You are on page 1of 1

5 Tips Untuk dapatkan warrant terbaik.

1.Pastikan harga saham induk yang nak anda beli dalam trend menaik atau berpotensi untuk naik
semula.

-ini penting kerana hanya saham induk yang dalam trend menaik yg boleh menyebabkan harga
warrant anda naik.

Jika saham induk turun, warrant tiada nilai atau dipanggil "out of money".Pastikan saham induk
naik...pelabur warrant akan untung!

2.Tarikh Luput warrant yang anda beli masih jauh.

Pastikan warrant mempunyai tarikh luput yang masih panjang kerana jika harga saham melepasi
harga exercised price ditambah dengan tarikh luput yg panjang ,warrant tersebut akan tinggi
nilainya. Dalam dunia warrant ianya di panggil Time Value.

Tarikh luput company issue warrant biasanya diterbitkan antara 5 hinga 20tahun.Call dan Put
Warrant diantara 6 bulan sehingga 1tahun maksima.

3.Harga saham induk mampu melepasi harga exercise price warrant yang anda beli.

Lagi dekat harga saham induk nak melepasi exercise itulah yang paling baik .

4.Premium.

Cari warrant yang premiumnya dibawah 30.

Formula kira warrant premium ni seperti berikut

[Harga warrant + harga exercise price/ harga semasa ]-1} x 100%

5.Gearing

Cari gearing yang lebih tinggi lagi baik.Gearing ni menunjukkan sensitiviti warrant bila harga saham
induk bergerak.

Formula kira gearing mudah jer...ambik harga saham induk dengan harga warrant.

You might also like