You are on page 1of 3

1.

0 Pengenalan

Menurut McClelland (1985), motivasi merujuk kepada motif terangsang dan nilai
kejayaan. Motif kekuatan, khususnya berhubung dengan kekuatan motif dalam diri
seseorang adalah penentu yang paling penting. Ahli psikologi telah lama menyedari
bahawa jika individu hendak mengetahui bagaimana sesuatu perkara akan dilakukan,
adalah penting untuk mengetahui berapa banyak motivasi dan kemahiran yang perlu
terlibat. Individu bermotivasi pencapaian sentiasa mencari peningkatan dan berusaha
mencari suatu kaedah untuk melakukan sesuatu perkara ke arah yang lebih baik.
Bidang keusahawanan telah lama bertapak di Malaysia sejak bermulanya
aktiviti perdagangan menggunakan sistem barter (Yusof & Shafie, 2012). Kegiatan
ekonomi ini terus dipelopori sebagai aktiviti perniagaan secara kecil - kecilan
sehingga berkembang kepada perdagangan antarabangsa iaitu kedatangan pedagang
asing dan perdagangan negara luar pada zaman kerajaan Melayu Melaka (Hashim,
Othman & Buang, 2009). Perkataan usahawan mula diperkenalkan dalam tahun
1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Perkataan usahawan mempunyai
erti yang sama dengan perkataan Inggeris iaitu entrepreneur.

Perkataan entrepreneur berasal dari perkataan Perancis, entreprendre yang


bererti memikul tugas atau tanggungjawab. Perkataan entrepreneur telah digunakan
semenjak tahun 1775 oleh Richard Cantillon yang merujuk kepada kegiatan dalam
keusahawanan (Cantillon 1998; M. Rosli, 2013).

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memberi penekanan kepada


pembentukan usahawan sejak di peringkat sekolah rendah supaya menimbulkan
minat dalam bidang keusahawanan melalui pendidikan formal dalam elemen
merentas kurikulum. Atas kesedaran untuk mewujudkan masyarakat yang produktif
serta berdaya saing pelbagai usaha telah diambil untuk meningkatkan minat lebih
ramai peserta menyertai bidang keusahawanan. Apabila Malaysia mensasarkan
untuk mencapai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun
2020, satu reformasi dalam sistem pendidikan ini perlu di wujudkan. Hasil
reformasi ini turut memperlihatkan bahawa FPTV (Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional) diberi penekanan mengarus perdanakan dan memperluas akses kepada
PTV (Pendidikan Teknikal dan Vokasional) yang berkualiti dan meningkatkan
kompetensi siswazah jurusan kulinari FPTV, UTHM bagi menyediakan mereka
memasuki bidang keusahawan.

1.2 Latarbelakang masalah

Bidang kulinari ini bukan sahaja terdapat di FPTV, UTHM malah ia merupakan
satu kursus yang popular dikalangan universiti tempatan yang lain. Antara universiti
yang menawarkan kursus kulinari adalah UPSI, UiTM dan UNIKL. Pertambahan
institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta bilangan pelajar yang memasuki
pusat pengajian tinggi dalam bidang kulinari telah meningkatkan tekanan terhadap
persaingan untuk mendapatkan pekerjaan dalam pasaran. Namun demikian,
sekiranya peningkatkan bilangan graduan kulinari tidak disertai dengan peluang
pekerjaan yang selaras dengan kelulusan dan bidang pengajian, ianya boleh
menimbulkan tanggapan bahawa pendidikan tinggi di sesebuah negara itu kurang
berjaya dalam menghasilkan tenaga kerja yang sepadan dengan keperluan pasaran.
Ini merupakan dilema yang dihadapi oleh kebanyakan negara membangun termasuk
Malaysia apabila peningkatan dalam bilangan pelajar kulinari tidak dapat memenuhi
keperluan pasaran pekerjaan.

Keusahawanan akan membantu siswazah baru kulinari membangunkan


kerjaya mereka sendiri dan juga akan menyelesaikan isu pengangguran dengan
memperluaskan pasaran kerja. Pendidikan keusahawanan yang dijadikan sebahagian
daripada kurikulum PTV merupakan tindakan bijak untuk mengajar pelajar mengenai
perubahan. Pendidikan PTV ini dapat mengajar pelajar untuk berubah bukan takut
kepada perubahan kerana mereka yang takut berubah hanya akan duduk dalam zon
yang selesa dan menyukarkan mereka untuk berjaya. Namun begitu, menjadi
persoalannya sejauh mana tahap motivasi pelajar kulinari untuk cenderung ke arah
keusahawan bagi mengurangkan peratus penganguran di Malaysia. Justeru, kajian ini
dilaksanakan untuk melihat tahap motivasi di dalam pengetahuan dan minat pelajar
kulinari di FPTV, UTHM terhadap kecenderungan menceburi bidang keusahawanan.

1.3 Pernyataan masalah

Bidang keusahawanan dilihat sebagai satu kerjaya yang berpotensi untuk mengatasi
masalah pengangguran. Keusahawanan itu sendiri adalah pemikiran seseorang yang
terbuka untuk melakukan atau membangunkan sesuatu perkara atas daya usahanya
sendiri samada perniagaan mahupun perkara lain dengan kesanggupan menerima
risiko terhadap apa yang diusahakannya itu. Pelajar kulinari FPTV, UTHM juga
didedahkan dengan belajar mengambil risiko, mengurus dan belajar daripada hasil
akhir. Usahawan cintakan apa yang mereka lakukan. Mereka akan cekal sekiranya
menerima cabaran dalam perniagaan. Namun begitu, menjadi persoalannya sejauh
mana kesediaan pelajar kulinari di FPTV cenderung ke arah keusahawan bagi
mengurangkan peratus penganguran di Malaysia. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan
untuk melihat tahap motivasi di dalam pengetahuan dan minat pelajar kulinari di
FPTV terhadap kecenderungan menceburi keusahawanan.

1.4 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:


i. Mengenalpasti tahap pengetahuan keusahawanan pelajar kulinari FPTV, UTHM
dalam kecenderungan menceburi keusahawanan.
ii. Mengenalpasti tahap minat keusahawanan pelajar kulinari FPTV, UTHM dalam
kecenderungan menceburi keusahawanan.

1.5 Persoalan kajian

Kajian ini dilakukan adalah untuk meninjau persoalan-persoalan berikut:


i. Apakah tahap pengetahuan keusahawanan pelajar kulinari FPTV, UTHM dalam
kecenderungan menceburi keusahawanan?
ii. Apakah tahap minat keusahawanan pelajar kulinari FPTV, UTHM dalam
kecenderungan menceburi keusahawanan?

1.6 Metodologi

Kajian ini melibatkan pengumpulan data daripada graduan tahun akhir di FPTV,
UTHM. Penyelidik menggunakan pelbagai kaedah untuk mengedar borang soal
selidik iaitu melalui lawatan penyelidik ke kampus dan melalui pihak ketua program.

You might also like