You are on page 1of 1

http://pakdin.

my/penjelasan-artikel-1211a/kekebalan-islam-dalam-perlembagaan-
persekutuan/

Kekebalan Islam Dalam Perlembagaan


Persekutuan
3. Satu perkara yang perlu disedari oleh generasi muda sekarang ialah ketika negara
bebas dan merdeka daripada perlindungan British, Negara terus berhadapan dengan
ancaman subversif komunis yang cuba untuk membawa masuk fahaman komunisme
ke dalam negara ini. Namun begitu, dalam menghadapi ancaman berkenaan, sikap
toleransi yang ditunjukkan oleh bangsa Melayu dan umat Islam telah mendapat
penghargaan oleh para pemimpin kaum Cina dan India. Tun Tan Siew Sin dan Tun V.T.
Sambanthan yang bertindak sebagai wakil rakyat masing-masing bagi kaum Cina dan
India telah menyatakan kesyukuran dan terima kasih mereka atas pengorbanan orang
Melayu yang telah bersedia menerima mereka sebagai warganegara. Petikan ucapan
tersebut adalah seperti yang berikut :

(i) Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin, dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk Tun
Tan Answers Critics on Special Previleges pada 30 April 1969, berkata :

Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam


undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan,
90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara. Ini berbeza dengan
keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf
sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah
pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan
MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa
orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan
sah kaum lain..
(ii) Presiden MIC Merangkap Menteri Kerjaya Raya, Pos Dan Telekom, Tun V.T.
Sambanthan berucap di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965 :

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini.
Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan
tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik
yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya
kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya
adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.

You might also like