You are on page 1of 25

BAB 7 MALAYSIA YANG BERDAULAT

Pengenalan

1 Bab ini membincangkan kerjasama dan persefahaman antara Persekutuan


Tanah Melayu, Sarawak, Borneo Utara (Sabah) dan Singapura untuk
membentuk Persekutuan Malaysia.

2 Persekutuan Malaysia mendapat tentangan dari Indonedia dan Filipina.

3 Tindakan Singapura berpisah dengan Persekutuan Malaysia mengekalkan


sebuah Negara Malaysia yang bermaruah dan berdaulat.

7.1 Gagasan Persekutuan Malaysia

Idea Pembentukan Persekutuan Malaysia

Tunku Membebaskan Persekutuan Tanah Melayu daripada belenggu


Abdul penjajah British
Rahman selanjutnya

Membebaskan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei

mengemukakan Gagasan Persekutuan Malaysia

16 September 1963 Kaedah diplomasi


Percantuman PTM dengan negeri-negeri berkenaan

1 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my


Cadangan Tunku Abdul Rahman
Cadangan Siapa? Tunku Abdul Rahman
Persekutuan
Malaysia Mana? Majlis makan tengah hari Persatuan Wartawan-
wartawan Luar Asia Tenggara di Hotel Adelphi,
Singapura
Bila? 27 Mei 1961

Sambutan positif daripada Julai 1961


pemimpin-pemimpin Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
wilayah tersebut Malaysia (JPPM) ditubuhkan

Peranan: mengadakan rundingan


Mendapat perhatian dengan pemimpin wilayah-wilayah
Pertubuhan Bangsa-bangsa yang terlibat
Bersatu (PBB)
Pembentukan
jawatankuasa yang 16 Oktober 1961
diketuai oleh Lord Cobbold Tunku Abdul Rahman
membawa usul gagasan
Persekutuan Malaysia di
Dewan Rakyat

Perkembangan mengikut Kronologi


27 Mei 1961

Julai 1961

16 Oktober 1961

2 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my


Matlamat Pembentukan Persekutuan Malaysia

Kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan keharmonian sosial menjadi


fokus utama tentang pembentukan Persekutuan Malaysia.

Matlamat Pembentukan Persekutuan Malaysia

Mempercepatkan Keseimbangan Memajukan Keselamatan dan


kemerdekaan kaum sosioekonomi kestabilan negara

Saiz Singapura dan Mewujudkan kawasan pasaran


jumlah penduduk ekonomi yang lebih luas
Sarawak, Sabah dan Sumber tenaga manusia dan
Brunei yang sedikit sumber asli dapat disatukan di
menyukarkan untuk kalangan negeri dalam
mendapat Persekutuan
kemerdekaan Sekatan cukai di kalangan
Pembentukan negeri Persekutuan dapat
Malaysia akan dapat dihapuskan
mempercepatkan Usaha untuk menarik pemodal
kemerdekaan luar dapat dipermudahkan
Sarawak, Sabah, Taraf hidup rakyat dapat
Brunei dan Singapura dimajukan

Kemasukan Sarawak, Pembentukan


Sabah dan Brunei akan Persekutuan Malaysia
menyeimbangkan dapat menyelamatkan
penduduk Melayu dalam Singapura daripada jatuh
Persekutuan Malaysia ke tangan komunis

7.2 Reaksi terhadap Pembentukan Persekutuan Malaysia

Reaksi negeri-negeri terlibat

Terdapat pelbagai reaksi negeri-negeri yang terlibat dalam cadangan pembentukan


Persekutuan Malaysia, iaitu:
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei

3 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my


Persekutuan Tanah Melayu
penduduk Tanah
Malaysia = Perbezaan
Melayu menerima
sambutan yang pendapat tentang
prinsip gagasan
menggalakkan cara pelaksanaan
Persekutuan Malaysia

PAS = menyokong Malaysia,


mencadangkan pembentukan Melayu
Raya

Singapura
Parti Tindakan Rakyat (PETIR) Barisan Sosialis dan Parti Rakyat
Singapura
Pimpinan Lee Kuan Yew
Mengalu-alukan gagasan Berhaluan kiri
Persekutuan Malaysia Menentang gagasan
Menyelamatkan parti tersebut Persekutuan Malaysia =
daripada dikuasai oleh parti-parti rancangan pihak Britain untuk
berhaluan kiri. mengekalkan pengaruhnya

Referendum
Meninjau pendapat penduduk Singapura terhadap gagasan Persekutuan
Malaysia

Referendum?
Hasil = penduduk Singapura menyokong
gagasan Persekutuan Malaysia

Sabah

Beberapa parti politik baru ditubuhkan untuk menyalurkan pendirian rakyat terhadap
gagasan Persekutuan Malaysia.

Parti Politik Pendirian awal Pendirian akhir


Pertubuhan Kebangsaan Menyokong Menyokong
Kadazan Bersatu
Parti Bersatu Menyokong dengan syarat Menyokong
Sabah merdeka terlebih
dahulu

4 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my


Parti Demokratik Menyokong dengan syarat Menyokong
Sabah merdeka terlebih
dahulu
Parti Pasok Momogun Menentang kerana Sabah Menyokong
perlu bersatu dengan
Sarawak dan Brunei

Pemimpin: Kesemua parti politik di Sabah


Donald Stephens dan Datu kemudiannya menyokong gagasan
Mustapha Datu Harun Persekutuan Malaysia

Membentuk Parti Perikatan Sabah


Memenangi Pilihan
Raya Majlis Daerah
yang pertama Kesepakatan rakyat Sabah untuk
menyertai Persekutuan Malaysia

Sarawak

Antara pendirian parti-parti politik di Sarawak adalah seperti berikut:


Parti politik Pendirian awal Pendirian akhir
Parti Negara Sarawak Menyokong walaupun Menyokong
sebelumnya menentang
Parti Kebangsaan Menentang Menyokong
Sarawak (SNAP)
Parti Bersatu Rakyat Menentang kerana Menentang
Sarawak (SUPP) Sarawak perlu bersatu
dengan Sabah dan Brunei
Barisan Rakyat Jati Menyokong Menyokong
Sarawak (BARJASA)
Parti Pesaka Anak Menyokong Menyokong
Sarawak (PESAKA)
Persatuan Cina Sarawak Menyokong Menyokong
Menentang Gagasan
Parti Negara Sarawak SUPP
Persekutuan Malaysia
SNAP
BARJASA
PESAKA Menyokong Persekutuan Malaysia
SCA Membentuk Parti Perikatan
Sarawak menyertai Pilihan Raya
Majlis Daerah 1963 memenangi
138 kerusi

5 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my


Brunei
Menyokong gagasan
Sultan Omar Persektuan Malaysia
Ali Saifudden
A.M. Azahari
Pemimpin
Parti Rakyat Brunei
Menghasut rakyat
bahawa Brunei Matlamat sebenar:
akan menjadi menubuhkan kerajaan
jajahan jika Kalimantan Utara (Brunei +
menyertai Malaysia Sarawak + Sabah)

Parti Rakyat Brunei


Sebab: A.M. Azahari
melancarkan pemberontakan gagal membawa
usul penentangan di
Majlis Undangan
Negeri Brunei

Rundingan Masalah hasil minyak


berterusan ke
saat-saat terakhir Kekananan Sultan Brunei tidak mendapat
dalam pelantikan sebagai Yang kata sepakat
di-Pertuan Agong

Brunei menarik diri


daripada menyertai
Persekutuan Malaysia

Reaksi Negara Jiran

Indonesia dan Filipina

6 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my


Indonesia
Menyokong gagasan Persekutuan Malaysia
Peringkat
awal
Dr. Subandrio (Menteri Luar Indonesia) =
mengutuskan ucapan tahniah

Terpengaruh dengan
dakyah Parti Komunis
Indonesia (PKI)
SIKAP BERUBAH
tidak senang kerana

Pemimpin utama Indonesia


Tujuan pembentukan
Malaysia = menyekat
Sukarno Menuduh gagasan pengaruh komunis
Persekutuan Malaysia sebagai
neokolonialisme Britain untuk Neokolonialisme?
mengukuhkan kuasanya.

Malaysia bertentangan dengan hasrat


Sukarno untuk menyatukan
Indonesia dengan Tanah Melayu
bagi membentuk Indonesia Raya

Filipina

Filipina menentang gagasan sebab Mendakwa Sabah sebahagian


Persekutuan Malaysia daripada Kesultanan Sulu

British tidak melayan tuntutan Filipina


(Sabah telah diserahkan kepada British)

Laporan Suruhanjaya Cobbold Suruhanjaya Pertubuhan


Bangsa-Bangsa Bersatu

Mengesahkan rakyat Sabah bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia

7 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my


Reaksi Negara Barat

Britain Amerika Syarikat

Menyokong gagasan Persekutuan Malaysia


Gagasan Persekutuan
Malaysia sesuai dengan
Gagasan Persekutuan Malaysia dapat
dasar ekonomi dan politik
menyekat pengaruh komunis
mereka

7.3 Perjanjian dan Pengisytiharan Malaysia

Langkah ke Arah Pembentukan Malaysia

16 September 1963 Pengisytiharan Malaysia

Tahun Perkara Matlamat Hasil Laporan


Ogos 1963 Suruhanjaya Meninjau semula Penduduk Sarawak dan
PBB pandangan penduduk Sabah berhasrat untuk
Sarawak dan Sabah atas menyertai Persekutuan
permintaan Indonesia dan Malaysia
Filipina
September Referendum Meninjau pendapat Penduduk Singapura
1962 Singapura penduduk Singapurra bersetuju menyertai
Persekutuan Malaysia
Ogos 1962 Jawatankuasa Membincangkan hak dan Laporan 20 Perkara
Antara Kerajaan kepentingan Sabah, Sabah dicadangkan dan
(JAK) Sarawak dan Brunei untuk dimasukkan dalam
dimasukkan ke dalam perlembagaan
perlembagaan
Januari Suruhanjaya Meninjau pandangan Laporan rakyat Sarawak
1962 Cobbold penduduk di Sarawak dan dan Sabah bersetuju
Sabah menyertai Persekutuan
Malaysia
Julai 1961 Jawatankuasa Memberi penerangan Penubuhan Suruhanjaya
Perundingan kepada pemimpin Sabah Cobbold
Perpaduan dan Sarawak
Malaysia (JPPM)
21 Julai Persatuan Menerangkan konsep Penubuhan
1961 Parlimen Persekutuan Malaysia Jawatankuasa
Komanwel Perundingan Perpaduan
Malaysia (JPPM)
27 Mei Gagasan Dicadangkan oleh Tunku Dikemukakan dalam
1961 Persekutuan Abdul Rahman suatu majlis makan
Malaysia tengah hari Persatuan
Wartawan-wartawan Luar
Asian Tenggara di Hotel
Adelphi, Singapura.

8 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my


Rumusan Laporan Suruhanjaya Cobbold: Laporan Setiausaha PBB U Thant:

Tuntutan 20 Perkara Sabah dan Sarawak:

Pengisytiharan Malaysia pada 16 September 1963


Perlembagaan Memorandum Tuntutan 20
Persekutuan rakyat Sabah Perkara Sabah
Tanah Melayu dan Sarawak dan Sarawak

Perlembagaan Persekutuan Malaysia Ditandatangani di


Malborough House
London

Perjanjian Persekutuan Malaysia

Urusan hal ehwal luar Agama Islam, agama rasmi Bahasa Melayu,
adalah tanggungjawab Persekutuan, kecuali bahasa kebangsaan,
kerajaan Persekutuan Sabah dan Sarawak, bahasa Inggeris dan
agama lain bebas bahasa lain boleh
diamalkan digunakan
Sabah dan Sarawak,
bahasa rasmi = Sarawak dan Sabah Rakyat bumiputera di
bahasa Inggeris diberikan kuasa Sarawak dan Sabah
sehingga 10 tahun mengawal hal-ehwal mendapat taraf yang sama
Malaysia diisytiharkan imigresen dan dengan orang Melayu di
perkhidmatan awam Persekutuan Tanah
Melayu

9 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my


Kesemua isi perjanjian dimasukkan ke dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia

16 September 1963
Persekutuan Malaysia diisytiharkan dengan rasminya.

Stadium
Merdeka
Tunku Abdul Rahman
(Perdana Menteri)

Yang di-Pertuan Agong, raja-raja Melayu,


Gabenor P.Pinang, Melaka, Singapura, Sabah
dan Sarawak, menteri cabinet, diplomat asing
serta wakiil kerajaan jemputan khas

Bacaan
Deklarasi Teriakan 'Merdeka'
Penubuhan 101 das tembakan
sebanyak 7 kali
Persekutuan
Malaysia

Malaysia = Negara
yang berdaulat Sarawak, Sabah dan
Singapura mencapat
kemerdekaan

Bersekutu Bertambah Mutu


(jata Negara)

10 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my


Konfrontasi dan Perdamaian
Enggan mengiktiraf Malaysia

Pengisytiharan Indonesia dan Memutuskan hubungan diplomatik


Malaysia Filipina dengan Malaysia

Indonesia melancarkan lapan konfrontasi


dengan Malaysia. Tetera Indonesia menceroboh
beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak

Konfrontasi?

Usaha ke Arah Perdamaian Malaysia-Indonesia


Usaha-usaha Huraian
Rundingan Rundingan diadakan antara Tunku Abdul Rahman dengan
tidak rasmi di Presiden Sukarno.
Tokyo Persetujuan dicapai untuk membawa isu konfrontasi ke siding
(Mei 1963) kemuncak di Manila yang melibatkan Malaysia, Indonesia dan
Filipina.
Sidang MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan Indonesia) ditubuhkan
kemuncak di yang bertujuan meningkat perhubungan persahabatan dan
Manila menyelesaikan pertelingkahan Malaysia-Indonesia dan
(Julai 1963) Malaysia-Filipina.
Sidang ini menuntut wakil PBB membuat tinjauan semula
terhadap pendapat rakyat Sarawak dan Sabah untuk
menyertai Persekutuan Malaysia.
Persidangan di Dato Abdul Razak yang mewakili Malaysia dan Dr. subandrio
Bangkok yang mewakili Indonesia gagal mencapai kata sepakat
(Februari 1964) mengenai gencatan senjata.
Persidangan di Pihak Indonesia tetap degil tidak mahu mengundurkan
Tokyo tenteranya.
(Jun 1964) Sukarno mengulangi tindakannya bahawa Malaysia telah
membelakangkan keputusan Sidang Manila.
Kegagalan sidang ini menyebabkan Indonesia menambahkan
lagi jumlah tenteranya untuk menceroboh Malaysia.
11 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my
Selain itu, beberapa langkah lain juga turut diambil untuk menghadapi konfrontasi.

Usaha menghadapi konfrontasi

Membuat bantahan rasmi terhadap Mendapat sokongan daripada


pencerobohan tentera Indonesia di Negara-negara Komanwel, iaitu
PBB melalui Dato Dr. Ismail bin Britain, Australia, New Zealand
Abdul Rahman, Menteri Keselamatan dan Kanada
dalam Negeri

Menyusun semula pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) atau Askar Wataniah

Usaha Malaysia membuat bantahan di PBB tidak berhasil kerana Rusia yang
mempunyai hubungan baik dengan Indonesia telah menggunakan kuasa
pembatalnya (veto) untuk menghalang sebarang tindakan terhadap Indonesia.

Konfrontasi semakin kendur

Indonesia Filipina
Presiden Sukarno yang disokong Mengiktiraf Persekutuan Malaysia
oleh PKI telah digulingkan oleh lebih awal (Jun 1966) akibat
Presiden Suharto dalam peristiwa perubahan pucuk pimpinan di
Gestapo 30 September Filipina

Pemisahan Singapura

1 Pelbagai masalah timbul akibat penyertaan Singapura dalam Persekutuan


Malaysia.

2 Singapura hanya menjadi duri dalam daging kepada Malaysia.

3 Pelbagai isu sensitif dibangkitkan oleh Singapura telah meretakkan hubungan


baik dengan kerajaan pusat.

4 Isu-isu sensitif tersebut kemudiannya menjadi faktor pemisahan Singapura


dari Malaysia pada tahun 1965.

12 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my


KONSEP MALAYSIAN- PERTIKAIAN PERIKATAN-
MALAYSIA PETIR
Konsep yang menyarankan PETIR menuduh MCA
Malaysia adalah untuk semua tidak mewakili kepentingan
yang menjadi rakyat Malaysia kaum Cina.
tanpa merujuk kepada latar PETIR telah bertanding
belakang sejarah negara. menentang Parti Perikatan
Menafikan institusi raja dan dalam pilihan raya 1964 di
menentang hak istimewa Semenanjung Malaysia
orang Melayu dan bumiputera

Faktor
pemisahan
Singapura

MASALAH EKONOMI RUSUHAN KAUM


Singapura menuntut Banyak kenytaan yang
keistimewaan cukai dikeluarkan oleh
daripada kerajaan pusat. pemimpin PETIR telah
Menuntut sebagai status membangkitkan sentimen
pusat perindustrian, perkauman.
perdagangan dan Keselamatan negara
pelabuhan bebas tidak tergugat kerana rusuhan
disaingi oleh kerajaan kaum di singapura
pusat

Tunku Abdul Rahman telah mengambil


keputusan untuk menyingkirkan Singapura
pada 9 Ogos 1965

Tun Abdul Persekutuan Malaysia terpaksa mengeluarkan


Razak Singapura dari Malaysia walaupun dalam perasaan
sedih dan dukacita kerana Singapura seolah-olah
seperti duri dalam daging kita.

13 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my


LATIHAN SET A: MALAYSIA YANG BERDAULAT

1 Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan Gagasan Persekutuan Malaysia,


iaitu percantuman Persekutuan Tanah Melayu dengan beberapa buah negeri.
Negeri-negeri tersebut ialah
I Sabah III Singapura
II Sarawak IV Indonesia
A I, II, dan III C I, III, dan IV
B I, II, dan IV D II, III, dan IV

2 Tempat: Hotel Adelphi,Singapura


Tarikh: 27 Mei 1961
Kandungan Ucapan: Gagasan Persekutuan Malaysia
Maklumat di atas berkaitan dengan suatu majlis makan tengah hari Persatuan
Wartawan-wartawan luar AsiaTenggara.
Siapakah yang memberikan ucapan dalam majlis tersebut?
A Tunku Abdul Rahman
B Dato'Abdul Razak
C Lee Kuan Yew
D Zainal Abidin b. Ahmad

3 A p a k a h peranan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)


terhadap gagasan Persekutuan Malaysia?
A Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak
B Memberikan penerangan kepada pemimpin Sabah dan Sarawak
C Membincangkan kemerdekaan Sabah dan Sarawak
D Meninjau pandangan penduduk di Brunei

4 Antara matlamat pembentukan Malaysia ialah


I mempercepat kemerdekaan
II keseimbangan kaum
III memajukan sosioekonomi
IV meningkatkan sistem pendidikan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

5 Bagaimanakah pembentukan Malaysia dapat memajukan sosioekonomi?


I Mewujudkan satu kawasan pasaran ekonomi yang lebih lugs
II Menyatukan sumber tenaga manusia dan sumber asli
III Mewujudkan sekatan cukai di negeri persekutuan
IV Memudahkan usaha untuk menarik pemodal luar
14 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

6 Gagasan Persekutuan Malaysia mendapat liputan yang meluas dalam


akhbar-akhbar tempatan.
Pada peringkat awal, gagasan tersebut dikenali sebagai
A Melayu Bersatu
B Melayu Raya
C Melayu Gemilang
D Melayu Baru

7 Apakah cadangan Persatuan Islam Se-Malaya terhadap pembentukan


Persekutuan Malaysia?
A Pembentukan Malaysia mesti merangkumi Indonesia
B Menolak penggabungan Singapura
C Menuntut mengekalkan hak keistimewaan orang Melayu
D Agama Islam agama rasmi Malaysia

8 Mengapakah Lee Kuan Yew bersetuju dengan Persekutuan Malaysia?


A Mengelakkan pengaruh komunis
B Meningkatkan taraf hidup
C Meluaskan pengaruh
D Mengembangkan ekonomi

9 Barisan Sosial
Parti Rakyat Singapura
Senarai di atas merupakan parti-parti yang terdapat di Singapura.
Apakah pandangan kedua-dua parti di atas terhadap pembentukan Persekutuan
Malaysia?
A Sebagai satu rancangan British mengekalkan pengaruhnya
B Satu bentuk jajahan baru British
C Tindakan untuk memonopoli ekonomi
D Satu muslihat British untuk mengembangkan ajaran Kristian

10 Singapura mengadakan referendum untuk meninjau pendapat penduduk


Singapura terhadap gagasan pembentukan Malaysia
Pernyataan di atas berkaitan dengan gagasan pembentukan Malaysia.
Apakah hasil referendum tersebut?
A Majoriti penduduk Singapura menyokong pembentukannya
B Singapura perlu dimerdekakan dahulu
C Separuh rakyat Singapura menolak penggabungan
D Bersetuju sekiranya hak istimewa diberi sama rata
15 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my
11 Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO)
Pertubuhan Sabah Bersatu
Senarai di atas merupakan parti-parti yang muncul di Sabah.
Parti-parti di atas muncul hasil daripada
A pembentukan Malayan Union
B penyerahan Sabah kepada British
C gagasan Persekutuan Malaysia
D penyerahan Sabah kepada kerajaan British

12 Antara berikut, yang manakah parti di Sabah yang menyokong gagasan


Persekutuan Malaysia pada peringkat awal?
I Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO)
II Parti Bersatu
III Parti Demokratik
IV Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Sabah (USNO)
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

13 Apakah alasan parti-parti politik di Sabah menentang pembentukan


Persekutuan Malaysia pada peringkat awal?
A Sabah perlu mendapat kemerdekaan terlebih dahulu
B Sabah perlu digabungkan dengan Sarawak sahaja
C Hak keistimewaan penduduk Sabah perlu dikekalkan
D Ekonomi Sabah perlu dipegang oleh penduduk Sabah sahaja

14 Mengapakah Parti Pasok Momogun menentang pembentukan Malaysia?


A Sabah perlu bersatu dengan Sarawak dan Brunei
B Ekonomi Sabah akan terjejas
C Berpuas hati dengan pemerintahan yang sedia ada
D Tidak yakin penggabungan tersebut akan Berjaya

15 Menentang pembentukan
Malaysia
Parti X
Sarawak perlu bersatu
dengan Sabah dan Brunei
Maklumat di atas berkaitan dengan parti yang menentang pembentukan
Malaysia.
Parti X ialah
A Parti Negara Sarawak (PANAS)
B Persatuan Cina Sarawak (SCA)
C Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)
D Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)

16 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my


16 Parti Perikatan Pilihan Raya
Menang
Sabah Majlis Daerah 1962
Pilihan Raya
Parti Perikatan
Majlis Daerah Menang
Sarawak
1963
Jadual di atas merupakan kemenangan kedua-dua parti dalam pilihan raya
Majlis Daerah.
Apakah rumusan yang boleh dibuat di atas kemenangan tersebut?
A Kesepakatan rakyat untuk menyertai Persekutuan Malaysia
B Sifat bertolak ansur antara kaum
C Semangat yang kuat untuk menang
D Kerjasama pebagai pihak

17 Parti Rakyat Brunei telah menentang idea gagasan Persekutuan Malaysia.


Siapakah pemimpin parti tersebut?
A A.M. Azhari
B Datu Mustapha
C Donald Stephens
D Ong Kee Hui

18 Parti Rakyat Brunei menentang pembentukan Persekutuan Malaysia kerana


I Brunei akan menjadi tanah jajahan
II mencadangkan penubuhan kerajaan Kalimantan Utara
III rakyat Brunei akan ditindas
IV ekonomi negara akan terjejas
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

19 Apakah tindakan Parti Rakyat Brunei apabila usulnya menentang Persekutuan


Malaysia ditolak?
A Melarikan diri ke Indonesia
B Melancarkan pemberontakan
C Menerima dengan hati terpaksa
D Mengadakan tunjuk perasaan

20
Menentang Pembentukan Malaysia Menyokong Pembentukan Malaysia
Jadual di atas merupakan perubahan sikap rakyat, pemimpin Sabah dan
Sarawak terhadap pembentukan Malaysia.
Apakah punca penentangan peringkat awal?
I Sikap berhati-hati
II Kurang pemahaman tentang gagasan
17 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my
III Bimbang Negara akan ditindas
IV Pengaruh Parti Komunis Malaya
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

21 Siapakah yang telah memberikan penjelasan kepada penduduk di Sabah


dan Sarawak tentang gagasan Persekutuan Malaysia?
A Pihak British
B Tunku Abdul Rahman
C Pemimpin Sabah dan Sarawak
D Tun Datu Mustapha

22 Apakah faktor Indonesia menentang pembentukan Malaysia?


I Menuduh gagasan Persekutuan Malaysia sebagai neokolonialisme
II Bertentangan dengan hasrat Presiden Sukarno untuk menyatukan Indonesia
dan Tanah Melayu melalui Indonesia Raya
III Bimbang akan kekuatan Malaysia
IV Indonesia mahu menjadi kuasa besar di rantau Asia
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

23 Mengapakah Filipina menentang pembentukan Malaysia?


A Mendakwa Sabah adalah sebahagian wilayah Kesultanan Sulu
B Tuntutan Filipina ke atas Sabah tidak berjaya
C British akan menguasai ekonomi Sabah
D Merancang untuk menyatukan Filipina dengan Sabah

24 Pihak British bersetuju dengan penubuhan Persekutuan Malaysia kerana


I mempercepat proses kemerdekaan negara yang terlibat
II pengaruh komunis dapat disekat
III menjadi kuasa terunggul di Eropah
IV meluaskan wilayah jajahan
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

25 Apakah tujuan Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan?


A Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak tentang pembentukan
Malaysia
B Memberikan penerangan kepada pemimpin Sabah dan Sarawak
C Membincangkan hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak
D Meninjau pendapat penduduk Singapura

18 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my


26 Suruhanjaya Cobbold dianggotai oleh
I Ghazali bin Shafie
II Wong Pow Nee
III David Marshall
IV Anthonu Abell
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

27 Tarikh 9 Julai 1963


Tempat Malborough House, London
Agenda Menandatangani Perjanjian X
Maklumat di atas berkaitan dengan menandatangani satu perjanjian di London.
Apakah perjanjian X tersebut?
A Perjanjian London
B Perjanjian Merdeka
C Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
D Perjanjian Persekutuan Malaysia

28 Berikut merupakan isi kandungan Perjanjian Persekutuan Malaysia.


I Semua urusan hal-ehwal luar di bawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan
II Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan kecuali Sabah dan
Sarawak
III Kuasa imigresen dan perkhidmatan awam di bawah kuasa Persekutuan
IV Rakyat bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan
orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

29 Bilakah penubuhan Persekutuan Malaysia diisytiharkan?


A 1 September 1963
B 2 September 1963
C 15 September 1963
D 16 September 1963

30 Apakah slogan yang sesuai dengan penubuhan Persekutuan Malaysia?


A Bersekutu bertambah mutu
B muafakat membawa berkat
C Bersatu teguh bercerai roboh
D Kepimpinan melalui teladan

19 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my


LATIHAN SET B: MALAYSIA YANG BERDAULAT

1 Gagasan Persekutuan Malaysia merupakan cadangan penggabungan antara


I Tanah Melayu
II Sabah dan Sarawak
III Singapura, Brunei
IV Indonesia
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

2 Pembentukan Persekutuan Malaysia Berjaya dibuat melalui kaedah


A Gencatan senjata
B Diplomasi
C Perjanjian bersyarat
D Peperangan

3 Siapakah yang telah mengemukakan gagasan Persekutuan Malaysia?


A Sultan Omar ali Saifuddin
B Tunku Abdul Rahman
C Tun Abdul Razak
D Tun Hussein Onn

4 Cadangan untuk mewujudkan kerjasama antara Tanah Melayu, Sabah, dan


Sarawak telah bermula sejak tahun 1887. Apakah tujuan cadangan tersebut?
A Mengukuhkan perpaduan Negara anggota
B Mengehadkan perkembangan kuasa Eropah
C Memajukan ekonomi serantau
D Menjaga kepentingan British

5 Antara yang berikut, yang manakah merupakan matlamat pembentukan


Persekutuan Malaysia?
I Menyekat pengaruh komunis
II Mempercepatkan kemerdekaan
III Membentuk Malaysia Raya
IV Memajukan ekonomi
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

6 Selepas penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)


Tunku Abdul Rahman telah membawa usul gagasan Persekutuan Malaysia
ke
20 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my
A Persidangan raja-raja Melayu
B Parlimen
C Dewan Negara
D Dewan Rakyat

7 Penyatuan Songapura dan Tanah Melayu akan menyebabkan komposisi kaum


menjadi tidak seimbang. Apakah langkah yang perlu diambil untuk
menyelesaikan masalah tersebut?
A Memasukkan Sabah dan Sarawak ke dalam gagasan Malaysia
B Menghantar balik imigran Cina dan India ke Negara asal.
C Mengehadkan kemasukan golongan imigran
D Melonggarkan syarat kewarganegaraan

8 Cadangan pembentukan Persekutuan Malaysia telah mendapat reaksi


daripada
I Negara Perancis
II Negara China
III Negara-negara jiran
IV Negara-negara Barat
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

9 Parti PAS menyokong Persekutuan Malaysia.


Walaupun PAS menyokong, namun mereka juga mencadangkan agar
A Agama Islam dijadikan agama rasmi
B Pucuk pimpinan mestilah daripada kalangan pemimpin PAS
C Dibuat pembentukan Melayu Raya termasuk Indonesia
D Ekonomi Negara dimantapkan terlebih dahulu

10 Mengapakah Parti Tindakan Rakyat di Singapura mengalu-alukan


pembentukan gagasan Persekutuan Malaysia?
A Menyelamatkan parti daripada dikuasai oleh parti-parti berhaluan kiri
B Mempercepatkan kemerdekaan Singapura
C Dapat seimbangkan komposisi kaum
D Dapat menyelesaikan masalah ekonomi

11 Mengapakah British bersetuju dengan cadangan penubuhan Malaysia?


A Menyelesaikan masalah kewangan British
B Menghalang kuasa Barata lain menguasai Asia Tenggara
C Menstabilkan keadaan politik di Asia Tenggara
D Meningkatkan taraf ekonomi penduduknya

21 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my


12 Singapura Gagasan Persekutuan Malaysia sebagai satu rancangan pihak
Britain untuk mengekalkan pengaruhnya.
Pendapat di atas telah dibuat oleh parti-parti politik di Singapura. Apakah parti-
partik tersebut?
I Parti Tindakan Rakyat
II Barisan Sosialis
III Parti Rakyat
IV Parti Komunis
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

13 Ong Kee Hui


A.M. Azhari
Apakah persamaan pemimpin dalam senarai di atas?
A Memperjuangkan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak
B Membangkitkan kesedaran politik penduduk Sabah dan Sarawak
C Menentang penjajahan Indonesia Sarawak dan Sabah
D Menentang Gagasan Malaysia

14 Apakah yang diperjuangkan oleh Parti Perikatan Sawarak dan Parti Perikatan
Sabah?
A Menuntut kemerdekaan
B Menyokong idea nasionalis
C Menyokong pembentukan Malaysia
D Memperjuangkan Persekutuan Borneo Utara

15 UNKO
USNO
Pasok Momogun
Parti di atas muncul akibat daripada
A Pendudukan Jepun
B Pengumuman penubuhan Malaysia
C Pengaruh kegiatan komunis di Tanah Melayu
D Penyerahan Sabah kepada kerajaan British

16 PANAS
BARJASA
Mengapakah kedua-dua parti di atas menyokong gagasan Malaysia?
A Mengehadkan kegiatan parti PETIR
B Membantu pelaksanaan Operasi Pisang
C Menghapuskan pengaruh komunis di Sabah
D Menjaga kepentingan Bumiputera Sarawak

22 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my


17 Andaikan anda bumiputera Sarawak. Mengapakah anda menyertai BARJASA?
A Meninggikan taraf hidup kaum bumiputera di Sarawak
B Menentang penyertaan Sarawak dalam Malaysia
C Meninggikan taraf pendidikan Sarawak
D Peluang mendapat kemerdekaan dengan segera.

18 Parti politik di Sarawak yang menentang gagasan Persekutuan Malaysia pada


peringkat awal ialah
I Parti Negara Sarawak
II Parti Kebangsaan Sarawak
III Barisan Rakyat Jati Sarawak
IV Parti Pesaka Anak Sarawak
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

19 Gagasan Persekutuan Tanah Melayu


Malaysia Singapura
Sabah
Sarawak
Brunei
Antara berikut, apakah reaksi Sultan Omar Ali Saifuddin semasa menyokong
pembentukan Malaysia?
I Brunei merupakan Negara kecil dan memerlukan perlindungan
II Mendapat faedah pembangunan
III Bersetuju dengan kedudukan sultan Brunei
IV Bersetuju dengan bayaran cukai
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

20 Brunei telah menarik diri daripada gagasan Persekutuan Malaysia pada Julai
1963 apabila
I Pengeluaran minyak Brunei dikenakan cukai oleh British
II Status Sultan Brunei lebih rendah dalam pelantikan sebagai Yang di-Pertuan
Agong
III Kawalan keselamatan kurang diberi perhatian
IV Rakyat tempatan ditindas
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
23 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my
21 Parti Rakyat Menentang gagasan Malaysia
Brunei Mencadangkan penubuhan
Kalimantan Utara
Mengikut usul, Kalimantan Utara terdiri daripada negeri
I Singapura
II Brunei
III Sarawak
IV Sabah
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

22 Apakah langkah yang dijalankan oleh Tanah Melayu untuk mendapatkan


sokongan sepenuhnya daripada kerajaan Sabah dan Sarawak?
I Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
II Penjelasan Tunku Abdul Rahman
III Kebebasan parti politik bersuara
IV Menjaga kepentingan orang Melayu
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

23 Pihak British tidak melayan tuntutan Filipina dan Berjaya mendapatkan


pengesahan rakyat Sabah melalui
I Jawatankuasa Antara Kerajaan
II Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
III Suruhanjaya Cobbold
IV Suruhanjaya PBB
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

24 Parti Komunis Indonesia (PKI) telah menuduh gagasan Persekutuan Malaysia


hanyalah sebagai neokolonialisme.
Laporan yang manakah telah membuktikan kesalahan dakwaan di atas?
A Laporan Suruhanjaya Cobbold
B Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan
C Laporan Suruhanjaya Reid
D Laporan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia

24 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my


25 Mengapakah Filipina membuat tuntutan ke atas Sabah?
A Penduduk Sabah meminta bantuan Filipina
B Mendakwa Sabah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu
C Menuntut Sabah digabungkan dengan Persekutuan Borneo Utara
D Penyertaan Sabah dalam Gagasan Persekutuan Malaysia mengancam Filipina
26 Mengapakah British dan Amerika Syarikat menyokong penubuhan Malaysia?
I Mengurangkan pengaruh komunis
II Menghalang Indonesia dan Filipina menjajah Sarawak
III Menyekat kuasa Barat lain daripada menguasai Tanah Melayu
IV Menjaga kepentingan ekonomi mereka di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV
27 Tahun Perkara Negeri
1963 Suruhanjaya Cobbold Sabah dan Sarawak
Apakah peranan suruhanjaya di atas terhadap pembentukan gagasan
Malaysia?
A Merangka perlembagaan baru C Mencadangkan tarikh pilihan raya
B Meninjau pendapat penduduk D Menjelaskan kepentingan perpaduan

28 Referendum pungutan suara rakyat


Kerajaan Singapura mengadakan referendum berhubung dengan gagasan
Persekutuan Malaysia. Hasilnya
A Mendapat sokongan rakyat C Merangka perlembagaan baru
B Memilih pucuk pimpinan baru D Menambah ahli Dewan Undangan
29 Bagaimanakah reaksi rakyat Malaysia setelah Tunku Abdul Rahman selesai
membacakan deklarasi Malaysia?
I Seribu satu das tembakan meriam dilepaskan
II Laungan Merdeka sebanyak tujuh kali dilakukan
III Cuti umum selama dua hari
IV Diadakan pesta keramaian
A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV

30 Tarikh Ogos 1963


Pertubuhan MAPHILINDO
Anggota Malaysia, Filipina dan Indonesia
Berdasarkan jadual di atas, apakah matlamat penubuhan pertubuhan tersebut?
A Meningkatkan hubungan persahabatan Negara anggota
B Menamatkan konfrontasi Malaysia dengan Indonesia
C Menyekat pengaruh komunis di Asia Tenggara
D Membentuk satu pakatan tentera

25 Sejarah Tingkatan 3 Ms Chin seowhui_chin@live.com.my

You might also like