You are on page 1of 2

RASUAH

Rasuah merupakan gejala yang sinonium dengan masyarakat kita pada hari ini. Definisi rasuah
secara literalnya bermaksud sogokan atau secara konseptualnya bermaksud wang yang diberikan
oleh orang tertentu kepada pihak lain untuk menyembunyikan sesuatu perkara atau untuk
mendapatkan sesuatu denagn cara yang mudah dan cepat tetapi salah mengikut undang-undang
negara. Gejala ini merupakan duri dalam daging dalam kalangan masyarakat kita. Syed Hussein al
atas menyatakan bahawa rasuah sebagai penyalahgunaan kepercayaan untuk kepentingan
peribadi. Menurut Transparency International, Indeks Persepsi Rasuah (CPI), malaysia berada
pada tangga ke 47 daripada 180 buah negara pada tahun 2008 dan keadaan ini amat
membimbangkan kerana gejala rasuah ini memberi kesan yang buruk kepada nama baik negara
kita. Rasuah yang berleluasa juga mencemarkan integriti dan maruah malaysia sekaligus
menimbulkan kesan negatif.

Gejala rasuah di malaysia berada pada tahap sederhana dan terkawal. Namun begitu, amalan
rasuah masih berlaku dalam semua peringkat kehidupan manusia. Amalan rasuah juga
merupakan penyakit masyarakat yang sukar diatasi kerana pengetahuan tentang keburukan
gejala rasuah ini kurang diketahui oleh masyarakat pada hari ini. Walau bagaimanapun,
masyarakat sekarang yang masih mengamalkan amalan rasuah ini harus sedar bahawa undang-
undang negara kita tidak akan memandang enteng amalan rasuah ini kerana perkara ini
merupakan amalan yang buruk yang boleh menggugat keamanan dan ketenteraman masyarakat
setempat mahupun negara. Pihak mahkamah akan menjatuhkan hukuman yang berat kepada
pembeeri dan penerima rasuah jika mereka ditangkap. Statistik terkini menunjukkan bahawa
bilangan kes rasuah yang disiasat meningkat dua kali ganda, daripada 663 kes (2001) kepada
1317 (2006). Bilangan tangkapan juga meningkat dari 318 (2001) kepada 564 (2006). Jika amalan
ini masih berterusan, ia dapat menggugat keutuhan masyarakat dan tidak mustahil suatu hari
nanti negara kita akan tergadai.

Setiap perkara yang berlaku pasti ada puncanya seperti yang nyatakan dalam perumpamaan
melayu, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Salah satu puncanya ialah kurangnya
didikan agama dan moral. Hal ini demikian kerana, pegangan agama yang kuat mampu
membendung gejala ini dan setiap agama juga melarang penganutnya melakukan sesuatu yang
boleh memudarkeluarga, masyarakat dan negara. Orang yang tidak mempunyai iman yang kuat
senang terpengaruh dengan kebendaan dan sering mengejar kekayaan. Mereka harus sedar
bahawa setiap wang yang dibelanjakan hasil daripada rasuah merupakan wang haram dan tidak
boleh digunakan untuk keperluan harian anak-anak. Hal ini demikian kerana, dalam agama Islam
terutamanya, melarang keras penganutnya melakukan amalan ini dan jika mereka membeli
makanan daripada wang hasil rasuah makanan itu haram diberikan kepada anak-anak untuk
dimakan kerana makanan yang haram dapat menggelapkan hati manusia. Oleh itu, didikan
agama amat penting dan merupakan asas untuk membendung segala masalah sosial seperti
rasuah.
Setiap punca masalah ynag berlaku pasti ada jalan penyelasaiannya bak kata pepatah di mana
ada kemahuan di situ ada jalan. Jika kita ingin membendung gejala ini, pasti ada langkahnya. Ibu
bapa dan guru perlu menanamkan nilai murni dalam jiwa setiap anak tentang keburukan rasuah.
Hal ini demikian kerana, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa sendiri perlulah
bersikap jujur kepada diri sendiri iaitu, ibu bapa sendiri perlulah menjauhi amalan rasuah kerana
jika ibu bapa yang melakukan rasuah dan cuba untuk menasihati anak-anaknya untuk tidak
melakukan perkara itu, nescaya anak itu tidak akan mendengar nasihat ibu bapanya. Hal ini
disebabkan oleh ketidakcekapan ibu bapa untuk menanam atau memupuk nilai murni dalam diri
anak-anak mereka. Pihak guru juga boleh berkongsi maklumat terkini tentang gejala rasuah ini
kepada pelajar-pelajarnya sebagai pengetahuan juga sebagai teladan dalam kehidupan seharian.
Dengan itu, kerjasama daripada pihak ibu bapa dan guru boleh melahirkan pelajar yang
mempunyai nilai-nilai murni yang baik dan benci kepada amalan rasuah.

Kesungguhan daripada pihak kerajaan untuk membendung amalan ini juga amat penting.
Kerajaan telah menggubal Pelan Integriti Nasional PIN. Pelan Integriti Nasional adalah satu pelan
atau rancangan yang dirancangkan serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus
utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan
masyarakat Malaysi. Institut Integriti Malaysia (IIM), ditubuhkan sebagai agensi penyelaras dan
pemantau pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN). Objektif utama IIM ialah untuk
membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan menghayati nilai-
nilai murni sejagat. Kedua dua in juga ditubuhkan bertujuan untuk memberikan kesedaran dan
pendidikan tentang keburukan rasuah. Pada tahun 2008, Rang Undang-undang Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah SPRM telah diluluskan di Dewan Rakyat dan ia bermaksud SPRM diberi
kuasa penuh untuk menghapuskan rasuah. Oleh itu, rasuah merupakan penyakit yang perlu
ditangani segera sebelum ia menjadi lebih serius.

Tuntasnya, semua pihak tidak kira pangkat atau harta, mestilah bersatu dan menggembleng
tenaga untuk memeastikan rasuah gejala yang berjangkit ini dapat diatasi. Mencegah itu lebih
baik dari mengubati. Rasuah juga terjadi disebabkan faktor dalaman dan luaran. Rasuah juga
berlaku di mana-mana sahaja tanpa batas waktu dan tempat. Pihak berkuasa terutamanya perlu
mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala ini kerana umum diketahui, ramai pihak
berkuasa menerima rasuah dan tidak amanah melaksanaknan tugas dan tanggungjawab.
Harapan saya agar amalan rasuah ini dapat dibanteras hingga ke akar umbi. Tindakan yang
diambil hendaklah saksama dan bukan sekadar terhadap golongan ikan bilis tetapi juga
terhadap golongan atasan. Mereka yang bersalah wajar dikenakan hukuman yang berat kerana
telah mereka telah menconteng arang kepada negara kita.

You might also like