Jawapan:

Fungsi utama elemen gerakan adalah membolehkan robot bergerak


dalam pelbagai gerakan mengikut kerja yang dilakukannya.

Fungsi utama elemen deria ialah menukarkan tenaga seperti tenaga


cahaya, haba, bunyi dan magnetik kepada tenaga elektrik yang akan
menghantar isyarat masukan ke unit kawalan bagi menghasilkan kawalan
operasi robotik yang cekap dan berkesan.

10. Robot ialah satu unit mekanikal yang boleh menjalankan pelbagai fungsi. Ia direka
khas untuk menggerakkan sesuatu benda kerja atau peralatan melalui pelbagai
gerakan yang diprogramkan. Jelaskan maksud dengan sistem kawalan robotik yang
berikut:

i) Program gerak terus

ii) Kawalan logik boleh atur cara

Jawapan:

i) Program gerak terus

Robot akan menerima pelbagai program yang dimasukkan dalam bentuk


kod - kod tertentu dan di muat turun keelemen kawalan robotik. Seterusnya
robot akan melakukan dan melaksanakan arahan seperti yang di programkan

ii) Kawalan logik boleh atur cara

Di kenali sebagai PLC iaitu peranti elektronikyang arahan kawalan sistemnya


boleh di simpan dalam memori.Pengatur cara robotik akan memasukkan
program ke unit PLC menggunakan arahan logik yang kemudiannya di
proses dan di tukarkan kepada arahan masukan (input) dan arahan keluaran
(Output).
Bahagian B

1. Sistem pendawaian ialah sistem pemasangan litar-litar elektrik termasuklah pengalir,


penebat dan perlindungan mekanik bagi sesuatu jenis kabel.

a Terangkan lima peraturan IEE/STM yang berkaitan dengan sistem


pendawaian.

Perangkai Neutral Dan Fius


Pemutus Litar Miniatur
Perkhidmatan
Pemutus Litar Bocor Kebumi
Meter KWJ
(PLBB)

Fius Dan Suis Utama Kotak simpang

Jadual 1: Alat Kawalan Litar Utama

b Jadual 1 menunjukkan nama alat kawalan litar pengguna bagi pendawaian


elektrik 1 fasa.

Susun semula alat kawalan litar pengguna tersebut mengikut turutan yang
bermula dengan kotak simpang.

Jawapan.

1. (a)

Semua pemasangan pembuluh hendaklah disiapkan terlebih dahulu sebelum


kerja kerja menarik kabel dilakukan
Faktor ruang mestilah tidak melebihi 40% dari luas muka keratin pembuluh
Satu pemasangan pembuluh mestilah mempunyai tidak lebih daripada 2 sesiku
pejal atau selekoh bengkokkan 90.
Jejari dalam selekoh bengkokkan pembuluh mestilah tidak kurang dari 2.5 kali
ganda dari ukuran garis pusat luar pembuluh
Sambungan kabel mestilah dilakukan dalam kotak sambungan atau kotak
alatambah
Semua pemasangan pembuluh mestilah diletakkan dari terkena air atai dipasang
ditempat-tempat yang terdedah kepada air
Kabel-kabel litar kuasa dan litar lampu perlu diletakkan di dalam pembuluh yang
berasingan
Pembuluh terpaksa melalui / menembusi lantai / dinding lubang khas perlu
disediakan.
Semua kesan kelembapan di dalam pepasangan pembuluh mestilah dibersihkan
terlebih dahulu sebelum kerja-kerja menarik kabel dilakukan.
Penarikan kabel ke dalam pemasangan pembuluh yang panjang dimulakan dari
tengah system tersebut.
(b)

1. Kotak simpang
2. Perangkai Neutral Dan Fius Perkhidmatan
3. Meter Kwj
4. Fius Dan Suis Utama
5. Pemutus Litar Bocor Kebumi (PLBB)
6. Pemutus Litar Miniatur

2. Sesuatu projek elektronik kadangkala tidak berfungsi sepenuhnya kerana terdapat


beberapa kesilapan semasa menghasilkannya.

a Terangkan lima langkah pengujian dan pembaikan yang perlu dilakukan untuk
memastikan projek tersebut berfungsi.

b Get logik TAK-DAN ialah gabungan get logik DAN dengan get logik TAK yang
disambung secara berturutan.

Lukiskan simbol serta jadual kebenaran get logik TAK-DAN tersebut.

Jawapan

a.

Pastikan tiada komponan yang tertinggal dengan merujuk lukisan skematik atau
bergambar yang disediakan.

Pastikan bateri dalam keadaan baik dan berfungsi.

Perhatikan penyambungan bateri disambung dengan betul pada punca positif


atau punca negatif.

Jika menggunakan suis, periksa sambungan dengan betul pada tamatan (buat
bypasing)

Memeriksa sambunganpematerian antara bod dengan komponen.

Pastikan tiada pateri yang melimpah antara balapan.

Memastikan tiada berlaku litar pintas antara kaki-kaki komponen.

Memeriksa kesinambungan balapan tiada balapan yang terputus.

Pastikan komponen yang mempunyai kekutuban dipasang dengan betul.

Jika menggunakan komponen seperti transistor, semak kedudukan pemasangan


kaki c, b, e berpandukan lukisan skematik.
Jika menggunakan IC, pastikan IC dimasukkan ke dalam soket IC mengikut
nombor pin yang betul.

Periksa nilai perintang dan kapasitor mengikut lukisan skematik atau lukisan
bergambar.

b.

Markah
A B C=A B

0 0 1

0 1 1

1 0 1

1 1 0

Jumlah
3. Robot ialah satu unit mekanikal yang digerakkan dengan menggunakan kuasa
elektrik, hidraulik, dan pneumatik. Ianya boleh menjalankan pelbagai fungsi dan
direka khas untuk menggerakkan sesuatu benda kerja atau peralatan melalui
pelbagai gerakan yang diprogramkan. Robot telah membawa satu dimensi baru
dalam dunia proses pembuatan. Robot merupakan pengendali pelbagai kegunaan
yang boleh diaturcara dan mempunyai ciri-ciri kepandaian dan kebolehsesuaian.

Rajah 5

a. Rajah 5 menunjukkan satu litar sistem hidraulik. Litar tersebut


didapati tidak berfungsi dengan baik seperti yang sepatutnya.
Setelah dibuat penelitian, sistem itu mengalami beberapa masalah
seperti berikut:-

i) Pengaliran bendalir tidak lancar


ii) Berlaku kebocoran pada bahagian sambungan sistem.
iii) Pergerakan omboh silinder tidak dapat dikawal.
iv) Pam tidak dapat berfungsi dengan baik.

Berdasarkan Rajah 5, huraikan.


(a) Mengapakah masalah tersebut berlaku.
(b) Bagaimana masalah tersebut dapat diatasi.
Jawapan:

a) Mengapakah masalah b) Bagaimana masalah


Markah
tersebut berlaku. tersebut dapat diatasi.
Pasangkan penapis - Untuk
i) Tiada penapis mengelakkan bendasing daripada
memasuki sistem.
Pasangkan injap pelega - Untuk
melegakan tekanan bendalir yang
ii) Tiada injap pelega berlebihan apabila tekanan telah
melebihi dari tekanan yang
ditetapkan.
Pasangkan injap kawalan aliran -
iii) Tiada injap kawalan Mengawal halaju aliran cecair
aliran hidraulik yang masuk ke dalam
silinder.
Pasangkan injap sehala
- Mengelakkan bendalir tekanan
tinggi
iv)
Tiada injap sehala dari kembali ke pam
- Membenarkan cecair hidraulik
mengalir
pada satu arah sahaja.
JUMLAH

Rajah 6

b. Rajah 6 menunjukkan sebahagian daripada elemen-elemen robot


yang digunakan untuk mengangkat dan memindahkan beban.
Berikan satu kepentingan robot dalam industri pembuatan dan dua
contoh kerja yang boleh dilakukan oleh robot dalam kepentingan
tersebut.

Jawapan:

Kepentingan Robot;

- Mempunyai pelbagai paksi gerakan yang membolehkannya


melakukan kerja
- Mempunyai sistem kawalan yang boleh diprogramkan untuk
melakukan sesuatu gerakan.

Contoh;
- Melakukan kerja yang sukar contoh kerja mengangkat bahan,
mengimpal dan mengecat (painting).
- Melakukan kerja yang merbahaya contoh kerja mengendalikan bahan
kimia dan bahan bersuhu tinggi.

Bahagian C

1.

A B C

Rajah 7

Rajah 7 di atas adalah sebuah sekolah yang menempatkan 3 buah kelas.


Sebagai guru Reka bentuk dan Teknologi, anda diminta oleh pihak sekolah
untuk memberikan pendapat berhubung pemasangan lampu di koridor
kelas-kelas tersebut untuk memudahkan rondaan dilakukan oleh pengawal
sekolah.
Berpandukan rajah di atas, lukiskan gambar rajah litar pendawaian bagi
membolehkan anda mengawal lampu dalam kedudukan suis di A dan C.

Jawapan

1. Berpandukan rajah diatas lukiskan litar pendawaian bagaimana anda


boleh mengawal lampu dalam kedudukan suis di A, B dan C
Sambungan betul dengan mempunyai 3 hala kawalan suis. -
- L Ke suis
- N ke Lampu
- E Pembumian disambung (Samada ke suis atau ke Pemegang Lampu)
- Sambungan kabel pada suis A, dan B
- Kabel dari Punca suis C ke lampu
- Pemilihan suis A, B dan C
- Melabel kabel L, N, dan
- Lukisan pendawaian mengikut peraturan IEE -

* Bilangan lampu boleh melebihi dari satu dengan sambungan betul.


N
L
E

A B C
2.

VR=60V VL=80V

I
Rajah 8

Rajah 8 menunjukkan satu perintang bernilai 6 ohm disambung siri dengan


pearuh yang menghasilkan regangan aruhan (XL) bernilai 8 ohm pada litar
voltan AU.

Kirakan nilai:

i. Voltan bekalan AU
ii Sudut fasa ()
iii Galangan litar (Z)
iv Arus litar
Jawapan

2. Voltan bekalan AU

i) Voltan bekalan AU

E = ( IR)2 + (IXL)2

= (60)2 + (80)2

= 100 V

ii) Sudut fasa ().

IXL
Tan = ----- =
IR

80

-------- = 1.33

60

= 53.10

iii) Galangan litar (Z)

Z = R2 + XL2
= 62 + 8 2

= 10 ohm

iv) Arus litar

I = -------

= 10 A

3.

Rajah 9

Rajah 9 menunjukkan satu rekabentuk lengan robot yang akan digunakan


untuk mengangkat beban. Lengan robot itu dikendali menggunakan
sistem pneumatik. Semasa mengendalikan robot itu, didapati beberapa
masalah seperti berikut.

i) Pencengkam tidak dapat memegang beban dengan kuat.


ii) Pergerakan lengan robot tidak dapat dikawal.

iii) Sistem terlalu bising.

iv) Media dalam sistem mengandungi benda asing.

v) Tuas injap kawalan berarah sukar digerakkan.

Nyatakan sebab masalah tersebut berlaku dan cadangkan cara untuk


mengatasinya.

Jawapan:

Masalah Sebab Cara Mengatasi Markah


Tekanan udara termampat Laras pengatur tekanan pada
tidak mencukupi / Daya udara termampat yang
i
tolakan omboh tidak cukup sesuai
kuat
Injap kawalan aliran tidak Pasangkan injap kawalan
ii dipasang untuk mengawal aliran untuk kawal
omboh sistem pergerakan lengan
Penyenyap tidak dipasang Pasangkan penyenyap untuk
iii
kawalan bunyi bising
Penapis tidak dipasang Pasang penapis untuk
iv elakkan sistem dimasuki
benda asing atau tersumbat
Terlalu ketat / berlaku Longgar sedikit tuas / isikan
v geseran pelincir untuk mudahkan
gerakan
JUMLAH

You might also like