You are on page 1of 3

Refleksi EDU

Nama ahli: Mohammad Irfan Mustaqim Bin Ariffin

Nur Dalilah binti Adnan

Noor Afifah binti Azizan

Kelas : G 4.7

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagi menyempurnakan tugasan bagi subjek EDU3053 Teknologi Pengajaran dan

Pembelajaran ini, kami telah membina sebuah persembahan multimedia yang

berasaskan model ASSURE. Tujuan kami menggunakan model ASSURE sebagai asas

adalah untuk digunakan sebagai media pengajaran di dalam kelas. Kami telah memilih

sasaran bagi murid tahun 1 dan subjek yang kami pilih adalah subjek Bahasa Melayu.

Selaras dengan pandangan Gagne (1985), pembelajaran berlaku sebagai satu

proses yang berkembang secara berperingkat-peringkat. Model ASSURE juga

merupakan satu model yang dibina secara berperingkat sejajar dengan ciri-ciri dan

keupayaan pelajar. Menurut model ini, terdapat 6 langkah untuk menjamin kejayaan iaitu

Analyse learner, State objectives, Select methods, Utilize media, Require learner, dan

Evealuate

Bagi menjadikan model ini sebagai model pengajaran, kami telah memulakan

langkah pertama iaitu menganalisis. Peringkat pertama ini berkaitan dengan

pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid tentang tajuk dan kandungan pelajaran.

Maklumat itu dapat diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama
mereka. Kita juga perlu tahu adakah murid pernah mendapat maklumat daripada buku

rujukan dan mendapat pendedahan melalui majalah dan TV. Media yang digunakan juga

perlu disesuaikan dengan ciri-ciri murid, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan

pembelajaran. Kami telah mencapai langkah yang pertama kerana kami telah memilih

murid tahun 1 dan kami telah menggunakan dokumen standard sebagai rujukan bagi

pengajaran.

Langkah yang kedua pula memerlukan kami untuk menyatakan objektif. Langkah

ini perlu dicapai dan kami perlu memastikan bahawa ianya sesuai dengan tahap dan

pengetahuan murid. Objektif yang kami rancang juga bersesuaian dengan murid tahun 1

kerana kami telah memilih untuk mengajar kemahiran mendengar dan bertutur. Bahan

multimedia yang kami guna juga bersesuaian dengan objektif iaitu murid dapat

mengecam bunyi yang ada di persekitaran mereka. Kami telah membina persembahan

multimedia yang menggunakan haiwan sebagai bahan untuk murid mengecam bunyi.

Langkah yang seterusnya pula adalah dari segi pemilihan kaedah, media , dan

bahan pengajaran berdasarkan kebolehan murid dan objektif pelajaran yang ingin

dicapai. Kami telah menggunakan video dan gambar sebagai bahan pengajaran kami

supaya murid dapat melihat dengan jelas dan dapat mengecam bunyi haiwan

berdasarkan video dan gambar yang telah kami tunjukkan. Hal ini kerana, murid tahun 1

memerlukan sesuatu yang dapat menarik perhatian mereka. Dengan menggunakan

video sebagai bahan, kami telah menepati langkah ketiga dalam model ASSURE.

Langkah keempat pula adalah menggunakan media dan bahan. Penggunaan

media adalah penting supaya mesej yang ingin disampaikan tepat terus kepada tajuk

pelajaran yang ingin disampaikan. Antara peranan guru dalam menggunakan bahan
media dengan berkesan ialah penyediaan bahan yang berkesan. Kami telah

memudahkan murid kerana persembahan multimedia kami bersifat interaktif dan mudah

digunakan. Bagi menguji penggunaannya, kami telah mengujinya banyak kali dan dilihat

tiada sebarang kekurangan dan masalah yang berlaku. Namun, sebagai seorang guru,

kami perlu ingat bahawa penyediaan persekitaran seperti kemudahan seperti plug dan

suis dan susunan kedudukan murid perlu diambil kira ketika di dalam kelas.

Langkah yang kelima dan keenam adalah penglibatan murid dan semak semula.

Bahan persembahan multimedia kami sememangnya senang digunakan dan murid perlu

menggunakannya. Terdapat kuiz yang disediakan da murid boleh membuat latihan disitu

bagi menguji kefahaman mereka. Kami juga telah menggunakan model ini untuk menguji

murid dan untuk melihat bahawa objektif telah dapat dicapai ataupun tidak.

Kesimpulannya, berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media

yang dibuat secara teliti dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan

menggunakan media secara optimum dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Model ASSURE mempunyai asas yang sangat kukuh untuk proses

pengajaran dan pembelajaran. Model ini bukan sekadar memberi memberi panduan

kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran malah setiap ciri yang terkandung

dalam ASSURE boleh mengubah persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran yang selalu dianggap membosankan.

Sekiranya model ASSURE ini diaplikasikan sepenuhnya dalam pengajaran dan

pembelajaran, saya yakin bahawa murid akan sentiasa tertunggu-tunggu pengajaran

guru pada hari tersebut. Bagi pihak guru pula, proses penyampaian maklumat akan

menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan.

You might also like