You are on page 1of 3

Pengaruh luar dalam Konsep masyarakat Melayu daripada aspek

Akal budi

Pemikiran

Pertuturan

Perlakuan

Gaya hidup

Setiap kaum dan agama mempunyai kepercayaan dan pegangan tersendiri. Di Malaysia, kita
bebas mengamalkan budaya kaum dan agama kita sendiri. Namun di sebalik kebebasan itu,
berlakunya pertembungan budaya. Sebagai contoh, pada suatu ketika dahulu, heboh mengenai dua
orang penulis blog yang memuat naik gambar mereka menikmati hidangan Bak Kut The yang
diletakkan logo Halal sambal mengucapkan selamat berbuka puasa, sedangkan Bak Kut The yang
dimakan mengandungi khinzir. Isu ini

-Dr. Nazariyah Sani Husin Fateh Din. 2015. Kesantunan Masyarakat Malaysia. Kuala Lmupur. World
Line Marketing & Services.-

Gaya Hidup
Aspek yang berikutnya ialah gaya hidup. Kesenian melayu ada yang dipengaruhi Hindu. Terdapat seni
ukiran yang menghiasi rumah dan barang-barang perhiasan yang mengandungi motif-motif yang
berlambangkan gajah, ular dan sebagainya. Kemudian, datang pengaruh Islam menghasilkan bentuk
geometri bagi menggantikan bentuk haiwan-haiwan yang tidak dibenarkan Islam untuk dijadikan
sebagai reka bentuk ukiran. Reka bentuk ini kelihatan pada rumah melayu, masjid dan barang-barang
perhiasan. Budaya masyarakat cina yang meresap dalam masyarakat melayu adalah masakan. Kicap
soya, sos tiram dan bebola merupakan antara jenis masakan daripada pengaruh cina.

Perlakuan

Selanjutnya, daripada segi perlakuan masyarakat melayu. Pengaruh yang dibawa oleh barat terdapat
unsur negatif kerana wujudnya pergaulan bebas dan hiburan yang melampaui batas agama.
Pengaruh daripada kaum cina adalah seperti pemberian wang kepada kanak-kanak ketika musim
perayaan. Amalan ini boleh diterima kerana tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Budaya masyarakat melayu mengalami perubahan apabila terdapatnya pengaruh daripada luar.
Perubahan ini meliputi aspek akal budi, pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya hidup. Antara
pengaruh luar yang mempengaruhi masyarakat melayu ialah pengaruh daripada Hindu, Islam, barat
serta pengaruh daripada kaum yang lain. Hal ini demikian kerana ramai pedagang datang ke negara
Malaysia untuk berdagang telah menyebarkan budaya mereka sekali gus mempengaruhi masyarakat
melayu.

Mereka juga percaya di kawasan tertentu seperti di dalam hutan wujudnya penunggu yang perlu
dihormati. Kepercayaan terhadap perkara tersebut masih wujud sehingga kini walaupun pengaruh
Islam telah tersebar luas. Penggunaan tangkal, mantera dan tindakan melalui upacara tertentu
menunjukkan bahawa fahaman tersebut masih belum terhapus.

Agama Islam banyak mengubah cara pemikiran orang Melayu. Unsur-unsur rasionalisme diserapkan
dalam pemikiran umat Islam. Selain itu, pendidikan berkembang melalui pengaruh Islam. Pembinaan
madrasah dan pondok adalah untuk menyebarkan dan meluaskan ajaran Islam. Oleh itu, lahirlah
masyarakat melayu yang berpendidikan dan celik ilmu. Masyarakat melayu telah bijak menggunakan
teknologi moden dalam bidang pertanian, perindustrian dan perkomputeran bagi mengembangkan
ekonomi akibat daripada pengaruh barat. Pendedahan terhadap kaedah, idea dan sains diberikan
kepada anak-anak melayu di sekolah semasa kedatangan Inggeris. Konsep perubatan secara
tradisional telah berubah kepada perubatan moden iaitu menggunakan bahan kimia.

Pengaruh daripada Hindu misalnya, banyak kosa kata Sanskrit diserapkan dalam bahasa Melayu. Hal
ini telah menambahkan kosa kata bahasa melayu menjadi lebih luas. Pengaruh Islam pula membawa
bahasa Arab yang telah memperbanyakkan kosa kata bahasa melayu. Nama-nama negeri yang telah
ditambah dengan nama syurga seperti Darul Ridzuan, Darul Iman dan Darul Takzim menunjukkan
bukti penggunaan bahasa Arab. Banyak kosa kata yang mengungkapkan idea dan maklumat selaras
dengan arus globalisasi telah dibawa oleh pengaruh barat. Kedatangan orang cina ke tanah melayu
pada zaman pemerintahan Inggeris menyebabkan berlakunya komunikasi antara pelbagai kaum.
Oleh itu, kosa kata bahasa cina dapat meresap dalam bahasa melayu. Kata pinjaman daripada bahasa
cina kebanyakkannya dikekalkan bunyi dan makna asal namun sesetengahnya mengalami perubahan
makna. Contoh kosa kata cina yang diserap dalam bahasa melayu ialah tanglung, angpau dan taugeh.

Pada zaman dahulu, masyarakat melayu kebiasaannya memakai pakaian seperti baju kurung dan
baju kebaya. Namun, pada masa kini masyarakat melayu lebih bersikap terbuka dengan cara
berpakaian yang lebih moden seperti baju kurung moden dan jubah. Masyarakat arab yang
memperkenalkan jubah kepada masyarakat melayu. Kini, jubah juga telah diubah suai dengan
pelbagai gaya seperti jubah abaya dan kimar. Pengaruh luar turut mempengaruhi unsur kesenian
masyarakat melayu. Tarian masyarakat melayu misalnya kuda kepang terdapat unsur mistik di
dalamnya yang terpengaruh dengan agama Hindu. Tulisan jawi yang merupakan pengaruh daripada
pendatang Arab. Masyarakat melayu menggunakan tulisa jawi untuk menulis. Buktinya, Batu
Bersurat Terengganu menunjukkan bahawa huruf Arab telah pun digunakan dalam bahasa Melayu
lama sebelum tahun 1303 Masihi.

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan kerja kursus ini dengan
jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Latifah Bt Mohd Noor, pensyarah kursus
Pengenalan Kebudayaan dan Kesusasteraan Melayu (BMM1024) kerana memberikan kerja kursus ini
agar saya mendapat banyak maklumat hasil daripada carian pelbagai sumber dan telah membantu
saya dalam menyiapkan kerja kursus ini dari segi penerangan dan sebagainya. Saya juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung
atau tidak langsung sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Akhir sekali, saya berharap kerja
kursus ini dapat diterima baik.

Golongan Arab Quraisy terkenal dengan sifat memuliakan tetamu yang menjadi ikutan masyarakat
melayu. Sikap hormat-menghormati amatlah penting terutamanya adab seorang murid dengan guru.
Budaya orang Arab sangat menghormati guru mereka menjadi ikutan masyarakat melayu yang
menghormati guru serta orang yang lebih tua.

ANALISIS AMALAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT MELAYU

CADANGKAN CONTOH AMALAN YANG SESUAI UNTUK DITERUSKAN [SEBAB2, BUKTI,


SOKONG TOKOH]

JUSTIFIKASI FALSAFAH YANG TERKANDUNG DALAM TEKS TERSEBUT

PANTUN

1. Jangan terhutang budi dengan orang lain sebab kita tak mampu nak balas budi seseorang.
2. Budi seseorang tidak dapat dibayar. Semua orang boleh berbudi.
3. Seseorang yang berbudi kepada kita akan kita ingat hingga mati.
4. Bila berlaku pergaduhan atau lihat keburukannya, baru kita lupa budi atau kebaikan
seseorang.
5. Kalau sudah berbudi, jangan mengungkit takut hilang keikhlasannya.
6. Seseorang yang tidak berbudi kepada orang lain amatlah rugi.
7. Seseorang individu Nampak tinggi darjatnya kerana budi. Sesuatu bangsa Nampak megah
pada bahasa yang digunakannya.
8. Apa yang baik kita ambil. Apa yang buruk kita jadikan sempadan.
9. Hendak belajar biar beradab. Tidak beradab maka tak berkat ilmu.

PERBINCANGAN YG JELAS MAKSUD


CONTOH AMALAN YANG SESUAI UNTUK TERUS DIAMALKAN DAN SEBABNYA
BUKTI PENDAPAT TOKOH BERWIBAWA

JUSTIFIKASI FALSAFAH DALAM MAKSUD KARYA

You might also like