You are on page 1of 10

1

KENAPA SEBUAH BANGSA PERLU BERUBAH

PENDAHULUAN

Pengenalan

Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam kerana ia bermaksud sebuah

negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau

warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan kerana

tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk

kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah seperti perpaduan

negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan.

Perubahan untuk Kemajuan Pemodenan

Penduduk luar bandar acapkali diingatkan untuk berani membuat perubahan sikap dan

pandangan lapuk mengenai pembangunan dan pemodenan. Tidak kira masa, seruan seperti akan

sentiasa kedengaran bagi mempastikan masyarakat itu tidak terpinggir dalam arus pembangunan

perdana negara. Pembangunan yang dicari tidak akan tercapai jika hasrat kerajaan yang

berbelanja besar untuk pembangunan dianggap sebagai musuh oleh masyarakat luar bandar.

Galakan untuk perubahan minda dan sikap ini telah lama ditimbulkan sama ada tokoh-tokoh

masyarakat, ahli politik ataupun penulis-penulis nasionalis. Susahnya pula ialah keengganan

kumpulan masyarakat luar bandar khususnya golongan miskin harus dikaji dan dibuat

penyelidikan supaya golongan ini tidak terus dipersalahkan.


2

Beberapa perkara wajar dikaji untuk kita mengenali kenapa penduduk luar bandar kadangkala

sukar menerima pemodenan dan pembangunan. Pertama ialah apakah jenis perubahan yang

mereka fikirkan selama ini. Adakah sekadar perubahan dari segi material semata-mata ataupun

lebih luas daripada itu? Keduanya ialah apakah proses yang patut berlaku untuk menggerakkan

perubahan ke arah yang dikehendaki dan ketiganya ialah hasil akhir daripada proses

berkenaan.Kita yakin masyarakat luar bandar mahu menerima pembangunan dan pemodenan.

Tetapi bagaimana hendak berubah? Di mana hendak bermula?Ketika awal-awal kemerdekaan

dahulu, negara telah melaksanakan pelbagai dasar untuk membangunkan masyarakat dan negara.

Antara dasar tersebut adalah Dasar Ekonomi Baru yang diberi tumpuan. Hasilnya wujudlah

pelbagai instrumen untuk membangunkan masyarakat seperti Felda, Felcra dan PKNegeri serta

Majlis Amanah Rakyat (MARA). Di samping itu peranan tokoh-tokoh politik dan ekonomi yang

turut bersama-sama sebagai agen perubahan telah menggerakkan masyarakat membuat

perubahan minda dan sikap. Peranan alat-alat media massa seperti radio, televisyen dan

suratkhabar turut menyumbang ke arah mempercepatkan perubahan ini.

Perubahan untuk memantapkan Sosioekonomi dan Sosial

Harus diingat bahawa pembangunan merupakan masalah yang berkaitan dengan penghidupan

manusia. Ia melibatkan ekonomi, sosial, budaya, politik, moral dan agama. Bagi masyarakat luar

bandar, faktor agama turut memain peranan penting bagi memaju kesedaran ke arah

pembangunanPerubahan sosial yang terkandung dalam pembangunan turut mengambil kira

beberapa perkara seperti :-


3

a) Penyesuaian terhadap penggunaan teknologi moden

b) Peningkatan taraf hidup

c) Pembangunan sumber-sumber ekonomi

d) Memperkenalkan perancangan dalam pelbagai aspek lapangan bagi mencapai matlamat.

Kadangkala perubahan sosial yang tidak dikaitkan dengan agama akan memberi masalah

terhadap bentuk pembangunan yang hendak diperkenalkan. Dalam proses membuat

pertimbangan tersebut, masyarakat terikat dengan tiga agenda utama iaitu Islam dan sistem nilai

yang ada, nilai-nilai tradisi dan budaya yang masih kental dan tidak bercanggah dengan Islam

dan nilai moden yang demokratik dan berorientasikan dunia saintifik.

Perubahan Segi Sikap

Bagi menggalakkan penduduk luar bandar berani tampil membuat perubahan dan bersama-sama

menghadapi pembangunan, penekanan terhadap reformasi agama semata-mata tidak memadai.

Masyarakat di negara maju tidak akan berjaya jika mereka hanya menumpukan pada aspek

pemikiran dan pencapaian semata-mata. Sebaliknya kedua-dua elemen ini mesti disatukan untuk

mewujudkan masyarakat baru luar bandar.Pembangunan yang seimbang antara pengetahuan,

sikap dan kemahiran adalah sari utama bagi pembangunan komunikasi luar bandar. Kesedaran

untuk membangun dan membuat perubahan memerlukan proses pembelajaran yang berterusan

kerana pengetahuan, sikap dan kemahiran akan memberi impak ke atas corak hidup masyarakat.
4

Membuat perancangan berorientasikan tindakan dan keputusan adalah langkah tepat bagi

mempastikan penduduk luar bandar mengubah sikap daripada pasif kepada aktif. Sekiranya kita

ingin mengetahui tentang kedudukan kita selama ini, wajarlah terlebih dahulu kita melihat

kembali kedudukan kita pada masa lampau supaya dapat diperbaiki kelemahan-kelemahan yang

menghalang kemajuan.Konsep penglibatan telah digunakan secara meluas dalam organisasi atau

kumpulan sosial. Terdapat empat kategori dalam penglibatan komuniti. Pertama ialah

penglibatan dalam membuat keputusan terhadap apa yang patut dibuat dan bagaimana ia

dilaksanakan. Kedua ialah penglibatan dalam melaksanakan program dan penentuan dengan

memberikan pelbagai sumber dan kerjasama di dalam organisasi dan aktivitinya. Ketiga,

perkongsian dalam menikmati faedah dan keempat pula ialah penglibatan seseorang dalam

usaha-usaha untuk menilai program. Keempat-empat perkara ini boleh digunakan dalam

penelitian terhadap konsep dan pengukuran dalam pembangunan luar bandar.

Penglibatan komuniti patut dijadikan sebagai pembentukan peluang yang sama kepada semua

ahli komuniti untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pembangunan. Ianya dapat

menerangkan penglibatan komuniti mengenai masalah tempatan yang menjadikan komuniti lebih

bertanggungjawab dalam menentukan kejayaan program atau projek yang

dilaksanakan.Penglibatan anggota komuniti dalam jawatankuasa perancangan akan

mempercepatkan lagi proses perubahan dalam pendidikan di kalangan anggota komuniti. Di

samping itu, turut memberi pengalaman pembelajaran yang sangat bermakna kepada anggota

komuniti.
5

Menyuburkan Masyarakat Ativiti Kemasyarakatan

Menggalakkan dan menyuburkan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan merupakan

satu fenomena yang sihat dalam merangsang pencapaian matlamat pembangunan.Melalui

penyertaan ini, proses penukaran atau penerimaan idea boleh berlaku iaitu dengan penambahan

pengetahuan sedia ada. Keadaan ini akan memberi semangat untuk meningkatkan penyertaan

aktif. Selain faktor ganjaran yang ingin dirasai, faedah-faedah lain yang perlu diambil kira ialah

tercetusnya perasaan kekitaan, rasa dimiliki dan sepunya, wujudnya komitmen terhadap nilai-

nilai institusi, keinginan melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli komuniti dan kemahiran

menyelaras pelbagai aktiviti pembangunan.Justeru, jelas bahawa penglibatan atau penyertaan

ahli komuniti dalam program pembangunan yang dilaksanakan adalah komponen penting bagi

mempastikan berjaya atau gagal sesuatu program yang dilaksanakan.Tanpa penglibatan daripada

komuniti yang ingin dibangunkan, kejayaan sesuatu program pembangunan akan sukar untuk

dicapai. Kerjasama yang jitu, kesedaran serta rasa tanggungjawab adalah antara syarat kejayaan

perub ahan minda dan sikap komuniti.

Pengaruh Budaya

Dalam konteks yang lebih khusus konsep budaya dalam budaya popular itu merujuk kepada

segala perlakuan yang merupakan keperluan manusia atau anggota-anggota masyarakat untuk

mengisi keinginan yang lebih tinggi, iaitu bersifat ekspresif dan simbolik Budaya Popular dalam
6

Pembangunan Masyarakat dan Budaya MelayuAbad ini dunia menghadapi gelombang kepesatan

perkembangan budaya popular yang dibawa bersama dalam proses globalisasi yang semakin

meningkat. Fenomenon ini melanda masyarakat di peringkat global terutama berikutan dengan

pesatnya pembangunan teknologi. Ini telah menarik perhatian para pengkaji masyarakat dan

budaya untuk memahami kesan dan pengaruhnya kepada masyarakat dan budaya di luar negara-

negara maju.Gelombang budaya popular yang berkembang secara global itu didapati memainkan

peranan yang semakin penting bukan sahaja dari segi pengaruh budaya, malahan turut

berperanan dalam membawa pembangunan ekonomi, teknologi dan seterusnya dalam

menyalurkan ideologi negara-negara maju ke paras global.Kesannya itu amat dirasai di negara-

negara sedang membangun seperti Malaysia.

Fenomenon budaya popular didapati merupakan sebahagian penting dalam kehidupan

masyarakat moden kini. Peranan fenomenen itu dalam mempengaruhi pembinaan peradaban

manusia tidak dapat dinafikan. Oleh itu, fenomenon ini tidak boleh dianggap kurang penting,

tetapi perlu diberikan perhatian serius, terutama untuk menilai kesannya dan menyusun strategi

perancangan pembangunan budaya selaras dengan perubahan yang berlaku di peringkat global.

Fenomenon budaya popular itu secara umumnya boleh difahami sebagai unsur-unsur budaya

yang diminati, atau disukai ramai. Konsep budaya dalam pengertian yang luas secara mudah

adalah sebagai keseluruhan cara hidup, yang menjadi amalan dan dikongsi bersama oleh

anggota-anggota masyarakat.
7

Seiriing Dengan Arus Perdana

Pembangunan bandar-bandar moden telah membawa perubahan pesat kepada gaya hidup

penduduk bandar. Pembangunan ekonomi yang berpusat di bandar-bandar itu telah menarik

ramai pekerja dari luar bandar. Mereka ini memerlukan penawaran unsur-unsur budaya bagi

mengisi masa lapang, dan keperluan yang lebih tinggi. Gaya hidup mereka yang berbeza

daripada gaya hidup golongan elit di bandar, memberikan peluang penawaran unsur-unsur

budaya bercorak popular untuk mengisi keperluan mereka itu.Fenomenon budaya popular itu

berbagai-bagai, adakala berasaskan kepada keperluan asas. Dalam masyarakat moden kini kita

dapati keperluan-keperluan asas itu juga semakin bertambah bergantung kepada kemajuan yang

dicapai oleh masyarakat. Misalnya, pakaian sebagai keperluan asas, orang ramai mendapatkan

pakaian umumnya kurang menitikberatkan lagi tentang keperluan asas sebagaimana konsep yang

terbina masa lalu. Tetapi kini orang berusaha mendapatkan pakaian yang lebih menekankan

kepada fesyen, mutu dan kecantikan. Unsur-unsur fesyen dan jenama selalu menjadi

pertimbangan utama. Kepentingan seperti ini lebih menekankan kepada keperluan sosial. Dalam

memahami keperluan atau kepentingan yang lebih mengutamakan kepada keindahan dan

kepuasan diri tidak dapat dipisahkan daripada kepentingan sosial sebagaimana yang diberikan

nilai oleh anggota-anggota masyarakat. Keperluan individu tidak dapat dipisahkan daripada

pengaruh keperluan sosial. Dalam keadaan ini, budaya popular yang terbina adalah berasaskan

kepada citarasa golongan majoriti yang mempengaruhi individu. Kedua-dua pihak iaitu individu

dan masyarakat saling mempengaruhi. Individu sebagai anggota masyarakat adakala dapat

memainkan peranan mempengaruhi citarasa anggota-anggota kelompok dan seterusnya

masyarakat.Pesatnya perpindahan orang Melayu ke bandar sejak DEB hingga kini, memberikan
8

peluang orang Melayu terlibat dalam berbagai-bagai lapangan kegiatan ekonomi bukan tani dan

seterusnya meningkatkan proses modenisasi dan urbanisasi. Oleh itu didapati bahan-bahan

budaya popular memainkan peranan penting dalam mengisi keperluan gaya hidup

moden.Perubahan ekonomi yang dapat meningkatkan pendapatan atau kedudukan ekonomi turut

mempengaruhi gaya hidup orang ramai. Berkaitan dengan ini turut mempengaruhi penyebaran

dan perkembangan budaya popular.Berasaskan pengalaman industri pelancongan di Malaysia,

didapati industri yang berkaitan dengan kraftangan dapat berkembang dengan baik. Malahan,

terdapat badan-badan swasta dan agensi-agensi kerajaan yang menggalakkan peningkatan

industri kraftangan tradisional bumiputera di negara ini. Tetapi dalam bidang seni persembahan

dan mainan tradisional tidak mengalami pertumbuhan sebagaimana yang dijangkakan. Terdapat

usaha komersial yang dilakukan secara kecil-kecilan tetapi setakat ini tidak membuktikan

kejayaan yang baik.

KESIMPULAN

Kita harus memenuhi aspirasi rakyat Malaysia, terutamanya aspirasi anak muda yang

menginginkan perubahan daripada sistem yang sudah rosak dek rasuah dan undang-undang yang

menindas hak asasi manusia. Rakyat Malaysia menginginkan kepimpinan yang berintegriti,

kerajaan yang demokratik dan berjiwa rakyat dan yang mendengar rakyat, bekerja untuk rakyat

dan memberi harapan kepada rakyat.Kita telah berjaya dengan mengamalkan kesederhanaan dan

menolak ekstremisme, mengamalkan persaudaraan dan bukan kebencian, menghormati satu

sama lain sebagai rakyat Malaysia terdahulu dan Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban

kemudian. Kesederhanaan bermakna keadilan, kebebasan dan kebenaran. Kesederhanaan adalah

jalan ke arah kejayaan untuk merealisasikan Impian Bangsa Malaysia untuk sebuah negara yang

bersih dan maju dan yang boleh dinikmati semu


9

BIBLIOGRAFI

Abdullah Mohd. Said. 2003. Prosedur Dan Pelaksanaan Penilaian Dampak Sosial. Dlm. Mohd

Razali Agus. (pnyt.). Penilaian Dampak Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Abdul Latif Samian. 2003. Mengatasi Kelayuan Mahasiswa. Dlm. Pemikir. Julai- September.

Abdul Rahman Aziz. 2004. Pemugaran Semangat Patriotisme Untuk Pembangunan. Sintok:

Penerbit Universiti Utara Malaysia. Muhammad Kamal Hasan. 2000. Intellectual Discourse At

The End Of The

Second Millennium: Concerns Of A Muslim-Malay CEO. Kuala Lumpur: Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia.

Muhd Mansur Abdullah. 2000. Renggangnya Hubungan Keluarga Punca Masalah Sosial

Remaja. Dlm. Mohd. Razali Agus. (pnyt.). Pembangunan

Abdul Rahman Embong. 2001. Sistem Maklumat Islam: Cabaran Dan Keperluan Maklumat

Umat Islam Di Malaysia Dari Perspektif Agama. Dlm. Teknologi Maklumat Dan Komunikasi:

Harapan, Cabaran Dan Barakah. Alor Setar: INSANIAH.

Mohd Taib Ariffin & Che Su Mustaffa. 2001. Era Ledakan Teknologi Maklumat: Isu-Isu

Berkaitan Pendedahan Terhadap Internet Di Kalangan Remaja. Dlm. Teknologi Maklumat Dan

Komunikasi: Harapan, Cabaran Dan Barakah. Alor Setar: IN SANIA H. Mohd Taib Dora. 2000.

Peminggiran Sosial: Keluarga Melayu Termiskin Bandar. Skudai: Universiti Teknologi

Malaysia.
10

Mohd Yusof Othman. 2001. Teknologi Maklumat: Harapan Dan Cabaran Di Alaf Baru. Dlm.

Sharifah Azizah Sahil Jamalullail. (pnyt.). Teknologi Maklumat Dan Komunikasi: Harapan,

Cabaran Dan Barakah. Alor Setar: IN SANIA H.

Mohd Zuhdi Marsuki. 2000. Pengajian Sains, Teknologi Dan Masyarakat: Pendekatan

Bersepadu Ke Arah Wawasan 2020. Dlm. Pengajian Umum Di Alaf Baru. Bangi: Pusat

Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.

You might also like