You are on page 1of 13

<FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN >

<SEMESTER 1/ TAHUN 2017>

<MPU 3123>

<TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA >

NO. MATRIKULASI : <880808525386001>


NO. KAD PENGNEALAN : <880808-52-5386>
NO. TELEFON : <010-9765168>
E-MEL : <thamieping@gmail.com>

PUSAT PEMBELAJARAN : <OUM SIBU>


PENGENALAN

Merujuk kepada ungkapan Rasul terakhir, Muhammad bin Abdullah di Gua Hira, Arab Saudi,
Islam telah turun pada wahyu pertama di 622. Mengikut catatan juga, Islam muncul semasa
Nabi Muhannad dapat ayat-ayat Allah s.w.t pada abad 7 Masehi. Islam mula berkembang ke
seluruh dunia pada kurun ke-7, salah satunya ialah Malaysia yang lebih dikenali sebagai
Tanah Melayu pada zaman itu. Berbagai cara kemasukan Islam di Malaysia antaranya
termasuk melalui pedagangan, perkahwinan umat Islam dengan penduduk tempatan dan
sebagainya, namun, kekuatan kerajaan Melaka turut merupakan faktor utama menyebaran
Islam ke seluruh Malaysia. Kemasukan Islam dibuktikan melalui penemuan batu nisan yang
tertua di Tanjung Inggeris, Kedah (tarikh wafat tahun 903), batu nisan di Permatang Pasir
Pekan, Pahang (419H/ 999M) dan Batu Bersurat Terengganu (702H/ 1303M). Namun,
kemasukan Islam di Malaysia membawa pengaruh dan kesannya yang mendalam dalam
pelbagai aspek kehidupan masyarakat, pemenritahan, undang-undang dan sebagainya.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif bagi tugasan ini bertujuan mengaji bagaimana aspek ketuhanan dan kepercayaan
berupaya membentukan tamadun manusia yang maju, menghuraikan nilai kepercayaan
kepada Tuhan dalam melahirkan masyarakat yang saling menghormati dan berbudi pekerti,
kebaikan dan keburukan kepercayaan kepada Tuhan dan cara membentuk kesedaran kepada
Tuhan dalam jiwa masyarakat Malaysia.

ISI KANDUNGAN
SENARAI HALAMAN
Muka Surat Hadapan 1
Pengenalan, Objectif Kajian, Isi Kandungan 2
Perbincangan Prinsip Pertama Rukun Negara 3-4
Prinsip Kerpercayaan Kepada Tuhan Dan Pengaplikasiannya 5-7
Kebaikan Dan Keburukan Meninggalkan Konsep Ketuhanan 8-9
Cara- Cara Memupuk Kesedaran Kepercayaan Kepada Tuhan 10-11
Kesimpulan 12
Apendiks 13
2
PERBINCANGAN PRINSIP PERTAMA RUKUN NEGARA

Rukun Negara telah dibentuk sempena menyambut hari kemerdekaan ke-13 iaitu pada 31
Ogos 1970. Pembentukan Rukun Negara bertujuan mengukuhkan perpaduan kaum di
Malaysia. Bahawasanya Rukun Negara terdiri daripada lima prinsip iaitu Kepercayaan
kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan
Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan. Oleh itu, bab ini akan membincangkan
prinsip pertama Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip ini mengalakkan
rakyat Malaysia menganut agama mahupun agama Islam, agama Kristian, agama Buddha,
agama Hindu dan sebagainya.

Agama Islam merupakan agama rasmi dalam Perlembagaan Malaysia. Agama Islam
lazimnya dianuti oleh golongan Melayu dan kebanyakan Bumiputera di Semenanjung
Malaysia. Kepercayaan kepada agama Islam merujukkan kepercayaan kepada Allah dan Nabi
Muhammad sebagai Rasul. Agama Islam turut mendorong dalam pembangunkan tamadun
manusia yang unggul melalui asasnya iaitu menerokai ilmu kerana syarat utama
kegemilangan tamadun berkait rapat dengan ilmu pengetahuan. Contohnya, ilmu dari segi
politik, kejuruteraan, ekonomi dan sebagainya. Antara tokoh- tokoh yang terkenal pada
Zaman Rasulullah termasuk Abu Bakar Assidip, Omar Al- Khattab, Uthman bin Affan dan
lain- lain. Di samping itu, tokoh- tokoh yang terkenal pada zaman ini ialah Hunain bin Ishaq,
Yuhana bin Bitriq, Ishaq bin Hunain dan sebagainya.

Agama Buddha merupakan agama yang kedua besar di Malaysia. Lazimnya agama
Buddha dianut oleh golongan masyarakat cina di Semenanjung Malaysia dan segelintir cina
di Sabah dan Sarawak. Agama ini diasaskan oleh Siddharta Gautama yang dilahirkan pada
kurun ke-5 sebelum masihi. Mengikut ajaran agama Buddha, penganutnya turut mempelajari
dan memahami alam semula jadi nyata yang sebenar dan seterusnya mengamalkannya
melalui kehidupan yang bermoral dan pemikiran yang bersih. Agama Buddha dikatakan
membangunkan tamadun manusia melalui ajarannya yang mendorong penganutnya
membersih dan melatih minda supaya mengikut Lapan Jalan Tepat atau Jalan Tengah. Di
samping itu, penganutnya turut memahami empat kebenaran mulia iaitu Dukka yang
bermaksud penderitaan, Samudaya iaitu sebab penderitaan, Nirodha atau nafsu yang
membawa penderitaan dan Marga atau cara memadamkan nafsu dan keinginan yang boleh
menyebabkan penderitaan.

3
Agama Kristian merupakan agama yang terbesar di dunia, namun agama ini
merupakan agama yang ketiga besar di Malaysia. Agama Kristian dianut oleh kebanyakan
bangsa cina dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dan segelintir bangsa cina di
Semenanjung Malaysia. Agama Kristian merujuk kepada hubungan baik di antara
penganutnya bersama dengan Tuhan. Pembangunan tamadun manusia dapat dicapai oleh
agama Kristian melalui kepercayaan bahawa Tuhan yang wujud luar daripada ruang fizikal
yang merupakan pencipta alam semesta dan ajarannya harus diikuti dan dipatuhi.
Kepercayaan kepada Tuhan yang Satu iaitu Monotheisme beretika dalam agama Kristian
mendorong penganutnya mematuhi kefahaman beretika tertentu. Agama Kristian
memperkenalkan istilah Ortodoks iaitu kepercayaan betul yang menwajibkan komuniti
Kristian menerima secara umum prinsip- prinsip asalnya. Selain itu, penganut Kristian
menerima Iman Rasuli sebagai asasnya dan kitab Injil dianggap sebagai kitab suci agama
Kristian yang terdiri daripada Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru iaitu masing- masing
menyampaikan maksud dan matlamat kehidupan dibangkitkan oleh Tuhan dan kitab Injil
sebagai sumber kebenaran yang tertinggi yang harus difahami dan diaplikasikan oleh
penganutnya dalam kehidupan seharian dan mencapai matlamat hidup dengan jalan yang
betul.

Agama Hindu merupakan agama yang tertua di dunia dan merupakan salah satu
agama yang penting dalam Malaysia kerana agama ini lazimnya dianut oleh hampir semua
bangsa Indian dan segelintir masyarakat cina di Malaysia. Agama Hindu memberi sumbangan
yang besar terhadap pembangunan Tamadun India yang lalu dan tamadun manusia zaman
sekarang melalui lima konsep utama agama ini iaitu Tuhan (Brahman), roh individu setiap
manusia (Atman), Karma, Karma Mokhsa dan Samsara. Kepercayaan kepada Hukum Karma
iaitu kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati serta tujuan hidup
adalah untuk membebaskan diri daripada Samsara untuk mencapai Mokhsa iaitu kebebasan
mutlak dalam kata lain adalah syurga. Agama Hindu mempercayai bahawa selepas individu
tersebut mencapai tahap Mokhsa, namun dia akan bersatu dengan Brahman dan tidak akan
dilahir semula ke dunia. Untuk mencapai Mokhsa, setiap individu harus berbuat baik semasa
hidup, contohnya mengikut segala ajaran yang terdapat dalam kitab sucinya yang dikenali
sebagai Veda.

4
PRINSIP KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN DAN PENGAPLIKASIANNYA

Pegangan agama memainkan peranan yang penting dalam membentuk masyarakat yang
berbudi pekerti dan saling menghormati antara satu sama lain. Untuk itu, kita
mentafsirkannya dari asasnya kewujudan agama dalam dunia. Agama merupakan sesuatu
kepercayaan atau ajaran yang dianuti oleh seseorang individu yang turut berupaya
membimbing individu tersebut ke arah kehidupan yang lebih sempurna. Oleh itu, kelahiran
agama pada tamadun awal dunia sehingga sekarang untuk memenuhi keperluan manusia.
Agama tidak akan dibentuk jika agama hanya dipercayai oleh seseorang individu, namun
agama dibentuk melibatkan kepercayaan dalam sebuah komuniti manusia kepada Tuhan.
Agama tidak akan diteruskan dari kurun- termurun jika nilai asasnya yang tidak betul atau
tidak mengekalkan pendirian yang bermoral. Justeru, prinsip dan pengaplikasiannya amat
penting di kalangan penganut dan juga di antara individu yang berlainan agama dengan nilai
berbudi pekerti dan saling menghormati. Contoh pengaplikasiannya di Malaysia termasuk
melalui perlakuan, sikap, pernyataan dan benda- benda material.

Dari segi perlakuan, setiap agama dalam Malaysia mempunyai perlakuan tersendiri
yang unit dan harus dihormati oleh masyarakat lain. Perlakuan di sini merujuk kepada
sembahyang, menyambut perayaan, membuat upacara, membuat sajian dan lain- lain. Dalam
agama Islam, sembahyang dinamakan sebagai solat dan solat diwajibkan oleh setiap
penganutnya sebanyak lima kali dalam sehari pada waktu- waktu yang ditetapkan. Penganut
agama Islam yang dinamakan muslim akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri, Hari
Raya Haji, Awal Muharam setiap tahun pada hari yang ditetapkan. Bagi penganut agama
Buddha pula, lazimnya mereka akan mentunaikan sembahyang mereka pada setiap hari Ahad.
Perayaan utama yang disambut oleh penganut agama Buddha ialah Hari Wesak. Sesetengah
penganut agama Buddha akan membuat sajian Dewa- Dewi dekat rumahnya. Bagi penganut
agama Kristian pula, selalunya mereka akan mentunaikan sembahyang kepada Tuhan pada
setiap pagi Ahad. Perayaan utama yang disambut oleh penganut agama Kristian ialah
menyambut Hari Krismas pada setiap 25 haribulan Disember dan juga hari Ahad Easter.
Sembahyang agama Hindu pula berlaku berdasarkan beberapa hari suci dalam agama Hindu.
Perayaan utama yang disambut oleh penganut Hindu ialah Hari Deepavali dan Hari
Thaipusam. Segelintir penganut agama Hindu akan membuat sajian Dewa- Dewi dekat
rumahnya.

5
Selain itu, pengaplikasian penganut agama juga dilihat melalui sikapnya iaitu sikap
hormat, anggapan suci dan bersih terhadap agama dan kasih atau takut kepada kuasa luar
biasa. Penganut agama Islam selalu didorong supaya mengamalkan amalan yang baik
berdasarkan Al-Quran melalui nilai- nilai murni tiga dimensi iaitu akidah, syariah dan akhlak,
misalnya bersabar terhadap cubaan yang mereka terima, selalu bersyukur kepada Tuhannya,
mereka juga bertawakal dan bersedia berserah diri kepada Tuhannya, selalu rendah diri dan
sikap yang sederhana. Agama Buddha pula mendorong penganutnya supaya bersikap moral,
konsentrasi dan kebijaksanaan. Agama Buddha menolak kepercayaan yang membuta. Oleh
itu, penganut agama Buddha turut didorong supaya berbudaya, beradab, penuh usaha dan
kedamaian untuk mencapai Nirvana iaitu berhenti roda penderitaan. Penganut agama Kristian
pula didorong mengamalkan nilai- nilai murni yang terdapat dalam kitab Bible yang
melibatkan dua lembaran yang utama iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru yang
masing- masing menwajibkan penganutnya mengamalkan sikat baik dan tidak mengamalkan
larangannya dalam kehidupan mereka. Bagi penganut agama Hindu pula, kehidupan bermoral
mereka berasaskan daripada dua konsep utama iaitu Yamas (sifat moral dalam individu
sendiri) dan Niyamas (sifat moral dalam masyarakat umum) yang termasuk sifat-sifat baik
dan juga larangan- larangan dalam aplikasi harian.

Dari segi pernyataan pula, agama yang berlainan mempunyai pernyataan yang
tersendiri seperti kalimat suci, jambi dan mantera. Dalam Islam, penganutnya mengamalkan
penulisan, ukiran, sulam, lukisan dan sebagainya ayat- ayat suci dalam peralatan harian,
misalnya dalam bentuk kain penghias di atas dinding, tembikar, barang- barang tenunan
sutera dan sebagainya. Bagi agama Buddha pula, sesetengah penganutnya akan melekat atau
menggantung kain yang bertulisan mantera dalam kata lain azimat di atas dinding, di dalam
kereta, di atas pintu dan sebagainya yang dipercayai boleh mengelakkan benda- benda yang
tak baik dan memberi keamanan, kekayaan, keberanian atau lain- lain kepada orang yang
menggunakan ruang yang berkenaan. Bagi penganut agama Kristian pula, selain daripada
penggunaan cross yang lazimnya dijumpai, jarang terdapat mereka memaparkan sebarang
kalimat suci, jambi atau mantera. Namun, terdapat segelintir penganutnya menggantung ayat
Sepuluh Rukun dekat ruang tamu di rumah supaya ahli keluarganya sentiasa mengingati ayat
rukun tersebut dalam kehidupan seharian. Bagi penganut agama Hindu pula, pernyataan
mereka hampir serupa dengan agama Buddha iaitu terdapat segelintir penganutnya akan
menggantung azimat di atas dinding, di dalam kereta dan sebagainya yang bertujuan lebih
kurang sama dengan agama Buddha iaitu dipercayai membless mereka.

6
Benda- benda material setiap agama merupakan lambang kepada agama berkenaan,
contohnya dari segi zahir, agama Islam mempunyai tempat sembahyang yang suci dan
dinamakan masjid. Dalam agama Buddha pula, tempat sembahyangnya ialah tokong di mana
penganutnya akan membakar kemenyan kepada Tuhan yang dipercayai membless mereka.
Manakala, agama tempat sembahyang agama Kristian dinamakan gereja, di mana doa dan
puisi akan dibacakan oleh pastor di depan semua penganutnya setiap pagi Ahad. Di samping
itu, agama Hindu pula tempat sembahyangnya dinamakan kuil, di mana penganutnya
diwajibkan membersihkan Jasmani, Sarana seperti alas duduk, dupa, bunga dan sebagainya
dan persiapan rohani dan seterusnya menunaikan sembahyang mereka kepada Tuhan mereka.

7
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MENINGGALKAN KONSEP KETUHANAN DAN
KEPERCAYAAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Tiada benda yang wujud di dunia ini dengan sempurna begitu juga dengan pegangan agama.
Oleh itu, perbincangan bab ini mengenai kebaikan dan keburukan seseorang individu atau
komuniti meninggalkan konsep ketuhanan dan kepercayaan dalam kehidupan mereka.

Agama dengan pendiriannya tidak semestinya merujuk kepada kebaikan semata-


mata, namun terdapat juga agama yang berunsur dan amalan yang bertentangan atau lebih
dikenali sebagai agama sesat yang akhirnya akan memberi kesan yang buruk kepada
penganutnya. Misalnya agama yang mengajar ilmu tasawuf dan tarekat yang berunsur
kebatinan dan pengamalan wirid yang berunsur kebatinan dalam persilatan serta pengamalan
khurafat dan sifir unsur perbomohan. Contohnya agama yang disampaikan oleh kumpulan
Syiah, Islam Jamaah, Pemuda Kahfi dan sebagainya yang terdapat di Malaysia. Ada kala
seseorang individu sukar membezakan bahawa agama atau kepercayaannya merupakan
saluran yang betul atau agama sesat dan sukar untuk mereka menentukan sama ada
meninggalkan agama tersebut atau terus menganutnya. Agama atau ajaran yang sesat ini
lazimnya bersifat tertutup atau tempat sembahyangnya dijalankan secara sembunyi. Justeru,
penganut agama harus bijak memilih agama yang dianuti dengan menjauhi agama yang
dijalankan luar daripada agama umum atau perlaksanaan upacara yang tersembunyi.

Peninggalan terhadap konsep ketuhanan dan kepercayaan juga memberi kebaikan


kepada seseorang individu tersebut jika individu tersebut mendapati bahawa apa yang
dipercayainya selama ini tidak memanfaatkan perkembangan rohani dan jasmaninya.
Misalnya, sembahyang terhadap pokok- pokok, batu- batu dan sebagainya yang dipercayai
akan memberi tuah pada asasnya. Individu tersebut harus sedar dan meninggalkan
kepercayaannya yang tidak rasmi dan menganut agama yang rasmi untuk membina rohani
dan jasmani yang lebih sihat. Selain daripada itu, terdapat juga individu yang meninggalkan
agama asalnya lalu menganut agama yang lain walaupun agama asalnya merupakan agama
rasmi, contohnya bertukar daripada agama Buddha kepada Kristian, agama Kristian kepada
agama Islam dan sebagainya. Peninggalan kepercayaan sebegini masih boleh diterima dan
dikatakan membawa kebaikan kepada individu tersebut kerana individu tersebut dikatakan
menemui agama yang lebih sesuai kepadanya. Sebagai contoh, individu tersebut lahir dalam
keluarga Kristian, selepas itu dia mendapati ajaran Buddha lebih sesuai dengan pendiriannya,
namun tiada bantahan terhadap individu tersebut untuk meninggalkan agama Kristiannya lalu
8
menganut agama Buddha untuk membina rohani dan jasmani yang sesuai dengan diri sendiri
individu tersebut.

Selain daripada kebaikan, peninggalan konsep ketuhanan dan kepercayaan juga


membawa keburukan kepada manusia. Pada asasnya sesebuah agama yang rasmi memberi
manfaat kepada individu dalam pembinaan jiwa, rohani dan jasmani yang baik serta
mengalakkan individu tersebut mengamalkan terladang, nilai, moral dan amalan yang betul.
Jika individu tersebut meninggalkan kepercayaannya kepada Tuhan dan bertukar menjadi
individu yang bebas agama semata- mata, malah individu tersebut mudah dipengaruhi oleh
unsur- unsur negatif kerana tanpa kepimpinan agama, pendirian dan pemikiran individu
tersebut mudah tercemar. Contohnya, individu yang percaya kepada Tuhan akan
merendahkan diri semasa mencapai kegemilangan berbanding dengan individu yang tidak
menganut mana- mana agama akan mudah melupakan diri semasa mencapai kejayaan. Selain
itu, individu yang berpegang kuat kepada agama jika menghadapi kesusahan atau kesulitan
hidup selalunya akan percaya masalah yang dihadapi ialah kajian Tuhan kepadanya lalu terus
bersabar dan tegak menghadapinya, tetapi jika individu yang tidak mempunyai kepercayaan
kepada Tuhan, pemikirannya mudah tercemar oleh unsur- unsur negatif seperti, mengambil
dadah, minum minuman beralkohol, membunuh diri dan sebagainya.

Kepercayaan kepada kewujudan Tuhan sebagai pencipta alam semesta juga


menyakinkan setiap individu yang berpegang kepada agama masing- masing bahawa setiap
tingakat laku pasti mendapat balasan yang selaras dengannya, misalnya berbuat baik pasti
akan mendapat balasan yang baik, berbuat jahat pasti akan mendapat balasan yang buruk.
Kepercayaan kepada Tuhan dan mengamalkan ajaran yang disampaikan turut memimpin
seseorang individu tersebut berbuat baik dan dapat membezakan di antara amalan baik dan
mengelakkan amalan buruk. Namun, jika seseorang itu meninggalkan kepercayaan kepada
Tuhan, dia mudah mengalami keburukan dari segi tingkat laku dan pemikiran, misalnya
bersikat tamak, menipu, berbuat mengikut nafsu dan sebagainya. Akhirnya, setiap tingkat
laku yang tidak baik itu turut menyebabkan inidvidu tersebut mendapat balasan yang tidak
baik juga, misalnya menerima hukuman saman, denda, penjara dan sebagainya. Oleh itu,
setiap individu harus berpegang kepada agama masing- masing untuk menjamin pembinaan
rohani dan jasmani yang sihat.

9
CARA- CARA MEMUPUK KESEDARAN KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA

Agama dan kepercayaan kepada Tuhan mempunyai kebaikan yang tiada terhingga dan
pengamalannya amat digalakkan sebagaimana mengikut Rukun Negara, tetapi bukan semua
masyarakat Malaysia sedar terhadap kepentingannya dan menganut agama. Oleh itu, kita
harus memupuk kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan agama melalui pihak-
pihak berkenaan seperti peranan kerajaan, peranan sekolah, peranan sosial media, peranan ibu
bapa dan sebagainya.

Kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam menggalakkan masyarakat


menganut agama dan mempercayai kepada Tuhan terutamanya dalam rakyat yang berbilang
kaum dan berbagai kepercayaannya di Malaysia. Pihak kerajaan telah mengistiharkan agama
Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan Malaysia, perkara ini telah menyakinkan
kaum- kaum melayu turut menerima Islam sebagai agama penganutnya dan menggalakkan
kaum lain mempertimbangkan untuk menganut agama Islam. Selain itu, peranan kerajaan
amat penting dalam mengistiharkan agama lain sebagai agama rasmi dan menggalakkan
kepercayaannya di kalangan masyarakat melalui penetapan cuti umum kepada sambutan
perayaan agama berkenaan dan memberi sokongan serta sumbangan untuk pelaksanaan
aktiviti- aktiviti yang berkenaan dengan sambutan perayaan tersebut.

Selain itu, Jabatan Pendidikan iaitu lebih kepada peranan pihak sekolah juga amat
penting dalam menggalakkan masyarakat menganut agama. Kepercayaan kepada Tuhan harus
dipupuk dalam jiwa murid- murid sejak mereka masih kecil melalui ajaran Pendidikan Moral
dan Sejarah. Tiada bantahan juga jika pihak sekolah menwajibkan setiap pelajar menganut
agama masing- masing mengikut kepercayaannya. Dengan itu, selain daripada Pendidikan
Islam, Jabatan Pendidikan boleh mempertimbangkan untuk melaksanakan mata pelajaran
Pendidikan Buddha, Pendidikan Kristian dan Pendidikan Hindu yang menwajibkan setiap
pelajar memilih salah satu antara mata pelajaran tersebut dan meluluskannya dalam
peperiksaan. Dengan itu, melalui pengajian dan perfahaman yang lebih dalam terhadap
agama pilihan pelajar tersebut, kesannya mereka akan turut menganutnya walaupun
meninggalkan sekolah. Selain daripada sekolah rendah dan sekolah menengah, institusi
pengajian tinggi juga harus sedar tentang kepentingan pendidikan agama dan melaksanakan
langkah- langkah yang sepatutnya untuk menggalakkan pelajar- pelajarnya menganut agama.

10
Bukan itu sahaja, peranan sosial media juga amat penting dalam memupuk jiwa
masyarakat dalam Kepercaya kepada Tuhan dan menganut agamanya. Untuk itu, kita boleh
merujuk kepada badan atau parti agama, sebagai contoh Parti PAS yang wujud sebagai parti
yang mempertahankan kepentingan agama Islam dalam Malaysia. Justeru, golongan
bangsawan, golongan yang berilmu dan wakil- wakil bangsa lain harus bekerjasama untuk
menumbuhkan pertubuhan yang berunsur agama seperti Parti PAS tanpa merentas sempadan
agama lain supaya menjadi terladang kepada masyarakat umum. Selain itu, peranan media
juga penting dalam memupuk kesedaran menganut agama melalui pemaparan artikel- artikel
dan rancangan- rancangan yang berunsur agama melalui surat khabar, magazine, rancangan
TV dan sebagainya.

Akhir sekali, peranan ibu bapa dalam memupuk kesedaran rakyat dalam kepercayaan
kepada Tuhan tidak boleh diabaikan sebab terladang ibu bapa selalunya diikuti oleh anak
mereka begitu juga dengan kepercayaan dan agama. Biasanya anak- anak akan mengikut
kepercayaan sebagaimana ibu bapa mereka percaya dan menganut agama yang dianuti oleh
ibu bapa mereka, contohnya di kalangan masyarakat cina, jika ibu bapa mereka menganut
agama Buddha, biasanya anak- anak turut menganut agama Buddha. Tetapi, bukan semua
masyarakat di Malaysia menganut agama, terdapat juga ibu bapa yang tiada kepercayaan dan
agama. Namun, mereka harus bersikap terbuka dan menggalakkan anak mereka menganut
agama kerana kepercayaan dan agama akan memimpin anak mereka kepada jalan yang betul
dan menfaedahkan perkembangan rohani dan jasmani anak mereka.

11
KESIMPULAN

Kesimpulannya, kepercayaan kepada Tuhan dan berpegang teguh kepada amalannya amat
penting dalam pembangunan manusia disebabkan agama dapat memimpin penganutnya ke
arah yang betul dan membentuk rohani dan jasmani yang membina. Oleh itu, rakyat Malaysia
harus menganut agama dan bertindak selaras dengan ajarannya melalui pengamalan dalam
aktiviti seharian. Namun, terdapat ajaran atau agama yang bercagak dengan agama tulen yang
mengamalkan aktiviti yang dilarang oleh tempatan mahupun antarabangsa. Jadi, rakyat harus
bijak memilih agama dan menganut agama yang dirasmikan oleh kerajaan. Akhir sekali,
pelbagai pihak harus berganting bahu, bertolak- ansur dan saling menghormati untuk
memperkembangkan agama yang terdapat di Malaysia ini tanpa eccentric kepada mana-
mana agama untuk mencapai kehidupan rakyat yang harmoni dan sejahtera.

12
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Siti Salmiah A Hamid, (2015), Majukan Untuk Kegunaan Awam, My Metro

Aisaluddin, (2011), Sejarah Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu, Irfanirsyad

Muhammad Khairi, Teori Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu, Academia

Parta Setiawan, (2015), Sejarah Agama Islam Di Dunia Telengkap Menurut Para Ahli, Guru

Pendidikan

Nisa Sempoi, (2013), Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Peradaban Dunia, Prezi

Celine Cin Cin, (2012), Sejarah Tamadun Prasejarah, Tema Mistik Bhd

Mariah, (2014), Kesan Dan Pengaruh Tamadun India Di Malaysia, Maruwiah Ahmat

Lokman Hashim, (2013), Waktu- Waktu Solat Dan Pengertian Solat, Mutiaraislam

A. Zainol Abidin, Bagaimana Agama Memberikan Kesan Terhadap Sikap Persepsi Dan Nilai

Seseorang, Academia

Mohd Nazri Nazri, 10 Ajaran Sesat Yang Masih Aktif Di Malaysia, Academia

13

You might also like