You are on page 1of 3

Pelancaran penutupan Bulan Membaca 2016

Bissmillahirrahmanirahim pembuka kata

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera pemula bicara

Yg berusaha Tn. Hj Hashim bin Mohd Dom, pengetua SMK Dato Penggawa Barat,

Yang dihormati,

Pn Hjh Zainuriah bt Aman, Penolong Kanan Pentadbiran,

_______________________, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Pn Rohati bt Sood, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Barisan pentadbir,

Guru-guru dan rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia serta perkenannya maka
dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi ini bagi memeriahkah majlis pelancaran
penutupan Bulan Membaca 2016 peringkat sekolah.

Hadirin yg dimuliakan, bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput Ustaz
Abdul Shukor bin Talib bagi mengetuai bacaan doa. Majlis mempersilakan.

==================================================================

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan motivasi oleh dua orang Tokoh Nilam SMKDPB
iaitu Nurain Syuhadah bt Izani (5 AS) dan Anis Sahira bt Rosley (5 AK). Untuk makluman,
Nurain Syuhadah bt Izani merupakan Tokoh Nilam kategori Bahasa Melayu manakala
Anis Sahira pula dianugerahkan Tokoh Nilam kategori Bahasa Inggeris. Majlis
mempersilakan.

==================================================================

Terima kasih atas ucapan motivasi yang penuh bermakna itu sebentar tadi. Hadirin
sekalian, majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian sijil dan hadiah kepada
Tokoh Nilam dan peserta penyampai ulasan buku. Oleh itu, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Tn. Hj. Hashim bin Mohd Dom (Pengetua SMKDPB) diiringi
oleh Pn Sharifah Ain bt Hj. Ali (Ketua Bidang Bahasa) bagi menyampaikan hadiah.

==================================================================
Dijemput pelajar yang menerima Anugerah Tokoh Nilam untuk naik ke pentas.

Bagi kategori Bahasa Melayu, dijemput

1. Nurain Syuhadah bt Izani (5AS).

Bagi kategori Bahasa Inggeris, dijemput

1. Anis Sahira bt Rosley (5AK)

Untuk peserta penyampai ulasan buku, dijemput

1. Nurain Syuhadah bt Izani (5AS)

2. Anis Sahira bt Rosley (5AK)

3. Saleha bt Ahmad (4AS)

4. Fatin Nursabrina bt Mohd Helmi (4AK)

5. Siti Hajar bt Mazlan (4AK)

6. Andik Raihan Aryani bt Rosli (1RA)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tn. Hj. Hashim dan Puan Sharifah Ain atas
penyampaian hadiah itu tadi.

==================================================================

Hadirin sekalian,

Bagi menyempurnakan majlis kita pada pagi ini, majlis diteruskan dengan menjemput
yang berusaha, Tn. Hj Hashim bin Mohd Dom, pengetua SMK Dato Penggawa Barat
untuk menyampaikan ucapan bagi pelancaran penutupan Bulan Membaca 2016
peringkat sekolah. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha, Tn. Hj Hashim bin Mohd Dom, atas
ucapan dan pelancaran penutupan itu tadi.

==================================================================
Kini, tibalah kepada acara kemuncak bagi pelancaran penutupan Bulan Membaca 2016,
iaitu Persembahan Koir daripada para pelajar SMKDPB. Pasukan koir ini terdiri daripada
pelajar Tingkatan 1CA, 1DA dan 1RA. Mereka akan mempersembahkan dua buah lagu
yang bertajuk Budaya Membaca dan Lagu Nilam. Untuk makluman, pasukan koir ini telah
dipimpin oleh Safuana bt Mohd (5DA) dan diiringi alunan musik yang dimainkan oleh
Ceilien (5DA). Berikan tepukan yang gemuruh kepada persembahan mereka.

==================================================================

Sungguh merdu dan bersemangat sekali persembahan itu sebentar tadi.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan membaca, seseorang dapat


menambahkan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana terdapat berbagai-bagai maklumat
termasuk isu semasa dan pengetahuan yang terdapat di dalam buku, majalah, surat
khabar dan lain-lain. Dengan membaca, seseorang dapat menerokai pelbagai ilmu yang
dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan kerana Bangsa Membaca Bangsa
Berjaya. Selain itu, pembacaan yang luas juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam
diri seseorang. Oleh itu, ayuh kita pupuk amalan membaca agar generasi yang celik ilmu
dapat dilahirkan.

==================================================================

Sebelum mengakhiri majlis, hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan Lagu Negaraku.
Nyanyian ini akan diiringi oleh musik yang akan dimainkan oleh Ceilien (5AS).

Hadirin diminta berdiri.

==================================================================

Dengan berakhirnya nyanyian tadi, maka sempurna sudah majlis pelancaran penutupan
Bulan Membaca 2016 peringkat sekolah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada AJK pelaksana program, para guru dan para
pelajar yang menjayakan majlis ini.

Sekian,

Wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum wbt

==================================================================

You might also like