You are on page 1of 10

EDU 3101

FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA


TAJUK 6

Nordin Tahir, JIP


Latar Belakang FPK

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dibentuk


berdasarkan ideologi dan falsafah yang
termaktub dalam Laporan Pendidikan dan
Akta Pendidikan, Rukun Negara, serta
ideologi dan budaya masyarakat Malaysia.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
diumumkan secara rasminya pada tahun
1988 yang berbunyi seperti yang berikut:

Nordin Tahir, JIP


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepada
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencari kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)

Nordin Tahir, JIP


ANALISIS FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Cabang Ciri-ciri FPK Analisis
Falsafah

Metafizik holistik dan bersepadu Potensi dan kemampuan untuk menyubur secara
(berkaitan dengan punca bersepadu.
dan perhubungan)

Epistemologi Usaha berterusan Manusia perlu menyesuaikan diri kepada pelbagai


(membayangkan bahawa perubahan seperti kemajuan k-ekonomi dan ICT;
pengetahuan sentiasa Perubahan menggalakkan pengurusan
berubah)) pengetahuan dengan memberi penekanan
kepada kemahiran dan pengetahuan terkini;
Membayangkan pendidikan sepanjang hayat.

Aksiologi Kepercayaan teguh Hubungan kait kendiri, persekitaran dan Tuhan;


kepada Tuhan Penerimaan Tuhan sebagai pencipta.

Logik Keterampilan Kecekapan kerana pengetahuan dan kelulusan;


(prosedur yang digunakan Memahami prosedur kerja.
untuk membezakan
penaakulan sah dan tak
sah) Nordin Tahir, JIP
ANALISIS ELEMEN FPK

Ciri-ciri Analisis
FPK

Usaha Manusia perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan


berterusan seperti kemajuan dalam k-ekonomi dan ICT;
Perubahan menggalakkan pengurusan pengetahuan dengan
penekanan kepada kemahiran dan pengetahuan terkini;
Membayangkan pendidikan sepanjang hayat

Memperkem Individu memiliki bakat terpendam, potensi dan anugerah


bangkan lagi daripada Tuhan yang mungkin tidak disedari;
potensi Potensi dan kebolehan ini perlu dikembangkan dan dimajukan
individu sepanjang masa melalui interaksi dengan persekitaran dan
pendidikan bermutu

Menyeluruh Potensi dan kebolehan perlu dimajukan secara bersepadu


& bersepadu

Nordin Tahir, JIP


Seimbang Menghargai pengetahuan, memiliki sahsiah unggul, percaya
dan harmonis kewujudan Tuhan, sabar dan cekap menghadapi dugaan;
rasional, sihat, bekerjasama, senantiasa berusaha menyelesaikan
masalah

Intelek pengetahuan sebenar, pemikiran kritikal dan kreatif;


Menggunakan pengetahuan untuk diri dan orang lain, kongsi dan
menyebarluaskan pengetahuan

Rohani Percaya kewujudan Tuhan, menganuti agama, nilai moral dan


norma masyarakat, berkelakuan baik, taat, sanggup berkorban
untuk bangsa dan negara

Emosi Berdikari, tenang, berkelakuan baik, penyayang, espirit de corp;


Menghargai keindahan dan seni

Nordin Tahir, JIP


Fizikal Tangkas dan sihat;
Mengembangkan bakat kemahiran
teknikal/manipulatif

Kepercayaan dan Hubungkaitkan kendiri, persekitaran dan Tuhan;


kepatuhan kepada Mengakui tentang wujudnya Pencipta
Tuhan

Rakyat Malaysia yang Budaya ilmu, teladan, dahagakan ilmu, membaca


berilmu pengetahuan untuk kendiri dan orang lain, minda terbuka:
Menyebarluaskan maklumat

Berketerampilan Cekap kerana memiliki pengetahuan dan


kelulusan;
Memahami prosedur kerja
Nordin Tahir, JIP
Berakhlak mulia Berbudi bahasa dan berdisiplin;
Mampu membezakan nilai baik dan buruk dan
memiliki nilai terpuji;
Menghargai kemanusiaan, kewarganegaraan
dan aspek rohani

Bertanggungjawab Cekap, jujur, boleh dipercayai, mematuhi


undang-undang:
Berusaha memajukan kendiri,
keluarga,masyarakat, agama, bangsa dan
Negara

Nordin Tahir, JIP


Berkeupayaan Mempunyai daya ketahanan untuk menghadapi
menikmati cabaran, waras dan tenang;
kesejahteraan Sihat tubuh badan;
Mampu menjalin perhubungan baik dengan
orang lain

Menyumbang kepada Kerjasama, toleransi, hormat;


keharmonian dan Menjalin keluarga bahagia;
kemakmuran Patriotik dan cinta akan negara;
keluarga, masyarakat Menghargai dan mengamalkan Rukunegara;
dan negara. Mematuhi dan melindungi perlembagaan;
Memajukan ekonomi melalui pelbagai cara

Nordin Tahir, JIP

You might also like